Anda di halaman 1dari 32

Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan


Definisi Maklumat
Maklumat ialah sesuatu penerangan yang
diperolehi daripada pelbagai sumber dalam
bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan.

Maklumat juga merupakan proses menambah


pengetahuan secara langsung atau tidak
langsung melalui pengalaman sendiri dan
pengalaman orang lain sama ada pengalaman
nyata atau imaginasi dan pengetahuan yang
disimpan dalam bentuk cetak, bahan tayang
serta bahan tiga dimensi.
Definisi Literasi

 Mempunyai pengetahuan yang


secukupnya untuk
menggunakan sesuatu
Definisi Literasi Maklumat
Satu keupayaan untuk
mengakses dan menilai
maklumat dengan berkesan
bagi menyelesaikan
sesuatu masalah dan
mengambil keputusan
( Rader, 1991)
Apakah Kemahiran Maklumat?
Kemahiran maklumat ialah
kemahiran-kemahiran yang
diperlukan bagi mendapatkan
dan mengolah maklumat secara
cekap dan berkesan.
Ciri-Ciri Kemahiran Maklumat
Mengutamakan:
 Kemahiran perpustakaan, belajar,

berkomunikasi dan kemahiran hidup

 Penggunaan sumber maklumat


bercetak, tidak bercetak dan elektronik

 Mementingkan konsep ‘Resourse Base


Learning’
Kemahiran Maklumat merangkumi:
A. Kemahiran Perpustakaan
kecekapan menggunakan PSS :
 Lokasi bahan
 Sistem katalog
 Susunan buku,majalah,akhbar dll
 Bahagian buku,glosari,indeks dll
 Menggunakan bahan rujukan asas
 Membuat rujukan dan bibliografi
 Mengakses dan menggunakan internet
Kemahiran Maklumat merangkumi:

B. Kemahiran Belajar yang terkandung di


dalamnya kemahiran:
 Berfikir
 Membaca
 Mendengar
 Melihat
 Mencatat nota
 Mengorganisasi dan menyampaikan maklumat
secara betul
 Membuat renungan dan rumusan
Kemahiran Maklumat merangkumi:

C. Kemahiran Komunikasi iaitu kemahiran


untuk:
 Bertanya
 Menenuramah
 Memberi pendapat
 Berbahas
 Memberikan ucapan
 Menyampaikan laporan
Kemahiran Maklumat merangkumi:

D. Kemahiran Hidup yang melibatkan


kecekapan:
 Mengurus masa
 Mengurus diri
 Berinteraksi dan etika
 Pembelajaran sepanjang hayat
Pendekatan Bersepadu
Kemahiran Maklumat
Kemahiran maklumat perlu dikuasai
oleh semua pelajar. Kemahiran yang
sama digunakan di semua peringkat
pembelajaran dengan skop yang
berbeza. Kemahiran ini penting
diajarkan dalam konteks kurikulum
sebagai satu proses untuk
menghasilkan pembelajaran yang
berkesan.
Penerapan dalam kerja projek:
 Apa (what)
 Mengapa (why)
 Bagaimana (How)
 Di mana ( Where)
 Dengan siapa ( With whom)
 Yang mana satu (Which)
 Keputusannya/Hasilan (Outcome)
Enam langkah KM sebagai
satu proses pembelajaran
A. Menentukan
Pelajar dapat:
 Menggambarkan skop sesuatu topik
 Mengingati isi penting mengenai perkara yang
berkaitan
 Membuat gambarajah,mengumpulkan peta
pengetahuan dan lakaran topik
 Mengenalpasti maklumat yang penting
 Memahami penentuan jenis maklumat yang ada pada
sumber yang berlainan
 Mengaitkan maklumat dengan sumber-sumber yang
ada
Enam langkah KM sebagai
satu proses pembelajaran
B. Mencari
Pelajar berkebolehan:
 Memahami bagaimana sumber disimpan dan
disusun untuk digunakan seperti
majalah,buku,kaset video,peta dan slaid
 Memahami bahawa bahan elektronik adalah
pelengkap kepada bahan buku
 Memilih sumber yang sesuai dan mengetahui
kelebihan dan kekurangan sumber
Enam langkah KM sebagai
satu proses pembelajaran
C. Menggunakan
Pelajar dapat:
 Menggunakan kemahiran belajar dan membaca
dengan meluas,fleksible dan bermatlamat
 Memilih dan menggunakan kaedah atau teknologi
yang sesuai untuk mendapat maklumat yang
diperlukan
 Menggunakan teknik belajar seperti
“skimming”,”scanning”,SQ3R,kata kunci dan lain-lain
untuk memproses maklumat dengan
meramal,membuat hipotesis,bandingan dan analisis
Enam langkah KM sebagai
satu proses pembelajaran
D. Mencatat
Pelajar berkemahiran:
 Memilih cara membuat nota mengikut
keperluan kajian dengan mengenal pasti isi
penting perkataan sendiri
 Mengumpulkan dan menyusun maklumat
untuk persembahan
 Menggunakan kemahiran,menulis,melukis
dab menghasilkan nota yang sistematis dan
berkesan
Enam langkah KM sebagai
satu proses pembelajaran
E. Melapor
Pelajar dapat:
 Berkomunikasi dengan tepat dengan
mengambil kira media,mesej dan penonton
 Menyedari diri sebagai pengkaji yang boleh
menilai strategi dan kemahiran di setiap
peringkat kajian dengan kebolehan dan
keyakinan yang tinggi
Enam langkah KM sebagai
satu proses pembelajaran
F. Menilai
Pelajar dapat:
 Mengenalpasti kemahiran yang
diperlukan dan membincangkannya
dengan guru
 Mengimbas kembali proses kajian dan
menyatakan pengalaman dan kepuasan
menjalankan kajian
Ringkasan 6 langkah untuk
Pelajar
Langkah 1 - Menentukan
Apa yang perlu saya ketahui dengan
secara tepat?
Apakah yang sudah saya tahu?
Apakah yang akan saya buat dengan
maklumat.
Ringkasan 6 langkah untuk
Pelajar
Langkah 2 - Mencari

Di mana saya boleh mendapat


maklumat?
Ringkasan 6 langkah untuk
Pelajar
Langkah 3 - Mengguna

Apakah maklumat yang perlu saya


ketahui?
Ringkasan 6 langkah untuk
Pelajar
Langkah 4 - Mencatat

Apakah maklumat yang perlu saya


catatkan?
Bagaimana mencatatnya?
Ringkasan 6 langkah untuk
Pelajar
Langkah 5 - Melapor

Apa yang diperlukan untuk mendapat


maklumat secara sistematis dan
mempersembahkannya dengan baik?
Ringkasan 6 langkah untuk
Pelajar
Langkah 6 - Menilai

Proses/pembinaanya?
Hasil terakhir?
Puas hati?
RINGKASAN 6 LANGKAH
UNTUK GURU
Langkah 1 - Menentukan
Apakah sebenarnya yang saya harapkan
mereka cari?
 Apa yang saya harap mereka persembahkan?
 Adakah saya akan memberi mereka peluang
membuat pilihan?
 Adakah saya memberi mereka peluang untuk
berbincang tentang apa yang mereka telah
ketahui?
RINGKASAN 6 LANGKAH
UNTUK GURU

 Adakah mereka mempunyai kemahiran


yang diperlukan untuk mencari dan
menggunakan maklumat tersebut?
 Bagaimana saya boleh membantu?
 Adakah mereka sudah bersedia untuk
memulakan kerja?
RINGKASAN 6 LANGKAH
UNTUK GURU
Langkah 2 - Mencari
Di mana boleh mereka mencari maklumat?
 Adakah sumbernya mencukupi?
 Adakah sumber yang ada mengikut tahap
kebolehan mereka?
 Bolehkah mereka mengesan sumber yang
ada?
RINGKASAN 6 LANGKAH
UNTUK GURU
Langkah 3 - Mengguna
Bolehkah mereka menggunakan pelbagai
bahan untuk mendapat maklumat yang
sesuai bagi keperluan projek?
 Bolehkah mereka menggunakan kemahiran
“skimming”,”scanning” dan kemahiran-
kemahiran yang lain?
RINGKASAN 6 LANGKAH
UNTUK GURU
Langkah 4 – Mencatat

 Bolehkah mereka membuat pilihan


untuk mencatat nota daripada
maklumat yang diperolehi?

 Adakah mereka mempunyai


kemahiran mencatat nota?
RINGKASAN 6 LANGKAH
UNTUK GURU
Langkah 5 - Melapor
Adakah mereka berkebolehan
menganalisis dan mengumpul maklumat
itu daripada pelbagai sumber untuk
dipersembahkan dalam beberapa bentuk
dan cara yang menarik dan berkesan?
RINGKASAN 6 LANGKAH
UNTUK GURU
Langkah 6 - Menilai
 Adakah mereka diberi peluang menilai
pencapaiannya sebagai penyelidik
mengikut proses kemahiran maklumat?

 Adakah hasil kerja pelajar dinilai


berdasarkan pembelajaran yang dilalui?
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai