Anda di halaman 1dari 9

Tutorial: Norton Ghost 2003 Part #1

Kenali Norton Ghost 2003

Ghost adalah perisian pengklonan disk (cloning-disk). Pada mulanya, ia dikeluarkan oleh Binary
Research, dan kemudiannya dibeli oleh Symantec pada tahun 1998. Ghost berasal dari akronim
"General Hardware-Oriented System Transfer”.

Kegunaan Norton Ghost 2003

Norton Ghost 2003 digunakan untuk membuat pengklonan data yang terdapat dalam sesuatu cakera
keras atau partition itu. Antara kegunaannya ialah:

1. Klon Sistem Operasi/Data dalam cakera keras/partition.


2. Restore semula Sistem Operasi/Data dalam cakera keras/partition.
3. Membesarkan kapasiti partition Sistem Operasi/Data.
4. Mengecilkan kapasiti partition Sistem Operasi/Data.

Cara membuat image dengan menggunakan Norton Ghost 2003

1. Masukkan disket Norton Ghost 2003 Bootable ke dalam floppy A:. Sekiranya floppy A: tiada,
anda boleh menggunakan cd Norton Ghost 2003 Bootable. Kedua-dua perisian ini boleh di
dapati di dalam internet atau dapatkannya di http://downloads.mohdadil.com.
2. Skrin seperti Gambarajah 1 di bawah akan keluar pada monitor. Untuk pilihan dibawah,
disarankan memilih “Continue without marking drives”.

Gambarajah 1

1|www.mohdadil.com
3. Untuk membuat image partition sistem operasi. Klik menu Local>Partition>To Image

Gambarajah 2

4. Pilih cakera keras yang hendak digunakan untuk tujuan pengklonan ini.

Gambarajah 3

2|www.mohdadil.com
5. Pilih partition yang hendak digunakan untuk tujuan pengklonan ini. Untuk kes ini, pilih
partition yang mengandungi sistem operasi.

Gambarajah 4

6. Pilih lokasi dimana image hendak disimpan. Berikan nama yang sesuai agar mudah diingati.
Image boleh disimpan terus kedalam cd jika memilih untuk di simpan dalam cd. Dalam kes
ini, partition selain dari partition sistem operasi digunakan untuk menyimpan image
tersebut.

Gambarajah 5

3|www.mohdadil.com
7. Pilih samada hendak compress image file ataupun tidak. Untuk pilihan dibawah, disarankan
memilih “High” untuk menjimatkan ruang.

Gambarajah 6

8. Klik “Yes” untuk meneruskan dengan proses membuat image.

Gambarajah 7

4|www.mohdadil.com
9. Setelah selesai, klik “Continue” dan proses membuat image selesai.

Gambarajah 8

5|www.mohdadil.com
Tutorial: Norton Ghost 2003 Part #2
Cara restore image dengan menggunakan Norton Ghost 2003

1. Klik Local>Partition>From Image seperti gambarajah dibawah.

Gambarajah 1

2. Pilih fail image yang telah dibuat sebelum ini. Format fail image berakhir dengan .GHO

Gambarajah 2

6|www.mohdadil.com
3. Klik “OK” selepas memilih source partition from image file.

Gambarajah 3

4. Pilih destinasi cakera keras yang hendak digunakan dalam proses ini. Kemudian klik “OK”.

Gambarajah 4

7|www.mohdadil.com
5. Pilih destinasi partition yang hendak digunakan dalam proses restore image ini. Kemudian
klik “OK”.

Gambarajah 5

6. Klik “Yes” untuk meneruskan dengan proses restore image ini.

Gambarajah 6

8|www.mohdadil.com
7. Setelah selesai, klik “Reset Computer” dan komputer akan restart.

Gambarajah 7

Tamat! Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada mohdadil@live.com

Terima Kasih!

9|www.mohdadil.com