Anda di halaman 1dari 6

GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

( 18 Mei 2007 / 01 Jamadilawwal 1428 H )

: ‫هلل الْ َقائِ ْل‬


ِ ‫الْحم ُد‬
َْ

ِ
ُ‫ك لَ هُ َواَ ْش َه ُد اَ َّن ُم َح َّم ًدا َع ْب ُده‬
َ ْ‫اَ ْش َه ُد اَ ْن آل ِإَلـهَ االَّ اهلل َو ْح َدهُ آل َش ِري‬
‫ص ْحبِ ِه‬ ِ
َ ‫لى آ ِلـه َو‬ َ ‫ع‬
َ ‫و‬
َ
ٍ ‫ اَللَّه َّم ص ِّل وس لِّم َعلَى س يِّ ِدنَا مح َّم‬،ُ‫ورس ولُه‬
‫د‬ َُ َ ْ ََ َ ُ ْ ُ ََ
.‫اَ ْج َم ِع ْي َن‬

‫اي بَِت ْق َوى اهلل َف َق ْد فَ َاز‬ ‫يـ‬


َّ ِ‫ص ي ُكم وا‬
ِ ‫ إَِّت ُق وا اهلل اُو‬،‫اد اهلل‬ ‫ب‬ ِ ‫ َفيا‬،‫أ ََّما بع ُد‬
‫ع‬
َ َْ ْ ْ ْ َ َ َ َْ
.‫ال ُْمَّت ُق ْو َن‬
SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan supaya sama-sama kita bertakwa kepada
Allah dengan meningkatkan lagi amal soleh dan berusaha menjauhi larangan-Nya.
Semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang dan diberkati Allah di dunia dan di akhirat.

MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN,


Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari
sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat,
rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah
tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita
ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Oleh itu, tanggal 16 Mei setiap tahun, warga guru diraikan dalam sambutan hari guru
bagi menghargai dan mengenang jasa mereka yang mendidik anak bangsa menjadi insan
berguna. Sememangnya guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan

1
untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan olej Anas bin Malik r.a. :

ِّ‫ات الَْب ر‬
ِ ‫وم يُهَْت َدي ِب َه ا ِفي ُظُل َم‬
ِ ‫ج‬ُ ‫الن‬
ُّ ‫ض َكَمَث ِل‬ َّ ِ
ِ ‫إن َمَث َل الُْعَل َم اءِ ِفي األَْر‬
. ‫ضَّل الُْهَدُاة‬
ِ ‫ك َأْن َت‬
َ ‫وم َأْوَش‬
ُ ‫ج‬ُ ُّ‫ت الن‬
ِ َ‫حِر َفِإَذا انَْطَمس‬
ْ ‫َوالَْب‬
Maksudnya : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di
muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di
dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang
dikhuatiri akan hilang arah tujuan".

Sirah Rasulullah s.a.w. juga memaparkan kepada kita bahawa disamping menjadi guru,
baginda s.a.w. juga adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima didikan dan
asuhan dari Allah s.w.t, lantaran itu guru adalah sebagai pendidik dan pada masa yang
sama guru juga merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu
pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu sepanjang
hayat seharusnya dihayati oleh setiap guru dan segenap lapisan masyarakat.

SIDANG JUMAAT YANG DI HORMATI SEKELIAN,


Tema Hari Guru pada tahun ini ialah : " GURU PENJANA MODAL INSAN
GEMILANG " ini menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan
ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang
berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.

Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai
cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan
pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru,
sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru
adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar
sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul
tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah.

SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN,


Aspirasi negara dalam bidang pendidikan adalah untuk membina masyarakat yang
sejahtera, harmoni serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Maka bagi
2
mencapai hasrat tersebut, tuntutan kepada ilmu pengetahuan yang berbentuk Fardhu Ain
dan Fardhu Kifayah adalah amat diperlukan. Ianya hendaklah disepadukan agar
kemajuan yang hendak dicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di
akhirat. Amalan memisahkan antara pendidikan yang bercorak Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah akan melahirkan sebuah masyarakat yang tempang sekaligus menggagalkan
usaha membentuk modal Insan gemilang. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat
18 yang berbunyi :

Maksdunya : " Allah menerangkan ( kepada sekelian makhluknya dengan dalil dan bukti
) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasa mentadbir
seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu
( mengakui dan menegaskan juga yang demikian ) tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana ".

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,


Sebagai anggota masyarakat kita seharusnya rasa terpanggil untuk bersama dengan warga
guru bagi menjayakan harapan negara ke arah melahirkan generasi modal insan kelas
pertama yang berjiwa " ULUL ALBAB". Tugas mendidik dan menangani gejala sosial
sewajarnya dilakukan secara bersama antara ibu bapa, masyarakat dan guru seperti kata
pepatah " BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING ". Sebagimana
firman Allah yang berbunyi :

Maksudnya : ..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan


( kebaikan ) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana Allah sesungguhnya
Maha Berat Azab siksanya ( bagi sesiapa yang melanggar perintahnya".

( Surah al-Maidah : 2 )

3
Ibu bapa dan masyarakat hendaklah seiring dan bersama-sama dalam menginstitusikan
keluarga, masyarakat dan persekitaran sebagai sekolah. Disamping ibu bapa juga perlu
mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian
yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah peka
terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti
gejala merokok, suka membuang masa, sukakan hiburan yang melampau, penyalahan
gunaan dadah, amalan pergaulan bebas dan sebagainya. Kita semua sedia maklum
bahawa akhlak mulia merupakan teras kepada pembinaan modal insan kelas pertama.

Ingatlah pesan Saiyidina Ali Karramah Allahu Wajhah :

ِ ‫ال ال ِْعل ِْم َواْأل ََد‬


‫ب‬ ُ ‫ال َج َم‬ َ ‫إِ َّن ال‬
َ ‫ْج َم‬ ٍٍِ ‫ال أَ ْن ُت َزيِّ َن بِأَْث َو‬
# ‫اِب‬ ُ ‫ْج َم‬
َ ‫س ال‬
َ ‫لَْي‬
ِ ‫إِ َّن الْيَتِْيم يَتِْيم ال ِْعل ِْم َواْأل ََد‬
‫ب‬ ُ َ # ُ‫ات َوالِ ُده‬
َ ‫س الْيَتِْي ُم من قَ ْد َم‬
َ ‫لَْي‬
Maksudnya : Bukan kecantikan itu menghiasi diri dan pakaian = sesungguhnya
kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab. Bukanlah yatim itu seseorang yang
kematian bapanya = sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar usaha mengasuh
dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Persatuan ibu bapa dan
guru-guru seharusnya memainkan peranan penting demi membina kecemerlangan anak-
anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu menjalin hubungan yang erat dan berterusan
dengan pihak sekolah agar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat
diselesaikan secara muhibah.

Pandangan negatif yang tidak berasas terhadap para guru perlu dikikis dan pada masa
yang sama guru juga hendaklah sama-sama menilai diri jangan jadi seperti pepatah
melayu " KERANA SETITIK NILA ROSAK SUSU SEBELANGA" ibu bapa juga
sepatutnya bersungguh-sungguh dan sedia berkorban harta benda dan tenaga bagi
mencapai kecemerlangan anak-anak. Ini bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh
Imam Al-Syafie bahawa ilmu pengetahuan tidak akan dapat dicapai kecuali dengan 6

4
perkara iaitu KECERDIKAN, KESUNGGUHAN, KEMAJUAN, PERBELANJAAN
YANG CUKUP, SELALU MENDAPINGI GURU Dan MASA YANG LAMA.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Sekiranya kita berjaya mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang berilmu, maka
sudah tentu kita dapat melihat dan melahirkan wajah pemimpin negara dimasa akan
datang. Sebagaimana seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki
pernah bermadah :

"‫الُقُهْم َذهَُبْوا‬
َ ‫ت َأْخ‬
ْ ‫ُم َذهََب‬
ُ ‫ت َفِإَّن ه‬
ْ ‫ق َما َبِقَي‬ َ ‫"ِإَّنَما األَُمُم األَْخ‬
ُ ‫ال‬

Maksudnya : " Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika
rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang "

Maka, bertepatan dengan sambutan hari belia yang juga disambut pada bulan MEI setiap
tahun. Peranan dan tanggungjawab golongan belia mampu melahirkan pembangunan
modal insan kerana melalui sumbangan idea dan tenaga ke arah membina sebuah negara
dan bangsa yang dihormati serta disegani di persana dunia.

Ini telah dibuktikan oleh belia kita yang telah berjaya mencatat sejarah apabila muncul
sebagai belia termuda dari negara Asia yang berjaya membuat penerjunan di Kutub Utara
pada pertengahan April yang lalu dan ini cukup membanggakan kita seluruh rakyat
Malaysia. Kita tidak mahu belia di negara kita terlibat dengan gejala-gejala negetif yang
akhirnya merugikan diri sendiri dan negara di masa akan datang. TAHNIAH DIATAS
KEJAYAAN BELIA KITA. BELIA CEMERLANG !! MALAYSIA
TERBILANG !!!

،‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

5
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! peliharalah diri kamu dari neraka
yang bahan bakarnya manusia dan batu ( berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layananya) mereka tidak menderhaka kepada Allah
dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan
segala yang diperintahkan.

( Surah al-Tahrim ayat : 6 )

‫ات‬ِ ‫ءان الْع ِظ ْي ِم و َن َفعنِي وإِيَّا ُكم بِما فِ ْي ِه ِمن األي‬ ِ ‫بار َك اهلل لِي ولَ ُكم فِى الْ ُق ر‬
َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ ُ ََ
‫ أَ ُق ْو ُل‬.‫يع ال َْعلِ ْي ُم‬ ِ َّ ‫وال ِّذ ْك ِر الْح ِك ْي ِم وَت َقبَّل ِمنِّي و ِم ْن ُكم تِالوتَ هُ إِنَّهُ ُه و‬
ُ ‫الس م‬ َ َ ْ َ َ َ َ َ
‫ات‬ِ ‫َق ولِي َه َذا وأَس َتغْ ِفر اهلل الْع ِظ ْيم لِي ولَ ُكم ولِس ائِ ِر الْمس لِ ِم ْين والْمس لِم‬
َ ُْ ََ ُْ َ َْ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ ْ ْ
‫اس َتغْ ِف ُر ْوهُ إِنَّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر‬ ِِ ِ ِ ِ
ْ َ‫َوال ُْم ْؤمنِْي َن َوال ُْم ْؤمنَات األَ ْحيَاء م ْن ُه ْم َواألَ ْم َوات ف‬
.‫الر ِح ْي ُم‬
َّ

Anda mungkin juga menyukai