Anda di halaman 1dari 16

KAJIAN SOSIAL 1

RUKUN NEGARA
1. Rukun Negara adalah ideologi di peringkat nasional, iaitu
satu bentuk fahaman yang boleh memandu seluruh rakyat
bagi membentuk satu identiti kebangsaan melalui
perkongsian nilai, norma dan tindakan.
2. Rukun Negara dirasmikan sebagai ideologi kebangsaan
pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-pertuan Agong. Ia digubal
oleh jawatankuasa khas yang diarah oleh MAGERAN.
3. Konflik berdarah 13 Mei merupakan manifestasi konflik
pendam yang sedia ada di antara kaum. Prejudis dan rasa
irihati dikatakan sentiasa terpendam dalam sentimen
kebanyakan orang (Melayu dan Cina) akibat pengalaman
permusuhan dan rusuhan masa lampau.
4. Matlamat Rukun Negara ialah untuk melahirkan
masyarakat yang bertoleransi, bersatu padu, progresif dan
menghargai proses demokrasi.
5. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjelang dan untuk
Malaya merdeka, dikatakan satu kontrak sosial kerana ia
mengandungi unsur tolak ansur danimbangan di antara
tuntutan dan jaminan dan juga tentang agihan kuasa.
6. Undang-undang dianggap berdaulat kerana kuatkuasanya
adalah rasmi melalui lunas-lunas dan peraturan tetap. Ia

sendiri neutral memberi perlindungan dan juga kawalan.


Objektif Rukun Negara

1. Rukun Negara yang digubal berhasrat melahirkan


masyarakat Malaysia madani yang demokratik, saintifik dan
progresif serta bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap
kepelbagaian cara hidup rakyat daripada berbagai-bagai
keturunan.

2. Cita-cita ini dapat direalisasikan atau dipenuhi apabila lima


objektif Rukun Negara dapat dipenuhi. Objektif-objektif itu
adalah:
a. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat.
b. Memelihara cara hidup demokratik.
c. Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
d. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
e. Membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden.
Prinsip Rukun Negara

Bagi mencapai lima objetif tersebut, Rukun Negara telah


ditetapkan bersendikan lima prinsip iaitu:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan


2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan Kepada Tuhan

1. Menekankan perlunya seseorang itu mempunyai ikatan


keagamaan.
2. Nilai keagamaan yang dianuti memandu fikiran pertuturan
dan perbuatan manusia supaya ia selamat untik dirinya
dan bermanfaat untuk orang lain.
3. Dengan menginsafi kebesaran Tuhan, manusia takut
melakukan kejahatan-kejahatan terdorong melakukan
kebajikan.
4. Di samping itu Kepercayaan kepada Tuhan juga memberi
kekuatan untuk bersabar sewaktu menghadapi saat-saat
genting.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

1. Bertujuan untuk memupuk rasa sayang dan cinta kepada


negara di samping menghormati raja yang menjadi
lambang kedaulatan negara dan lambang tumpuan taat
setia.
2. Dengan asuhan ini setiap individu menjadi rakyat
keutuhan negara dan patriotik serta sanggup berkorban
dan menyumbang kepada keutuhan negara dan
kesejahteraan seluruh rakyat.
3. Contoh-contoh tindakan dan sikap tersebut adalah:
a. Sifat Bertanggungjawab:
- menghargai dan menghormati harta awam
- mematuhi undang-undang
- bersungguh-sungguh dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
b. Patriotik dan Berkorban
- menghormati simbol-simbol kedaulatan negara (bendera,
lagu kebangsaan, dan seumpamanya.)
- Bersama terlibat meningkatkan dan menjaga nama baik
negara, sama ada semasa di luar negeri mahupun dalam
negeri.
- Setia kepada raja dan negara dengan rasa kecintaan serta
sanggup mempertahankan negara daripada ancaman
musuh; dan tidak mendedahkan rahsiah negara kepada
orang luar yang boleh merosakkan rakyat dan negara kita.

c. Menjadi Rakyat yang Menyumbang


- Menghargai masa dan produktif dalam kerja, terlibat dalam
aktiviti pembangunan masyarakat.
- Turut dalam rancangan dan acara bercorak kenegaraan
seperti perayaan Hari Kebangsaan.
- Memberi sokongan terhadap aktiviti antarabangsa yang
melibatkan negara. Misalnya dalam sukan antarabangsa.
- Menghargai dan menggunakan barangan buatan negara
sendiri.
Keluhuran Perlembagaan

1. Perlembagaan merupakan sumber perundangan yang


tertinggi.
2. Luhur bermaksud tinggi dan mulia.
3. Penggubalan Perlembagaan Negara sebelum merdeka
telah memberikan peruntukan bagi perkara pokok
termasuklah:
a. Kedudukan raja-raja
b. Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera
dalam pembangunan sosio-ekonomi adalah terjamin.
c. Bahasa Melayu ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan,
sementara bahasa-bahasa lain tidak dihalang.
d. Agama Islam adalah agama rasmi negara, kebebasan
beragama dijamin.
e. Hak asasi rakyat terjamin.
f. Penetapan tentang kerakyatan.
g. Peraturan-peraturan pentadbiran/ pemerintahan
termasuk agihan kuasa dan kerjasama di antara Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Pusat.
Kedaulatan Undang-undang

1. Undang-undang merupakan mekanisme untuk menjamin


ketenteraman sosial danmengawal tingkah laku anggota-
anggota masyarakat.
2. Prinsip keempat ini menekankan kekuatan undang-
undang.
3. Daulat maknanya mulia dan berkuasa. Oleh itu, kedudukan
yang tinggi ini tidak boleh dipersendakan.
4. Undang-undang memberikan perlindungan kepada
anggota masyarakat.
5. Perlaksanaan undang-undang melibatkan 3 pihak yang
bertanggungjawab:
a. Polis.
b. Pengadil kes, pihak mahkamah.
c. Rakyat jelata atau anggota masyarakat .
Kesopanan Dan Kesusilaan

1. Prinsip kelima ini, bertujuan mengasuh pemupukan


sahsiah mulia agar setiap rakyat bersopan iaitu beradab,
bermaruah serta tertib dan bersusila yang bermaksud
berakhlak dan berhemah mulia.
2. Di samping menjadi asas personaliti, sifat sopan dan susila
juga penting dalam hubungan antara perseorangan.
3. Manifestasi sifat-sifat mulia ini perlu bermula dengan
fikiran dan kesedaran sebelum ia dilahirkan dalam bentuk
perkataan ataupun tindakan.
4. Umpamanya dengan berfikir sebelum berkata/bertindak,
kita lebih beradab ataupun diplomatik dan bersopan.
Kesimpulan

Kelahiran Rukun Negara tidak menempuh jalan yang panjang.


Namun, ia dihasilkan dengan berlatarkan sejarah yang
panjang. Walaupun masa menggubalnya hanya setahun,
namun peristiwa 13 Mei yang mendorong penggubalannya
berhubung kait dengan dimensi sejarah yang luas dan jauh ke
belakang.

Oleh itu, kelima-lima prinsip haruslah dilihat sebagai satu


kesatuan tuntutan yang menyeluruh.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai