Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Berdasarkan pengalaman yang lalui, saya menghadapi begitu banyak liku-liku


kehidupan dan cabaran semasa saya bersekolah di asrama terutama cabaran cinta
remaja. Oleh sebab itu saya perlu bijak menangani masalah yang saya hadapi.
Berdasarkan Kemahiran Kompentensi Emosi ( KKE ) yang dipelajari, banyak
kemahiran yang boleh saya gunakan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Antara kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam masalah itu ialah


kemahiran Ketepatan Kendiri. Bukan mudah untuk saya berpisah dengan ibu bapa
ketika umur itu. Namun , demi masa depan yang cerah saya perlu yakin dan
berkorban untuk tetap pergi ke sekolah berasrama yang begitu jauh meskipun
terpaksa berpisah dengan keluarga. Hal ini demikian kerana saya seorang anak
lelaki sulung dan menjadi ikon kepada adik-adik saya kelak. Oleh itu, saya perlu
hadapi dengan rela atas alasan saya merupakan anak sulung yang juga menjadi
pendorong kepada adik-adik.

Saya juga perlu mempunyai sifat Empati terhadap ibu dan adik-adik ku yang
pulang ke kampung kerana menziarahi kematian seorang penduduk kampung
walaupun mereka tidak dapat turut serta untuk menghantar ku ke sekolah. Saya
memahami keadaaan itu dan mereka mempunyai hak untuk pulang menziarah
kematian berbanding menghantar ku. Demikian juga, mereka dapat menjaga nama
baik keluarga ku yang telah lama tidak pulang ke kampung. Sekiranya saya tidak
mempunyai empati ketika itu mungkin emosi saya akan terganggu malah membantut
perjalanan pada hari itu.

Kemahiran dalam membentuk Keyakinan kendiri sewajarnya perlu


diaplikasikan dalam masalah saya. Sebagai contoh, ayah membiarkan saya
mendaftarkan diri secara sendirian tanpa bantuan darinya. Sekiranya saya tidak
mempunyai keyakinan yang mantap pastinya hari ini saya belum tentu boleh berdiri
dengan sendirinya. Ini juga dapat membantu diri saya dalam melaksanakan sesuatu
tugasan tanpa mengharap bantuan dari orang lain. Oleh itu, kemahiran ini perlu saya
kuasai malah kemahiran ini juga dapat membantu saya dalam pelbagai situasi
seperti berucap dihadapan khalayak ramai.
Saya juga bersikap optimis dalam membuat sesuatu kerja seperti usaha
saya untuk memikat hati si dia yang tertangguh selama 2 tahun. Setahun kemudian
selepas PMR , saya kembali dengan janji-janji untuk memikat hati si dia kembali. Ini
menunjukkan saya berkesungguhan mahu kan dirinya. Sikap seperti sememangnya
perlu ada dalam diri terutama dalam melakukan pelbagai tugasan.

Selain itu, saya juga seharusnya pandai dalam Membina Perhubungan


antara saya dan si dia. Hubungan yang baik akan melahirkan sifat
Kebolehpercayaan antara satu sama lain. Pada mulanya hubungan saya dan dia
masih dalam keadaan yang baik namun telah bertukar menjadi renggang akibat
konflik yang timbul. Walaubagaimana pun, hubungan saya dan dia selepas itu
kembali normal seperti mana kawan –kawan yang lain.

Antara kemahiran lain yang saya perlu adptasikan dalam menyelasaikan


masalah yang dihadapi ialah Kemahiran Kawalan Emosi Kendiri. Saya perlu
pandai mengawal emosi ketika mana saya dapati cinta saya selama terhadap si dia
hanyalah mainan ilusi semata. Saya harus terima bahawa si dia bukan lagi untuk
saya. Emosi saya ketika itu sangat terganggu namun,kawalan emosi yang baik
dapat menyelasaikan masalah yang dihadapi dengan mudah.

Pengalaman cinta pertama merupakan Pemangkin perubahan dalam diri


saya. Selepas dari peristiwa tersebut secara tidak langsung saya telah berubah dari
segi personaliti mahupun perwatakan. Kegagalan cinta pertama menjadi pemangkin
perubahan untuk lebih berhati –hati dalam bercinta. Kegagaglan itu juga telah
memberanikan diri saya untuk maju kehadapan dan secara tidak langsung wujudnya
keyakinan untuk berucap sebagai seorang exco asrama yang mana sebelum itu
saya agak malu untuk berucap disebabkan malu pada si dia. Saya menjadi lebih
berani selepas kejadian tersebut. Oleh itu, jadikanlah setiap kegagalan itu sebagai
pemangkin perubahan untuk kemajuan akan datang.

Pengurusan Konflik yang berlaku sekiranya diatasi dengan bijak dapat


menyelesaikan masalah antara kedua belah pihak. Kemahiran ini seharusnya saya
terapkan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku antara saya dan dia. Dengan ini
segala masalah yang berlaku dapat diatasi dengan baik tanpa menimbulkan
masalah lain yang lebih berat lagi. Perbincangan perlu dilakukan supaya konflik
yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai