Anda di halaman 1dari 9

TEMPAT : Pusat Ekuin, UTM Skudai.

TARIKH : 02 Jun 2010

HARI : Rabu

MASA : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

BILANGAN YANG TERIBAT : i. 18 orang murid

ii. 6 orang guru

iii. 1 orang Pembantu Pengurusan Murid

BILANGAN KESELURUHAN : 25 orang

AKTIVITI : i. Menunggang kuda

ii. Melawat sekitar UTM, Skudai

1. PENGENALAN

Panitia Pemulihan dan Pendidikan Khas telah mengadakan program lawatan sambil belajar iaitu
menunggang kuda. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekuin, UTM Skudai. Program ini merupakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang memberikan pengalaman sebenar menunggang kuda. Program ini
juga sedikit sebanyak membantu murid untuk mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih
berkesan seperti mengenal dan menamakan haiwan.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan menyeronokkan.
Mereka begitu teruja dapat menunggang kuda. Para guru juga tidak melepaskan peluang untuk cuba
menunggang kuda. Selain itu penglibatan sekolah lain seperti SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai
Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah telah memeriahkan lagi program ini.

2. KELEBIHAN PROGRAM

Terdapat pelbagai kebaikan program lawatan sambil belajar ini dijalankan. Melalui program ini :-

i. Murid sangat seronok dan teruja dapat menunggang kuda.


ii. Murid dapat menimba pengalaman baru serta menambahkan ilmu pengetahuan.
iii. Murid dapat bersosialisasi dan berkomunikasi bersama rakan-rakan baru serta orang awam.
iv. Meningkatkan keberanian serta keyakinan murid terhadap diri mereka sendiri.
v. Murid dapat melihat dan mengenal haiwan secara lebih dekat dan realiti.
3. KELEMAHAN PROGRAM

i. Kawalan Murid

Disebabkan jamuan makanan disediakan pada jam 10.30 pagi maka ada beberapa orang murid
tidak dapat mengawal emosi kerana lapar. Namun, guru-guru dapat mengawal dengan baik
dengan memberi murid-murid makanan dan minuman yang dibawa oleh guru dari rumah.

ii. Terapi

Ada beberapa orang murid tidak dapat memberanikan diri untuk menunggang kuda. Mereka
kelihatan takut dan menangis apabila disuruh untuk menunggang kuda. Terapi kuda untuk
murid-murid ini boleh dikira berjaya kerana dapat memupuk sifat berani dalam diri murid
apabila guru berjaya memujuk murid untuk menyentuh dan mengusap badan kuda.

iii. Kuantiti Kuda

Kuda yang disediakan oleh pihak Pusat Ekuin tidak mencukupi kerana mereka menyediakan 4
ekor kuda sahaja sedangkan terdapat 4 buah sekolah lagi yang menyertai program ini iaitu SJK
(T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah. Maka, murid-
murid tidak puas bermain dan menunggang kuda.

iv. Masa
Disebabkan kuantiti kuda yang tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan menunggang
kepada 5 buah sekolah maka masa yang ditetapkan oleh pihak Ekuin untuk menunggang adalah
terhad iaitu sekitar 5 minit untuk 1 pusingan.

4. CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM

i. Membuat T-shirt seragam untuk guru dan murid bagi untuk kegunaan aktiviti-aktiviti luar bilik
darjah agar mudah bagi para guru untuk mengenal pasti murid-murid mereka.
ii. Membawa bekalan makanan dari rumah untuk mengelakkan murid dalam kelaparan.
iii. Membuat latihan awal sebelum menunggang kuda sebenar seperti mengenal dan menyentuh
haiwan terlebih dahulu.
iv. Meningkatkan kawalan untuk mengawal murid-murid ketika mengadakan program luar bilik
darjah.
5. KOS SEBENAR

BIL BIL PERKARA KOS (RM)

1 Pakej RM 15.00 x 25 orang 375.00


(Tiket, fasilitator,
makanan dan minuman)

2 Pengangkutan RM 4 x 25 orang 100.00

JUMLAH 370.00

6. PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini amat bermakna bagi murid-murid pendidikan khas kerana
sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai realiti kehidupan masyarakat normal di luar sana.
Selain mengenal pengangkutan darat dan haiwan-haiwan, murid-murid juga dapat bergaul dengan
orang awam dan melihat situasi sebenar pada tempat yang dilawati. Oleh yang demikian, program ini
seharusnya dilaksanakan pada masa-masa akan datang supaya pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih bermakna.

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh

…………………………………………….. ………………………………………………. …………………………………………………

( Pn Adibah Binti Md. Yunos ) ( En Adanan Bin Ramli ) ( En Chua Lay Kah )

Guru Pendidikan Integrasi GPK Pendidikan Khas Integrasi Guru Besar

SJK ( C ) Kulai 2 SJK ( C ) Kulai 2 SJK ( C ) Kulai 2


LAMPIRAN

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

~~ TERAPI KUDA ~~
SENARAI NAMA MURID

BIL NAMA MURID KATEGORI


1 Lee Jia Lok Sindrom Down
2 Liew Kit Wei Sindrom Down
3 Goh Jun Wen Autisme
4 Fong Chin Ann Autisme
5 Loo Yi Chun Autisme
6 Tai Fei Huang Autisme
7 Tai Teng Da Autisme
8 Chew Sheng Yu Autisme
9 Chia Sheng Fu Hiperaktif
10 Chan Shu Perng Autisme
11 Hang Jing Torng Autisme
12 Law Hew Xuan Cerebral Pulsy
13 Leong Jia Yang Autisme
14 Loh Shi Min Terencat Akal Ringan
15 How En Qi Autisme
16 Sia Hui Xin Sindrom Down
17 Tan Yi Peng Sindrom Down
18 Vincent Tan Hiperaktif

SENARAI NAMA GURU DAN PPM

BIL NAMA GURU DAN PPM


1 EN ADANAN BIN RAMLI
2 PN TAI CHOK HAU
3 PN KAMSIAH BINTI ISHAK
4 PN HAFIDA BINTI ABDUL RAHMAN
5 PN NUR AZURA BINTI YUSOP
6 PN. ADIBAH BINTI MD YUNOS
7 PN SAHRAH BINTI DAHLAN ( PPM )
GAMBAR AKTIVITI SEMASA MENAIKI KERETAPI DAN MELAWAT ZOO JOHOR

Bersama dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

Bersama En. Azam, Pengurus Pusat Ekuin UTM


Aku seekor kuda.. Mengenal dan menyentuh kuda

Memakai topi keselamatan Meletakkan kaki dengan betul

Menaiki kuda Menunggang kuda


Mari menunggang kuda..
VIDEO SEPANJANG AKTIVITI TERAPI KUDA

RESIT BAYARAN

i. Resit bayaran kepada Pihak Ekuin untuk pakej - Tiket, fasilitator, makanan dan
minuman.

No resit : 8016 - 8020

ii. Resit pengangkutan

No resit : 17556, 17557, 17558 dan 53462.

*rujuk muka surat sebelah