Anda di halaman 1dari 18

BULETIN PPPD

PERPUSTAKAAN POLITEKNIK PORT DICKSON


BIL. 2 (JAN – DIS 2009)

KANDUNGAN

Sekapur sireh ………………2


Takwim 2009 ………………4
Statistik ……………………..5
Kelab Sahabat …………….9
Zon Sihat ………………….10
Artikel pilihan …………….11
Sinopsis Buku ……………12
Klik! Klik!.....................16
Cuit-cuit ……………………17
Dalam Librari……………..18

SIDANG REDAKSI

Ketua Editor
Pn. Norliza Nordin

Penolong Ketua Editor


Pn. Hasnani Hamil

Editor
Pn. Norlilawati Mohd Nor
Pn. Fadzillah Mohd Yusoff
Pn. Norhasmiza Hamzah
En. Mohd Fairous Shis
En. Ridhwan Zainudin

“ INFORMASI MENJANA PELAJAR CEMERLANG”


Perpustakaan Politeknik Port Dickson,
Politeknik Port Dickson,
KM 14, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson.
Tel: 06-662 2023
06-662 2048
SEKAPUR SIREH

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Pertamanya, tahniah diucapkan pada sidang redaksi Buletin Perpustakaan Politeknik Port
Dickson atas terbitan buletin edisi ke-2 ini. Usaha dan kerjasama yang ditonjolkan nyata
membawa kepada kejayaan penerbitan buletin ini.

Perpustakaan merupakan ‘nadi’ pada sesebuah institusi. Jika diperhatikan, tidak ada organisasi
yang tidak mempunyai perpustakaan di dalamnya. Justeru, ini menunjukkan betapa pentingnya
kewujudan perpustakaan yang menjadi tempat rujukan untuk mencari maklumat.

Selain itu, perpustakaan mempunyai pelbagai lagi fungsi yang mendatangkan pelbagai manfaat
pada pengguna. Perpustakaan bukan sahaja bergerak sebagai tempat menyimpan bahan bacaan,
tetapi ia juga menjadi medium dalam menyedia dan menyebarkan maklumat dan ilmu
pengetahuan kepada para pengguna.

Sebgai pusat tumpuan, perpustakaan wajar menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang
kondusif di samping menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan pertandingan-
pertandingan kecil.

Saya lihat, perpustakaan Politeknik Port Dickson ada menyediakan perkhidmatan dan
kemudahan yang selesa dan ini wajar digunakan semaksima mungkin oleh warga Politeknik Port
Dickson khususnya para pelajar dalam menyiapkan tugasan kuliah mahupun sebagai tempat
rujukan.

Akhir kata, semoga perpustakaan Politeknik Port Dickson terus lestari dalam memberi dan
menyampaikan maklumat-maklumat terkini sesuai dengan kehendak semasa dan mengemas-kini
bahan-bahan bacaan yang sedia ada untuk kemajuan bersama.

Sekali lagi, tahniah saya ucapkan atas kelahiran buletin yang menjadi salah satu medium dalam
penghubung antara pengguna dengan perpustakaan ini.

Sekian.

Tn. Haji Charim bin Ibrahim


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
WAKTU PERKHIDMATAN
SEJENAK BERSAMA KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN
Semasa Semester Pengajian
Isnin – Khamis
8.30 am – 4:30 pm

Jumaat
8.30am – 12.15 pm
2.45 pm – 4.30 pm

Semasa Cuti Semester


Isnin – Khamis
8.30 am – 1.00 pm
8.30 am – 4.30 pm

Jumaat
8.30 am – 12.15 pm
Assalammualaikum w.b.t. dan salam 2.45 pm – 4.30 pm
sejahtera. Semasa Minggu Peperiksaan
Isnin- Khamis
8.30am- 7.00pm
Alhamdulillah, buletin perpustakaan edisi ke-2
Jumaat
ini berjaya diterbitkan seperti mana yang 8.30am – 12.15pm
dirancangkan. Usaha dan pertolongan rakan- 2.45pm – 7.00pm
rakan editor wajar diberi perhatian kerana tanpa Sabtu, Ahad dan Cuti Am
mereka, tidak mungkin buletin ini dapat Tutup

disediakan seperti sekarang. Syabas dan tahniah


diucapkan pada sidang redaksi buletin
perpustakaan.
Statistik Penggunaan dari SMD
Sepanjang tahun 2009, Unit Perpustakaan telah (sehingga 31 Disember 2009)
menganjurkan pelbagai aktiviti bagi
menggalakkan para pelajar datang ke
Pita Audio 3
perpustakaan dan menanam minat membaca di
kalangan mereka. Tiada Pengkelasan 13
Tesis 510
Selain itu, penambahbaikan pada perkhidmatan CD-Rom 591
telah dilakukan di mana kami akan membuka
Buku 20028
satu ruangan khas untuk para pengguna
khususnya pelajar-pelajar supaya dapat belajar
JUMLAH 21403
di dalam suasana yang lebih kondusif iaitu Zon
Senyap dan dijangka akan dibuka pada
pertengahan tahun hadapan.
Ilmu yang tidak
Akhir kata, manfaatkanlah penggunaan dimanfaatkan
perpustakaan di mana ia merupakan satu gedung umpama pohon
yang menyimpan pelbagai khazanah ilmu untuk yang tidak berbuah
dikongsi bersama.

Sekian.

Puan Norliza Mohd Nordin


Ketua Perpustakaan
TAKWIM 2009

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT


1 Orientasi Perpustakaan 14 Januari 2009 Dewan Wawasan, PPD
2 Lawatan dari Politeknik Nilai 23 Januari 2009 Perpustakaan PPD
3 Pendaftaran Kelab Sahabat Perpustakaan 28 Januari 2009 Perpustakaan PPD
Sesi Januari 2009
4 Program Kerja Amal Susun Atur Buku 23 Mac-24 April 2009 Perpustakaan PPD
(shelving) oleh ahli Kelab Sahabat
Perpustakaan,Sesi Jan 2009
5 Ceramah motivasi oleh Tn Hj Noorazman 26 Mac 2009 DK 4, PPD
Bin Samsudin anjuran Kelab Sahabat
Perpustakaan
6 Lawatan Pesta Buku Antarabangsa 2009 Mengiringi ahli Kelab PWTC, Kuala Lumpur
Sahabat Perpustakaan pada
18 April 2009 dan
mengiringi pensyarah pada
21 dan 22 April 2009
7 Makan Malam Kelab Sahabat 21 Mei 2009 Pusat Sumber,PPD
Perpustakaan
8 Lawatan dari Institut Latihan 08 Julai 2009 Perpustakaan PPD
Perindustrian, Pedas
9 Taklimat perpustakaan pada Minggu Suai 08 Julai 2009 Dewan Wawasan, PPD
Kenal Sesi Julai 2009
10 Pendaftaran Kelab Sahabat Perpustakaan 12 Ogos 2009 Perpustakaan PPD
Sesi Julai 2009
11 Program Kerja Amal Susun Atur Buku 27 Ogos-28 Oktober 2009 Perpustakaan PPD
(shelving) oleh ahli Kelab Sahabat
Perpustakaan, Sesi Julai 2009
12 Program Hari Bersama Perpustakaan September-November 2009 Perpustakaan PPD
13 Majlis Penghargaan pelajar ‘shelving’ 2 November 2009 Perpustakaan,PPD
14 Program Jalinan Mutiara (Pertandingan 14 November 2009 U-Bowl Jusco,
Persahabatan Boling antara Kelab Seremban
Sahabat perpustakaan dan Kelab
Multimedia)
15 Program “Malam Titian Kasih” Kelab 30 November 2009 Dataran Pelajar, PPD
Sahabat Perpustakaan
STATISTIK PERPUSTAKAAN 2009

PENGUNJUNG
35000

30000

25000

20000

15000

10000

5000

0
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS

JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH
7278 19854 13404 8090 8960 0 10189 19316 25132 29360 27392 0 168 975

PINJAMAN BUKU
2000
1800
1600
1400
1200
1000
800
600
400
200
0
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS

JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH
973 1855 1111 1159 266 93 781 1456 699 1031 667 150 10 241
PINJAMAN MENGIKUT JABATAN
700

600

500

400 JKA
JKM
300 JKE
JP
200

100

0
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS

PINJAMAN MENGIKUT JABATAN


JKA JKM JKE JP
JAN 321 141 198 278
FEB 633 379 361 430
MAC 351 236 292 179
APR 418 238 189 268
MEI 58 63 28 72
JUN 21 2 20 31
JUL 274 181 75 241
OGOS 395 292 230 502
SEPT 199 159 114 192
OKT 335 292 134 230  JKA: Jabatan Kejuruteraan Awam
NOV 178 181 90 202  JKM: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
DIS 17 25 30 43  JKE: Jabatan Kejuruteraan Elektrik
JUMLAH 3200 2189 1761 2668  JP: Jabatan Perdagangan
JUMLAH BESAR 9818
PINJAMAN MENGIKUT JABATAN

30

25

20

PENT
15
JPA
10 JMSK

0
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS

PINJAMAN MENGIKUT JABATAN


PENT JPA JMSK
JAN 16 6 13
FEB 28 7 17
MAC 21 13 19
APR 13 8 25
MEI 11 6 28
JUN 13 4 2
JUL 7 3 0
OGOS 13 0 24
SEPT 7 0 28
OKT 24 2 14  PENT: Pentadbiran
NOV 6 10 0  JPA: Jabatan Pengajian Am
DIS 10 11 14  JMSK: Jabatan Matematik dan Sains
JUMLAH 169 70 184 Komputer
JUMLAH BESAR 423
PENGGUNAAN INTERNET
1000

900

800

700

600

500

400

300

200

100

0
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS

JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH
351 922 570 556 240 0 689 604 491 533 408 67 5431
KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN (KSP)

 Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2008

 Permintaan yang tinggi terhadap keahlian KSP


menunjukkan pandangan positif pelajar tentang
kepentingan Perpustakaan dalam proses pembelajaran di
Politeknik.

 Melalui ksp, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang


semester bagi mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan
kefahaman pelajar tentang kepentingan Perpustakaan dan
ilmu.
 Antara aktiviti KSP :

CERAMAH MOTIVASI PERTANDINGAN PAMERAN SEMPENA


BOLING MINI KARNIVAL

Tahukah anda bahawa dengan


menjadi ahli Kelab Sahabat
Perpustakaan, anda layak
untuk meminjam 7 buah buku
selama 3 minggu.
Wah! Menarik bukan?
ZON SIHAT

MATA OH…..MATA Penawar Penyakit


Rempah popular yang digunakan di
Untuk kualiti penglihatan yang dalam masakan melayu ini berfungsi
baik, amalkan pengambilan beri dan sebagai tonik hebat yang meningkatkan
vitamin A. Kebanyakan buah beri ( kadar metabolism tubuh serta system
yang mengandungi warna-warna imun tubuh. Penyelidikan mendapati
seperti merah, oren, biru atau ungu) jintan berupaya untuk menghalang
sangat kaya dengan sebatian yang pertumbuhan kanser hati dan
dikenali sebagai ‘anthocyanidins’ yang
menyihatkan buah pinggang. Malah
terbukti memberi manfaat pada
kesihatan mata. Selain itu, beta karoten berkuasa untuk membuang gas di dalam
yang terdapat dalam sayur-sayuran usus, merawat asma serta arthritis.
hijau dan buah-buahan oren/kuning Tidak ketinggalan mengatasi
terbukti mampu mengekalkan gangguan tidur dan stress, menambah
kesihatan mata dan melindunginya nutrisi pada warga emas, ibu hamil serta
daripada masalah penglihatan.Beta anak kecil, memperbaiki salur
karoten ini akan ditukar kepad vitamin pencernaan dan meningkatkan daya
A di dalam badan. Makanan-makanan ingatan. Khusus buat wanita pula, jintan
yang mengandungi beta karoten dalah membantu melancarkan perjalanan haid
seperti bayam, labu, lobak merah, dan memperbanyakkan susu.
mangga, prun dan betik.
Sumber: Harmoni
09
Sumber: Majalah Rapi

Warna lidah…….cermin tahap kesihatan!!!


Sedikit kebiruan = aliran darah lemah

Pucat = kurang darah atau menghadapi gejala anemia

Merah jelas = mengalami gangguan tidur, stress, atau penganbilan kafein


berlebihan.

Sedikit kekuningan = mungkin mengalami gangguan fungsi hati

Berbalam atau gelap = sistem pengahadaman yang terganggu

Permukaan lidah diselaputi keputihan yang tebal = sembelit

Gelap dan kehitaman = kesan rokok yang teruk.

Merah jambu dan lembap = tahap kesihatan yang baik


Sumber: Internet
ARTIKEL PILIHAN

Waspada Penyakit Bawaan Banjir

Bagaimana penyakit disebarkan?


Mangsa banjir boleh dijangkiti penyakit bawaan air jika mereka berhubung secara langsung dengan air
tercemar terutama apabila mereka bermain air dan menjadikan bencana alam itu sebagai pesta air. Kurang
menjaga kebersihan, memakan makanan serta minnuman yang tercemar turut membawa kepada jangkitan
penyakit berjangkit sewaktu banjir.

Penyakit-penyakit

1. TAUN – Taun disebarkan oleh bacteria vibro cholera yang terdapat di dalam makanan dan air.
Individu yang diserang taun akan mengalami sakit perut dan cirit-birit berterusan.

2. DEMAM KEPIALU – Demam kepialu berpunca daripada bakteria salmonella typhi yang
terkandung di dalam air dan makanan. Pengidap demam kepialu akan mengalami demam kuat yang
mendadak, sembelit, lemah tubuh badan, sakit otot, sakit kepala dan sengal tulang.

3. HEPATITIS A & E – Virus hepatitis A disebarkan menerusi makanan dan air kotor.
Pembengkakan hati dan sakit kuning merupakan symptom yang dialami oleh pengidap hepatitis A.

4. DEMAM DENGGI – Disebabkan oleh virus denggi bawaan nyamuk aedes. Demam denggi akan
menyebabkan pengidapnya mengalami demam mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit dalam
tulang, sendi dan otot.

5. LEPTOSPIROSIS – Leptospirosis berpunca daripada bakteria leptospirosis yang lazimnya


terdapat di dalam air yang telah dicemari najis dan air kencing binatang. Penyakit ini akan
menyebabkan pesakit mengalami demam, sejuk, sakit kepala, sakit otot, muntah dan cirit birit. Di
peringkat serius akan menyebabkan meningitis, kegagalan hati dan kerosakan buah pinggang.

6. GASTROENTRITIS AKUT – Merupakan inflamasi atau radang usus yang berpunca daripada
jangkitan akut virus, bakteria atau toksin. Ia menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit dab
demam kepada individu yang mengalaminya.

LANGKAH PENCEGAHAN

 Mangsa banjir perlu menjaga pemakanan. Berhati-hatilah dengan makanan yang terdapat
di dalam peti sejuk terutama jika bekalan elektrik terputus kerana kuman dan bacteria
seperti e.coli mudah mencemari makanan dalam peti sejuk yang tidak berfungsi.
 Pastikan air minuman bersih dan dimasak sehingga mendidih. Elakkan memakan
makanan yang tercemar. Elakkan juga pengambilan makanan mentah seperti buah-
buahan dan ulam-ulaman yang tidak dibasuh atau terjatuh di dalam air banjir. Masak
makanan dengan sempurna dan letakkannya di dalam bekas bersih dan tertutup. Namun,
elakkan daripada menyimpan makanan melebihi 4 jam bagi mengelakkannnya dari
dicemari bacteria.
 Selain itu, mangsa banjir juga perlu manjaga kebersihan. Basuhlah tangan dengan sabun
dan air bersih sebelum makan dan ketika menyediakan makanan. Tangan juga perlu
dibasuh dengan bersih selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan atau
selepas menyentuh alat yang telah dicemari oleh air kumbahan atau air banjir.
BOOK SYNOPSIS

Ubuntu Unleashed presents comprehensive coverage of


the popular Ubuntu Linux distribution. This book
provides detail information on installing, using and
administering Ubuntu. It’s also includes a range of
coverange: From software needed in everyday work to
how to configure Linux desktop to run smoothly using
multiple printers, shell scripts and more.

Traffic and Highway Engineering is designed for


students in engineering programs where courses in
transportation, highway or traffic engineering are
offered. This book also designed to serve as a
professional references. The text chapters present
materials that will help student understand the basic
for transportation and its importance. And
information abaout the basic areas in which
transportation engineers work.

Developing Management Skills: a comprehensive


guide for leaders focuses on developing skills
identified by research as being critically important.
It’s intended for individuals and students who plan to
enter managerial positions or who currently manage
organizations. It is also meant to help people in
general manage many aspect of their lives and
relationships more effectively.
SINOPSIS BUKU

Buku Kaedah Mendidik Isteri dan Anak ini


menyingkap masalah kegagalan pendidikan
dan pentarbiahan yang melanda umat islam
kini.Kegagalan ini melahirkan generasi yang
semakin liar. Isu ini dikupas sebaiknya dalam
mendapatkan kepastian yang sewajarnya.

Sendiri Mau Ingat memuatkan kata-kata dan


kisah motivasi daripada motivator Melayu yang
satu-satunya tersenarai dalam Malaysia Book
of Record. Pelbagai pengajaran yang dapat
diambil dari buku ini khususnya langkah menuju
kejayaan dan keterbilangan. “Kalaupun hari ini
anda tidak berjaya meraih ijazah, tapi bila
anda berjaya nanti, universiti yang akan
mencari anada untuk diberikan anugerah”.

Supaya Poket Tidak Kosong Lagi membantu


pembaca dalam pengurusan kewangan
peribadi yang berkesan. Mengurus kewangan
peribadi tanpa ilmu pengetahuan yang
mencukupi dapat menjerumuskan diri ke
lembah masalah kewangan yang berpanjangan.
Oleh yang demikian, buku ini membantu dalam
proses memahami konsep pengurusan
kewangan peribadi yang sebenar.
KLIK! KLIK! KLIK!

Majlis penghargaan untuk pelajar yang


terlibat program kerja amal susun atur
buku

Tahniah!!! Pemenang bagi kategori


“Top Borrower” - L

Tahniah!!! Pemenang bagi kategori


“Top Borrower” - P
PROGRAM JALINAN MUTIARA 2009

Satu pertandingan bowling telah diadakan pada 14 November 2009 anjuran bersama Unit
Perpustakaan dan Kelab Sahabat Perpustakaan (KSP). Kelab Multimedia PPD telah dijemput bagi
memeriahkan lagi Program Jalinan Mutiara. Bertempat di U-Bowl Jusco Seremban 2, seramai 40
peserta termasuk staf telah mengambil bahagian dalam acara ini. Antara tujuan program ini
ialah mengeratkan lagi hubungan antara staf Perpustakaan dengan KSP. Program ini berjaya
diadakan dalam suasana yang sungguh meriah sekali. Syabas semua!!!
KLIK-KLIK

Unit Perpustakaan dengan bimbingan Puan Norliza Mohd Nordin telah berkolaborasi
dengan Unit ICT telah menyertai Festival Video P&P anjuran Politeknik dan Kolej
Komuniti dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan telah pun memenangi
beberapa anugerah di dalam festival yang berlangsung pada 22 & 23 November 2009
bertempat di Hotel Quality Shah Alam, Selangor.

Anugerah yang dimenangi adalah:


 Anugerah Dokumentari Terbaik (Kategori Staf)
 Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
 Anugerah Skrip Terbaik
 Anugerah Video Terbaik Keseluruhan

Syabas dan tahniah diucapkan!


CUIT-CUIT

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada Dalam sebuah kelas darjah satu,
bapanya yang tidak pernah bersekolah. seorang ustaz bertanya kepada
anak-anak muridnya.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil? "Kamu hendak ke mana? Syurga
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab atau neraka? Siapa yang hendak
pertanyaan cikgu. ke syurga, angkat tangan!!!"
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Maka semua murid-murid pun
Washington. mengangkat tangan kecuali
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali seorang murid lelaki.
kalau kamu sudah meletakkan
sesuatu benda, jangan lupa di mana Kemudian ustaz itu pun bertanya
tempatnya! lagi.
“Siapa hendak ke neraka?"

Semua pelajar tidak mengangkat


tangan termasuk murid lelaki itu
Rosman diterima bekerja sebagai pelatih di
sebuah syarikat multimedia. Selepas tadi. Maka dengan hairan ustaz itu
melaporkan diri pada hari pertama dia masuk bertanya.
ke biliknya dan terus membuat panggilan.
“Bila saya tanya nak masuk
"Tolong buatkan saya kopi cepat!" katanya syurga, awak tak angkat tangan.
menengking. Bila saya tanya nak ke neraka pun
awak tak angkat tangan. Habis
"Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu awak nak ke mana?"
dengan siapa awak bercakap ni?" kata suara di
hujung talian. Lalu murid itu menjawab dengan
takut-takut.
"Tidak" jawab Rosman.

"Saya pengarah urusan syarikat ini, awak tahu?" “Saya tidak mahu pergi ke mana-
balas suara itu. mana ustaz. Ayah saya suruh saya
datang sini belajar. Dia pesan
Rosman terkejut. Barulah dia sedar dia tersalah jangan pergi kemana-mana,
dail. Hajatnya mahu menghubungi kafeteria. tunggu sampai ayah jemput,"

"Encik tahu dengan siapa encik bercakap ni?"


tanya Rosman.

"Tak, awak siapa?" balas pengarah urusan itu.


"Kalau tak tahu bagus!" kata Rosman lalu terus
meletakkan gagang telefon.
DALAM LIBRARI

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?
Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua
Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada
~ A. Samad Said

Anda mungkin juga menyukai