Anda di halaman 1dari 1

Bersenam memang amalan yang baik.

Dengan bersenam seseorang itu dapat


meningkatkan stamina, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan rasa cemas. Pun
begitu, sebelum memulakan aktiviti itu, penting untuk anda kenal pasti keupayaan diri.

Seeloknya, jumpalah doctor untuk mengetahui tahap kesihatan diri sebelum melakukan
senaman. Senaman yang dilakukan melebihi keupayaan diri akan membebankan jantung
dan seterusnya membahayakan kesihatan.

Jika disahkan menghidap masalah darah tinggi dan doctor membenarkan anda bersenam,
beberapa perlu diikuti. Antaranya ialah pastikan anda memulakan sesi senamandengan
gerakan memanaskan badan. Ingat, melakukan senaman secara mendadak akan
membebankan sistem kardiovaskular dan penafasan.

Elakkan melakukan terlalu banyak pergerakkan mengangkat tangan melebihi paras bahu
kerana cara ini boleh meningkatkan tekanan darah. Elakkan juga senaman statik seperti
isometrik yang menyebabkan anda terpaksa menahan nafas. Aktiviti mengangkat berat
pun perlu dihindari kerana membabitkan pergerakkan yang cepat dan berulang.

Bagi penghidap darah tinggi, mereka perlulah berhati-hati semasa bernafas setiap kali
melakukan senaman. Tarik nafas ketika melakukan pergerakan menurunkan anggota
badan mengikut aliran graviti seperti melakukan sit up.

Sesi senaman perlu ditamatkan perlahan-lahan kerana menghentikan secara mendadak


boleh menyebabkan banyak darah berkumpul di bahagian bawah anggota badan
seterusnya menyebabkan pengaliran darah ke otak dan jantung tersekat. Akibatnya anda
anda akan rasa pening dan seolah-olah mahu pitam.

Anda mungkin juga menyukai