Anda di halaman 1dari 27

C

Cahaya Mata
Anak yang dikasihi

Cakap besar
Orang yang suka bercakap menunjukkan kelebihan dirinya sahaja.

Cakar ayam
Tulisan yang tidak dapat dibaca atau sejenis kuih.

Campur tangan
Mencampuri atau turut serta dalam urusan orang lain.

Cangkul angin
Melakukan kerja yang sia-sia atau perbuatan yang tidak berfaedah.

Cari jalan
Mencari ikhtiar atau sebab unruk melakukan sesuatu atau melepaskan diri
daripada sesuatu hal.

Cina buta
Orang yang bernikah dengan perempuan yang ditalak tiga oleh suaminya dengan
perjanjian orang itu akan menceraikan perempuan yang dinikahinya itu supaya
perempuan itu boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya.
Cuci tangan
Tidak mahu bertanggungjawab atau terlibat dalam sesuatu perkara atau hal orang
lain

Cupak hanyut
Orang yang berjalan lemah lembut kerana badannya gemuk.

Curi tulang
Lebih banyak berehat daripada bekerja

Dagang melarat
Orang yang hidup melarat tiada tempat kediaman yang tetap

Dalam edah
Tempoh yang tidak kahwin bagi perempuan setelah diceraikan atau kematian
suami.

Darah daging
Kaum keluarga sendiri atau sesuatu perbuatan dan pekerjaan yang sudah biasa
dilakukan.

Darah gemuruh
Perasaan tidak tenang.
Diam-diam ubi
Seseorang yang pendiam tetapi mempunyi ilmu pengetahuan yang tinggi.

Dianaktitikan
Perbuatan yang tidak adil atau disingkirkan

Dua sejoli
Pasangan seorang lelaki dan perempuan atau suami isteri yang hidup gembira dan
bahagia

Duit teh
Wang yang diberikan kepada seseorang sebagai hadiah kerana kesudian
menolongnya mendapatkan pekerjaan atau sebagainya.

Durian runtuh
Mendapat keuntungan yang banyak dengan tidak disangka-sangka

E
Emas kahwin
Mahar (wang yang wajib diberikan oleh pengantin leleki kepada pengantin
perempuan.

Emas urai
Emas yang tidak mengandungi campuran tulen.

Embun jantan
Air embun yang tertakung pada daun kayu yang menitik waktu pagi.
F
Fajar keamanan
Usaha mencari kedamaian masih ada.

Fakir miskin
Orang yang menderita dan susah hidupnya.

G
Gaji buta
Upah kerja yang diterima tanpa bekerja

Ganti tikar
Berkahwin dengan adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia

Gelap mata
Sudah hilang fikiran kerana terpengaruh atau mendapat penyakit pitam.

Geli hati
Perasaan suka bercampur jenaka

Genggam tak hiris


Seseorang yang lokek atau kedekut

Gigi air
Bahagian tepi laut atau sungai yang sampai ke tepi pantai atau tebing
Gigi belalang
Gigi kanak-kanak yang jarang

Gigi kapak
Gigi yang besar

Gila bayang
Orang yang ingin sesuatu tetapi tidak mungkin tercapai

Gila talak
Sudah bercerai tetapi ingin hidup semula bersama suami atau isteri yamg dahulu.

Gila urat
Orang yang sangat ingin berkahwin tetapi tidak berupaya untuk menyampaikan
hajatnya.

Gulung tikar
Rugi dalam sesuatu perniagaan

H
Hidung belang
Orang lelaki yang suka mengacau dan menggoda perempuan

Hilang semangat
Hilang kekuatan tenaga fikiran kerana sesuatu hal.
Hitam manis
Warna kulit hitam kemerah-merahan ( yang disukai orang).

Hujan darah
Perkelahian yang banyak menumpahkan darah.

Hutan belukar
Hutan kecil dan ditumbuhi oleh pokok-pokok yang kecil.

Ibu ayam
Oang perempuan yang memperdagangkan pelacur.

Ibu keladi
Orang tua yang masih berkelakuan seperti orang-orang muda.

Ibu pertiwi
Tanah air yang kita cintai.

Ikat perut
Menahan lapar kerana hendak berjimat.

Ikut angin
Mengikut kehendak orang ramai dalm sesuatu hal.
Ikut hati
Menurut kemahuan hati dengan tidak berfikir

Ikut telunjuk
Orang yang terpaksa mengikut sahaja perintah yang ditetapkan kepadanya.

Iri hati
Perasaan cemburu dan ingin mendapat kejayaan seperti orang lain.

Isi perut
Perasaan hati seseorang.

J
Jadi angin
Sesuatu pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.

Jadi landasan
Seseorang yangdigunakan sebagai alat oleh orang lain untuk kepentingan atau
faedah orang lain.

Jantung hati
Anak atau orang yang sangat disayangi.

Jatuh hati
Menaruh perasaan suka atau cinta terhadap seseorang.
Jauh hati
Merajuk kerana hatinya tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.

Jinak-jinak merpati
Gadis yang ingin berbaik-baik dengan pemuda tetapi pandai menjaga kehormatan
dirinya.

Jiwa besar
Orang yang kuat cita-cita atau kemahuannya dan bersunggug-sungguh
melaksanakannya.

Jiwa hamba
Orang yang tidak kuat cita-citanya, selalu lemah, tidak percaya pada kebolehan diri
sendiri atau selalu berharapkan pertolongan orang lain untuk melaksanakan sesuatu
hal.

K
Kain basahan
Kain yang dipakai sehari-hari.

Kaki ayam
Orang yang tidak memakai kasut.

Kaki bangku
Orang yang tidak pandai bermain bola.
Kaki botol
Orang yang suka minum minuman keras.

Kaki lima
Bahagian hadapan kedai untuk orang ramai lalu lalang.

Kaki sembang
Orang yang gemar berbual.

Kambing hitam
Seseorang yang dipersalahkan.

Kena batang hidung


Sesuatu hal yang terjadi pada diri sendiri atau keluarga sendiri.

Kena jerat
Orang yang terpaksa tunduk kepada kehendak seseorang kerana tipu muslihat

Kepala angin
Orang yang mudah berubah perangainya ada kala baik dan ada kalanya mudah
meradang.

Kepala batu
Orang yang degil atau orang yang tidak mahu menerima nasihat.

Kera sumbang
Orang yang hidup mengasingkan diri daripada orang lain.
Kerang busuk
Seseorang yang sentiasa tersengih.

Ketam batu
Orang yang sangat kedekut.

Ketawa raja
Ketawa yang dibuat-buat tanda marah.

Khabar angin
Berita yang belum tentu betul atau tidak boleh dipercayai.

Kucing bertanduk
Sesuatu perkara yang mustahil dan tidak mungkin berlaku.

Kuda kayu
Orang yang dipermainkan atau diperbodohkan.

Kuku besi
Pemerintah atau pentadbiran yang dijalankan secara kejam dan zalim.

Kupu-kupu malam
Perempuan pelacur yang kelihatan pada malam hari.
L
Langkah kanan
Kedatangan yang kena pada saat baik.

Langkah seribu
Melarikan diri dengan cepat.

Lari-lari anak
Berjalan dengan cepat seakan-akan berlari.

Lepas tangan
Tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu hal.

Lidah biawak
Cakap yang berubah dan tidak menepati janji.

Lidah tidah bertulang


Seseorang yang bercakap mengikut sesuka hati.

Lintah darat
Orang yang memberi pinjaman wang dengan mengenakan bunga yang terlalu
tinggi.

Lintang pukang
Tidak menentu arahnya (orang berlari dan lain-lain), bergerak bertempiaran,
tunggang-langgang.
Lipas kudung
Orang yang bekerja dengan cepat.

Loyar buruk
Orang yang pandai temberang atau berbohong.

Luar pagar
Tiada kena mengena atau tidak masuk campur.

Luka hati
Perasaan sedih kerana kecewa dalam sesuatu perkara.

Lupa daratan
Serbuat sesuatu yang melampaui batas (tidak berkira-kira).

M
Mabuk cendawan
Orang yang mabuk asmara atau mabuk berahi terhadap seseorang wanita sehingga
terganggu fikirannya.

Maharajalela
Membuat sesuatu perkara dengan sesuka hati.

Main mata
Member isyarat dengan menggunakan mata.
Makan garam
Oarnag yang telah lama hidup dan banyak pengalaman.

Makan hati
Menderita atau menanggung perasaan dukacita kerana perbuatan orang lain yang
menyakitkan hati.

Makan suap
Menerima wang, barang atau sebarang pemberian secara haram yang dilarang
undang-undang.

Makan sumpah
Mendapat kecelakaan kerana bersumpah palsu atau derhaka kepada ibu-bapa.

Malang tidak berbau


Sesuatu kecelakaan biasanya dating dengan tiba-tiba dan tidak disangka-sangka.

Malu besar
Sesuatu kejadian yang sangat memberi malu.

Malu-malu kucing
Berpura-pura malu tetapi sebenarnya dia seorang yang jahat kelakuannya.

Mandi kerbau
Orang yang tidak bersabun atau bergosok.

Mandi peluh
Badan seseorang yang basah oleh peluh kerana bekerja bersungguh-sungguh.
Manis mulut
Orang yang pandai berkata-kata lemah lembut tetapi di dalam hatinya berniat jahat.

Mata duitan
Orang yang mementingkan wang sahaja.

Mata keranjang
Orang yang sangat gemar melihat orang perempuan.

Mata pencarian
Segala pekerjaan yang dibuat untuk mendapat nafkah sara hidup.

Mata-mata
Polis, pasukan perisik.

Minta diri
Minta kebenaran kerana henak beredar dari majlis atau keluar dari sesuatu tempat.

Muka dua
Orang yang berbuat baik dengan dua belah pihak yang bermusuhan.

Mulut murai
Orang yang banyak bercakap atau bising.

Mulut tempayan
Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.
N
Naik angin
Orang yang marah walaupun kerana suatu sebab yang kecil atau orang yang tiba-
tiba marah tanpa sebab.

Naik marah
Tiba-tiba muncul perasaan marah seseorang kerana sesuatu perkara yang
menyakitkan hati.

Naik daun
Keuntungan yang meningkat dengan tiada disangka-sangka.

Naik muka
Mengambil kesempatan melakukan sesuatu kerana orang tidak berani
memarahinya.

Naik tangan
Orang yang mudah sahaja memukul orang lain,

Nasi tambah
Mencampuri percakapan atau halo orang lain.

Nikah gantung
Seseorang lelaki bernikah dengan seorang perempuan tetapi belum bersatu atau
tidur bersama.
O
Ole-ole
Sesuatu yang dibawa balik dari suatu tempat lain dan diberikan kepada kaum
keleuarga atau kekasih.

Omong kosong
Orang yang bercakap kosong atau pembohong.

Orang asing
Orang luar yang datang ke negeri kita.

Orang gaji
Orang yang diupah untuk menguruskan kerja-kerja rumah tangga.

Orang luar
Orang yang tiada kena-mengena dalam sesutau hal atau perkara.

Orang rumah
Isteri

Orang tawanan
Orang dari pihak musuh yang dapat ditangkap.

Orang tengah
Orang yang menjadi perantaraan bagi dua pihak yang berunding atau berdamai.
Orang ternama
Orang yang dikenali ramai kerana jasa kebaktiannya.

Otak batu
Orang yang sukar menerima nasihat orang lain.

Otak cair
Orang yang sangat cerdik atau mudah menerima pelajaran yang diajar padanya.

Otak kapur
Orang yang mudah lupa.

Otak mereng
Oarng tidak sempurna atau hamper gila.

Otak udang
Orang yang bodoh.

P
Pagi buta
Awal pagi, sebelum terbit matahari.

Pahit maung
Penderitaan hidup yang dialami oleh seseorang.

Pak belang
Harimau .
Pak kadok
Orang yang tiada berfikir buruk atau baik dalam membuat sesuatu pekerjaan.

Pak pandir
Orang yang terlalu lurus dan bodoh.

Pak turut
Orang ayang mengikut sahaja apa kata ornag lain dengan tidak berfikir sendiri.

Paku belanda
Harga sesuatu barang yang tidak boleh dikurangkan lagi.

Panjang tangan
Orang yang suka mencuri.

Pantas tangan
Orang yang cepat marah dan hendak memukul orang lain.

Pasang badan
Menghias diri dengan pakaian yang indah.

Pasang jerat
Menjual barang-barang dengan harga yang mahal kepada orang yang sangat
berkehendakkannya.

Pasang telinga
Mendengar dengan bersungguh-sunggug dan teliti akan perbualan orang lain.
Patah arang
Putus hubungan selama-lamanya.

Pecah amanah
Orang yang menghilangkan kepercayaan orang lain keran ia mengambil wang dan
lain-lain lagi.

Pecah lubang
Terbuka rahsia atau keburukan seseorang dan diketahui orang ramai, biasanya
orang itu mendapat malu.

Pegang janji
Memegang teguh segala akuan yang dibuat.

Peluk tubuh
Orang yang tidak mahu membuat seabrang pekerjaaan.

Penyapu buruk
Orang yang berperangai buruk.

Perang dingin
Perselisihan yang tidak menggunakan tipu helah untuk menjatuhkan semangat
pihak lawam.

Perang mulut
Bertengkar atau bergaduh mulut sahaja.
Perang pena
Pertengkaran yang dilakukan melalui tulisan dalm akhbar atau majalah.

Pilih kasih
Melebihkan atau memberatkan petimbangan mengenai sesuatu perkara kepada
orang lain atau pihak yang disayangi.

Pisau cukur
Orang perempuan yang pintar memperdayai orang lelaki sehingga habis wangnya
terserah kepada perempuan itu.

Potong jalan
Mendahului atau mengambil peluang yang didapati oleh orang lain.

Potong leher
Meletakkan harga sesuatu barang dengan terlalu mahal atau berani bersumpah.

Pukul curi
Memukul seseorang semasa orang itu tidak menyedarinya.

Pulang modal
Sekadar cukup iaitu tiada rugi tiada untung.

Puteri lilin
Orang yang tidak tahan panas.

Putih mata
Kecewa kerana harapan hampa atau tidak dapat apa yang dihajati.
Putih tulang
Sanggup dan berani mati kerana mempertahankan negar atau sesuatu yang
dicintainya.

Putus kawat
Orang yang kehabisan wang.

Q
Quran buruk
Orang tua yang pengaruhnya tidak kuat lagi, namun kerana sesuatu perkara dia
masih dihormati.

R
Rabun ayam
Rabun pada waktu senja sahaja.

Raja catur
Menjadi raja tetapi tidak mempunyai kuasa.

Raja sehari
Pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin dan dihormati sebagai raja.

Rambang mata
Tidak tentu mana satu yang hendak dipilih.
Retak seribu
Pinggan, mangkuk yang terlalu banyak retak-retak.

Ringan tulang
Orang yang rajin berusaha.

Riwayat hidup
Kisah hidup seseorang.

Rosak hati
Orang yang kecewa.

Rumah sakit
Rumah tempat merawat dan mengubati oarng sakit.
U
Ubat kelat
Ubat yang pahit tetapi menyembuhkan penyakit.

Ujian akal
Menduga tentang pengetahuan am.

Umpan sekait
Harapan kepada benda yang satu sahaja.

Untung mendarat
Mendapat keuntungan yang mudah.

Untung nasib
Keadaan hidup seseorang sama ada senang atau susah.

Untung rugi
Baik atau buruk nasib seseorang.

Upah hari
Beri upah dengan membuat pekerjaan dengan kiraan hari.

Upah seraya
Membaya upah dengan tidak secukupnya kerana sebagahagiannya dikira sebagai
menolong sahaja.
W
Wakil mutlak
Seseorang wakil yang mempunyai kuasa penuh

Wakil hakim
Kadi atau pengawal Jabatan Agama Islam yang menjalankan tugas seabagai wali
kerana perempuan yang hendak dinikahkan tiada wali atau bapa.

Wang rantam
Bayaran bersama-sama dalam satu pakatan.

Wang rasuah
Menerima wang atau pemberian secara haram yang dilarang oleh undang-undang.

Warganegara
Rakyat bagi sesebuah negara.

Warna-warni
Berbagai warna.

Y
Yatim piatu
Orang yang tiada ibu-bapa

Yu kia-kia
Orang yang tidak boleh dipercayai percakapannya.
Z
Zaman kuno
Masa manusia belum mencapai kemajuan hidup seperti sekarang.

Zaman meleset
Masa penghidupan kita dalam susah.

Zaman merdeka
Masa negeri kita terlepas dari penjajahan.

Zaman pancaroba
Masa gelora dan berbagai hal yang terjadi.

Zaman patung berasap


Masa yang sangat lama dahulu.

Zaman silam
Masa yang telah lalu.
.

Anda mungkin juga menyukai