Anda di halaman 1dari 1

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi.

Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi
yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan
perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya
anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang
bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh
mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan
mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian
kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja.
Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas.
Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap
sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina
kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang
melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan
agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka
lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa
mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi
diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang
dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga
menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan
yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa
yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka.
Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa
tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya
wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang

Anda mungkin juga menyukai