Anda di halaman 1dari 18

1.

0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan adalah suatu usaha


yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long learning). Ini kerana
adalah secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan dan
ini akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu.

Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa
juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep
pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung
dengan lancar dan baik.

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan


negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan member peluang pendidikan kepada
semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan.

Seterusnya memberi peluang kepada rakyat negara ini menuntut ilmu sepanjang
hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka
melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari.

Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan
mental lantas membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi
menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik,
bertoleransi dan bermoral baik.

Selain daripada itu, proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan
kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan
mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Pendidikan juga dapat menghasilkan
tenaga perkerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan
produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya.

2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKKAN FPK


1
1. Faktor agama:

Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian,
Agama Budhha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikiut undang-
undang negara. Agama-agama ini, khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang
penting sebagai pertimbangan asas dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Negara.

2. Faktor sosial:

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran


negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-
menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah penting dalam usaha
mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk
mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

3. Faktor politik :

Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah


berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen
rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam
usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam
penentuan dasar pendidikan negara.

4. Faktor ekonomi:

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini
dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan
terhadap kemakmuran negara.

5. Faktor individu:

2
Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini
meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan
harmonis. insan yang seimbnag dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,
sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia meghadapi cabaran hidup
dengan tenang.

6. Faktor sejagat:

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpengaruh daripada


pengaruh perkembangan system pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea
yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa
pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan, kemajuan
serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara
antarabangsa.

3.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR UNSUR PENTING DALAM FPK

Terdapat tujuh belas elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
dapat saya senaraikan di sini. Pertama ialah pendidikan suatu usaha berterusan iaitu di
mana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran
dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara
berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Ini dapat membantu individu
terbabit menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

Kedua ialah perkembangan potensi individu di mana pendidikan akan dapat


memberi peluang kepada individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan
mereka. Kita sedia ketahui bahawa setiap individu telah dikurniakan Tuhan dengan
bakat, potensi dan kebolehan yang tertentu. Maka seelok-eloknya ia hendaklah
dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan.

Ketiga pula ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu


dimana bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembnagkan secara berasingan,
sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara

3
satu sama lain. Ini dilihat kerana perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya
merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis iaitu amat penting bagi
individu memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta
mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani). Apabila
keempat-empat ini seimbang, maka terhasillah individu yang mampu hidup secara
harmonis dengan diri sendiri dan orang lain.

Kelima merupakan unsur intelek iaitu di mana setiap individu mesti mempunyai
kemahiran asas 3M ( membaca, menulis dan mengira). Individu tersebut juga mestilah
sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar serta
berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Tidak lupa juga, individu
juga haruslah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Unsur rohani adalah unsur yang kedua iaitu setiap individu perlu menyedari dan
percaya kepada Tuhan serta bersyukur dengan pemberian Tuhan. Tidak ketinggalan,
individu tersebut haruslah berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Unsur emosi pula adalah penting kerana setiap individu mestilah mempunyai
emosi yang matang dan stabil semasa menuntut ilmu pengetahuan dan patut memiliki
dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

unsur yang terakhir ialah unsure jasmani iaitu dimana individu hendaklah
menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan boleh mengembangkan bakat dan
kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial serta menggunakan kemahiran kecergasan
fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Elemen yang keenam adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di


mana setiap individu mestilah mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui
Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Individu juga mesti menyedari bahawa
hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan
haruslah menyedari juga bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

4
segala perbuatan dan tindakannya serta mengamalkan segala ajaran agama yang
dianuti.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan elemen yang ketujuh di


mana setiap individu sepatutnya mencintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk
budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Seterusnya elemen kelapan mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang


berketerampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan
untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai pandangan yang jauh
dan berinisiatif. Individu juga haruslah memupuk pembawaan diri yang baik.

Elemen kesembilan ialah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu individu
perlu mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni
dan moral sebagai prinsip hidup.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab merupakan eleman yang kesepuluh di


mana individu ialah seorang yang boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas
dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Setiap
individu hendaklah menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap selain dari
mematuhi peraturan undang-undang negara serta berusaha untuk meningkatkan diri,
keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Elemen yang kesebelas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai


kesejahteraan diri iaitu individu mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang dan
mempunyai daya ketahanan daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran
hidup.

Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah elemen yang kedua
belas dimana setiap individu hendaklah berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat
melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya.
Individu tersebut mestilah juga berusaha untuk memajukan ekonomi negara
berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan disamping sering mengekalkan kestabilan

5
dan mematuhi perlembagaan dan peraturan negara serta mampu mempertahankan
maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

Elemen yang ketiga belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu
individu mesti mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi serta berkebolehan
untuk mengharungi liku-liku hidup.

Manakala yang terakhir adalah sumbangan terhadap keharmonian dan


kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Di mana individu haruslah menjadikan
Rukun Negara sebagai amalan hidup dan perlu memupuk persefahaman keluarga.
Individu juga hendaklah mematuhi norma masyarakat dan cintakan negara.

4.0 PERANAN GURU/SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK

Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan


Sekolah(PBS) di sekolah SK Sungai Kerawai, saya dapati banyak usaha-usaha yang
dilakukan oleh guru-guru dan pihak sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Saya akan menerangkan berdasarkan aspek-aspek berikut :

1) Kepimpinan

1.1 Guru Besar

 Saya perhatikan guru besar yang sebagai orang nomnor satu dalam sekolah
mengamalkan prinsip demokrasi dalam pentadbiran beliau. Ini dapat
memudahkan guru-guru beriteraksi dengan guru besar jika ada masalah yang
timbul dan murid-murid juga dapat bersemuka dengan guru besar tanpa
sebarang halangan.
 Selain itu, bidang tugas guru besar sangat luas. Beliau bertnaggungjawab
terhadap perkembangan kurikulum dan kokurikulum sekolah. Selaras dengan
tugas beliau untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah dan pelajar,
pelbagai program telah dianjurkan. Antaranya ialah, program bijak sifir, reading
program, vocabulary building, dan understanding and using English grammar.

6
 Dalam bidang kokurikulum, program yang sepatutnya wujud di sekolah seperti
unit beruniform, kelab dan persatuan dan permainan telah dianjurkan. Ini secara
tidak langsung dapat mengembangkan lagi bakat murid-murid dalam bidang
kokurikulum.

1.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran ( GPK 1 )

 Guru PK Pentadbiran adalah orang nombor dua dalam sekolah dan merupakan
penolong kepada guru besar. Antara tugas beliau ialah Beliau bertanggungjawab
kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan
kurikulum.
 Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru
Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi
jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS),
menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggara maklumat tentang kurikulum
dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan
berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya.
 Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan ada guru
ganti bagi ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit. Ini bagi
memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka.
Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan peperiksaan.
Contohnya, menyemak skema pemarkahan yang disediakan oleh Guru Panitia.
Tujuannya adalah supaya penilaian dan peperiksaan yang dibuat adalah
mengikut format serta menepati kurikulum yang terkini.

1.3 Guru Penolong Kanan Kokurikulum

 Tugas seorang guru penolong kanan kokurikulum adalah mengada dan


menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan

7
rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Peranan aktiviti kokurikulum di
sekolah adalah memperkembangkan aspek jasmani murid-murid.
 Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani murid-
murid, sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dibahagikan
kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Melalui
aktiviti ini, murid-murid dapat mempelajari ilmu di luar bilik darjah seperti
menguruskan diri ketika perkhemahan unit beruniform.
 Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat murid-murid. Guru-guru
akan memberikan latihan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya
kebangsaan. Ini bersesuaian dengan FPK untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

2) Budaya sekolah
 Budaya memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku seseorang.
Di sekolah ini, saya dapat lihat pelbagai budaya yang diamalkan seperti budaya
memberi salam kepada guru-guru, membaca doa sebelum sesi pembelajaran
bermula, beratur semasa hendak membeli makanan di kantin sekolah, dan
membaca serta menepati masa.
 Apa yang bagus ialah di atas setiap meja di kantin sekolah tersebut, diletakkan
bahan-bahan bacaan seperti cara mengeja dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Bahan-bahan bacaan ini juga diletakkan di pondok-pondok rehat di
mana murid-murid akan membacanya semasa mereka beristrirehat di sana. Ini
adalah bertepatan dengan FPK yang berusaha untuk melahirkan Rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan.

3) Kokurikulum dan Kurikulum

 Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah ini dalam memperkembangkan


bakat dan potensi dalam diri setiap murid dalam bidang kokurikulum ialah

8
Kejohanan Sukan Tahunan. Pada 24 Januari 2009 yang lalu, sekolah ini telah
mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-24. Melalui aktiviti ini murid-
murid bukan sahaja dapat memperkembangkan potensi serta jasmani, malah
mereka juga dapat memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial.
 Dari segi emosi, murid-murid dapat memiliki semangat berpasukan, setia kawan,
muhibbah, kerjasama serta perpaduan yang dapat ditunjukkan semasa
kejohanan sukan berlangsung. Penganugerahan dan pengiktirafan yang
diberikan dalam bentuk hadiah juga dapat menaikkan semangat serta usaha
murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih membanggakan lagi. Tindakan
ini juga dapat melatih murid-murid tersebut menghargai pemberian orang lain.
Dari segi sosial, murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan murid yang
berlainan kaum. Secara tidak langsung, murid-murid faham akan budaya kaum
masing-masing dan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang
lain. Justeru akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka.
 Dari segi kurikulum pula, sekolah telah melaksanakan pelbagai program untuk
kurikulum pelajar. Dalam meningkatkan prestasi murid-murid, banyak program
yang telah dirancang oleh pihak sekolah seperti Kelas Intensif untuk murid-murid
Tahun 6, kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2, Program KIA2M dan
sebagainya. Selain itu, sekolah juga telah mengadakan program motivasi bagi
murid-murid yang akan menduduki UPSR bagi menaikkan semangat belajar di
kalangan murid-murid.
 Dari segi agama, sekolah telah memberi tanggungjawab kepada panitia agama
Islam bagi menjalankan Program Solat Jemaah iaitu pada waktu Zohor sebelum
murid-murid pulang ke rumah. Ini bagi menanamkan sifat kepatuhan kepada
perintah tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4) Guru dan Guru Kelas

 Di sekolah ini, bilangan guru lelaki lebih sedikit daripada bilangan guru wanita.
Namun, apa yang saya dapat katakan, semua guru-guru di sana bersifat
peramah dan murah dengan senyuman. Saya langsung tiada masalah dalam
9
beriteraksi dengan mereka semua. Guru-guru di sini juga boleh dikatakan
menepati masa kerana mereka akan menunggu murid-murid masuk ke kelas
kerana murid-murid lewat masuk terutama selepas waktu rehat. Keterampilan
guru-guru di sana sangat kemas dan bagus di mana ia dapat memberi contoh
yang baik kepada murid-murid.
 Pada perhimpunan pagi pula, ketua pengawas akan mengendalikannya.
Manakala guru memberi sedikit tunjuk ajar supaya murid-murid pandai berdikari
dan menguruskan sesuatu dengan baik dan ini selaras dengan FPK iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

 Guru kelas bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal


merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan,
Buku Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga
perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan
hal-hal yang berkaitan murid-murid, tugas Guru Kelas juga adalah menjalankan
pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas, jadual waktu bertugas,
kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, serta kelengkapan kelas untuk
kemudahan murid-murid.

5) Prasarana

 Bagi memastikan murid-murid mencapai tahap kecemerlangan dan


keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai
kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah
berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Antara
kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah pusat sumber,
makmal Sains, makmal komputer, kantin, surau, padang dan sebagainya.
 Jasmani ialah antara aspek yang ditekankan dalam FPK untuk diperkembangkan
oleh guru-guru. Jasmani penting kerana jasmani yang cergas menghasilkan otak
yang cerdas. Antara prasarana sekolah yang memperkembangkan jasmani
murid-murid ialah:

10
PADANG

GELANGGANG BADMINTON

 Emosi adalah antara aspek yang penting dalam setiap individu khususnya murid-
murid. Ini kerana, emosi yang stabil akan membantu murid-murid dalam
mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran. Kawasan-kawasan sekolah
yang boleh memperkembangkan emosi murid-murid ialah :

11
KANTIN SEKOLAH

KELAS @ BILIK DARJAH

 Kekuatan rohani banyak membantu murid-murid dalam proses pembelajaran di


sekolah. Ini kerana, kekuatan rohani yang kuat akan membantu murid-murid
dalam kestabilan emosi dan ketenangan jiwa. Prasarana sekolah yang
memperkembangkan rohani murid-murid ialah tempat ibadat. Disebabkan

12
Sekolah Sungai Kerawai mempunyai semua murid yang beragama Islam, jadi
tempat ibadat di sekolah ini ialah surau.

MUSOLLA AL MUQARRABIN

MURID-MURID SOLAT JEMAAH

 Perkembangan intelek merupakan antara sebab utama murid-murid pergi ke


sekolah. Perkembangan intelek yang bagus akan menghasilkan warganegara
yang berilmu pengetahuan dan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Tempat-tempat yang murid-murid boleh memperkembangkan lagi
intelek mereka ialah :
13
KELAS SEWAKTU GURU MENGAJAR

PERPUSTAKAAN

 Aspek sosial di dalam sekolah meliputi pelbagai perkara termasuklah


keselamatan dan pertandingan-pertandingan yang sekolah anjurkan. Aspek ini
tidak kurang pentingnya kerana dengan sosial, murid-murid dapat berinteraksi
dengan warga sekolah. Selain itu, aktiviti sosial juga mempengaruhi

14
keseronokan dan keinginan murid-murid untuk datang ke sekolah. Prasarana
sekolah yang mempengaruhi sosial murid-murid ialah :

PONDOK KESELAMATAN

PERTANDINGAN NASYID ANTARA KELAS

Antara langkah-langkah lain yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk membantu
mencapai FPK ialah:

i. Mengembangkan potensi secara menyeluru dan seimbang.

15
ii. Menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada semua murid tanpa
mengira bangsa atau agama.

iii. Melengkapi individu dengan pengetahuan dan kemahiran bagi


membolehkannya membezakan di antara kebenaran dengan kepalsuan.

iv. Memperkembangkan murid secara sihat (fizikal dan cergas) dan juga
secara mental serta mempunyai sikap menghargai orang lain.

v. Menyediakan individu dengan pendidikan sepanjang hayat agar mereka


dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sainstifik dan teknologi.

5.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pertama, FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan
terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh
itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi
memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat
penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa
mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-
masing.

Kedua, para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan


FPK. Dalam hal tersebut, mereka haruslah bersifat terbuka terhadap perubahan yang
pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat
dan Komunikasi. Sehubungan dengan itu mereka seharusnya bersedia untuk menimba
ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran,
kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.

Ketiga, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab
mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran
sahaja. Malahan pembentukkan modal insane itu juga perlu diberi perhatian yang
serius. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang
secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa
16
dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara. Selain daripada itu, guru-
guru juga mesti memiliki ciri-ciri yang berikut :

 Mesti mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan


diri yang menarik.
 Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta
mempunyai tabiat baik yang kukuh.
 Mesti bertanggunjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas.
 Mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri.
 Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan unutk terus
belajar seiring dengan pertambahan tugas.
 Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang
lain.

Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang


kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungajawab professional meraka,
sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menadi satu kenyataan, dan
bukan hanya satu impian sahaja.

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Rumusan :

 FPK mempunyai implikasi yang sangat penting kepada pendidikan negara.

17
 FPK amnya ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi
kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pendidikan Negara.
 Justeru itu, asas falsafah pendidikan memberikan panduan kepada sesebuah
sistem pendidikan unutk menetapkan matlamat, jenis sistem pendidikan, jenis
kokurikulum, kaedah-kaedah pengajaran serta peranan guru di sekolah.

Cadangan :
 Institut perguruan hendaklah membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu,
kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan
berkesan.
 Institut perguruan perlu menigkatkan pengetahuan dan kecekapan guru pelatih
secara berterusan.
 Menggubal, melaksana dan menilai kurikulum perguruan supaya bersesuaian
dengan peredaran zaman.
 Pendidikan moral kepada semua murid supaya murid mempunyai akhlak yang
mulia dan terpuji.

18

Anda mungkin juga menyukai