Anda di halaman 1dari 2

Antara Ilmu & Harta

Pentingnya menuntut ilmu

SEWAKTU pemerintahan Sayyidina Ali, golongan Al-Khawarij telah cuba menjatuhkan Sayyidina Ali dari
segi keilmuan. Maka kerana itu ada sepuluh orang pemimpin Khawarij telah bertemu dengan Sayyidina
Ali.
Sepuluh orang menanyakan satu soalan, mana lebih utama; ilmu atau harta? Kalau betul Sayyidina Ali
orang yang bijak, mereka mengharapkan sepuluh jawapan yang berbeza.
Sayyidina Ali sememangnya seorang ahli ilmuan sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri mengatakan bahawa
“Rasul itu gedung ilmu dan Sayyidina Ali kuncinyaâ€. Sayyidina Ali dengan spontan menjawab kepada
sepuluh soalan yang sama dengan sepuluh jawapan yang berbeza.
Mari kita renungi bersama jawapan yang diberikan oleh Sayyidina Ali;

Pertama; ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu itu merupakan waris pusaka para Anbia dan Rasul
sedang harta adalah pusaka dari Qarun, Firaun dan lain-lain.
Tidak diturunkan satu syariat melainkan diturunkan dengan ilmu. Tidak ada syariat yang diturunkan
Allah s.w.t. ke atas muka bumi ini suatu yang disuruh percaya melainkan ianya mesti dapat dihurai oleh
akal.
Dan penghuraian akal itu ialah ilmu. Islam sendiri tidak menerima satu ibadat pun, satu amalan pun yang
dilakukan oleh hamba melainkan dengan ilmu. Sembahyang tidak diterima melainkan ia mempunyai
ilmu mengenai sembahyang.

Kedua; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya
sedangkan harta perlu dipelihara oleh pemiliknya.

Ketiga; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedang
harta memperbanyak musuh dan lawan.

Keempat; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu apabila dikeluarkan, semakin bertambah
sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan.

Kelima; ilmu lebih utama daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan
kehormatan dan kemuliaan dalam masyarakat seperti guru, doktor, jurutera dan lain-lain.

Keenam; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta dapat dicuri

Ketujuh; ilmu lebih utama daripada harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari kiamat kelak akan
mendapat syafaat dari ilmu yang dikembangkannya sedangkan orang-orang yang berharta, akan dihisab
dan diminta perhitungan dan pertanggungjawaban terhadap pemakaian harta tersebut, adakah dia
membayar zakat harta tersebut.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Bila mati seseorang, ada tiga perkara sahaja yang boleh
menolongnya, pertama anak yang soleh yang mendoakannya, kedua harta yang diwakafkan dan sentiasa
memberi manfaat kepada orang lain dan ketiga, ilmu yang diajarnya dimanfaati oleh orang.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w: Belum sempat tegak berdiri di Padang Mahsyar, sudah disoal mudanya ke
mana dihabiskan, ilmunya ke mana dipergunakan, hartanya dari mana diperolehi dan ke mana
dibelanjakan, hidupnya ke mana dihabiskan.

Kelapan; ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah sedangkan harta pasti akan habis.

Kesembilan; ilmu membentuk fikiran seseorang menjadi cerah dan hatinya terang benderang manakala
harta lebih banyak membuat fikiran pemiliknya kacau bilau dan hatinya menjadi kesat. Ilmu membuka
fikiran, dapat menilai dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Kesepuluh; ilmu yang mendatangkan manfaat merupakan pahala sedangkan harta lebih banyak
menimbulkan saling sengketa, azab dan siksa.
Kita membuat sesuatu memenuhi keperluan manusia, sudah menjadi fardu kifayah. Harta mengundang
persengketaan. Contohnya persengketaan dunia hari ini, penjajahan ekonomi dunia dan sebagainya.
Sebagaimana kata pujangga Hamka: Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi
hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.

Jadi, itu kepentingan ilmu sebagaimana jawapan Sayyidina Ali kepada sepuluh soalan yang sama dengan
sepuluh jawapan berbeza

Anda mungkin juga menyukai