Anda di halaman 1dari 5

Bab 5

NILAI DAN STRUKTUR DALAM ETIKA PROFESIONAL

Nilai merujuk kepada sesuatu yang diingini mengenai apa yang dianggap sebagai baik
atau buruk dan menuju kepada sesuatu matlamat

- Ia juga persepsi tentang kebaikan dan keburukan dan antara yang patut dan
tidak patut.

- Nilai dipengaruhi oleh sistem kepercayaan.

- “A value is an enduring belief that a specific mode of conduct or end state of


existence is personally or socially preferable to an opposite or converse mode
of conduct or end state of existence” (M Rokeach, 1973:5)

‘nilai adalah satu pegangan kekal bahawa sesuatu bentuk kelakuan atau
perkara yang hendak dicapai itu merupakan pilihan diri sendiri ataupun pilihan
masyarakat daripada bentuk kelakuan atau pencapaian jenis yang lain”

juga,

“... a type of belief, centrally located within one’s total belief system about
how one ought or ought not to behave, or about some end-state of existence
worth or not worth attaning’ (M Rokeach,1968:124)

‘...sejenis kepercayaan yang terdapat di pusat sistem kepercayaan seseorang


mengenai cara bagaimana seseorang patut atau tidak patut
bertindak/berkelakuan, atau mengenai sesuatu jenis matlamat yang perlu atau
tidak perlu dicapai”

Fungsi Nilai

- Sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten dan kukuh bagi
seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka
adalah baik, betul dan boleh diterima .
- “...piawai atau kriteria yang digunakan bagi menentukan sesuatu pilihan
apabila seseorang itu berhadapan dengan keadaan di mana ia mempunyai
pelbagai pilihan” (Abdul Latiff Mohd Ibrahim,2004:51)

- Sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik
moral.

Nilai dan Etika Profesional

- Etika profesional ialah satu sistem nilai (norma) khusus bagi golongan
profesional. Nilai dikaitkan dengan tingkahlaku yang sepatutnya di amalkan
oleh golongan profesional dan kriteria–kriteria yang sepatutnya digunakan
untuk menilai tingkahlaku tersebut .

- Etika profesional agak berbeza daripada nilai-nilai biasa. Ia tidak memberikan


tumpuan kepada semua nilai yang diamalkan oleh seseorang profesional
sebagai manusia biasa, ia hanya menekankan nilai yang berkaitan dengan
tingkahlakunya sebagai seorang profesional.

Jenis-Jenis Nilai Profesional

- Nilai profesional merujuk kepada obligasi (tanggungjawab). Obligasi


digunakan sebagai satu cara untuk menentukan satu-satu nilai iaitu apa yang
betul atau apa yang salah untuk dilakukan.

- Nilai yang menggambarkan obligasi dibahagikan kepada 3 jenis:-

a) Standard
b) Prinsip
c) Peraturan

a) Standard

Digunakan untuk menilai sama ada seseorang itu baik atau buruk dan lebih baik atau
lebih buruk. Standard sahaja tidak menpunyai sebarang nilai, ia perlu ditentukan.
Antara nilai-nilai yang dilaksanakan ialah kecekapan, kesetiaan, kejujuran, ketekunan
dan kebijaksanaan.

b) Prinsip

- Nilai prinsip menerangkan tentang tanggungjawab – tanggungjawab bukan


sahaja menentukan tingkahlaku dan tindakan, tetapi juga memberikan ruang
kepada profesional untuk menggunakan budi bicara dan penilaiannya sendiri.

- Pegangan prinsip seseorang jurutera ialah bertanggungjawab atas keselamatan


apa yang direkabentuknya dan terpulanglah penilaiannya mengenalpasti dan
memilih kaedah yang sesuai mengikut penilaiannya.

- Disinilah kebijaksanaan dan penilaiannya membezakan daripada orang lain

c) Peraturan

- Peraturan menentukan tugas dan tingkahlaku atau tindakan tertentu yang perlu
dilakukan oleh seseorang profesional. Peraturan mengawal seseorang
profesional itu bertindak atau menggunakan budi bicaranya sendiri dengan
sesuka hati

Contoh:-
Seseorang doktor yang hendak melakukan pembedahan besar perlu
terlebih dahulu mendapatkan persetujuan pesakit @ keluarga pesakit
berkenaan

Kesedaran Etika Seseorang Profesional


(Perhatian: Bahagian ini sudah terdapat dalam Bab 3 – Kesedaran Etika
Profesional, oleh itu tak perlu diulang disini kecuali rajah di bawah)

Tahap kesedaran etika seseorang Profesional dipengaruhi oleh beberapa faktor.


Sesuatu tingkahlaku sama ada beretika atau tidak beretika itu adalah hasil dari
interaksi beberapa unsur kompleks iaitu antara perkembangan moral dengan beberapa
pemboleh ubah lain seperti ciri-ciri individu, struktur organisasi, budaya kerja dan
tahap kritikal sesuatu isu itu.

Ciri –ciri Individu

Perlakuan
Beretika
Struktur
organisasi
Peringkat
Hasil
Perkembangan
Perlakuan
Moral

Budaya Perlakuan
Organisasi (kerja) Tidak
Beretika

Isu Kritikal

Rajah : Faktor yang mempengaruhi tingkahlaku beretika dan tidak beretika

1) Peringkat Perkembangan Moral

- Semakin meningkat perkembangan moral, maka semakin kurang


pergantungan seseorang itu kepada pengaruh luaran dalam membuat penilaian
moral.
Kajian ahli psikologi mendapati:

1) Semua individu akan mengalami perkembangan ini secara sendiri dari satu
peringkat ke peringkat seterusnya
2) Proses perkembangan tidak semestinya berterusan dari peringkat ke peringkat
dimana perkembangan mungkin terhenti di mana-mana satu peringkat.
3) Majoriti golongan dewasa termasuk profesional berada di peringkat yang
keempat.

6. Memilih dalam menggunakan prinsip etika sehingga


sanggup melanggar undang-undang.
Pasca Konvensional
5. Menghormati hak orang lain dan mengamalkan nilai dan
hak yang mutlak tanpa mengira pendapat orang.

4. Mengamalkan dan mengekalkan peraturan konuensional


dengan melakuakan obligasi yang telah dipengaruhi.
Konvensional
3. Melakukan apa yang diharapkan oleh orang yang terdekat
( ragam) orangnya

2. Mengikut peraturan untuk memenuhi kepentingan


tertentu.
Pra Konvensional
1. Semata–mata patuh kepada peraturan untuk mengelak
hukuman bentuk fizikal

Sumber : Berdasarkan L. Kholberg “Moral Stages And Moralization:The Cognative


Development Approach” dalam T.Lickora (ed) (1976) Moral Development
And Behaviour New York:Holz, Rinehold & Winston

2). Ciri-ciri Individu

Setiap individu yang menceburi satu-satu bidang profesion telah mempunyai


pegangan nilai-nilai tertentu yang terbentuk hasil dari pendidikan formal dan tidak
formal yang telah dilaluinya .Ini bermakna setiap individu profesional itu mempunyai
nilai-nilai peribadi yang berbeza.
- Kekuatan ego dan lokus kawalan adalah dua pemboleh ubah personaliti
yang sangat mempengaruhi kepercayaan dan penilaian terhadap buruk atau
baik seseorang .
- Kekuatan ego ialah personaliti yang mengukur kekuatan keyakinan yang
mungkin individu itu membuat keputusan yang difikirkan betul

- Lokus kawalan adalah ciri-ciri personaliti yang mengukur darjah kepercayaan


seseorang tentang kebolehan dan keyakinan dirinya yang menentukan nasib
diri sendiri.

Lokus kawalan ada dua bentuk:-

1) Lokus kawalan dalaman

Iaitu maksud sendiri yang mengawal dalam menentukan nasibnya.Cenderung


mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas akibat tindakannya. Seseorang
profesional yang memilih sifat ini mewujudkan tindakan yang lebih tersusun antara
penilaian moral dan tindakan moral yang dilakukannya .

2) Lokus kawalan luaran

Percaya apa yang berlaku kepada kehidupan dan dirinya disebabkan nasib /takdir
yang ditentukan, Cenderung mengambil sikap kurang tanggungjawab dengan
tindakannya

Pembolehubah Struktur Organisasi

- struktur organisasi dapat membantu membentuk perlakuan beretika di


kalangan profesional, melalui peraturan yang sedia ada ia dapat mengurangkan
keraguan dan kekaburan terhadap sebarang tindakan.

- Deskripsi kerja dan kod etika boleh dijadikan panduan ke arah perlakuan yang
konsisten dimana pengaruh pegawai atasan amat besar mempengaruhi
perlakuan individu di bawahnya.

Budaya organisasi

- Budaya organisasi yang kondusif mendorong profesional menjadi agresif dan


inovatif. Mereka menyedari bahawa semua tingkalaku yang tidak beretika
mudah dikesan dan mereka juga bebas mencabar sebarang tuntutan atau
jangkaan yang dirasakan tidak realistik atau tidak beretika.

- Budaya organisasi yang mempunyai standard etika tinggi yang boleh menjadi
penggerak dan pengaruh yang positif kepada amalan tingkah laku yang
beretika di kalangan profesional.