Anda di halaman 1dari 3

PERISTIWA PENENTANGAN

Peristiwa penentangan Dato’ Bahaman adalah seperti berikut:

Pada 16 Disember 1891, British telah menangkap tiga orang pengikut Dato’
Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Sikap tegas Datok Bahaman
telah lebih menaikkan darah penjajah British, tetapi telah mendapat sokongan rakyat yang
luas. Walau bagaimanapun, Datok Bahaman tidak menolak cara diplomasi. Beliau masih
mahu berunding secara berhadap-hadapan dengan I.A Wise dan Sebaraw di Temerloh
unutk menjelaskan perkara-perkara yang menggelisahkan rakyat. Pada 17 Disember
1891, Datok Bahaman dengan 50 orang rombongannya berangkat ke hilir menuju
Temerloh dengan menaiki beberapa buah perahu. Pada hari yang pertama, Sebaraw
bersama-sama pasukan tentera dan polisnya mudik ke Hulu Sungai Semantan dari
Temerloh dan berhenti bermalam di Batu Hampar, sebelah ulu Mentakab. Rombongan
Datok Bahaman tidak tahu Sebaraw dan pasukannya mudik. Sebagaimana lazimnya,
pengiring-pengiring Datok Bahaman selalu menembak ke udara. Dengan alasan
kononnya Datok Bahaman telah mulai mencetuskan perang di Pahang, Sebaraw segera
memerintahkan tenteranya menghujankan tembakan ke arah perahu Datok Bahaman dan
rombongannya. Tembakan-tembakan itu telah mencederakan Mat Lela dan membunuh
Ahmad ( kedua-duanya anak Dato Bahaman.)
Dentuman peluru semakin kuat. Di bawah keadaan yang tidak menguntungkan,
Datok Bahaman memerintahkan semua orang-orangnya berundur. Tetapi tiga orang
panglimanya yang tidak dapat lagi menahan kesabaran segera menyerang balas askar-
askar musuh itu. Mereka membunuh mati seorang pegawai kulit putih dan empat orang
polis Sikh manakala seorang pendayung perahu musuh cedera. Peristiwa ini amat
menggemparkan. Ahli-ahli sejarawan menyebutnya sebagai ” Peristiwa Semantan.”
Peristiwa Semantan telah cepat membangkitkan rakyat seluruh negeri menentang
penjajah British. Tindakan membunuh orang-orang kulit putih dan askar-askar upahannya
berlaku di sana sini. Dengan demikian banyaklah orang British dan tentera upahannya
terbunuh.
Pada 26 Disember 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada
200 anggota tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi beliau tewas dalam
pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura.
Pada Januari 1992, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan
kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan.
Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. ’Gerakan Sultan’ telah menawan 11
buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong.
Pada Mac 1892, Dato’ Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan
Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya,
Mat Kilau.
Pada 8 Mei 1992, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang
berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paloh
menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.
Pada 14 Jun 1894, Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker
untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
berundur ke Kelantan. Peristiwa itu menandakan berakhirnya perang menentang British
di Pahang. Pada bulan Jun 1894, pasukan Dato Bahaman kembali ke Pahang dan
melancarkan serangan ke atas perkubuan British di Jeram Ampai, Ulu Tembeling.
Setelah berjaya menduduki Ulu Tembeling, pasukan Datok Bahaman mara dan
menduduki pula Kuala Tembeling serta Kedondong dan tempat-tempat lain. Di bawah
situasi yang baik ini, banyak pembesar yang sudah berkhianat itu khasnya Tok Raja Jelai
dan Panglima Garang Yusof di bawah suruhan British telah menjalankan taktik
rangkapnya. Di satu segi, mereka berpura-pura memberikan kerjasama kepada Bahaman
– Tok Gajah; di segi yang lain, mereka membuat persiapan menunggu ketibaan bantuan
British untuk melancarkan serangan balas secara besar-besaran. Kerana penjajah British
gagal mengalahkan Datok Bahaman di medan perang, ia telah menggunakan pujukan dan
ancaman memaksa Sultan Ahmad mengadakan perjumpaan dengan Bahaman. Ketika itu,
pasukan kaum tani yang dipimpin oleh Datok Bahaman sudah dapat bertapak semula di
kawasan yang luas yang memungkinkannya mencapai kemenangan di seluruh negeri.
Akan tetapi, selepas perjumpaan dengan Sultan Ahmad, Datok Bahaman telah mengubah
taktiknya. Beliau telah mengeluarkan perintah kepada pasukan-pasukannya supaya
mengundurkan dirinya dari kawasan-kawasan yang dikuasainya itu. Beliau kemudian
telah membawa pasukan itu sekali lagi menuju ke Terengganu. Setelah pasukan Datok
Bahaman kembali ke Terengganu, melalui Kerajaan Siam, penjajah British secara licik
telah memaksa Sultan Terengganu mengusir Datok Bahaman dan pasukannya. Pada masa
itu, Tok Gajah telah pun meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai