Anda di halaman 1dari 10

Usrah Wave Corporation

Budaya Hedonisme Sebagai Satu Ancaman Baru Kepada Masyarakat


Contributed by mohd murtadha
Wednesday, 02 January 2008
Last Updated Monday, 04 February 2008

Pendahuluan

Kemunculan aliran pemikiran dalam Islam berkembang pesat dengan kemasukan falsafah Greek pada zaman
pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Kemasukan aliran ini bukan sahaja meresap masuk dalam pemikiran tokoh-tokoh
Islam malah turut mewujudkan beberapa disiplin ilmu khususnya dengan kelahiran ilmu kalam. [1] Kesan dari kelahiran
ilmu ini, maka terbentuklah dua aliran aqidah yang bententangan antara satu sama lain. Aliran tersebut merangkumi
aliran al-Mu’tazilah dan al-Asyairah[2].

Walaupun pengaruh
falsafah Greek atau lebih tepat lagi pemikiran barat dapat dimurnikan
tokoh-tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, namun aliran pemikiran ini
kemudiannya menular masuk dalam pelbagai bentuk selepas jatuhnya
kerajaan Turki Uthmaniah.[3] Aliran pemikiran barat ini bukan sahaja menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cuba
memisahkan agama dari kehidupan manusia. Hal ini dapat dilihat dengan
rosaknya agama Yahudi dan Nasrani apabila diresapi fahaman falsafah
yang pelbagai sehingga menolak peranan wahyu. [4]

Pada masa kini, Kemunculan aliran sekularisme yang secara jelas bersifat anti agama dan berasaskan budaya hawa
nafsu [5]
sedikit banyak menghancurkan pemikiran umat Islam. Menurut Muhammad
Naquib al-Attas Sekularisme bermaksud pembebasan manusia dari segi
agama dan metafizik[6].
Ia juga dapat didefinisikaan sebagai satu ideologi atau ajaran yang
membina seluruh pengarahan hidup manusia dalam setiap aspeknya selain
dari ibadah keagamaan di atas asas kepentingan, keperluan, ukuran, dan
nilaian duniawi semata-mata. Dalam erti kata lain ajaran ini menolak
ukuran agama sebagai asas bermasyarakat dan bernegara disamping
menjadikan pemenuhan tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dan
sebenar manusia.[7]
Akibat dari menjadikan akal sebagai tunjang utama kehidupan, timbul
pelbagai aliran pemikiran dalam masyarakat mengikut acuan yang
tersendiri seperti Komunisme, Kapitalisme, Libelisme, Pluralisme dan
Hedonisme.

2. Budaya Hedonisme

Hedonisme menurut
pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.[8]
Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan
Remaja terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin
yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan
kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia
beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan
kelazatan atau nikmat.[9] Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah
merupakan tujuan akhir hidup[10]

Menyoroti sejarah, fahaman Hedonisme didokong Aristipus (433-355 B.C), salah seorang murid Socrates. Hal
ini merujuk kepada pertanyaan Socrates kepada beliau tentang tujuan
terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusia.
http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56
Usrah Wave Corporation

Aristipus kemudiannya mengatakan yang terbaik untuk manusia adalah


kesenangan, hal ini terbukti kerana sudah sejak masa kecil manusia
berasa tertarik akan kesenangan dan apabila telah menikmatinya, ia
tidak mencari sesuatu yang lain dan menajauhkan diri dari
ketidaksenangan.[11].

Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus (341-270 B.C) dengan mengatakan tujuan hidup untuk kesenangan
dan kedamaian[12].Dalam
fahaman ini, Epicurus menekankan bahawa ‘kebaikan’ tidak mungkin akan
difahami andainya kita menolak unsur kelazatan dalam hidup kita
termasuk kelazatan indera rasa, cinta serta kelazatan lain yang dapat
dilihat dan didengar oleh penglihatan dan pendengaran. Bahkan asas
kepada segala kabaikan adalah kelazatan yang dirasai perut sehinggakan
ilmu, kebijaksanaan, budaya, dan tamadun umat manusia mesti merujuk
kepadanya. Manakala kelazatan minda pula dikatakan sinonim dengan
proses berfikir tentang kelazatan-kelazatan yang dicapai oleh unsur
fizikal tersebut[13]

Dalam pemikiran terkini


berkaitan Hedonisme, G.E Moore (1873) dilihat sebagai tokoh
kontemporari hedonisme. Beliau dilihat masih berpegang kepada konsep
‘baik’ yang bertitik tolak kepada keseronokan dan menegaskan tidak ada
yang baik kecuali keseronokan dan keseronokan sahaja yang menjadikan
kebaikan sebagai satu matlamat.[14]

Sekiranya diteliti hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman Sekularisme. Ajaran Sekularisme telah meletakkan
lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya.[15]

Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap
baik.
Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan
dianggap sabagai baik dan bermutu.
Prinsip Relative
pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu
fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya
boleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembagan ilmu
pengetahuan.
Prinsip Hedonisme
pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu
manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa
penderitaan nafsu akan dianggap buruk
Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah
baik.

Secara
kesimpulannya, Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama
kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal
ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu
memastikan manusia bebas dari unsur ketuhanan. Selain itu, keseronokan
yang diputuskan oleh individu boleh menyebabkan penentangan antara
satu-sama lain. Sebagai contoh seorang individu menganggap membunuh
http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56
Usrah Wave Corporation

adalah perkara yang menyeronokkan manakala seorang individu lain


menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Jadi, secara jelas
konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana
boleh mewujudkan pertentangan pemikiran.

Akan tetapi, amat malang sekali remaja Malaysia


sekarang banyak terdedah dengan pemikiran ini samada sedar atau tidak.
Sekiranya tidak dibendung, pemikiran ini akan menghancurkan masyarakat Malaysia suatu hari nanti.

Islam Dan Hedonisme

Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba


menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini
tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah
berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya
yang menyentuh aspek perancangan ummah.[16]

Lazimnya, perbincangan
mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman.Konsep Keimanan
adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai
tiga elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan keyakinan,
wujudnya unsure ketundukan yang tulus dalam sanubari manusia terhadap
apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur cetusan atau
ransangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan
seluruh prinsip keimanannya di dalam diri individu tersebut untuk
menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di alam kenyataan dengan
berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup hariannya
berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana individu tersebut
tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan
berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas
keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya.[17]

Merujuk kepada defenisi


diatas, jelas sekali budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah
umat Islam. Hal ini kerana budaya hedonisme mementingkan kebebasan
fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan al-Quran dan al-Sunnah
sebagai paksi pemikiran.

Selain itu dalam


pengertian ‘kebaikan’ terhadap individu, Pandangan Islam amat
bertentangan dengan konsep ‘kebaikan’ dalam Hedonisme. Islam melihat
konsep ‘kebaikan’ adalah melibatkan pembangunan ummah yang memberi
fokus kepada aspek pembangunan berteraskan ketuhanan atau kerohanian
berbanding dengan kemajuan yang berbentuk kebendaan agar manusia bukan
sahaja mendapat ‘Kebaikan’ di dunia tertapi juga mendapat ‘kebaikan di
akhirat’. Manakala ‘Kebaikan’ yang dibawa hedonisme adalah apa-apa yang
berbentuk keseronokan.[18]

Pengenalan Majalah Mastika

http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56


Usrah Wave Corporation

Majalah Mastika
merupakan salah satu majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Majalah
ini diterbitkan bermula 1 Jun 66 tahun yang lepas[19].
Majalah ini kemudiannya diterbitkan secara bulanan. Sepanjang
penerbitannya, Majalah Mastika telah dikemudi dan diperkemaskan oleh
beberapa orang tokoh. Tokoh-tokoh tersebut merangkumi Abd Rahim Kajai
sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad
Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir.[20]

Melihat kepada sambutan


masyarakat, sehingga tahun 2007 majalah ini telah memegang rekod jualan
tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut.[21]
Hal ini mungkin kerana majalah ini memaparkan isu-isu yang dekat dengan
masyarakat. Sebagai contoh negara pernah dikejutkan dengan bahaya Black
Metal. Menyedari kepentingan isu ini, Mastika telah membahaskan secara
panjang lebar dalam keluarannya pada bulan Jun 2006.

Apa
yang ditumpukan dalam pendedahan Black Metal keluaran ini adalah respon
dari semua pihak yang tahu tentang isu ini samada. Respon pertama yang
dipaparkan adalah melalui sms pembaca. Mastika membentangkan sms dari
pembaca yang berbentuk sokongan dan kritikan Respon
kedua di bawah tajuk adalah berkenaan surat-surat yang dihantar pembaca
berupa sokongan dan kritikan dari mereka yang pernah terlibat dengan
gejala ini. Respon yang ketiga adalah berkenaan teks ucapan khutbah
Jumaat dari sebuah masjid di Kuala Lumpur yang memberi penekanan
terhadap keberhayaan Balck Metal kepada Umat Islam. [22]
Selain itu, Mastika turut memaparkan pengalaman seorang lelaki yang
terlibat secara langsung membanteras gejala ini. Lelaki ini
menceritakan pengalamannya menyelamatkan aqidah seorang yang pernah
terlibat dalam gejala ini. Isu ini diakhiri dengan pendedahan
fakta-fakta mengenai keburukan Black Metal dengan memberi penumpuan kepada kewujudan gereja syaitan di
Malaysia?[23] Dan pengembangan ajaran Black Metal di Malaysia[24].

Pendedahan ini
kemudiannya berjaya membuka mata banyak pihak sehingga Ang Wang Seng
selaku jawatankuasa persatuan saudar-saudara baru Islam menghasilkan
sebuah buku Rahsia Black Metal yang diterbitkan pada September 2006.
Karya ini telah membincangkan secara terperinci ajaran Black Metal.[25]

Isu Hedonisme yang diketengahkan Mastika Keluaran Jun-Ogos 2007

§ Mastika Jun 2007

Isu yang diketengahkan


Mastika pada bulan Jun 2007 tidak banyak melibatkan perbincangan yang
jelas budaya hedonisme dikalangan remaja. Akan tetapi beberapa isu yang
diketengahkan mempunyai sedikit sebanyak pengaruh keseronokan yang
melampau yang melanda masyarakat. Antara isu yang diketengahkan adalah
Skim Cepat Kaya. Salah satu kisah yang dipaparkan mastika adalah
pengalaman pengurus skim cepat kaya yang mengaku berjaya
menipu ramai masyarakat. Disebabkan terlalu inginkan ‘keseronokan’
bersifat kebendaan, ramai dikalangan masyarakat terpengaruh sehingga
membelakangkan agama. Pengurus itu juga mengakui bahawa dia juga sangat
inginkan kekayaan dengan jalan mudah sehingga sanggup menjalankan
perniagaan secara menipu. Isu kedua yang disiarkan mastika adalah kes
pembunuhan seorang gadis berusia 16 tahun, Gadis ini dipercayai dirogol
dan dibunuh oleh dua remaja berusia 16 dan 17 tahun .

http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56


Usrah Wave Corporation

Isu ketiga yang


diketengahkan Mastika adalah budaya bertatu dikalangan remaja. Budaya
bertatu pada fikiran remaja adalah salah satu bentuk ‘seni’. Didalam
temubual Mastika dengan remaja yang bertatu, walaupun menyedari amalan
bertatu adalah haram remaja tersebut secara jelas mengatakan punca dia
melakukan perkara tersebut disebabkan mencari keseronokan. Hal ini
secara tidak langsung mencerminkan pemikiran hedonisme sangat
mempengaruhi remaja ini.

§ Mastika Julai 2007

Dalam edisi Julai 2007,


mastika memaparkan isu seksualiti sebagai isu utama. Antara kes yang
terlibat dalam isu ini adalah berkaitan pelacuran. Dalam kes pelacuran.
Mastika memparkan kisah mengenai detik seorang yang terjebak dalam
kancah pelacuran. Didapati wanita ini terjebak dalam kancah pelacuran disebabkan ingin seronoh dan hidup senang[26].
Isu kedua adalah melibatkan ‘Bohsia’ yang tenggelam dalam dunia
keseronokan sehingga sanggup menggadai badan. Mereka menganggap apa
yang terbaik untuk mereka adalah dapat menikmati keseronokan tanpa
sempadan.[27]

Selain itu, Mastika juga


turut memaparkan keseronokan remaja terhadap hiburan. Dalam keluaran
ini, Mastika mengambil contoh kejadian yang berlaku di dalam konsert Gang Starz di
Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dalam artikel ini,
Mastika telah memfokuskan beberapa perkara dalam konsert tersebut.
Perkara pertama yang menjadi sasaran mestika adalah personaliti
penonton. Kebanyakan penonton yang datang mewarnakan rambut mereka
dengan pelbagai fesyen dan warna, manakala sebahagian besar penonton
wanita berpakaian seksi.[28]
Fokus kedua yang menjadi pilihan mastika adalah sikap penonton semasa
persembahan. Mastika mendapati hampir keseluruhan penonton bertempik
dan menari semasa persembahan sedang berlangsung. [29]

§ Mastika Ogos 2007

Mastika Edisi Ogos 2007


telah mencetuskan satu perbincangan baru mengenai gelaja penagihan
dadah yang berlaku dalam masyarakat. Gejala ini bukan sahaja merosakkan
diri penagih malah turut menambah beban Kerajaan membasmi jenayah
pengedaran dadah. Dalam isu kali ini, Mastika memaparkan tiga artikel
berkaitan penyalahgunaan dadah. Artikel-ertikel ini melibatkan
penagihan Syabu,[30] Gam[31] dan kesan penagihan terhadap tubuh badan[32].
Berdasarkan artikel-artikel ini, dapat disimpulakan bahawa penagihan
dadah banyak melibatkan remaja. Selain itu, faktor utama yang
mempengaruhinya adalah ingin mencari keseronokan dan tekanan yang
melampau.

Sebagai kesimpulannya isu-isu yang diketengahkan Mastika diantara Keluaran Jun-Ogos adalah

1. Sukakan Kebendaan dalam Skim Cepat Kaya

2. Pemerkosaan

3. Budaya Bertatu

http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56


Usrah Wave Corporation

4. Wanita dan Seks

5. Remaja dan Hiburan

6. Penagihan dadah

Cadangan dan Saranan

Melihat kepada ancaman hedonisme yang semakin menular di kalangan masyarakat Malaysia,
beberapa tindakan seharusnya diambil pelbagai pihak. Masyarakat harus
sedar bahawa sekiranya budaya ini tidak dibendung bakal menjadikan
negara ini musnah. Penekanan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
terhadap pembangunan minda kelas pertama[33]
seharusnya dimanfaatkan semua pihak. Dalam melahirkan minda kelas
pertama, penekanan terhadap modal insan harus dititik beratkan.

Modal
insan melibatkan pengabungan dua perkataan iaitu modal dan insan.
‘Modal’ dari sudut bahsa boleh diistilakan sebagai sesuatu yang
digunakan untuk mendapat atau mencapai sesuatu yang lain. [34]
Manakala ‘Insan’ dapat difahami sebagai manusia sempurna, baik, bersih
daripada noda yang menyumbang kepada pembentukan keinssanan atau
kemanusiaan. Islam sendiri meletakkan ‘insan’ pada tahap tinggi. Makna
dan pengisian ‘insan’ itu sendiri sudah melambangkan kelas pertama
sepertimana firman Allah dalam (surah al-Tin 95 : 4 yang ) yang membawa
maksud “Sesungguhnya kami(Allah) telah menciptakan (jenis), manusia itu dalam bentuk sebaik-
baiknya”.[35]

Apabila digandingkan
bersama menjadi modal insan, ia membawa kepada pengertian yang memberi
penumpuan kepada modal individu, intelktual dan Sosial. Modal individu
memberi fokus kepada perkara yang berhubungan dengan sifat-sifat
seseorang itu seperti kemahiran, kerativiti, daya usaha, keberanian,
dan keupayaan untuk menjadi manusia yang bermoral. Modal intelektual
puala merujuk kepada satu himpunan kolektif seseorang insan yang
berhubung dengan semua jaringan di dalam satu kumpulan. Nilai yang
bersifat kolektif ini akan menghasilkan kerjasama diantara seseorang
insan dengan ahli dalam kelompok tersebut. Diantara nilai-nilai yang
dikenal pasti adalah didikan keluarga, nilai budaya yang tinggi, budaya
kerja cemerlang, Visi dan misi pemimpin , Keprihatinan, gaya kepimpinan dan integriti[36].
Manakalan modal sosila memberi maksud modal yang terhasil dari gabungan
modal individu dan modal intelektual dimana hasilnya akan mengarah
kepada pembentukan sebuah negara yang baik.

Selain dari pemupukan


minda kelas pertama, pendekatan yang digariskan dalam Islam Hadhari
juga dilihat mampu membendung pengaruh Hedonisme. Islam Hadhari adalah
sepuluh gagasan yang dibuat kerajaan Malaysia yang berkonsepkan satu usaha yanh lebih menyeluruh dan bersepadu
dengan berlatar belakangkan kepada usaha-usaha murni yang telah dilaksanakan oleh para ulama dan reformer Islam
untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam masa kini .[37]
Dengan mengambil kira prinsip yang pertama iaitu keimanan dan ketakwan
kepada Allah dan prinsip kelapan Keutuhan Budaya dan Moral., Kehidupan
masyarakat akan menjadi terarah dan tepat dengan landasan Islam.

http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56


Usrah Wave Corporation

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Budaya Hedonisme yang melanda masyarakat Malaysia


adalah disebabkan oleh wujudnya sikap individualistic dalam diru
masyarakat. Dengan pendekatan baru Kerajaan membangunkan minda rakyat
kearah minda kelas pertama dilihat mampu membina jatidiri masyarakat
dari seterusnya dapat mengelakkan diri dari bahana Hedonisme.

BIBLIOGRAFI 1. Ann Wang Seng (2007) Rahsia Black Metal, Selangor : Angkatan Edaran 2. Azhar Hj Mad Aros,
Azharudin Mohd. Dali, Arba’iyah Mohd Nor, Saliha Hj. Zainol (2000) Pertembungan Tamadun Islam dengan
Kolonialisme Barat dalam TITAS Kertas 1 Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. 3. Faisal
@ Ahmad Faisal bin Abdul Halim, Wan Adli bin Wan Ramli (2006) Islam
Hadhari Dari Perspektif Intelektual Muslim Kuala Lumpur : Universiti
Malaya 4. Kementerian Pendidikan Malaysia (1994) Kamus Dewan Edisi ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka 5. Majalah Mastika edisi Mac 2006 Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd 6. Majalah Mastika edisi Jun 2007
Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd.7. Majalah Mastika edisi Julai 2007 Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd8.
Majalah Mastika edisi Ogos 2007 Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd9. Mohd Fauzi Bin Hamat (1997) Pendekatan
Falsafah Dalam Perbincangan ‘Ilm Al-Kalam Menurut Al-Mutakallimun dalam Jurnal Usuluddin Bil 7 Kuala Lumpur
: Universiti Malaya 10. Mohd
Fauzi bin Hamat (2002) Peranan akidah dalam perancangan pembangunan
ummah : Satu analisis dalam konteks masyarakat kini dalam jurnal
Usuluddin Bil 16 Kuala Lumpur : Universiti Malaya 11. Mohd Ghazali Md Nor (2007) Israiliyyat Moden :Tumpuan
Terhadap Hedonisme (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) 12.
Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien (2006) Budaya Hedonisme Di Kalangan Remaja Islam : Kajian Di Kalangan
Penghuni Vista Angkasa, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya) 13. Rahimin Afandi Abd. Rahim (2004) Menangani Cabaran Globalisasi : Satu
Analisis terhadap pemikiran reformis semasa dalam pemikiran Islam dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur : Universiti
Malaya 14. Ramli Omar (1999) Islam dan Falsafah Barat dalam Pemikir edisi Oktober-Disember 1999 Kuala Lumpur :
Harian Sdn Bhd 15. Siti Hajar Che Man (2007) Dilihat Dari Perspektif Kesusasteraan Melahirkan Modal Insan Kelas
Pertama Dalam Pemikir edisi Julai-September 2007 Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn Bhd 16. Zulkifli Haji Ismail (2002)
Ancaman Bahaya sekularisme, Selangor : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.

[1] Mohd Fauzi Bin Hamat (1997) Pendekatan Falsafah Dalam Perbincangan ‘Ilm Al-Kalam Menurut Al-
Mutakallimun dalam Jurnal Usuluddin Bil 7 Kuala Lumpur : Universiti Malaya h.175

[2] Ibid h.176

[3] Ramli Omar (1999) Islam dan Falsafah Barat dalam Pemikir edisi Oktober-Disember 1999 Kuala Lumpur : Harian Sdn
Bhd h.139

[4] Zulkifli Haji Ismail (2002) Ancaman Bahaya sekularisme, Selangor : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. h.159

[5] Rahimin Afandi Abd. Rahim (2004) Menangani Cabaran Globalisasi : Satu Analisis terhadap pemikiran reformis
semasa dalam pemikiran Islam dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur : Universiti Malaya h.213
http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56
Usrah Wave Corporation

[6] Azhar Hj Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arba’iyah Mohd Nor, Saliha Hj. Zainol (2000) Pertembungan
Tamadun Islam dengan Kolonialisme Barat dalam TITAS Kertas 1 Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. h.216

[7] Zulkifli Haji Ismail Op.cit h.257

[8] Kementerian Pendidikan Malaysia (1994) Kamus Dewan Edisi ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
h.448

[9] Mohd Ghazali Md Nor (2007) Israiliyyat Moden :Tumpuan Terhadap Hedonisme (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran
dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) h. 41

[10] Ibid h.41

[11] Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien (2006) Budaya Hedonisme Di Kalangan Remaja Islam : Kajian Di Kalangan
Penghuni Vista Angkasa, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya) h.50

[12]Mohd Ghazali Md Nor Op.cit h.42

[13] Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien Op.cit h. 44

[14] Ibid h.53

[15] Mohd Ghazali Md Nor Op.cit h.57

[16]
Mohd Fauzi bin Hamat (2002) Peranan akidah dalam perancangan
pembangunan ummah : Satu analisis dalam konteks masyarakat kini dalam
jurnal Usuluddin Bil 16 Kuala Lumpur : Universiti Malaya h.13

http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56


Usrah Wave Corporation

[17] Ibid h.16

[18] Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien Op.cit h. 53

[19] Zulkarnain Zakaria (2007) Sudah 66 Tahun Usia Mastika dalam Mastika edisi Jun 2007 Kuala Lumpur : Utusan
Karya Sdn. Bhd. h.8

[20] Ibid h.9

[21] Ibid h. 9

[22] Sahidan Jaafar, Zulkarnain Zakaria (2006) “Mimbar Jumaat 6 Januari 2006 Berwaspada Terhadap Bahaya
Black Metal” dalam Mastika edisi, Mac 2006. Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd. h 80

[23] Sahidan Jaafar (2006), “Benarkah Wujud Gereja Syaitan di Malaysia ?” dalam Mastika edisi Mac
2006. Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd. h.106

[24] Sahidan Jaafar (2006), “Bermula Daripada Fatwa Euronymous Ajaran Gereja Syaitan Membiak Di
Malaysia”dalam Mastika,edisi Mac 2006. Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd.h. 112

[25] Ann Wang Seng (2007) Rahsia Black Metal, Selangor : Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

[26] Zulkarnain Zakaria (2007) ‘Dia Oranglah Yang Rosakkan Industri Pelacuran Kita’ dalam Mastika edisi
Julai 2007, Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd h. 36

[27] Zulkarnain Zakaria (2007) ‘Wei…Kami Tak Pernah Ganggu Periuk Nasi Pelacur Tu!’ dalam
Mastika edisi Julai 2007, Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd h. 45

http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56


Usrah Wave Corporation

[28] Zulkarnain Zakaria (2007) ‘Satu Taman Perumahan Datang Tengok Konsert’ dalam Mastika edisi Julai
2007, Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd h. 77

[29] Ibid h. 79

[30] Zulkarnain Zakaria (2007) Kalaulah Budak Hisap Gam Ada… dalam Mastika edisi Ogos 2007, Kuala Lumpur :
Utusan Karya Sdn. Bhd h. 40.

[31] Zulkarnain Zakaria (2007) “Cis…Tak Guna Punya Harun!” dalam Mastika edisi Ogos 2007, Kuala
Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd h. 46.

[32] Zulkarnain Zakaria (2007) “Inilah Hukuman Yang Sebenar-Benarnya..” dalam Mastika edisi Ogos
2007, Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd h. 40.

[33] Siti Hajar Che Man (2007) Dilihat Dari Perspektif Kesusasteraan Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama Dalam
Pemikir edisi Julai-September 2007 Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn Bhd h.16

[34] Ibid h.22

[35] Ibid h.22

[36] Ibid h.24

[37]
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Halim, Wan Adli bin Wan Ramli (2006)
Islam Hadhari Dari Perspektif Intelektual Muslim Kuala Lumpur :
Universiti Malaya h.8

http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 11 June, 2010, 06:56