Anda di halaman 1dari 28

1.

0 PENDAHULUAN

Kesedaran tentang pentingnya penggunaan bahan kesusteraan Melayu dalam


pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada para pelajar sekolah dan pelajar IPT memang
sudah dirasakan sejak dari zaman sebelum perang lagi. Kini, kurikulum Bahasa Melayu yang
telah melalui semakan dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 telah mengalami beberapa
pengubahsuaian dan unsur terbaru dalam pendidikan diintegrasikan dalam kandungan
kurikulum itu. Pengubahsuaian itu sesuai dengan tujuan pendedahan komsas dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Antara tujuan karya sastera digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas)
adalah untuk membangkitkan minat dan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang
bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur
ayat. Selain itu, karya sastera digunakan dalam Komsas adalah untuk membentuk kepekaan
para pelajar tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan,
kesaintifikan, keunikan mutu dan gaya bahasa yang memiliki ciri menghibur dan sebagainya.

Selain itu, karya sastera juga turut digunakan untuk membangkitkan minat membaca
dalam kalangan pelajar terhadap karya-karya yang lain. Kemasukan komponen kesusasteraan
Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat membantu para pelajar
meningkatkan minat membaca pelbagai genre kesusasteraan Melayu seperti novel, cerpen,
drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional. Karya kesusasteraan Melayu ini
juga dapat memberikan mesej dan pengajaran kepada para pelajar kerana karya ini mudah
untuk difahami.

Seterusnya, karya sastera ini juga turut digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu
(Komsas) kerana para pelajar berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan membina
sahsiah yang mulia. Ini kerana terdapat pelbagai mesej yang ingin diketengahkan oleh
pengkarya yang lebih cenderung kepada aspek nilai-nilai murni dan pengajaran. Keadaan ini
sudah pasti sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada pembaca untuk membentuk
akhlak yang baik.

1
Karya yang dipilih dan pelajar tingkatan yang sesuai menggunakan karya ini

Cerpen yang saya pilih ini merupakan sebuah cerpen yang ditulis oleh Ummu Hani
Abu Hassan iaitu sebuah cerpen yang bertajuk “ Kampung Hati Ayah” yang merupakan
pemenang kategori cerpen remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Cerpen ini dipetik
daripada buku “Pelangi Kami Ingin ke Sana” dan mendapat tajaan penuh daripada Exxon
Mobil.

Karya ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi
pelajar tingkatan satu. Ini kerana terdapat nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam cerpen
ini. Mengikut sukatan dalam pelajaran juga, penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa
Melayu bertujuan melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak yang mulia. Cerpen ini
juga begitu sesuai untuk pelajar tingkatan satu kerana pada peringkat ini para pelajar harus
diberi perhatian untuk membentuk peribadi yang mulia. Peribadi yang mulia sememangnya
harus dibentuk sejak mereka kecil lagi tetapi pada peringkat melangkah sekolah menengah,
para pelajar perlu diberi kesedaran dan peringatan semula.

Selain itu, nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini juga dapat membantu
memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar kerana cerpen ini mempunyai unsur-
unsur pengajaran yang boleh diambil dan diterapkan dalam diri mereka seperti yang dapat
dilihat menerusi watak “ayah” dan “emak” yang begitu gigih dengan pekerjaannya. Nilai-nilai
ini dapat memberi ruang dan pengajaran kepada para pelajar untuk memotivasikan diri dan
membentuk jati diri yang unggul untuk kecemerlangan yang berterusan.

2
Biodata penulis

Nama beliau ialah Ummu Hani Abu Hassan. Beliau merupakan anak kelahiran
Kodiang, Kedah. Beliau berumur 25 tahun. Beliau kini aktif menulis cerpen dan karya-karya
sastera yang lain. Antara artikel yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Cambah ilmu, Cinta,
Dakwah Rasul di Madinah, Kenali tokoh kita, Kongsi pengalaman tulis novel, Rasulullah
menangis ketika di Padang Mahsyar serta Senyum dan tangis Rasulullah. Bagi karya cerpen
pula, beliau telah menghasilkan beberapa cerpen yang berjudul Ain, Aku dan budi, Bicara
pokok, matahari dan bulan, Hati Adibah, Kampung hati ayah, Maaf untuk emak, Mengkuang
jiwa, Cerita-cerita akhir, Cinta Ummi Walidah, Hanya Nur Ain, Husaini, Maaf untuk kakak
dan Seharum kenangan di jambangan Mynmar. Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam
penulisan skrip drama yang berjudul Rambut manakala dalam esei pelbagai pula beliau telah
menghasilkan esei yang bertajuk Kopi dari Marhaen, Tentang Mawi dan Si Jin. Beliau
merupakan seorang pengkarya yang berbakat besar dalam bidang sastera. Bakat yang dimiliki
oleh beliau ini wajar diketengahkan dan disokong oleh orang ramai.

3
2.0 KESELURUHAN KARYA

Kampung Hati Ayah


UMMU HANI ABU HASSAN

Langit Changloon berwajah walang. Hujan bulan Jun berderai luruh tidak mengira
masa. Lebuh raya di sisi Pekan Napo sibuk dengan kehadiran tetamu luar yang singgah
berehat di Restoran Jo Cendol Pulut. Ini laluan antarabangsa . Napo, Changloon dan Bukit
Kayu Hitam merupakan pintu pertama untuk sampai ke Negara Gajah Putih. Ruang ini
menjadi medan bagi kami untuk memasarkan buah-buahan kampung kepada pelancong luar.
Aku anak jati pekan ini. Ayahku orang kampung Cherok Mokkan bertemu jodoh
dengan emak dari kampung Changkat Setul, Changloon. Aku dan tiga adikku dilahirkan di
Kampung Baru Pekan Lama Changloon. Aku tidak banyak tahu tentang ayah. Dia petani yang
gigih menyimpan wang di Tabung Haji. Selebihnya, aku dan ayah banyak menghabiskan
masa bersama di kebun.
Ayah membawaku ke hutan Changloon setiap hujung minggu. Di situ, terdapat sebuah
pondok yang dibina oleh ayah untuk kami berehat selepas menebas rumput lalang yang
tumbuh merimbun. Minggu berikutnya, ayah mengajarku meracun rumput-rumput degil yang
melata. Genap dua minggu, cerahlah dusun kami. Kulitku pula makin gelap. Emak membebel
kepada ayah. Katanya, anak dara tidak manis membuat kerja berlemoih seperti itu. Hilang
serinya.
Ayah hanya memandang emak. Mata jernihnya turut menembusi mataku dan adik-
adikku. “Siapa yang boleh diharapkan lagi?”
Emak membisu. Hanya ayah dan adik bongsuku daripada spesis Adam di rumah kami.
Dan Asyraf ketika itu baru berusia lima tahun.
“Biarlah, dia suka kerja begini. Suatu hari dia akan tahu betapa pentingnya ilmu
bertani”. Emak memandangku dengan panahan simpati.
“Mak, cek memang minat. Janganlah mak risau sangat.” Emak mengangguk. Selepas
itu, tiada lagi rungutan yang keluar dari bibirnya.
Ayah membawaku ke kedai Sing Tiong yang terletak di Pekan Napo. “Anak aku,”
kata ayah apabila Tauke Tiong bertanya.
“Waa...manyak bagus, kecil-kecil sudah mau main itu baja,” kata Tauke Tiong. Atah
menghabiskan lima ratus ringgit untuk membeli benih jagung.
“Kita tanam jagung.”
Aku angguk, kemudian berbisik di telinga ayah.

4
“Boleh dak cek beli pokok palma?”
“Palma apa?”
“Semua jenis palma yang tak ada di rumah. Palma Mexico, palma jawa, palma buluh,
palma musang, palma merah.”
“Siapa suruh?”
“Mak suruh.”
“Mak hang tu memang pandai,” balas ayah.
Tauke Tiong tersengih bahagia ketika ayah menambah RM100 lagi untuk membeli pokok-
pokok palma. Memang ayah tidak pernah kedekut untuk membeli apa sahaja jenis tanaman.
Usiaku meningkat dua belas tahun. Adik-adik juga makin membesar. Namun, ayah
tetap selesa membawaku ke kebun. Emak sekali-sekala datang membantu kami kerana dia
juga begitu sibuk menguruskan nurseri bunganya secara kecil-kecilan di rumah. Aku cekap
menggunakan cangkul dan mesin berbanding memerah otak membuat kira-kira.
Pokok jagung kami tumbuh segar kerana taburan baja yang cukup dan bekalan air
bukit yang sentiasa mengalir. Ayah bersungguh-sungguh dengan kudratnya. Dia mengetap
bibir ketika kereta putihnya berketak-ketak melalui kawasan kebun tembikai dan sayuran
milik Ah Choi. Subur dan terjaga setiap masa. Malah hasilnya disalurkan kepada peniaga-
peniaga yang datang dari seluruh Malaysia, juga Siam.
“Inilah sikap orang Cina, komited dengan wawasan berbekalkan modal yang mantap,”
kataku.
Ayah mengangkat kening. “Cakap macam orang surat khabar,” katanya.
Aku tersengih. Aku mendapat 4A 1D dalam UPSR. Keputusan itu meranapkan
impianku untuk bersekolah asrama di bandar. Emak, dalam bangganya kerana aku mendapat
banyak A berbanding anak-anak jiran kami, turut bersedih.
“Kenapa Matematik gagal?”
“Mak, cek memang tak pandai Matematik.”
“Alah, ilmu kira-kira tak kan hang tak tau buat.”
Aku diam.
Ayah memujuk emak.
“Di Changloon ni pun ada sekolah menengah. Nak risau apa? Dia boleh tolong aku di
kebun, kata ayah.
“Tulah ayah hang ni. Tak fikir masa depan anak. Budak tu dahla perempuan.”
Emak mencebik. Aku menjadi serba salah tetapi perasaanku kosong sahaja. Bagiku, di
mana-mana pun boleh, asalkan bersekolah menengah seperti budak-budak lain.

5
Aku mengorak langkah ke alam remaja. Aku bertubuh sederhana seperti ayah dan
tinggi sepewerti emak. Jerawat kecil mula melata di mukaku, tanda lazim anak remaja
mencapai usia perawan. Ayah masih mengajakku ke kebun melihat tanaman kami yang
bersilih ganti. Ayah tidak berminat lagi untuk menanam jagung, limau bali dan sayuran
seperti dahulu. Pokok durian, manggis, rambutan, dokong, langsat, ciku madu, petai dan
jering sudah matang untuk berbuah. Tanaman itu anugerah kepada kami sekeluarga.
Setahuku, ayah mula menanam pokok-pokok buah ketika aku masih di dalam perut ibu.
Makan sekadarnya, lebih kita jual, kata ayah selalu. Mungkin ayah miskin lalu dia kata
begitu, fikirku. Ayah tidak pernah makan gaji. Dia membanting tulang, memerah keringat dan
menghambakan diri kepada tanah. Sebab itu ayah menjadi kedekut dengan usahanya.
“Kenapa ayah tidak upah orang Pattani jaga kebun kita?”
“Tak payah”
“Kenapa?”
“Orang lain tak akan jaga kebun ni macam kita jaga.”
“Mana ayah tau?”
“Pokok getah Pak Long hang habis depa toreh tak kira masa. Pagi, petang, malam.
Mampuih habis pokok-pokok tu. Pokok-pokok ni pun macam manusia juga. Silap makan,
cepatla mati. Orang lain tu nak kaut untung saja.”
Ayah terlalu berprasangka, gerutu hatiku.
Selain berkebun, ayah turut mengambil upah mengerjakan sawah Bang Chan sebanyak
empat petak. Kali ini dia mengajak Asyraf membantunya. Aku mula beralih perhatian kepada
emak. Pokok bunga yang dikumpulnya sejak dahulu memenuhi kawasan rumah kami.
“Mak nak buka kedai pokok. Ayah hang asyik dok perli mak perabih duit beli pokok
bunga, tak dak hasil,” kata mak.
“Tapi setakat pokok bunga tak cukup mak. Cek tengok nurseri Kak Siti ada jual pasu,
baja dan benih pokok buah. Kalau kita pun jual macam tu, baru orang mai ramai.”
“Betul juga kata hang. Mak ada modal sikit.”
“Berapa?”
“Dalam tiga ribu.”
“Cek rasa cukup kot. Mula-mula, kita buat atap untuk pokok-pokok ni. Lepas tu kita
ambil pasu dengan Tauke Tiong dalam seribu. Selebihnya kita semai balik pokok-pokok mak
ni. Pecahkan dalam polibeg dan jual murah.”
Emak memandangku.

6
“Hang ni pandai rupa-rupanya bab ni. Macam ayah hang.” Emak hampir menitiskan
air mata.
“Janganlah risau, cek boleh tolong mak,”pujukku.
Aku bakal mengambil PMR tahun ini tetapi tumpuanku lebih kepada nurseri comel
emak yang kami gelarkan Nurseri Pakat, sempena pakatan aku dengan emak. Ayah diam
sahaja, mungkin dia yakin denganku. Tambahan pula, modalnya datang daripada emak sahaja.
Seterusnya, aku merangka landskap yang sesuai dengan kawasan rumahku yang sederhana
luasnya.
Ayah mengorbankan pokok nangka kesayangannya bagi meluaskan kawasan nurseri.
Kos memasang bumbung agak tinggi kerana harga tiang besi dan bumbung plastik yang
mahal. Melihatkan kesungguhan emak, ayah turut mengeluarkan sedikit modal.
Aku mengasingkan jenis tanaman renek di pangkin zink yang disediakan Asyraf.
Pokok tinggi seperti pokok palma ditanam di sekeliling nurseri. Pokok kertas, pokok kon dan
pokok kusyen disusun di dalam bumbung kerana tahan panas. Jenis tanaman hijau dan keladi
diatur mengikut saiz. Semua hasil pemerhatianku di nurseri Kak Siti dan Sin Tiong.
Emak mengajarku menghafal nama-nama pokok. Lidah mak mentua, lidah jin,
langsuana, lili, harum sundal malam, keladi kombat, asam batu, puding, janda kaya, pokok
ong,rama-rama. Ah, semua nama itu daripada emak dan aku tidak pasti nama saintifiknya.
Ayah membeli lori ketika aku berada dalam tingkatan lima. Dengan lori itu,
perniagaan emak dan tanaman ayah mula berkembang. Pagi-pagi, ayah menjual buah-buahan
yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di nat. Pagi Isnin, ayah di Nat Padang Sera,
pagi Selasa di Nat Hosba, pagi Khamis di Nat Tunjang. Malam pula, ayah mengambil upah
mengurut. Sejak dulu, ayah memang selalu mengurut, tetapi kini ayah nampak bersungguh-
sungguh menjadikannya sumber pendapatan keluarga kami.
“Mak, kenapa ayah suka buat banyak kerja? Cek rasa dah cukup hidup kita ni dengan
kebun ayahdan nurseri kita tu,” kataku.
“Ayah hampa nak bagi hampa senang.”
“Tapi mak, cek kesian tengok ayah kerja tak berhenti. Cek dan adik-adik dah selesa
dengan hidup sederhana.”
“Lepas ni hampa nak mengaji, lagi banyak guna duit.”
“Sekarang ni ada kemudahan pinjaman PTPTN, MARA, JPA untuk sambung belajar.
Janganlah mak dan ayah risau. Cek cuma bimbangkan kesihatan ayah. Dia dah tua.”
Emak hanya diam. Aku mengharapkan kata-kata itu sampai kepada ayah. Denganku,
ayah begitu keras kepala.

7
Tumpuanku benar-benar beralih kepada pelajaran. Azamku ingin berjaya SPM. Hanya
dua tujuanku. Pertama, untuk ayah dan emak. Kedua, keinginanku untuk keluar dari pekan
Changloon. Sudah sampai masanya aku berhijrah ke tempat lain. Bumi Malaysia ini luas. Aku
sudah jemu dengan pemandangan sawah dan pokok getah yang bisu. Suara umpat dari mulut-
mulut sumbang kaki penyibuk. Juga muka Melayu-Siam jejaka Changloon yang sukar
dibezakan. Aku ingin mengenali dunia baru yang lebih relavan dengan perkembangan semasa.
“Ayah gembira hang dapat masuk universiti. Hang orang pertama daripada keluarga
kita yang boleh belajar jauh.”
“Alah UPM tu di Serdang saja ayah, bukanlah jauh sangat. Kalau cuti, cek balik
tolong ayah di kebun.”
Ayah menatapku. Tanjakan usia ayah terpamer pada garis-garis di bawah matanya.
“Cukuplah. Aku tak mahu hang fikir pasal kebun dah. Lepas ni hang belajar sungguh-
sungguh. Orang perempuan elok kerja di pejabat.”
Aku diam. Inilah kali pertama ayah membuat keputusan yang paling secocok dengan
jiwaku.
“Nah!”
Aku terkejut.
“Ni buku akaun hang. Dah lama ayah simpan. La hang dah besar, sampai masanya
hang simpan sendiri.”
Aku mengambil buku kuning bercop Tabung Haji. Mataku bulat ketika menatap
jumlah simpanan di dalamnya.
“Masya-Allah, banyak ni ayah!. Sampai tiga puluh ribu, cek nak buat apa?”
“Laa...hang nak pi belajar, gunalah duit tu. Ayah tak mau hang pinjam PTPTN.”
“Fasal apa?”
“Hang akan tau nanti. Ambillah. Hang dok tolong aku dari kecil, duit tu memang duit
hang.”
Kemudian, bahu ayah basah oleh air mataku. Terima kasih Ayah!.
Sekarang, aku dalam tahun akhir di UPM, sebagai bakal graduan pengurusan
perniagaan. Cuti semester kali ini dihabiskan di rumah. Ayah mengerjakan ladang getah
manakala emak sibuk sebagai tauke pokok yang terkenal di Pekan Changloon. Dua adik
perempuanku tinggal di asrama. Asyraf pula bakal menduduki PMR tahun ini.
Ayah merancang membawa kami sekeluarga mengerjakan haji tahun ini. Dia sudah
mendaftarkan nama kami sejak beberapa tahun yang lepas. Kami begitu teruja mahu menjadi
tetamu Allah.

8
Malam itu, kami sekeluarga berkumpul. Ayah melihat kami adik beradik.
“Hampa semua dah besar. Lega hati ayah bila dapat bawa hampa sekali pi Makkah
tahun ni. Alhamdulillah.”
“Ayah hampa ni dah merancang lama dah. Sejak hampa kecil lagi,” kata emak.
“Duit yang ayah kumpul dari dulu untuk nilah. Ayah nak sempurnakan rukun Islam
hampa sebelum ayah tak dak.” Air mata ayah menitik.
“Ayah tau, kalau Ayah tak buat sekarang, takut hampa tak sampai ke Makkah.”
“Awat ayah cakap macam tu, kami ni muda lagi,” kataku.
“Susah ayah nak beritahu, tapi hampa fikirlah. Lepas ni hampa belajar pinjam PTPTN,
nak kena bayar setiap bulan . Koman-koman pun dalam dua ratus sebulan. Kalau dok di KL
nu nak bayar duit sewa rumah, bayar duit tambang, makan. Hah, macam-macamlah! Tambah
lagi kalau dah kahwin. Berapa tinggal dalam poket nak pi Makkah?”
“Ayah...”
“Ayah takut hampa kejar benda lain tapi rukun Islam tak sempurna. Ini saja niat ayah
sebelum ayah tutup mata.”
Aku mengetap bibir. Atmaku mengolah fikiran ayah. Terbayang kebun kami. Pokok
jagung. Limau bali. Durian. Manggis. Rambutan. Sawah sembilan petak. Tong susu getah.
Bau sirih urat. Lori kuning dan Tabung Haji. Ah, begitu murni kampung hati ayah!.

3.0 ANALISIS DAN ULASAN

3.1 Nilai

9
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2007:273), nilai ialah segala perbuatan,
perlakuan atau tindakan yang bermutu , berdarjat, bertaraf atau elok yang harus dijadikan
contoh dan teladan. Nilai pendidikan yang sesuai diterapkan dalam diri pelajar setelah
membaca karya ini antaranya ialah: -

Nilai rajin bekerja. Ini dapat dilihat melalui watak ayah yang sangat rajin bekerja.
Walaupun ayah sibuk dengan kebun dan menjaga hasil tanamannya, ayah juga turut
mengambil upah mengerjakan sawah Bang Chan sebanyak empat petak. Watak ayah yang
rajin bekerja ini wajar dicontohi kerana ayah bekerja keras demi untuk menunaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan
keluarganya. Sikap ayah ini wajar dicontohi kerana ayah begitu bersungguh-sungguh bekerja
semata-mata ingin melihat kehidupan mereka sekeluarga bertambah baik dan dapat
menambah pendapatan keluarga mereka.

Nilai mengambil berat, ini dapat dilihat melalui watak “Aku” yang sentiasa
mengambil berat akan kesihatan ayah yang tidak henti-henti bekerja. “Aku” seperti dalam
cerpen ini amat bimbang tentang kesihatan ayah yang semakin hari semakin tua tetapi masih
kuat bekerja tanpa memikirkan rasa penat. Memandangkan usia ayah yang semakin tua, ayah
sepatutnya perlu banyak berehat di rumah dan tidak perlu bekerja bermati-matian untuk
kesenangan kami sekeluarga. Ini kerana “Aku” merasakan kehidupan kami sekeluarga boleh
dikatakan lebih baik berbanding dahulu.

Nilai pemurah atau tidak kedekut. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang tidak
pernah kedekut untuk mengeluarkan wang untuk membeli apa sahaja jenis tanaman.
Contohnya, apabila “Aku” mengatakan emak menyuruh membeli semua jenis palma yang
tidak terdapat di rumah, ayah tanpa berfikir panjang segera menambah RM100.00 lagi kepada
Tauke Tiong untuk membeli pokok-pokok palma yang diminta oleh emak.

Nilai berbudi kepada tanah. Ayah merupakan seorang yang berbudi kepada tanah.
Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang menghambakan diri kepada tanah dengan
menanam pelbagai jenis tanaman. Ayah mula menanam pokok-pokok buah ketika “Aku”
masih dalam kandungan emak lagi. Selain itu, ayah juga turut menanam pokok jagung dan
sayur-sayuran di kebun sebagai sumber pendapatan kepada keluarga mereka. Ini kerana

10
tanaman-tanaman ini merupakan sumber rezeki yang tidak ternilai yang dianugerahkan oleh
tuhan kepada mereka sekeluarga.

Nilai bantu-membantu. Ini dapat dilihat melalui watak “Aku” yang sentiasa
membantu emak dalam usaha membuka nurserinya yang digelar “Nurseri Pakat” sempena
hasil persepakatan antara kami berdua. “Aku” juga turut memberi pendapat tentang
bagaimana untuk memajukan nurseri ini sehingga berjaya. Selain itu, “Aku” juga kerap
membantu ayah membersihkan kebunnya.

Nilai berjimat-cermat. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang sentiasa berjimat-
cermat dalam menggunakan wang. Watak ayah yang dilihat sebagai seorang yang berjimat-
cermat dapat dilihat apabila ayah sentiasa memasukkan wangnya ke dalam Tabung Haji. Hasil
daripada pendapatannya bercucuk tanam dan melakukan kerja sampingan, ayah sentiasa
beringat untuk menyimpan wang walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Nilai kegigihan. Ini dapat dilihat melalui watak ayah yang bersemangat dan memberi
komitmen yang tinggi dalam pekerjaannya. Ini dapat dilihat menerusi sikap ayah pada awal
pagi lagi sudah pergi menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di
Nat. Pada pagi Isnin ayah di Nat Padang Sera, pagi Selasa di Nat Hosba, pagi Khamis di Nat
Tunjang dan waktu malam pula ayah mengambil upah mengurut sebagai sumber pendapatan
tambahan kepada keluarga mereka.

Nilai keazaman yang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi watak “Aku” yang sentiasa
ingin berjaya dalam peperiksaan SPM. Walaupun pada satu ketika dulu aku tidak dapat
melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama kerana mendapat keputusan 4A 1D dalam UPSR
tetapi atas usaha dan azam yang kuat akhirnya aku mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke
menara gading. Tujuan utama “Aku” memasuki menara gading adalah untuk membalas jasa
ayah dan emak. Tujuan yang kedua pula adalah untuk keluar dari Pekan Changloon untuk
mengubah cara hidup dan berhijrah ke negeri orang.

Nilai ketekunan dan ketabahan. Ini dapat dilihat menerusi watak emak yang sentiasa
tekun dan tabah dalam menguruskan nurserinya sehingga emak berjaya menempa nama di

11
Pekan Changloon sebagai tauke pokok yang terkenal akhirnya. Pada mulanya emak seperti
dalam cerpen ini bukanlah seorang yang tahu tentang selok-belok perniagaan tetapi atas dasar
ketabahan dan ketekunannya yang ada, emak akhirnya beroleh kejayaan juga.

Nilai keagamaan. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang merancang untuk
membawa mereka sekeluarga menunaikan ibadat haji di Makkah. Walaupun kehidupan
mereka sekeluarga tidak semiskin dahulu tetapi ayah tidak pernah melupakan
tanggungjawabnya sebagai orang Islam untuk menyempurnakan Rukun Islam yang kelima
ini. Ayah tidak memikirkan kekayaan yang diperolehinya kini hanya untuk kebahagiaan dunia
semata-mata tetapi turut memikirkan soal akhirat juga.

Nilai sentiasa berfikir ke hadapan. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang
sentiasa berfikir ke hadapan dalam merancang perjalanan hidup keluarganya. Sikap ayah yang
bekerja bertungkus-lumus sewaktu muda dahulu bertujuan untuk membawa mereka
sekeluarga ke Makkah. Ayah menyimpan wang di Tabung Haji hasil daripada bercucuk
tanamnya selama ini adalah untuk melihat keluarganya hidup dengan selesa disamping
merancang membawa mereka keluarganya menunaikan haji bersama-sama.

3.2 Kewajaran dan rasional

12
3.2.1 Pemilihan Cerpen Kampung Hati Ayah

Saya memilih cerpen “Kampung Hati Ayah” kerana cerpen ini menggunakan bahasa
yang baik dari segi struktur, tatabahasa dan tidak bercampur dengan bahasa asing seperti
bahasa Inggeris. Gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini juga mengandungi gaya bahasa
yang bertenaga dan turut disulam dengan dialek Negeri Kedah yang mampu mendukung
ekspresi dan menimbulkan kesejajaran antara persoalan dan tekniknya. Pengajaran dan
pembelajaran gaya bahasa dalam Bahasa Melayu lazimnya dikaitkan dengan pengajaran dan
pembelajaran komsas. Hal ini juga bersesuaian dengan tujuan hasil pembelajaran utama
bidang estetika yang mana pelajar akhirnya dapat memahami dan menghayati pelbagai genre
sastera dengan mempelajari pelbagai konsep dan variasi bahasa dalam sastera.

Tema
Tema merupakan gambaran tentang gagasan, fikiran, atau persoalan pokok yang menjadi
tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan oleh pengarang sesebuah karya
ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair (Nik Hassan Basri Nik
Ab. Kadir, 2005a: 384).

Tema yang terdapat dalam cerpen “ Kampung Hati Ayah” ini mengungkap tentang
pengorbanan dan kegigihan seorang ayah yang sanggup bekerja keras untuk menyara hidup
keluarganya dan berusaha memenuhi niatnya untuk membawa ahli keluarganya
menyempurnakan Rukun Islam yang kelima sebelum dia menghadap Allah. Cerpen “
Kampung Hati Ayah” ini juga mengungkap tema tentang kehidupan masyarakat melayu desa
yang mempunyai nilai-nilai murni. Selain itu juga, cerpen ini turut menyisipkan pemikiran
ideologikal yang menyanggah pandangan terhadap orang Melayu di kampung yang dianggap
tidak berwawasan. Suatu anjakan paradigma juga dapat dilihat menerusi watak “ayah” yang
merupakan seorang pekebun yang berpandangan jauh dan gigih dalam pekerjaannya
sehinggakan mampu mengubah kehidupan keluarganya .

Persoalan

13
Persoalan ialah perkara-perkara pokok atau utama yang ingin dikemukakan oleh pengkarya
atau pengarang untuk mementapkan tema dalam sesebuah karya ataupun isi-isi sampingan
yang membentuk idea-idea puisi (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 368).

Dalam cerpen ini, pengarang turut mengutarakan persoalan tentang pentingnya


pegangan agama. Ini dapat dilihat menerusi watak ayah yang sejak dari dulu lagi menyimpan
wang dalam Tabung Haji untuk memenuhi niatnya membawa ahli keluarganya menunaikan
ibadat haji di Makkah bersama-sama. Kegigihan seorang ayah bekerja keras selama ini bukan
hanya mengejar kemewahan duniawi sahaja tetapi ingin menyempurnakan niatnya untuk
menunaikan kewajipan terhadap agama iaitu menunaikan Rukun Islam yang kelima.

Selain itu, persoalan yang terdapat dalam cerpen ini ialah persoalan kegigihan. Ini
dapat dilihat menerusi watak ayah yang gigih dalam melakukan pekerjaannya. Pada awal pagi
lagi ayah sudah pergi menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga di
nat. Manakala pada waktu malam pula ayah mengambil upah mengurut untuk menambahkan
pendapatannya.

Persoalan yang seterusnya yang terdapat dalam cerpen “Kampung Hati Ayah” ini
adalah pentingnya semangat bantu- membantu. Ini dapat dilihat melalui watak “Aku” yang
sentiasa membantu emak dalam usaha membuka nurserinya yang digelar “Nurseri Pakat”
sempena hasil persepakatan antara kami berdua. “Aku” juga turut memberi pendapat tentang
bagaimana untuk memajukan nurseri ini sehingga berjaya. Selain itu, “Aku” juga turut
membantu ayah membersihkan kawasan kebunnya.

Persoalan yang seterusnya ialah pentingnya keazaman yang tinggi. Ini dapat dilihat
menerusi watak “Aku” yang sentiasa ingin berjaya dalam peperiksaan SPM. Walaupun pada
satu ketika dulu aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama kerana mendapat
keputusan 4A1D dalam UPSR tetapi atas usaha dan keazaman yang kuat akhirnya aku
mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.

Binaan dan teknik plot

14
Melalui cerpen ”Kampung Hati Ayah” ini, penulis telah berjaya menghasilkan sebuah
cerpen yang menarik dari aspek binaan dan teknik plot yang rasional untuk dijadikan bahan
pengajaran dalam Bahasa Melayu. Dari segi binaan plot, cerpen ini telah disusun mengikut
kronologi yang mudah difahami oleh pelajar. Plot dalam cerpen ini adalah terdiri daripada
permulaan, perkembangan, konflik, klimaks, dan peleraian.

Pada permulaan plot, penulis telah memulakan cerita tentang bumi Changloon yang
digambarkan amat mendukacitakan pada bulan Jun tersebut berikutan hujan yang turun
dengan lebat tanpa mengira masa dan juga kesibukan bumi Changloon yang dibanjiri dengan
tetamu luar yang singgah berehat di situ. Penulis juga telah menggunakan sudut pandangan
orang pertama yang memperkenalkan tentang watak “Aku” yang merupakan anak jati Pekan
Changloon dan pengenalan latar belakang tentang keluarga “Aku”. Selain itu, penulis juga
turut menyorotkan tentang kegigihan seorang petani yang rajin mengumpul wang di dalam
Tabung Haji.

Pada peringkat perkembangan plot pula dapat dilihat menerusi watak “Aku” yang
gemar menolong ayah membersihkan kawasan kebun yang ditumbuhi oleh lalang yang
merimbun. Walaupun aku kini digelar sebagai anak dara yang baru meningkat usia ke alam
remaja tetapi aku gemar menolong ayah dikebun. Watak ayah juga turut diketengahkan atas
kesungguhannya menanam pokok jagung yang kini hidup segar berikutan taburan baja yang
cukup dan bekalan air bukit yang sentiasa mengalir.

Pada peringkat perumitan atau pun konflik pula dapat dilihat menerusi kemusnahan
impian aku untuk bersekolah asrama di bandar kerana mendapat keputusan 4A 1D dalam
UPSR. Walaupun aku dilihat mendapat banyak A berbanding anak-anak jiran yang lain, emak
masih tetap berbangga terhadap “Aku” tetapi jauh dari sudut hatinya emak tetap berasa marah
kerana aku gagal dalam mata pelajaran Matematik.

Pada peringkat kemuncak pula dapat dilihat menerusi kegigihan ayah yang terlalu
banyak membuat kerja sehinggakan waktu malam yang sepatutnya digunakan oleh ayah untuk
berehat turut digunakan dengan mengambil upah mengurut. Selain itu, peringkat kemuncak
juga dapat dilihat apabila aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan ayah telah
memberikan aku buku akaun yang selama ini disimpan oleh ayah yang berjumlah RM30,000.

15
Ayah mahu duit itu aku gunakan semasa “Aku” di universiti nanti dan tidak mahu meminjam
wang daripada PTPTN.

Peringkat peleraian dalam cerpen “Kampung Hati Ayah” adalah apabila ibu
memberitahu niat ayah semenjak dari dahulu lagi yang ingin membawa kami sekeluarga
mengerjakan ibadat haji bersama-sama. Kami berasa gembira kerana dapat menjadi tetamu
Allah di tanah suci itu nanti. Setelah emak menceritakan kegigihan ayah selama ini barulah
kami adik-beradik mengetahui tentang besarnya pengorbanan ayah untuk kami sekeluarga dan
frasa “Kampung Hati Ayah” merupakan metafora yang membawa kiasan tentang segala yang
terkumpul dalam hati ayah selama ini.

Watak

16
Watak ialah pelaku dalam sesebuah karya atau tokoh dalam cerita yang memainkan peranan
bagi menggerakkan atau menghidupkan sesuatu cerita dalam sesebuah karya atau teks
kesusasteraan (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 384). Watak boleh terdiri daripada
manusia atau bukan manusia seperti jin, binatang atau benda.

Dalam cerpen ”Kampung Hati Ayah” penulis tidak mewujudkan banyak watak. Watak
yang terdapat dalam cerpen ini hanya melibatkan watak aku, ayah, emak, Asyraf dan Tauke
Siong. ”Aku” merupakan watak utama dalam cerpen ini yang merupakan pengerak dalam
cerpen ini. ”Aku” merupakan seorang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya
dan berusaha mengorak langkah untuk mencapai cita-cita, watak ”Aku” juga dilihat sebagai
seorang anak gadis yang gemar membantu ayah dan emak serta mengambil berat. Nilai positif
yang terdapat dalam watak ini amat berguna kepada para pelajar untuk membentuk sahsiah
diri.

Contoh yang jelas boleh dilihat ialah watak ”Aku”. ”Aku” merupakan seorang anak
jati Changloon yang mempunyai falsafah dan prinsip hidup untuk berjaya. Walaupun aku
pernah gagal untuk memasuki sekolah berasrama di bandar tetapi ”Aku” masih mampu untuk
belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat menjadi salah seorang mahasiswi di UPM dalam
bidang pengurusan perniagaan. Melalui kesungguhan dan keazaman yang dipamerkan oleh
watak utama ini para pelajar dapat mengikuti contoh yang terdapat dalam diri ”Aku” untuk
berusaha mencapai kejayaan.

Watak ayah juga merupakan watak yang paling berperanan dalan cerpen ”Kampung
Hati Ayah”. Watak utama iaitu ”Aku” cuba menyorot dan mengolah fikiran ayah yang banyak
berkorban untuk mereka sekeluarga. Ayah merupakan seorang pekebun di kampung yang
berpandangan jauh dan mempunyai semangat kegigihan yang kuat kuat. Watak ayah yang
bekerja keras tanpa mengira waktu dapat dilihat menerusi pengorbanan ayah untuk
memastikan kehidupan mereka sekeluarga senang dan bercadang membawa mereka
sekeluarga menunaikan ibadat haji di Makkah.

Watak emak pula dilihat sebagai seorang wanita yang berjaya membantu
meningkatkan ekonomi keluarga dengan usahanya sendiri. Emak mempunyai semangat
kegigihan yang kuat dalam memperkembangkan nurserinya sehingga emak berjaya menempa
nama menjadi tauke bunga yang terkenal di Pekan Changloon. Watak emak ini menimbulkan

17
kesan motivasi kepada khalayak wanita khususnya, agar menyedari status mereka dalam
keluarga masyarakat.

Watak Asyraf dan Tauke Siong dianggap sebagai watak statik dalam cerpen
”Kampung Hati Ayah”. Watak statik juga dikenali sebagai watak pipih di mana dalam
sesebuah cerita watak ini tidak berkembang atau menonjolkan sebarang petanda dari awal
hingga akhir cerita. Watak mereka berdua dilihat sebagai watak yang membantu untuk
menarik dan mengindahkan cerita.

Pengajaran

18
Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005), pengajaran ialah nilai yang menyaran individu atau
mengajar manusia supaya berbuat sesuatu yang baik, yang disenangi serta boleh diterima oleh
setiap anggota masyarakat dan agama, meninggalkan apa sahaja yang bertentangan dengan
kehendak masyarakat.

Dalam cerpen ”Kampung Hati Ayah” ini terdapat banyak unsur pengajaran yang wajar
dicontohi oleh para pelajar. Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita hendaklah
sentiasa berazam untuk mencapai kejayaan. Contohnya, watak ”Aku” yang dilihat sebagai
seorang yang pernah gagal untuk menempatkan diri belajar di sekolah berasrama tetapi atas
usaha dan keazaman yang tinggi akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UPM.

Selain itu, terdapat juga unsur pengajaran yang lain iaitu bantu-membantu. Kita
hendaklah mempunyai sikap bantu membantu kerana ini akan dapat meringankan beban
dalam sesuatu pekerjaan. Ini dapat dilihat menerusi watak ”Aku” yang kerap membantu ayah
membersihkan kebunnya walaupun tugas itu biasanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja.
Sikap bantu-membantu juga dapat ditonjolkan menerusi watak ”Aku” yang berusaha
membantu emak memperkembangkan nurserinya sehingga berjaya.

Kita hendaklah sentiasa berfikir kehadapan. Sikap ayah yang bekerja bertungkus-
lumus selama ini adalah untuk melihat keluarga mereka hidup senang. Ini dapat dilihat
menerusi watak ayah yang sentiasa berfikir ke hadapan dalam merancang perjalanan hidup
keluarganya. Sikap ayah yang bekerja bertungkus-lumus sewaktu muda dahulu bertujuan
untuk membawa mereka sekeluarga ke Makkah. Ayah menyimpan wang di Tabung Haji hasil
daripada bercucuk tanamnya selama ini adalah untuk melihat keluarganya hidup dengan
selesa disamping niatnya untuk membawa mereka keluarganya menunaikan haji bersama-
sama.

Kita hendaklah menanamkan sikap rajin bekerja. Ini dapat dilihat melalui watak ayah
yang sangat rajin bekerja. Walaupun ayah sibuk dengan kebun dan menjaga hasil
tanamannya, ayah juga turut mengambil upah mengerjakan sawah Bang Chan sebanyak
empat petak. Watak ayah yang rajin bekerja ini wajar dicontohi kerana ayah bekerja keras
demi untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab
terhadap kebajikan keluarganya. Sikap ayah ini wajar dicontohi kerana ayah begitu

19
bersungguh-sungguh bekerja keras kerana ingin memenuhi niatnya untuk membawa mereka
sekeluarga menunaikan ibadat haji bersama-sama.

Kita hendaklah sentiasa tekun dan tabah dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ini dapat
dilihat menerusi watak emak yang sentiasa tekun dan tabah dalam menguruskan nurserinya
sehingga emak berjaya menempa nama di Pekan Changloon sebagai tauke pokok yang
terkenal. Pada mulanya emak seperti dalam karya ini bukanlah seorang yang tahu tentang
selok-belok perniagaan tetapi atas dasar ketabahan dan ketekunannya yang ada, emak
akhirnya beroleh kejayaan juga.

20
Pemaparan masyarakat yang berkait dengan agama, sikap, politik dan ekonomi.

Karya yang dihasilkan oleh Ummu Hani Abu Hassan dalam cerpen Kampung Hati
Ayah amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) kerana
banyak memaparkan tentang masyarakat yang sangat berkait rapat dengan nilai agama, sikap
dan juga ekonomi.

Pemaparan masyarakat yang berkait dengan nilai agama dapat dilihat menerusi watak
ayah yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam dan berusaha
untuk menyempurnakan niatnya untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima bersama-sama
keluarganya. Sikap ayah yang tidak mementingkan kemewahan duniawi ini wajar dicontohi
oleh para pelajar kerana ini akan mendekatkan diri kita sentiasa berada dalam kehidupan yang
sederhana.

Pemaparan dari segi sikap pula banyak memaparkan sikap kegigihan dan pengorbanan
seorang ayah yang sanggup bekerja dengan gigih semata-mata ingin melihat mereka
sekeluarga hidup bahagia. Pemaparan sikap kegigihan ini penting kerana ia merupakan pokok
dalam sesebuah kehidupan untuk terus berjaya.

Selain itu, penulis juga turut menyorotkan tentang pemaparan dari sudut peningkatan
ekonomi di mana ini dapat dilihat menerusi watak emak yang berjaya meningkatkan ekonomi
keluarga dengan usahanya sendiri. Hal ini dapat menimbulkan kesan motivasi dalam diri
khalayak wanita khususnya agar menyedari status mereka dalam keluarga dan masyarakat.

21
Mengandungi unsur falsafah

Cerpen ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang ayah yang berjaya mengorak
suatu anjakan paradigma melalui watak ayah yang sentiasa berpandangan jauh. Cerpen ini
mengandungi unsur falsafahnya tesendiri kerana dalam falsafah negara juga ada mengatakan
pentingnya keseimbangan komponen utama sebagai seorang manusia yang mana manusia
dianggap terdiri daripada empat komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Gabungan daripada empat komponen ini sentiasa bersifat bersepadu dan saling
melengkapi antara satu sama lain. Dalam cerpen Kampung Hati Ayah ini mengandungi
komponen-komponen tersebut. Contohnya komponen jasmani, ini dapat dilihat menerusi
watak ayah yang mempunyai jasmani yang kuat untuk mengerah kudratnya membanting
tulang semata-mata ingin melihat kehidupan mereka sekeluarga terjamin.

Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis juga berjaya memberi ruang dan kesedaran
dalam diri pelajar kerana dalam cerpen ini mengandungi banyak nilai-nilai dan pengajaran
yang wajar dicontohi. Disamping itu, cerpen ini juga berjaya menyisipkan pemikiran
ideologikal yang menyanggah pandangan terhadap masyarakat Melayu kampung yang sering
dilabelkan sebagai masyarakat yang tidak berwawasan.

22
3.2.2 Sesuai dengan pengajaran Bahasa Melayu

Menggunakan bahasa dalam karya untuk memperkaya kosa kata/perbendaharaan kata

Karya ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana penulis
menggunakan bahasa dalam cerpen untuk memperkaya kosa kata atau perbendaharaan kata.
Penulis juga turut memasukkan perkataan baru yang boleh membantu memperkayakan
perbendaharaan kata seseorang pelajar. Berikut merupakan contoh-contoh kosa kata yang
terdapat dalam cerpen “Kampung Hati ayah”:-

i) Berlemoih
Dalam cerpen ini juga penulis banyak memasukkan unsur dialek negeri seperti
“berlemoih”. Perkataan berlemoih bermaksud bermain dengan kotor menurut dialek
Negeri Kedah.
Contohnya:
Emak membebel kepada ayah. Katanya anak dara tak manis membuat kerja berlemoih
seperti itu. Hilang serinya.

ii) Melata
Selain itu penulis juga turut memasukkan perkataan “melata”. Perkataan melata
bermaksud memenuhi dalam cerpen ini.
Contohnya:
Jerawat kecil mula melata di mukaku, tanda lazim anak remaja mencapai usia
perawan.

iii) Nat
Perkataan “nat” juga turut dimasukkkan dalam cerpen ini untuk memperkayakan
perbendaharaan kata. Nat bermaksud pasar tani.
Contohnya:
Pagi-pagi, ayah menjual buah-buahan yang diambil di dusun dan pokok-pokok bunga
di nat.

23
iv) Walang
Penulis juga memasukkan perkataan “walang” untuk menambahkan kosa kata baru
yang boleh memperkayakan perbendaharaan kata. Walang bermaksud berdukacita.
Contohnya:
Langit Changloon berwajah walang. Hujan bulan Jun berderai luruh tidak mengira
masa.

Gaya bahasa
Menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005), Gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang
digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya,
susunan kata , frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan
tema dan persoalan dalam sesebuah karya yang dihasilkan. Gaya bahasa juga dapat
dikelompokkan kepada lima jenis iaitu:-
1. Gaya bahasa pengulangan
2. Gaya bahasa penyirnaan
3. Gaya bahasa perbandingan
4. Gaya bahasa pertautan
5. Gaya bahasa pertentangan

Terdapat pelbagai unsur gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen ini. Setiap gaya
bahasa yang digunakan mempunyai keindahannya yang tersendiri. Penulis juga menggunakan
pelbagai gaya bahasa untuk menarik minat para pembaca agar mengetahui tentang variasi
bahasa di samping memberi keseronokan kepada para pembaca untuk meneruskan
pembacaannya. Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah:-

Sinkof
Sinkof ialah pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan dengan menghilangkan
huruf tengah bagi perkataan atau pewujudan kata singkat iaitu kata yang terhasil akibat
penghilangan huruf atau suku kata.

24
Contoh:
Emak membebel kepada ayah. Katanya, anak dara tak manis membuat kerja
berlemoih seperti itu.
-Perkataan “tak” merujuk kepada perkataan “tidak”

Aferisis
Aferisis ialah pengguguran bunyi/huruf depan atau suku kata yang pertama bagi sesuatu
perkataan atau pengguguran kata pada awal pertuturan. Pengguguran ini biasanya terdapat
dalam penulisan karya yang berunsur dialog. Walaupun pengguguran dilakukan, tetapi
bunyinya seakan-akan sama dan tidak menghilangkan maksud sebenar perkataan.

Contoh:
“Di Changloon ni pun ada sekolah menengah. Nak risau apa? Dia boleh tolong aku di
kebun”, kata ayah.
-Perkataan “aku” merujuk kepada “daku”.

Simile
Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus iaitu membandingkan dua
hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita menganggapnya sama.
Perumpamaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu sesuatu perbandingan dengan
menggunakan kata “seperti”, “umpama”, “bagai”, “laksana”, “macam” dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk membandingkan sesuatu.

Contoh:
Ayah mengangkat kening. “Cakap macam orang surat khabar,” katanya.

Personifikasi
Personifikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan atau pemberian ciri-
ciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-
tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang abstrak (Nik
Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007b; 87). Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1026) pula
mendefinisikan istilah personifikasi sebagai pemberian sifat-sifat manusia kepada benda tidak
bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain yang mendapat kesan sastera atau seni.

25
Contoh:
Langit Changloon berwajah walang

Metafora
Metafora merupakan gabungan dua kata iaitu “meta” yang bermaksud memindahkan dan
“pherein” bermakna membawa. Perkataan metafora berasal daripada bahasa Yunani.
Perkataan ini biasanya mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak iaitu
perbandingan tidak terus (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007a: 262).

Gaya bahasa metafora ialah sejenis gaya bahasa perbandingan yang paling ringkas, padat,
kemasdan teratur. Gaya bahasa ini tidak menggunakan kata seperti, umpama, bak, laksana,
bagai dan sebagai. Oleh itu, metafora ialah pemakaian kata-kata untuk menyatakan erti yang
berbeza daripada yang sebenarnya, iaitu sebagai bahasa kiasan.

Contoh:
Panahan simpati
“Biarlah, dia suka kerja begini. Suatu hari dia akan tahu betapa pentingnya ilmu
bertani.” Emak memandangku dengan panahan simpati.

26
Guru dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran

Cerpen “Kampung Hati Ayah” ini amat sesuai sekali digunakan dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Setelah para pelajar selesai membaca karya ini sebagai aktiviti pembelajaran,
guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan aktiviti yang membolehkan para
pelajar dapat mengingat dan mendalami karya ini dengan baik. Contohnya, guru meminta
para pelajar mengkaji tentang gaya bahasa yang terdapat dalam karya ini. Seterusnya para
pelajar dikehendaki menyenaraikan gaya bahasa yang terdapat dalam karya ini sepeti gaya
bahasa metafora, personifikasi, anafora, simile dan sebagainya. Selepas itu, para pelajar
dikehendaki membuat pembentangan dengan menggunakan kertas mahjong dengan
menggunakan pelbagai kreativiti dihadapan pelajar yang lain. Setelah para pelajar selesai
membuat pembentangan guru hendaklah memberi komen. Perkara yang terakhir sekali yang
perlu dilakukan oleh guru adalah para pelajar dikehendaki menghantar tugasan pembentangan
tersebut kepada guru.

Karya ini membantu pelajar menghasilkan penulisan kreatif dengan baik

Cerpen “Kampung Hati Ayah” ini menggunakan ayat yang agak ringkas dan mudah.
Ini dapat membuktikan kepada pelajar bahawa untuk menghasilkan penulisan kreatif
bukanlan memerlukan penggunaan ayat yang panjang atau bahasa yang tinggi tetapi para
pelajar itu sendiri perlu membangkitkan minat dan memahami dengan lebih mendalam
tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan
struktur ayat yang hendak digunakan. Selain itu, dengan adanya cerpen ini secara tidak
langsung dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar bagaimana cara untuk mengolah
dan menghasilkan penulisan kreatif yang sememangnya mempunyai unsur keindahan,
kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan mutu dan gaya bahasa yang
memiliki ciri menghibur.

27
4.0 PENUTUP

Cerpen yang ditulis oleh Ummu Hani Abu Hassan yang bertajuk “Kampung Hati
Ayah” ini perlu digunakan dalam pengajaran kerana cerpen ini menggunakan bahasa yang
mudah untuk difahami dan ringkas. Kebiasaanya, bahasa sering dikaitkan dengan kajian karya
kreatif komsas khususnya karya prosa moden seperti cerpen ini. Penulis juga turut
menggunakan diksi dan juga aspek-aspek gaya bahasa atau stilistik untuk memberi keindahan
dalam sesuatu cerita itu agar dapat menarik perhatian para pembaca.

Selain itu, cerpen ini amat sesuai sekali digunakan dalam pengajaran kerana terdapat
nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat membantu memberi kesedaran kepada para
pelajar. Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini secara tidak langsung
akan membentuk personaliti setiap pelajar untuk terus membentuk sahsiah yang murni sesuai
dengan kehendak negara yang sentiasa mahukan generasi yang unggul dan bersahsiah tinggi.
Contohnya, nilai kegigihan, keazaman dan kasih sayang.

Sesuatu pengajaran itu akan menjadi menarik sekiranya guru dapat mempelbagaikan
aktiviti pengajaran di dalam kelas. Contohnya, guru meminta para pelajar mencari gaya
bahasa yang terdapat dalam cerpen ini. Secara tidak langsung pelajar akan dapat
menyenaraikan dan cuba mencari gaya bahasa seperti yang dikehendaki oleh guru. Selain itu,
cerpen ini wajar dijadikan bahan pengajaran kerana terdapat nilai positif yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengaplikasikannya dalam bilik darjah dengan baik.

28