Anda di halaman 1dari 28

c ‘  

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara majumengikut
acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politiksosial,
keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda pentingkerajaan adalah
untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itukementerian pelajaran
mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkanwarganegara yang
bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripadamelahirkan warganegara yang
berpengetahuan dan berkemahiran.

Dalam usaha kerajaan memartabatkansebuah sistem pendidikan yang berkualitidan


bertaraf duniapelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dandiwartakan bagi
menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi,pengantarabangsaan dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagimembolehkan
bidangpendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalandisiplin, peraturan,
dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagimemudahkan pencapaian
matlamat pendidikan negara. Tujuan utama sistem perundangan pendidikan adalah untuk
menentukan tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi
keperluan dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil
inisiatif membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan
perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru pula adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat
perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan
dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B.
Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kementerian Pendidikan
Malaysia juga telah melihat profesion perguruan sebagai µberdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah¶ dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati
ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000). Bidang pendidikan pada masa

c
kini telahpun berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,
sistematik dan holistik. Maka, kalangan warga pendidik, perundangan pendidikan negara
serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Sistem dan
perundangan pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas
pertama walaupun ia mengambil masa yang panjang. Peningkatan profesionalisme guru
dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan
profesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan
dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang
rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion
keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber
utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam
pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru
harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan
pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendiri
memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan.

Oleh itu, perundangan pendidikan yang mantap dan berkesan dapat member impak
yang sangat besar dalam profesion perguruan yang menjurus kepada kecemerlangan dan
keseimbangan taraf pendidikan di Malaysia. Dalam memartabatkan profesion peguruan juga,
perundangan pendidikan seharusnya digubal dengan penuh teliti dan mengambil kira
peredaran zaman dan masa supaya perundangan tersebut tidak terus ketinggalan dengan arus
permodenan yang kian pesat. Pada zaman sebar canggih masa kini, peranan guru amatlah
penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang sempurna kepada anak bangsa
yang bakal meneraju masa depan negara, dan perundangan pendidikan yang berkesan dalam
memartabatkan profesion perguruan amatlah perlu bagi menjamin kelancaran untuk masa
depan negara.

•  
  

Menurut Kamus Dewan (2005) perundangan merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan
undang-undang iaitu sesuatu undang-undang itu ditadbir yang lazimnya mengikut adat

•
sendirisebuah negara. Perundangan lebih besar ruang lingkupnya dan menjadi undang-
undangyang perlu dipatuhi dalam sesebuah negara. Manakala µprofesion¶ ialah pekerjaan
terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam
bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. µCemerlang¶ pula
ialah bersinar (bercahaya) dengan terang, gilang-gemilang. Dari kedua-dua pengertian
tersebut, ia memberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah,
jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya
kepada generasi pelajar. Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang
cemerlang, maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran
Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat ,
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.

Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpasistem


pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman ,boleh
dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan
tanggungjawabmemartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan
tanggungjawabtersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar
kewibawaan negaradalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf
dunia.

Dalam bidang perundangan pula ia telah dirangka bagi menentukan tahappendidikan


berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dancabaran pendidikan
pada alaf baru. Sama seperti pengurusan disiplin dan peraturan yangdilaksanakan pihak
kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapaperubahan berterusan
dalampendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikanyang telah dikeluarkan pada
tahun 1996 dan 1997.Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pelbagai cabaran dan
rintanganperlu diharungi terutamanya bagi golongan pendidik. Cabaran utama
adalahtanggungjawab mereka sendiri sebagai pendidik di samping dengan cabaran dari
ibubapayang kebelakangan ini begitu mudah memgambil tindakan mahkamah terhadap
pendidikapabila berlaku sesuatu kes. Warga pendidik sekarang merasakan profesion yang
diceburiterdedah kepada pelbagai risiko dan liabiliti.

-
Antara akta yang telah diwartakan oleh pihak kementerian termasuklah AktaPelajaran
1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 merupakan suatu aktauntuk
mengadakan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.Akta ini
merangkumi skop pendidikan yang lebih luas berbanding peraturan dan disiplinpendidikan.
Ianya meliputi semua kategori sekolah, yang mengamalkan sistem pendidikankebangsaan.

Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta
inimengawal selia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan
diperingkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta danpendidikan
teknikal. Di samping itu melalui Akta Pendidikan 1996 ini penekanan dibuatbagi
membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murniselaras
dengan perkembangan dunia yang berdaya saing tinggi bersifat global danmemfokuskan
teknologi maklumat.

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada AktaPelajaran


1961. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru iamenampilkan
kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Iaberpaksi kepada
perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasarpendidikan
kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukkanyang masih
relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan landasan Akta Pendidikan yang


digubalsetelah mengambilkira aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikankonsep
sistempendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan
dariperingkat pra sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi
semuakategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

- cc      

Dalam kamus dewan etika membawa maksud Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip
moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang
tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan,
perakaunan dan lain-lain. µkeguruan¶ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (

[
kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat
penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri
seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi
yang baik dan Berjaya.

Seorang guru yang kompeten seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang


cemerlang dan terkini terhadap mata pelajaran yang diajar. Mereka juga perlu mempunyai
kemahiran menggunakan kaedah pengajaran yang mudah difahami dan dikuasai murid.
Penyampaian yang sistematik dan melibatkan pelajar secara aktif akan menjadikan corak
pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Setiap murid diberi perhatian dan dibantu bagi
mengatasi kelemahan masing-masing dan meningkatkan prestasi mereka dari sudut
peningkatan kemajuan akademik, tingkah laku para murid yang cuba dibentuk ataupun
tingkah laku mereka sendiri.

Guru pelu dedikasi terhadap profesionnya memandangkan sebahagian besar masa


guru itu dihabiskan dengan berfikir, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan pengajaran dan murid-muridnya. Masyarakat umumnya mengharapkan
guru-guru yang bertanggungjawab, mempunyai tingkah laku yang baik, rajin, bermoral tinggi
dan tidak melanggar norma-norma masyarakat.

Menurut Abd Rahim (2000), guru yang professional memerlukan mutu personal yang
sesuai dengan tugas dan status guru. Mutu personal guru antaranya meliputi sahsiah dan
sikap, minat, kretiviti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, sifat-sifat kepimpinan,
pengetahuan am yang luas, dan mempunyai pencapaian yang istimewa yang boleh
meningkatkan profesionalisme perguruan. Kelemahan mutu personal guru memberikan kesan
buruk dan menjejaskan mutu dan keberkesanan pendidikan serta imej perguruan. Guru yang
kurang komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab penyebabkan imej guru dipandang
rendah oleh masyarakat.

Guru merupakan agen penyebaran ilmu pengetahuan, yang membentuk generasi masa
akan datang, memainkan peranan bagi memastikan generasi muda yang terhasil daripada
sistem pendidikan hari ini mampu meneruskan kesinambungannya pada masa akan datng.
Walaupun dilanda pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan, para guru


seharusnya mampu untuk menjadi individu yang boleh bersaing di pesada dunia dan
menjadikan perguruan ini sebagai profesion yang sama dengan bidang kerjaya yang lain.

Memandangkan guru merupakan aset terpenting dalam organisasi pendidikan, maka


adalah penting sekali setiap individu dalam perguruan sentiasa ditambah nilai dan diasah
sesuai dengan perkembangan semasa. Menyatakan bagi menggunakan sumber manusia yang
ada secara berkesan, sesebuah organisasi mesti memastikan bahawa semua individu bersedia
untuk belajar pada setiap kesempatan yang ada dan organisasi yang berjaya adalah yang
mengetahui bagaimana mendapatkan komitmen dan keupayaan untuk belajar di setiap
peringkat dalam organisasi tersebut (Senge, 1994). Oleh itu, para guru mestilah mengubah
persepsi bahawa pembelajaran adalah sebagai amalan sesekali atau bila perlu sebaliknya
menjadikan pembelajaran sebagai amalan berterusan atau sepanjang hayat (long life
learning).

- ••        

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam usaha memartabatkan profesion perguruan
terdapat isu atau masalah yang timbul iaitu isu percanggahan antara ibu bapa, guru dan
pelajar itu sendiri. Guru merupakan ³orang kedua´ bagi pelajar selepas ibu bapa. Tugas dan
peranan seorang guru bukan sahaja mendidik, membimbing, dan mengajar pelajar tentang
ilmu-ilmu pengetahuan malah berfungsi sebagai pembentuk sahsiah dan peribadi seseorang
sehingga menjadi seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara kelak. Namun
mampukah guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri merealisasikan impian murni untuk
memartabatkan profesion perguruan sedangkan ketiga-tiga pihak yang berkenaan saling
menuding jari dan menghadapi masalah percanggahan dalam menyelesaikan sesuatu isu?

Misalnya kita sering terbaca, terpandang dan terdengar isu-isu yang berkaitan dengan
masalah disiplin pelajar sama ada di media massa mahupun media elektronik yang menjadi
bahang bicara ke arah memartabatkan profesion perguruan. Buktinya, masalah seperti kes
pelajar yang menendang guru. Kejadian ini berlaku di Kangar, Perlis iaitu seorang guru yang
mengajar mata pelajaran fizik di salah sebuah sekolah menengah mendakwa diserang oleh
sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali di perut oleh salah seorang pelajar di
dalam bilik darjah sekolah terbabit. Hal ini dikatakan berlaku kerana guru yang mengajar

ë
subjek fizik tersebut (Cikgu Azahana Ibrahim yang berumur 27 tahun) menegur seorang
pelajar perempuan berhubung kelewatan menghantar tugasan yang diberikan.

Kejadian seperti ini akan menimbulkan konflik antara ibu bapa dengan guru kerana
sudah tentu ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka akan mempertahankan
anak-anak mereka walaupun mereka tahu kesalahan itu sebenarnya berpunca dari anak
mereka sendiri. Hal ini didorong oleh perasaan ibu bapa yang tidak mahu menerima kritikan
bahawa mereka gagal mendidik anak-anak mereka. Tambahan pula sikap anak-anak yang
memberikan keterangan palsu terhadap kes-kes seperti ini mendorong ibu bapa untuk lebih
mempercayai anak mereka berbanding guru yang mengajar. Oleh itu timbullah percanggahan
pendapat dan perbahasan antara guru dan ibu bapa terhadap sikap anak-anak yang tidak tahu
menghormati guru.

Tetapi kita tidak boleh pula menyalahkan pelajar semata-mata kerana terdapat juga
dalam kalangan guru yang bertindak sewenang-wenangnya seperti berkelakuan di luar etika
perlakuan seorang guru yang sebenar. Misalnya kes seperti yang berlaku di Kulim, Kedah
baru-baru ini. Kejadian berlaku pada 8 Februari 2010 di sebuah Sekolah Menengah (SM)
Lubuk Buntar iaitu seorang pelajar perempuan dipukul oleh seorang guru lelaki hanya
disebabkan oleh isu minyak wangi. Pelajar perempuan yang berusia 13 tahun itu mengalami
bengkak pada bahagian kepalanya akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan
menggunakan buku teks hanya kerana perbuatannya menegur sama ada guru itu memakai
minya wangi atau tidak. Pelajar perempuan itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar
kerana luka yang dialaminya agak parah.

Ibu bapa yang merupakan perantara di antara guru dan pelajar mempunyai alasan
yang tersendiri untuk mempertahankan anak mereka disebabkan isu yang berlaku dalam
profesion pendidikan. Percanggahan yang berlaku ini menjadi duri dalam daging ke arah
memartabatkan profesion perguruan. Masing-masing mempunyai hujah dan pendapat
tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga kadang-kadang ketiga-tiga pihak
sukar untuk mendapatkan kata putus dan keputusan yang memuaskan hati pihak yang
terlibat.

- --      


Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan,
guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan guru pula berkaitan
dengan guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan
yang universal selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara
yang mudah. Bila seseorang menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh
bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu individu tersebut.Pada awal tahun 60-an, guru
dianggap sebagai insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat
setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan
negara. Pada masa ini, kaum guru juga menjadi panduan dan rujukan selain memberikan
ilmu kepada masyarakat.

Apabila kita membincangkan mengenai kedudukan guru pada sudut pandangan


sesetengah orang, keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan yang terakhir.
Menurut Azhar (2007) Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Dr. Abdul Rahman
Daud menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion perguruan adalah disebabkan
pandangan sesetengah individu yang menganggap kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada
golongan siswazah terutama bagi mereka yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan.
Apatah lagi dengan timbulnya pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan: ³Those who can,
do: those who can¶t teach´.(yang membawa maksud, mereka yang tahu akan melakukan:
mereka yang tidak dapat melakukan, akan mengajar adalah digolong dalam kategori orang-
orang yang tidak tahu melakukan atau mempraktikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

Walaupun begitu, kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat


pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan
lain-lain. Ini adalah kerana ramai yang menganggap mereka boleh menjadi guru sandaran
atau guru sementara walaupun tanpa mempunyai latihan asas. Malah ada kalanya lebih baik
dari guru yang sedia ada. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku
masalah dalam masyarakat. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat
dengan mata kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh
para pendidik untuk melahirkan bangsa yang bermoral, eragama dan beretika tinggi serta
penduduk yang mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin,

*
bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan dan seterusnya
masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu
untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang
tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak
mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001).

-    

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989) di Malaysia menekankan ³pendidikan sebagai


usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan
untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara.´ FPK ini jika dihayati sepenuhnya
menunjukkan guru telah diamanahkan memikul tanggungjawab yang berat. Mereka perlu
berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak menangani masalah terutama disiplin pelajar.
Secara amnya, guru dianggap sebagai µpakar¶ dalam segala bidang (Shamsudin Haron et
al.2002)

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang
melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina Negara
yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban
tugas dan tanggungjawab kerja dalam kalangan guru-guru perlu diambil kira. Begitu juga
setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru
tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi
akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa
kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd. Rahim 1997).

Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas
yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan
ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan.

Ô
Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan
dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru
perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan
tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada
guru yang berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka
sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh
memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru.

Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman


yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat
dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri. Selaras dengan
perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran,
kegiatan ko-kurikulum dan juga tugas-tugas berkaitan dengan perkeranian. Guru juga perlu
memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat
sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru
memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu
membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid,
menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat,
menghadiri kursu dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas
sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal
ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan
ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Menurut Faridah & Zubaidah (1999), bebanan kerja
guru bukan sahaja mengajar tetapi juda melaksanakan kerja penkeranian dan pentadbiran,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja persatuan ibubapa dan guru (PIBG).
Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru
memerlukan kompetensi pengurusan masa sbagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu pengajaran yang
baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan perngurusan dengan cara yang
berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.

c
Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah
menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya
ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ³stress´.
Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang
keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang
guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul
Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu
mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan
emosi guru.

 - c
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan pendidikan di sekolah berjalan dengan
lancar. Guru sepatutnya mempunyai potensi dalam mendidik pelajar relevan dengan zaman
dan keadaan sekarang. Robiah sidin(1994) ada mencadangkan beberapa kriteria yang
sepatutnya ada pada seorang guru agar bersedia dalam mengajar dan mampu mengajar
seiring dengan perubahan zaman. Kriteria yang disenaraikan ialah Berupaya memimpin
perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas,mengutamakan daya pengeluaran tinggi
dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengikuti peredaran masa, memahami perkembangan
teknologi dan mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif.
Omar Hashim (1991) pula berkata bagi guru itu dapat melaksanakan kurikulum
dengan baik dan sesuai dengan perubahan zaman, guru perlu mempunyai ciri-ciri seperti
yang beliau nyatakan iaitu para guru harus mempunyai bekalan yang secukupnya dari segi
kemahiran dan pengetahuan. Guru kini mestilah boleh menjadi pendidik serba boleh serta
lincah dalam beberapa kemahiran termasuk keupayaan menggunakan media elektronik serta
komputer bagi meningkatkan kemahiran dalam pengajaran.
Guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehan dalam menggunakan ICT bagi
meningkatkan lagi profesionalisme guru tersebut. Penguasaan dalam bidang ICT sangat
penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan
teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.
Bagi mengekalkan kualiti guru, guru hendaklah sentisa berusaha untuk mengaplikasikan IT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan agar guru sentiasa
mengemaskini sistem maklumat dan mengemaskini sistem kemahiran computer. Orinstein

cc
dan Hunkins (1998) berkata cabaran guru dalam meningkatkan profesionalisme guru itu
sendiri sebenarnya banyak berkaitan dengan tumpuan dan cara guru itu menyampaikan ilmu
kepada pelajar.
Selain itu, seorang pendidik itu seharusnya menguasai penggunaan Bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas memerlukan guru untuk menguasainya
dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dari masa ke semasa. Penggubalan semula
KBSR dan KBSM untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris memerlukan guru agar lebih menguasai dan mempraktikkan dalam komunikasi
antara guru mahupun sesama pelajar itu sendiri.
Guru merupakan contoh kepada pelajar. Akhlak dan kualiti guru adalah sangat
penting dalam memperbaiki akhlak pelajar. Pelajar sangat menghormati guru yang berakhlak
mulia kerana guru adalah sumber ilmu dan semangat mereka. Guru juga akan dijadikan
contoh yang baik kepada mereka. Bagaimana pula jika guru menunjukkan sikap yang kurang
baik kepada pelajar? Sudah tentu generasi pelajar itu akan sama seperti guru tersebut. Ini
akan mencerminkan sikap guru yang tidak berakhlak dan mempunyai sahsiah atau moral
yang baik.
Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu tetapi ia berperanan
lebih luas dari itu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Antara peranan lain guru ialah
memberikan ilmu yang cukup dari segi jasmani mahupun rohani kepada pelajar bagi
mengembangkan potensi diri dan dapat ilmu yang disampaikan dapat berfungsi dengan baik.
Guru adalah pendidik dan mursyid disamping menyampaikan ilmu. Maka guru perlulah
memiliki kualiti peribadi yang tinggi serta mampu menyampaikan risalahnya sebagai
pendidik (Al Ghazali, t.t).
Guru mesti mempunyai kebersihan peribadi iaitu dari segi percakapan, perlakuan,
tindakan atau perasaan. Kebersihan meliputi jasmani dan rohani. Guru juga mestilah bebas
daripada perasaan hasad dengki,riak, tamak, pemarah dan sebagainya. Hati seorang guru
yang menyampaikan ilmu mestilah bersih dan ikhlas. Ini kerana keikhlasan seorang guru
dalam menyampaikan ilmu terpancar melalui tindakannya.

 • •


Perkembangan bidang sains dan teknologi pada masa kini menjadikan bidang pendidikan
semakin bertambah canggih dan mencabar. Keadaan ini seterusnya menjadikan pengurusan
di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula masalah sekolah turut bertambah
berikutan pertambahan pelajar di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan
persediaan seorang guru untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang
sering berubah. Salah satu cabaran dalam memartabatkan profesion perguruan adalah sekolah
yang berkualiti.

Sekolah berkualiti memerlukan satu usaha pembangunan sumber pendidikan seperti


guru dan prasarana untuk sekolah melalui beberapa pendekatan yang strategik. Antara
cabaran tersebut adalah penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini
untuk semua peringkat sekolah dan program pendidikan mengikut perancangan dengan
memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia tercapai. Selain itu, peningkatan
keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta
iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran bukan sahaja boleh diperolehi
daripada buku teks semata-mata malah boleh didapati melalui jaringan internet dan juga
kemudahan multimedia turut menjadi cabaran dalam menghasilkan sekolah berkualiti.

Bukan itu sahaja, dalam memartabatkan prosfesion perguruan, guru itu sendiri
berhadapan dengan cabaran untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam
bidang pendidikan khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran, pembelajaran dan
penguasaan supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan.
Misalnya untuk meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha untuk
meningkatakan taraf profesionalisme melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan
penyelidikan tindakan kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu,
menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih efesien.

 - -

Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang rendah adalah kerana
pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang

c-
ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk
pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan
amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik
menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah oleh
pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang
menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.

Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media
juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul peljar sering dipilih untuk
dijadikan tajuk utama bagi media massa. Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan
penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka
lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera.
Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasionl dan tidak adil bagi para guru. Media massa pula
sering berpihk kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.

Pihak media massa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat
melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media massa Cuma mengutamakan
keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yan
dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan yang sering digunakan ialah µcedera¶.
Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa
sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita
apa lagi meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengr berita dari
media massa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu
dipukul. Kenapakah keadaan ini mesti berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat
para media massa begitu juga dengan masyarakat umumnya. Perkara ini secara tidak lansung
menjatuhkan status guru dalam pandangan masyarakat kini.

  

Jumlah pelajar yang semakin bertambah pada setiap tahun juga merupakan salah satu beban
yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Setiap tahun, jumlah pengambilan pelajar
baru semakin bertambah dan secara tidak lansung mewujudkan suasana bilik darjah yang
melebihi kapasiti yang telah ditetapkan. Dengan itu maka wujudlah rungutan daripada pelajar

c[
berkenaan dengan situasi pembelajaran yang kurang selesa. Bilangan guru yang tidak
mencukupi dalam sesebuah sekolah juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban
guru-guru yang sedia ada di sekolah tersebut. Guru terpaksa mengawal bilangan murid yang
terlalu ramai dan perkara ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru dan guru tidak dapat
memberikan tumpuan sepunuhnya ketika waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Akibat
terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup
untuk menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaan (P&P) yang seterusnya.

Semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan secara


rasmi di seluruh sekolah di negara ini mulai pada tahun 1989 maka sering kali kedengaran
suara rungutan daripada sebahagian besar para guru di sekolah menengah tentang beban
tugas mereka pada hari ini semakin hari semakin bertambah dan tercabar. Para guru juga
mendakwa bahawa KBSM yang dilaksanakan telah menyebabkan beban tugas mereka
bertambah, di mana jumlah waktu mengajar di dalam bilik darjah semakin bertambah dan
mereka terpaksa pulang lewat ke rumah. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat oleh
Shafie (1994), mengenai kesan KBSM ke atas beban tugas guru beliau mendapati bahawa
sejumlah 90% dalam kalangan responden mengatakan bahawa KBSM itu adalah
membebankan khususnya dari segi persediaan guru. Mereka berpendapat bahawa KBSM
terlalu memerlukan alat bantu mengajar sehinggakan ia sangat menyusahkan, menghabiskan
banyak masa dan membosankan. Mereka mendakwa bahawa KBSM menambahkan
tanggungjawab para guru serta berat dari segi kawalan kelas dan perlaksanaannya.

Cabaran lain adalah guru-guru terpaksa berkerja pada musim cuti persekolahan.
Situasi ini sangat berkait rapat di mana guru-guru dikehendaki mengawas peperiksaan awam,
memeriksa kertas jawapan calon, mengadakan kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas
intensif dan sebagainya. Oleh yang demikian, pada dasarnya cuti persekolahan tidak dapat
digunakan oleh guru-guru untuk berehat bersama-sama keluarga akan tetapi mereka
dikehendaki bertugas lebih masa sepanjang cuti persekolahan pada setiap tahun. Menurut
Shahbudin (1986), cuti guru yang terdiri daripada 77 hari (11 minggu) hanya tinggal lebih
kurang 33 hari sahaja dalam setahun. Keadaan ini jelas menampakkan bahawa cuti sebenar
para guru semakin berkurang kerana kerja-kerja tambahan yang perlu dilakukan dilaksanakan
ketika waktu cuti persekolahan.

c
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan
pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian
membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan
terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul
Shukur Abdullah, 1991). Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan
dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada
pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat
kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. ³Bebanan ini
bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah
murid´ (Harian Metro, 2005).

Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-
aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru
dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa
tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-
guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut
kajian yang dilakukan pleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah
44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu
(jumlah masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih
memerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti
mengajar dan menyemak latihan buku pelajar.

 c   c
Syarat pemilihan guru sepatutnya diperketatkan lagi. Selain itu, kriteria pengambilan guru
juga perlu diambil kira dengan lebih lagi. Calon boleh diuji melalui Ujian Pemilihan Calon
Guru Malaysia a   
 
     Selain itu, temuduga individu
dan berkumpulan juga dilaksanakan dan menguji kebolehan calon menguasai bahasa inggeris
melalui ujian bertulis Bahasa Inggeris.
Selain itu juga, syarat tambahan bagi Kursus Lepasan Ijazah(KPLI) hendaklah yang
bersesuaian dengan keperluan opsyen. Calon juga hendaklah seorang yang aktif dalam
kokurikulum dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.


Bagi pemilihan calon lepasan Sijil Pelajran Malaysia SPM pula hendaklah sekurang-
kurangnya mendapat enam kepujian pada peringkat SPM untuk subjek bahasa melayu,
bahasa inggeris, matematik atau matematik tambahan, sains atau sain tambahan, sejarah,
fizik atau kimia atau biologi atau kejuruteraan awam atau elektronik dan eloktronik atau
elektrik atau kejuruteraan mekanikal atau lukisan kujuruteraan atau teknologi kejuruteraan
dan satu mata pelajaran lain. Calon juga hendaklah Berjaya melepasi ujian Inventori Sahsiah
Guru dan melepasi ujian-ujian lain yang diberikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia KPM menaik taraf maktab perguruan kepada Institut
Perguruan Guru IPG yang menawarkan program pada peringkat sarjana muda pendidikan.
Selain itu, KPM juga membentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan
mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Mereka member penekanan elemen
baru kepada guru dalam kurikulum pendidikan guru dan membangunkan infrastruktur yang
meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT dan
sebagainya. Latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral
care juga diberikan. KPM juga memastikan setiap IPG mempunyai penkhususan dalam
bidang tertentu. Contohnya bidang Teknologi Maklumat, Bahasa, sains, Matematik dan
banyak lagi. Guru juga mesti diberikan penekanan dalam Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D) bagi menjadikan guru sebagai penyelidik dan menjadikan budaya menyelidik sebagai
sifat mereka. Kerjasama anatara KPM dan IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan
haruslah dieratkan agar dapat memastikan kurikulum pendidikan yang digubal menepati
kehendak dan keperluan sistem pendidikan Negara.

 •   •

Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia, Dato¶ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007
adalah merupakan sebuah pelan perancangan pendidikan yang bersepadu, komprehensif, dan
menyeluruh serta memberi penekanan terhadap memartabatkan profesion keguruan.

Antara lain dasar dan matlamat memartabatkan profesionperguruan adalah dengan


meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Bagi mencapai dasar dan
matlamat tersebut, fokusnya adalah seperti menambah baik sistem pemilihan guru,

c
memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran
kerja dan kebajikan guru dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Dasar dan matlamat yang telah digariskan adalah bersesuaian dengan perkembangan
dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan pada hari ini yang menuntut
perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Masyarakat hari ini
menganggap guru bukan satu kerjaya tetapi mereka melihat guru sebagai insan yang
berkualiti, berketrampilan, berkewibawaan, berkelayakan, berminat, beriltizam dan berjiwa
pendidik.

Program latihan perguruan telah diberi penambahbaikan dalam pelbagai aspek seperti
mengetatkan syarat dan kriteria pengambilan guru. Calon-calon guru akan melalui proses
saringan seperti Malaysian Teachers Selection Test (M-Test), pencapaian Inventori Sahsiah,
Keguruan (INSAK), temuduga, ujian kesihatan, tapisan keselamatan dan mendapat
kecemerlangan pencapaian akademik. Selain usaha mengetatkan syarat kemasukan calon
guru, kementerian juga sedang dalam peringkat akhir menyediakan Standard Guru Malaysia
(SGM) sebagai rujukan piwaian kualiti guru di seluruh negara. SGM mengandungi dua
komponen standard ( nilai dan amalan profesional keguruan, pengetahuan dan kefahaman
berkaitan bidang keguruan serta kemahiran P&P dan komponen keperluan) latihan meliputi
kelayakan memasuki program dan latihan, penaksiran dan penilaian, kolaborasi, infrastruktur
dan infostruktur.

Bermula 6 Mei 2006, Maktab dinaikkan taraf menjadi IPG dan ini diharapkan dapat
melahirkan guru-guru yang berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi
pendidik. Antara usaha memantapkan profesion ini termasuklah menaik taraf maktab
perguruan kepada Institut perguruan Guru (IPG). Dalam usaha meningkatkan jumlah guru
siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan untuk
melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijil dan
diploma. Penaiktarafan maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk
meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah mampu memartabatkan profesion
keguruan. Guru yang layak ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat
sarjana dan doktor falsafah.

c*
Bersesuaian dengan agenda tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menambah jumlah biasiswa bagi para guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah
lanjutan merangkumi peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran di bawah Hadiah Latihan
Persekutuan ( HLP). IPG memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan pra dan
dalam perkhidmatan. Kini terdapat 27 buah IPG di seluruh negara dengan bilangan
pensyarah 3,129 orang dan enrolmen 28,755. Hal ini sejajar dengan sasaran kerajaan untuk
menyediakan 100% guru berijazah bagi sekolah menengah dan 50% bagi sekolah rendah
menjelang 2010.

 -   -

Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diwujudkan misalnya strategi kerajaan


untuk memartabatkan profesion perguruan. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan
beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha
mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama
bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah untuk
meningkatkan tahap profesional profesion guru. Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa
untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan
dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-
guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap
pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.

Terdapat enam pendekatan yang merangkumi dalam peningkatan tahap


profesionalisme. Salah satu daripadanya ialah memperkenalkan ³Program Diploma
Perguruan Khas´. Program ini telah diperkenalkan tahun 1996. Tujuannya adalah untuk
menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah di semua
sekolah menengah menjelang tahun 2005. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
membuat satu penukaran iaitu menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma
Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras
dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari kini.

Seterusnya Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang


dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah. Di samping itu juga


kursus-kursus ini diadakan secara usahasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open
University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk guru
besar. Perlu diingatkan bahawa bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut
peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini.
Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah
iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut,
Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan
terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa
program khas untuk memastikan ianya terus berkembang.

Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki
dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan
progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki
dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan Australia. Skim latihan pegawai
juga penting kerana skim yang dikelolakan oleh Bahagian Biasiswa untuk membolehkan
pegawai-pegawai pendidikan mendapat kelayakan tambahan dengan mengikuti program
kedoktoran dan sarjana dengan menawarkan biasiswa penuh dan cuti belajar bergaji
penuh.Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang tinggi dengan memberikan kursus
dan latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah maktab juga diberikan peluang memperbaiki
diri mereka sesuai dengan cabaran dalam dunia pendidikan masa kini.

Pendekatan yang dapat dilaksanakan seterusnya ialah dengan menubuhkan Universiti


Perguruan sepertiSultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) telah ditukarkan
namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk
memartabkan bidang keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan
Idris pada tahun 1987. Pada 1 Mei 1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan
dengan menjadikan ianya sebuah universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).

Selain daripada itu, penubuhan Yayasan Guru Malaysia Berhad juga memainkan
peranan yang penting. Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah
akta Syarikat 1965, pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad. Tujuan utama
penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan mengembelang seluruh warga pendidik

•
dan anggota perkhidmatan pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan
ekonomi dan kebajian yang akan menjadi wahana utama. Objektif utama penubuhan YGMB
ialah untuk memajukan kebajikan pendidik khasnya ahliu-ahli Yayasan melalui bencana dan
sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan
terutama dalam bidang kewangan, pengusan dana, pembinaan dan pembangunan hartanah,
pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.

Penyertaan guru dalam kesatuan-kesatuan guru yang berdaftar diyakini dapat


menguatkan dan mengukuhkan penyatuan perjuangan guru secara permuafakatan selaras
dengan kehendak profesion keguruan. Inilah resolusi pertama Persidangan Permuafakatan
Pendidikan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang meyeru agar setiap
warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di Negara ini. (Yazid,
2001).

Yazid Abd Manap (2001) menyatakan lagi bahawa dalam kerta kerjanya, polisi
sisitem pendidikan yang ada tidak menggalakkan usaha guru memperkembangkan kerjaya
mereka. Guru-guru yang memiliki ijazah sarjana muda melalui cara ³Pendidikan Jarak Jauh´
kurang mendapat pengiktirafan dari pihak kementerian. Ramai guru yang mengikuti program
jenis ini kecewa dengan kenyataan pihak kementerian yang tidak akan menjanjikan apa-apa
jawatan yang lebih tinggi walaupun guru menamatkan pengajiaannya dengan cemerlang. Ada
pula guru yang sanggup berhenti pekerjaannya di tengah jalan kerana tidak ada apa-apa
peluang yang dijanjikan sedangkan pihak kerajaan menggalakkan guru-guru melanjutkan
pelajaran untuk memperbaiki profesion keguruan ini.

Syarat-syarat dalam pemilihan guru juga perlu diperketatkan bagi memilih calon guru
yang benar-benar layak sahaja. Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran
kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila
jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca
kepada sikap tidak betminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973).
Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap
profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas dua atau tiga tahun
menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap
beberapa orang guru mengenai kejadian ³guru suka datang lewat ke kelas´ jelas

•c
menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang
kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. (Wan Mohd Zahid Nordin
).

Kekosongan jawatan guru samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya
diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal samada di maktab
perguruan atau pun universiti. Kita tidak dapat nafikan mengenai keperluan mengisi
kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat
terhadap profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak
yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka
masoh boleh menjadi seorang guru.

Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah yang


proaktif terhadap masalah yang dihadapi. Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di
sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut.
Semestinya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru
yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah
rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma
dari maktab perguruan.

Kesimpulannya, profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat


mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus
dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk
diceburi juga adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar akan cabaran dan
bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan
memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan
profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru siapalah kita hari ini.

    

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa
khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru
sekolah di seluruh negara. Keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas

••
bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga
menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar. Jawatankuasa tersebut ditugaskan
mengenalpasti bagaimana masalah bebanan tugas guru itu boleh berlaku dan mencari
penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh
piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari
negara kita untuk dicontohi.

Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya


yang turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa
selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan. NUTP turut
membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap hari Sabtu, sedangkan pekeliling
yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan
disebabkan guru terlibat dengan banyak aktiviti. Oleh itu, masalah ini akan diteliti bagi
memastikan tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap
kelas tidak terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul. Dasar baru
kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas
positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali
membebankan guru. Kementerian menubuhkan jawatankuasa ini tidak lain tidak bukan untuk
mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru.

Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara
guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi
mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia
(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian
dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah
dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan
menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu
bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Awal tahun ini, Menteri
Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa kementerian akan
menyelesaikan kajian terperinci dalam tempoh setahun untuk mencari formula bagi
mengurangkan beban kerja guru dan memperbaiki persekitaran kerja guru di negara ini.

•-
Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi
menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji
purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang
mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu
meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan
masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.

Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman
Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di
sekolah melalui konsep µmemasyarakatkan pendidikan¶ yang tidak mencetuskan kos
tambahan kepada kerajaan. Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya
peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor
swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar,
serta mewujudkan persatuan pesara guru. Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan
Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata
sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan
konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.

Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan


aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru
memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang
dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah
yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini.
Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal
pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah
berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah
rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus
mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang
pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.

Dalam konteks ini, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi
pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman. Matlamat ini boleh
dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu

•[
pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad
kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni. Satu lagi langkah berkesan ialah
menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua atau bekas pelajar di sesebuah sekolah
untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah
menghadapi peperiksaan utama. Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru
diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan
idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk
dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

ë    

 Untuk merealisasikan aspirasi Negara iaitu untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah
Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepannjang hayat.
Kedua-dua Model Tyler dan Model Taba tergolong di bawah Model Objektif, di
mana kedua-dua model tersebut menekankan kepada tujuan pendidikan atau objektif
pengajaran (hasil pembelajaran). Model objektif adalah bersifat sistematik kerana
mempunyai komponen-komponen atau langkah-langkah pelaksaan tertentu ke arah
pencapaian tujuan pendidikan yang telah ditentukan. Kedua, objektif pengajaran yang ingin
dicapai digariskan dengan jelas. Dengan itu, maka kandungan dan kaedah mengajar lebih
terurus dan pencapaian murid lebih mudah dinilai.
Usaha bagi membentuk generasi masa depan dengan peribadi dan akhlak yang tinggi
merupakan salah satu matlamat dalam pencapaian matlamat pendidikan negara.
Pembentukan disiplin, peraturan dan perundangan dalam dalam bidang pendidikan ini telah
banyak membantu dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Generasi yang terdidik
nanti mestilah boleh bertoleransi antara kaum dan agama. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa
tertubuhnya pelbagai perundangan pendidikan di Malaysia yang mengikut peredaran zaman
dan dipinda dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu pelajar yang dibentuk daripada pembentukan disiplin, peraturan
dan juga perundangan ini bolehlah menghormati kebudayaan kaum-kaum lain yang terdapat

•
di Malaysia dan menghargai kebudayaan kebangsaan. Akhlak dan peribadi murni yang
dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja atau generasi yang akan datang akan
menjadi perintis dalam membangunkan negara. Dalam usia yang muda, pelajar atau remaja
mudah terpengaruh dengan aktiviti sosial yang kurang berfaedah. Dengan adanya Falsafah
Pendidikan Negara yang menjadi pusat kepada matlamat pendidikan negara, pelaksanaan
disiplin, peraturan dan perundangan dalam pendidikan dapat dilaksanakan dengan lancar dan
mampu mencapai matlamat bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap
diri, keluarga, masyarakat, dan juga negara serta mampu menjadi insan yang sanggup
menghadapi cabaran dan dugaan dalam era teknologi yang semakin pesat selaras dengan
Wawasan 2020.
Peningkatan martabat profesion keguruansebagaimana yang dihasratkan oleh
kerajaan juga dapat dilakukan dengangandingan mantap berbagai pihak khususnya
Kementerian Pelajaran Malaysia,institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat
dalam proses pendidikan.Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini InsyaAllah akan
dapatmenyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja setakat 2020
bahkanmelangkaui masa-masa selepasnya. Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek
untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan
datang. Dengan tahap persediaan yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas
walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.
Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan profesionalisme
guru dan tidak mengharapkan sebelah pihak sahaja. Terdapat banyak cara yang boleh
dilakukan untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Profesion perguruan merupakan
satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik
tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan terakhir
untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan
bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan
memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan
profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

•ë
     

1. Abdul Rahim M.Ali (2001) x  :   
  (Edisi Pertama) Kuala Lumpur : Utusan publication &
distributors Sdn.Bhd.
2. Abdullah Sani Yahaya (2003)    Bentong Pahang Darul Makmur
: Publication & distributor Sdn.Bhd
3. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008)    
(Edisi Kedua) Tanjong Malim: Quantum books(1185725-V).
4. Amir Hasan Dawi, (2002).        . Tanjung Malim:
Quantum Books.
5. Bakhtiar Mansor (1993)             
    , , Kuala Lumpur: Perguruan Institut Aminuddin Baki.

6. Ee Ah Meng, (1994).        . Kuala Lumpur: Fajar


Bakti.
7. Kamus Dewan Edisi Baru, (1989) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

8. Lembaga penyelidikan undang-undang (2008)     


Petaling Jaya Selangor : International law books services.
9. Mok Soon Sang, 1996.   . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
10. Omardin Ashaari (1996      , Kuala Lumpur: Utusan publication
distributors Sdn.Bhd.
11. Shafie Lugom (1994)             a! . Harapan dan
Kesesuaiannya Dalam Melahirkan Generasi Yang Seimbang Dari Segi Rohani,
Jasmani, Emosi dan Intelek. Kuching: Sadong m.s.34
12. Shahbudin Ngah (1986)               
             "   . Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.

13. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (2005)  # (edisi keempat) Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

•
14. Shuib Dirwan & Johari Seman (2001)        "   
         : JPN Johor, m.s. 40-48.

15. Sufean Hussin, 1993  $   "  .


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16. Wan Mohd Zahid Noordin, bekas KPM, Sedutan Ucapan Sempena Majlsi Perasmian
Seminar Pendidikan anjuran JPN JOhor di UTM pada 23 Mac 1998.

17. Yazid Abdul Manap (2001         #


         : JPN Johor, m.s. 15 - 33.

•*