Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

KERTAS CADANGAN

KAEDAH –KAEDAH LALULINTAS IPGKPM

(Versi Perintah Pengusiran)

Jawatan Kuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


KAEDAH-KAEDAH LALULINTAS JALAN IPGKPM

1.0 AM

Peraturan lalulintas ini dinamakan sebagai Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan Institut


Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM) dan berkuatkuasa mulai 01 April
2010
.
2.0 TUJUAN

a) Peraturan-peraturan ini dikeluarkan dengan tujuan menjaga keselamatan dan


kelincinan lalulintas jalan di dalam kawasan karnpus.

b) Peraturan-peraturan ini ditujukan kepada :


(i) semua Staf Akademik IPGKPM,
(ii) semua staf bukan akademik IPGKPM,
(iii) semua pelajar yang berdaftar dengan IPGKPM
(iv) semua pekerja-pekerja luar bekerja di dalam kawasan IPGKPM,
(v) semua pelawat yang berada di dalam kawasan IPGKPM

3.0 TAFSIRAN

a) Arahan lalulintas ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberi oleh
seseorang yang diberi kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan
atau kenderaan di dalam karnpus.

b) lsyarat lalulintas termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, isyarat,
tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan
untuk pengetahuan, panduan atau petunjuk orang-orang yang rnenggunakan jalan.

c) Kampus ertinya kawasan IPGKPM yang terdaftar dalam kanun tanah negara
terrnasuk semua asrama, bengkel dan bangunan yang terdapat didalamnya.

d) Kakitangan ertinya mana-rnana pekerja yang terdaftar dalam rekod perkhidmatan


untuk berkhidmat dengan IPGKPM.

e) Pelajar ertinya mana-rnana pelajar yang terdaftar dalam rekod pelajar untuk belajar
di IPGKPM

f) Kenderaan ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau
digunakan bagi membawa rnana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan
dengan permukaan bumi apabila bergerak.

g) Kenderaan motor ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera
mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau
disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan dan termasuklah apa-apa
kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor samada atau tidak bahagian
dari kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya.

h) Kesalahan lalulintas seperti dinyatakan di dalam jadual (Lampiran 1 )

i) Meletak kenderaan ertinya membawa sesuatu kenderaan kepada keadaan yang


tidak bergerak dan menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud
selain mengambil atau menurunkan dengan serta merta orang, barang-barang atau
bagasi.

j) Orang yang diberi kuasa ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi
kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak IPGKPM

k) Pekerja luar ertinya seseorang bukan kakitangan IPGKPM yang menjalankan


sesuatu kerja tetap atau sementara di kampus IPGKPM

l) .Pelawat ertinya seseorang yang datang melawat ke kampus IPGKPM.

m) Pengawal Keselamatan ertinya semua peringkat anggota keselamatan yang dilantik


oleh Pihak Berkuasa IPGKPM dan ditugaskan mengawal keselamatan di dalam
kampus.

n) Pelekat Kenderaan ertinya pelekat kenderaan yang disahkan dan berdaftar dengan
pihak berkuasa IPGKPM

4.0 PEMAKAIAN KAEDAH- KAEDAH LALULINTAS JALAN IPG KAMPUS PEREMPUAN


MELAYU DALAM KAWASAN KAMPUS

a) Peruntukan-peruntukan Undang-undang Lalulintas Jalan iaitu :

i. Akta Pengangkutan Jalan 1987.


ii. Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan IPGKPM

b) Tiada apa-apa dalam perenggan 4.0(a)(i) dan 4.0(a)(ii) boleh mengurangkan


tanggungan mana-mana kakitangan, pekerja luar, pelawat atau orang lain dalam
kampus kerana apa-apa kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,
Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan IPGKPM berkenaan atau apa-apa perundangan
kecil yang dibuat di bawahnya.

5.0 KUASA-KUASA PENGAWAL KESELAMATAN

5.1 Pengawal-Pengawal Keselamatan adalah berkuasa mengambil tindakan-


tindakan berikut :
(a) Melarang kenderaan motor yang tidak ada atau tidak menampalkan pelekat
kenderaan dari memasuki kawasan kampus.
(b) Menahan kenderaan motor dan menahan seseorang yang melakukan
kesalahan lalulintas dalam kawasan kampus bagi tujuan mengambil
sebarang maklumat mengenainya yang difikirkan perlu.
(c) Mengeluarkan saman lalulintas kepada mana-mana orang yang melakukan
kesalahan,
(d) Kenderaan yang melanggar peraturan meletak kenderaan boleh di’clamp’.
(e) Mengambil apa-apa jua tindakan lain yang diarahkan oleh Pengarah
IPGKPM bagi menguatkuasakan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan ini.

5.2 Melaksanakan perintah larangan membawa / pengusiran apa jua kenderaan


yang berada di dalam kampus IPGKPM

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN


6.1 Papan Kenyataan dipasang di lokasi strategik.

6.2 Tindakan Saman

i. Mengeluarkan notis saman kepada pesalah.


ii. Memasukkan data kesalahan ke dalam Sistem Lalulintas IPGKPM.
iii. Menerima Borang Akujanji Kesalahan Lalulintas IPGKPM dalam tempoh
14 hari dari tarikh saman dikeluarkan.
iv. Memajukan laporan untuk tindakan tatatertib selepas tamat tempoh
penyerahan Akujanji kesalahan Lalulintas IPGKPM.

6.3 Tindakan Clamp

i. Clamp kenderaan (kesalahan meletak kenderaan).


ii. Surat peringatan mengenai kenderaan di clamp dikeluarkan mencakupi
arahan untuk ke Unit Keselamatan.
iii. Mengisi borang Akujanji Kesalahan Meletak Kenderaan
iv. Akujanji Kesalahan Meletak Kenderaan diserahkan kepada Pejabat
Keselamatan untuk direkodkan.
v. Clamp akan dibuka oleh Pengawal Keselamatan selepas tempoh tertentu.

7.0 PEMBATALAN PELEKAT KENDERAAN

a) Pengarah IPGKPM boleh membatalkan bagi satu tempoh masa yang tidak melebihi
6 bulan keistimewaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepada seseorang
kakitangan / pelajar IPGKPM untuk kesalahan berat.
b) Pengarah IPGKPM boleh membatalkan bagi satu tempoh masa yang tidak melebihi
6 bulan keistimewaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepada seseorang
pekerja luar.
c) Seseorang pekerja luar yang dibatalkan atau digantungkan keistimewaan pelekat
kenderaannya tidak berhak membawa kenderaan bermotor ke dalam kampus bagi
tempoh masa keistimewaan tersebut dibatalkan atau digantung.
8.0 TINDAKAN DI ATAS KESALAHAN LALULINTAS

a) Seseorang kakitangan IPGKPM yang didapati melakukan kesalahan lalulintas di


dalam kawasan kampus dikenakan salah satu atau semua tindakan seperti berikut :

i. Dikenakan notis saman kepada pesalah untuk setiap kali kesalahan


dilakukan..
ii. Dikenakan tindakan mengunci roda kenderaan (clamping).
iii. Dikenakan untuk mengisytiharkan Borang Akujanji Kesalahan Lalulintas
IPGKPM dalam tempoh 14 hari dari tarikh saman dikeluarkan
iv. Dikenakan perintah larangan membawa / mengusir kenderaan bermotor
di dalam kampus bagi tempoh masa keistimewaan digantung untuk satu
notis yang tidak berperisytiharan akujanji selepas 14 hari.
v. Dikenakan perintah larangan membawa / mengusir kenderaan bermotor
di dalam kampus bagi tempoh masa keistimewaan digantung untuk lima
notis berturut saman yang berperisytiharan akujanji yang dikeluarkan.
vi. keistimewaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepada seseorang
kakitangan / pelajar IPGKPM untuk kesalahan berat. boleh dibatalkan
atau digantung mengikut Kaedah 7(a)
vii. Keistimewaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepada seseorang
pekerja luar atau pelawat boleh dibatalkan atau digantung mengikut
Kaedah 7(b) dan 7 (c)

b) Seseorang pekerja luar atau pelawat yang melakukan kesalahan lalulintas boleh
dikenakan tindakan seperti berikut :

i. Dikenakan notis saman kepada pesalah untuk setiap kali kesalahan


dilakukan
ii. Dikenakan tindakan mengunci roda kenderaan (clamping).
iii. Keistimewaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepada seseorang
pekerja luar atau pelawat boleh dibatalkan atau digantung mengikut
Kaedah 7(b) dan 7 (c).
iv. Keistimewaan yang diberikan kepada seseorang pekerja luar atau
pelawat membawa kenderaannya ke dalam kawasan kampus tidak akan
diberikan lagi di masa hadapan.

c) Kesalahan Lalulintas IPG Kampus Perempuan Melayu adalah seperti di lampiran 1


Lampiran 1

KESALAHAN NOTIS KESALAHAN RUJUKAN

TINDAKAN KAWALAN
A. LALULINTAS LALULINTAS

• Memandu/menunggang 1) Dikenakan notis saman


kenderaan bermotor tanpa kepada pesalah untuk setiap 1. Akta Pengangkutan
mempunyai lesen kali kesalahan Jalan 1987.
memandu yang sah.
2) Jika perisytiharan Borang 2. Kaedah lalulintas
• Memandu/menunggang Akujanji Kesalahan Lalulintas Jalan IPGKPM.
kenderaan yang tamat IPGKPM tidak dibuat dalam
cukai jalan. tempoh 14 hari dari tarikh notis
aman dikeluarkan, perintah
• Memandu/menunggang larangan / pengusiran
kenderaan melebihi had dikeluarkan
laju.
3) Dikenakan perintah larangan
• Kenderaan tidak membawa / mengusir
dipandu/ditunggang atas kenderaan bermotor di dalam
jalan lalu bagi kereta dan kampus bagi tempoh masa
motor. keistimewaan digantung
untuk lima notis berturut
• Membonceng motosikal saman yang berperisytiharan
melebihi dari had. akujanji yang dikeluarkan
• Berlumba kenderaan 4) Pembatalan pelekat
bermotor di dalam kenderaan bagi kakitangan
Kampus. IPGKPM dan dilarang
memasuki kampus.
• Tidak mematuhi arahan 5) Pembatalan pelekat kenderaan
dan tanda lalu lintas. bagi pekerja luar dan dilarang
memasuki kampus.
• Tidak menggantung plat
kenderaan.

• Tidak memakai tali


pingang/topi keledar.

• Tidak memasang lampu


siang (motosikal) dun
lampu kenderaan waktu
malam

• Enggan bekerjasama
dengan Pegawai
Penguatkuasa.
• Melanggar peraturan-
peraturan lain di dalam
Akta Pengangkutan Jalan
1987 dan Kaedah-Kaedah
Lalulintas Jalan IPGKPM

B. KESALAHAN MELETAK TINDAKAN KAWALAN MELETAK


KENDERAAN KENDERAAN

• Meletak motosikal di empat 1. Dikenakan tindakan.


letak kereta. Mengunci Kenderaan-
(Clamping)
• Meletak kenderaan secara
menghalang. 2. Dikenakan notis saman
kepada pesalah untuk
• Halangan kepada aliran setiap kali kesalahan Jika
lalulintas. perisytiharan Borang
Akujanji Meletakkan
• Meletak kenderaan di Kenderaan IPGKPM tidak
tempat lintasan jalan kaki. dibuat dalam tempoh 14
hari dari tarikh notis aman
• Meletakkan kereta di petak dikeluarkan, perintah
kuning. larangan / pengusiran
dikeluarkan.
• Meletak kenderaan di
kepala simpang. 3. Dikenakan perintah
larangan membawa /
• Meletak kenderaan bukan mengusir kenderaan
di tempat yang disediakan. bermotor di dalam kampus
bagi tempoh masa
keistimewaan digantung
• Meletak kenderaan untuk lima notis berturut
berhampiran pili saman yang
bomba/stesyen janakuasa berperisytiharan akujanji
letrik. yang dikeluarkan

• Menggunakan ruang letak 4. Pembatalan pelekat


kereta ‘khas’. kenderaan bagi kakitangan
IPGKPM dan dilarang
memasuki kampus.

5. Pembatalan pelekat
kenderaan bagi pekerja luar
dan dilarang memasuki
kampus.

6. Membayar kos sebenar


alatan clamp yangdirosak
kan .