Anda di halaman 1dari 48

EKONOMI DAN MASYARAKAT

Sinopsis Topik 5
Topik ini terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu
Peranan Kerajaan, Dasar Fiskal/Belanjawan dan Dasar
Kewangan serta Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan.
Topik Peranan Kerajaan menerangkan mengenai
peranan asas kerajaan.
Topik Dasar Fiskal atau Belanjawan menerangkan
mengenai perbelanjaan kerajaan, cukai pendapatan
dan polisi cukai di Malaysia.
Sinopsis Topik 5 (samb)
Topik Dasar Kewangan menerangkan mengenai jenis
dasar kewangan serta kesan dasar ini ke atas
penawaran wang di dalam ekonomi.
Topik Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan
menerangkan mengenai hubungan di antara
pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup, punca
pertumbuhan ekonomi, kebaikan pertumbuhan
ekonomi kepada negara, serta faktor-faktor yang
menjadi halangan kepada pertumbuhan ekonomi
negara.
Hasil Pembelajaran
Diakhir topik ini, anda akan berupaya:
Memahami mengenai peranan asas kerajaan.
Menerangkan mengenai perbelanjaan kerajaan.
Menerangkan mengenai cukai pendapatan dan polisi
cukai.
Memahami bagaimana kadar pertumbuhan ekonomi
dihitung
Memahami mengenai hubungan di antara
pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup.
Hasil Pembelajaran (samb)
Diakhir topik ini, anda akan berupaya:
Memahami punca pertumbuhan ekonomi.
Menerangkan kebaikan pertumbuhan ekonomi.
Memahami faktor-faktor yang menjadi halangan
kepada pertumbuhan ekonomi
Topik 5: Peranan dan Dasar Kerajaan,
Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan
Peranan Kerajaan
Dasar Fiskal/Belanjawan
Perbelanjaan Kerajaan
Cukai Pendapatan dan Polisi Cukai
Dasar Kewangan
Jenis Dasar Kewangan
Kesan keatas Penawaran Wang
Topik 5 (samb)
Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan
Kadar Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan Ekonomi dan Taraf Hidup
Punca Pertumbuhan Ekonomi
Kebaikan Pertumbuhan Ekonomi
Halangan kepada Pertumbuhan Ekonomi
Peranan Kerajaan
Terdapat lima (5) peranan asas kerajaan iaitu:
1. Pembangunan ekonomi
2. Kestabilan harga
3. Peruntukan punca/sumber
4. Agihan yang setara
5. Keseimbangan imbangan pembayaran
Peranan Kerajaan
1. Pertumbuhan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan
keluaran negara dan peningkatan pendapatan perkapita
penduduk di negara tersebut.
Ekonomi negara yang berkembang membolehkan
penduduk dalam negara tersebut menikmati taraf hidup
yang lebih tinggi.
Untuk mencapai objektif ini kerajaan perlu mengawal
kadar pelaburan dan tabungan, memastikan agihan
pendapatan yang setara serta mengatasi masalah inflasi
dan pengangguran melalui dasar fiskal dan dasar
kewangan.
Peranan Kerajaan
2. Kestabilan harga
Campur tangan kerajaan diperlukan untuk memastikan
tingkat harga yang stabil.
Tingkat harga yang tidak stabil menyebabkan ekonomi
cenderung untuk melambung atau meleset.
Untuk memastikan harga stabil, kerajaan perlu
memastikan permintaan agregat menyamai penawaran
agregat melalui perlaksanaan dasar kewangan.
Peranan Kerajaan
3. Peruntukan punca/sumber
Kerajaan berperanan untuk memastikan faktor-faktor
pengeluaran diperuntukkan dengan berkesan.
Peruntukan punca/sumber yang berkesan dapat
memastikan barang awam serta barang yang tidak
menguntungkan dikeluarkan bagi memenuhi keperluan
rakyat.
Barang awam ialah barang yang dapat digunakan oleh
semua orang, misalnya lampu lalu lintas, jalan raya
Ia juga bagi memastikan masalah pengangguran dapat
dikawal melalui pencipataan peluang pekerjaan.
Peranan Kerajaan
4. Agihan yang setara
Kerajaan perlu memastikan agihan pendapatan yang
setara supaya tidak wujud jurang pendapatan yang
terlalu luas.
Agihan pendapatan yang setara akan meninggikan taraf
hidup.
Campurtangan kerajaan adalah melalui sistem
percukaian.
Peranan Kerajaan
5. Keseimbangan imbangan pembayaran
Campur tangan kerajaan diperlukan untuk memastikan
imbangan pembayaran yang seimbang.
Imbangan pembayaran yang tidak seimbang boleh
menyebabkan kerajaan menanggung hutang dan
penurunan nilai mata wang.
Dasar Fiskal/Belanjawan
 Definisi dasar fiskal:
Dasar perubahan dalam corak perbelanjaan kerajaan dan
sistem pencukaian untuk mengawal perbelanjaan agregat
sesebut negara supaya mencapai tingkat guna tenaga
penuh dan tingkat harga yang stabil.
Terdapat dua (2) tujuan dasar fiskal iaitu:
1. Menentang kitaran perniagaan
2. Mengagihkan pendapatan dan kekayaan negara
Dasar Fiskal/Belanjawan
Dua (2) tujuan dasar fiskal:
1. Menentang kitaran perniagaan
 Melalui dasar fiskal, kerajaan menentang/mengawal
keadaan ekonomi melambung dan meleset untuk
mengekalkan kestabilan ekonomi.
 Dengan perkataan lain, kerajaan menggunakan dasar

fiskal untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang


stabil tanpa pengangguran dan inflasi.
Dasar Fiskal/Belanjawan
Dua (2) tujuan dasar fiskal (samb):
2. Mengagihkan pendapatan dan kekayaan negara
 Melalui dasar fiskal, kerajaan mengagihkan pendapatan
dan kekayaan negara dengan lebih adil.
 Ini dapat dicapai dengan mengenakan cukai untuk

memungut hasil daripada orang-orang kaya dan


kemudiannya menggunakan hasil cukai tersebut untuk
perbelanjaan kerajaan, terutamanya memberi subsidi
dan bantuan kepada orang-orang miskin.
Dasar Fiskal/Belanjawan
Perbelanjaan Kerajaan
 Merupakan perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha
membangunkan negara dari aspek ekonomi, sosial dan politik.
 Jumlah perbelanjaan kerajaan bergantung kepada keputusan
kerajaan dan keadaan ekonomi negara.
 Kerajaan membelanjakan wang antaranya untuk:
 Membayar gaji kakitangan kerajaan

 Projek penyelidikan dan pembangunan

 Projek infrastruktur dan lain-lain

 Untuk tujuan seperti di atas, kerajaan akan menyediakan bajet


untuk tahun akan datang dan membentangkannya di Parlimen.
Dasar Fiskal/Belanjawan
Perbelanjaan Kerajaan (samb)
 Terdapat dua (2) jenis perbelanjaan kerajaan iaitu
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
 Perbelanjaan mengurus:

 Merujuk kepada pembiayaan perbelanjaan bagi tujuan

penggunaan kerajaan seperti membeli kertas, menyewa


pejabat, membayar gaji kakitangan kerajaan, pencen,
subsidi
 Perbelanjaan pembangunan:

 Melibatkan pelaburan dalam projek-projek tertentu seperti

membina hospital, sekolah, keselamatan


Dasar Fiskal/Belanjawan
Perbelanjaan Kerajaan (samb)
 Terdapat tiga (3) sumber kewangan kerajaan iaitu:
 1.Mencetak wang
 2. Meminjam dari masyarakat

 3. Mencukai pendapatan masyarakat


Dasar Fiskal/Belanjawan
Sistem Pencukaian
Cukai merupakan sumber utama pendapatan kerajaan
yang akan digunakan untuk melakukan perlbagai
perbelanjaan.
Cukai yang dikenakan oleh kerajaan bole dibahagikan
kepada dua (2) iaitu:
 Cukai langsung

 Cukai tak langsung


Dasar Fiskal/Belanjawan
Sistem Pencukaian (samb)
1. Cukai Langsung
 Cukai yang dikenakan secara langsung terhadap individu
atau badan yang wajib dikenakan cukai.
 Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang

lain.
 Contoh: cukai pendapatan individu, cukai pendapatan

syarikat, cukai harta benda dan cukai jalan


Dasar Fiskal/Belanjawan
Sistem Pencukaian (samb)
2. Cukai Tak Langsung
 Cukai yang dikenakan secara tak langsung terhadap
pihak yang perlu membayar cukai.
 Beban cukai ini boleh dipindahkan kepada orang lain,

misalnya pengeluar boleh memindahkan cukai (cukai


jualan) yang dikenakan oleh kerajaan kepada pengguna
dengan memasukkan nilai cukai tersebut dalam harga
barang yang dijual.
 Contoh: cukai jualan, cukai perkhidmatan.
Dasar Fiskal/Belanjawan
Tiga (3) jenis kadar cukai iaitu:
1. Kadar cukai regresif
2. Kadar cukai proposional/sebanding
3. Kadar cukai progresif
Dasar Fiskal/Belanjawan
 Jenis Kadar Cukai
 1. Kadar Cukai Regresif
 Kadar cukai dikenakan akan semakin menurun apabila
pendapatan semakin bertambah iaitu di mana pada tingkat
pendapatan rendah, kadar cukai dikenakan adalah tinggi dan
pada tingkat pendapatan tinggi, kadar cukai dikenakan adalah
rendah.
 Jumalah cukai yang dikenakan adalah tetap.

 Contoh: cukai jalan, cukai import, cukai sekali gus (lump sum)

Pendapatan (RM) Jumlah Cukai (RM) Kadar Cukai (%)


0 500 -
1000 500 50
2000 500 25
Dasar Fiskal/Belanjawan
 Jenis Kadar Cukai (samb)
 2. Kadar Cukai Proposional / Sebanding
 Kadar cukai dikenakan tidak akan berubah atau tetap
walaupun pendapatan berubah.
 Walaupun kadar cukai adala tetap tetapi jumlah cukai yang

dikenakan akan bertambah apabila pendapatan bertambah.


 Contoh: cukai pendapatan syarikat

Pendapatan (RM) Jumlah Cukai (RM) Kadar Cukai (%)


0 - -
1000 200 20
2000 400 20
Dasar Fiskal/Belanjawan
Jenis Kadar Cukai (samb)
 3. Kadar Cukai Progresif
 Kadar cukai yang dikenakan adalah semakin tinggi apabila
pendapatan semakin bertambah.
 Jumlah cukai yang dikenakan adalah semakin banyak apabila

pendapatan semakin bertambah.


 Contoh: cukai pendapatan individu

Pendapatan (RM) Jumlah Cukai (RM) Kadar Cukai (%)


0 - -
1000 – 2500 20 – 50 2
2501 - 4000 125 - 200 5
Dasar Kewangan
Definisi Dasar Kewangan:
Dasar yang dijalankan oleh kerajaan melalui Bank Pusat
(Bank Negara Malaysia) bagi mempengaruhi aktiviti ekonomi
negara dengan mengawal bekalan wang dan kadar bunga
dalam ekonomi.
Dasar ini dapat menangani masalah ketidakstabilan tingkat
harga umum, tingkat guna tenaga, imbangan perdagangan
dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Sekirannya ekonomi mengalami kemelesetan, dasar
kewangan mengembang dilaksanakan, dan sekiranya
ekonomi berkembang terlalu pesat, dasar kewangan
menguncup akan dilaksanakan.
Dasar Kewangan
Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada dua (2)
jenis iaitu:
Dasar kewangan kuantitatif
 Langkah-langkah Bank Pusat untuk mengawal jumlah wang
yang beredar dalam ekonomi dan tingkat kadar bunga di
pasaran dengan mempengaruhi tingkat deposit semasa di bank
perdagangan.
Dasar kewangan kualitatif
 Langkah-langkah Bank Pusat berbentuk insentif yang bertujuan
mengatur danmempengaruhi corak pinjaman dan pelaburan
yang dilakukan oleh bank perdagangan dan institusi kewangan
lain.
Dasar Kewangan
Dasar Kewangan Kuantitatif
Tiga (3) jenis alat dasar kewangan kuantitatif ialah:
 1.Keperluan Rizab Berkanun
 Merupakan peratusan daripada jumlah deposit bank

perdagangan yang wajib disimpan di Bank Pusat


 2. Kadar Bank atau Kadar Diskaun
 Merupakan kadar bunga minimum yang perlu dibayar oleh

bank perdagangan kepada Bank Pusat sekiranya bank


perdagangan membuat pinjaman daripada Bank Pusat.
Dasar Kewangan
Dasar Kewangan Kuantitatif (samb)
 3.Operasi Pasaran Terbuka
 Melibatkan penjualan dan pembelian surat jaminan

kerajaan di pasaran terbuka oleh Bank Pusat.


Dasar Kewangan
Dasar Kewangan Kualitatif
Dua (2) alat dasar kewangan kualitatif iaitu:
 1.Kawalan Kredit atau Pinjaman Secara Terpilih
 Merupakan bantuan pinjaman yang diberikan kepada

sektor swasta terpilih yang menjalankan kegiatan yang


diberi keutamaan dalam sektor ekonomi tertentu.
 2. Pujukan Moral
 Melibatkan pertemuan langsung antara Bank Pusat dengan

bank-bank perdagangan bagi menerangkan matlamat


ekonomi negara dan dasar kerajaan serta memujuk bank
perdagangan supaya melaksanakan langkah-langkah yang
sesuai bagi menjayakan matlamat ekonomi dan dasar
kerajaan tersebut.
Dasar Kewangan
Kesan Dasar Kewangan Ke Atas Penawaran Wang

Dasar Kewangan Kesan Ke Atas Penawaran Wang

1. Keperluan Rizab Berkanun Apabila peratusnya dinaikkan oleh Bank


Pusat, ia akan mengurangkan keupayaan bank
perdagangan memberi pinjaman, maka
penawaran wang di dalam ekonomi akan
berkurangan.

Apabila peratusnya dikurangkan, ia akan


meningkatkan keupayaan bank perdagangan
memberi pinjaman, maka penawaran wang di
dalam ekonomi akan meningkat.
Dasar Kewangan
Kesan Dasar Kewangan Ke Atas Penawaran Wang (samb)

Dasar Kewangan Kesan Ke Atas Penawaran Wang


2. Kadar Bank atau Kadar Apabila kadarnya dinaikkan terhadap bank
Diskaun perdagangan, ia mengurangkan kepayaan
bank perdagangan untuk memberi pinjaman,
maka penawaran wang di dalam ekonomi
akan berkurangan.

Apabila kadarnya dikurangkan terhadap bank


perdagangan, ia meningkatkan kepayaan bank
perdagangan untuk memberi pinjaman, maka
penawaran wang di dalam ekonomi akan
bertambah.
Dasar Kewangan
Kesan Dasar Kewangan Ke Atas Penawaran Wang (samb)

Dasar Kewangan Kesan Ke Atas Penawaran Wang


3. Operasi Pasaran Terbuka Apabila Bank Pusat bertindak membeli bon
atau surat jaminan kerajaan daripada bank
perdagangan dan orang ramai, penawaran
wang di dalam ekonomi akan meningkat.

Apabila Bank Pusat bertindak menjual bon


atau surat jaminan kerajaan daripada bank
perdagangan dan orang ramai, penawaran
wang di dalam ekonomi akan berkurangan.
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
 Pertumbuhan ekonomi adalah pengukur prestasi sebuah ekonomi.
 Kita boleh melihat pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti
pertambahan jumlah pengeluaran dari pelbagai sektor dalam
ekonomi.
 Semakin pesat kadar pertumbuhan ekonomi sebuah negara,
semakin tinggi kemakmuran, maka semakin banyak hasil yang
diperoleh daripada cukai.
 Pembangunan ekonomi bukan sahaja berkait dengan pertumbuhan
pendapatan tetapi juga kepada kemajuan atau pembaharuan
kegiatan ekonomi dan kepada usaha memodenkan sektor pertanian
dan industri, peningkatan dan agihan pendapatan, membasmi
kemiskinan dan hal-hal sosioekonomi yang lain seperti taraf buta
huruf dan kesihatan.
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
Mengira kadar pertumbuhan ekonomi
 Kadar pertumbuhan ekonomi = KNK 2 – KNK 1 x 100
KNK 1
Contoh: Diberi KNK 2007 = RM23
KNK 2006 = RM21
Kadar pertumbuhan ekonomi = RM23 – RM21 x 100
RM21
= 9.5%
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
Pertumbuhan Ekonomi dan Taraf Hidup
 Kadar pertumbuhan ekonomi digunakan untuk mengukur taraf
hidup penduduk sesebuah negara.
 Perbandingan dibuat berdasarkan KNK benar iaitu setelah
diambil kira kadar inflasi.
 Sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi meningkat setiap tahun,
kita boleh membuat kesimpulan bahawa taraf hidup penduduk
di negara tersebut juga meningkat dan sebaliknya.
 Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa peningkatan
perbelanjaan ketenteraan (seperti membeli kereta kebal, senjata
api) tidak akan meningkatkan taraf hidup, walaupun terdapat
KNK meningkat.
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
Punca Pertumbuhan Ekonomi
Terdapat lima (5) faktor yang menjadi punca pertumbuhan
ekonomi iaitu:
1. Anugerah kekayaan alam
2. Tenaga buruh mahir
3. Tingkat tabungan dan pelaburan
4. Sistem sosial, kebudayaan dan politik
5. Perluasan pasaran
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
 Punca Pertumbuhan Ekonomi (samb)
 1. Anugerah kekayaan alam
 Anugerah kekayaan alam sesebuah negara terdiri daripada tanah,
iklim, hasil hutan, laut dan galian.
 Sumber alam yang dimiliki memudahkan sebuah negara untuk
membangunkan ekonominya.
 Contoh: Negara-negara Arab mempunyai dapat membangunkan
ekonominya kerana kaya dengan sumber minyak.
 2. Tenaga buruh mahir
 Tenaga buruh mahir membolehkan kegiatan ekonomi yang
menggunakan teknologi yang canggih dan rumit dilakukan kerana
tingkat teknologi tinggi dapat meningkatkan pengeluaran dengan
jumlah input/sumber yang sama.
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
 Punca Pertumbuhan Ekonomi (samb)
 3. Tingkat tabungan dan pelaburan
 Tingkat tabungan dan pelaburan merupakan sumber modal yang
diperlukan oleh kerajaan untuk pelaburan bagi:
 membina infrastruktur seperti jalanraya, pelabuhan dan
telekomunikasi
 membina kemudahan sosial seperti sekolah, bekalan air dan
elektrik
 Tingkat pelaburan yang tinggi membolehkan pengeluaran
dilakukan lebih efisyen.
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
 Punca Pertumbuhan Ekonomi (samb)
 4. Sistem sosial, kebudayaan dan politik
 Pembangunan ekonomi yang pesat memerlukan suasana politik
yang stabil.
 Cara hidup dan fikiran masyarakat boleh memberi ransangan

yang besar kepada pertumbuhan ekonomi, misalnya mudah


menerima perubahan idea dan teknologi baru.
 5. Perluasan pasaran
 Pasaran yang luas memerlukan negara meningkatkan jumlah

pengeluaran negara bagi memenuhi permintaan di dalam dan di


luar negara.
 Pengeluaran yang tinggi membolehkan pertumbuhan ekonomi

yang pesat dapat dinikmati oleh penduduk.


Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
Kebaikan Pertumbuhan Ekonomi
Terdapat lima (5) Kebaikan pertumbuhan ekonomi iaitu:
 1. Meningkatkantaraf hidup penduduk.
2. Meluaskan pasaran barang dan perkhidmatan
tempatan.
3. Meningkatkan pelaburan asing ke dalam negara.
4. Meningkatkan penyediaan infrastruktur dan
kemudahan
sosial.
5. Mengurangkan pengangguran dan tahap kemiskinan.
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
Halangan kepada Pertumbuhan Ekonomi
Terdapat empat (4) faktor yang menghalang pertumbuhan
ekonomi di negara-negara membangun iaitu:
1. Pertambahan penduduk yang pesat
2. Masalah kekurangan modal
3. Masalah kekurangan usahawan dan tenaga mahir
4. Pertanian tradisional
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
 Halangan kepada Pertumbuhan Ekonomi (samb)
 1. Pertambahan penduduk yang pesat
 Ini menimbulkan beberapa kesan negatif iaitu:
a) apabila kadar pertambahan penduduk melebihi kadar
pertambahan keluaran negara, maka pendapatan per
kapitanya akan jatuh dan seterusnya kadar kemakmuran
penduduk akan menurun.
b) masalah pengangguran akan menjadi semakin buruk sebab
kadar pertumbuhan ekonomi tidak dapat menyediakan
peluang pekerja yang cepat.
c) penduduk yang ramai memerlukan lebih banyak kemudahan
sosial yang akan mengurangi pelaburan yang produktif.
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
 Halangan kepada Pertumbuhan Ekonomi (samb)
 2. Masalah kekurangan modal
 Ini akan menjejaskan kegiatan pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi.
 Dalam negara membangun, kadar tabungan adalah rendah
kerana tingkat pendapatan adalah rendah. Oleh yang demikian,
negara-negara ini perlu meminjam daripada negara maju.
 3. Masalah kekurangan usahawan dan tenaga mahir
 Ini akan menyebabkan perlaksanaan projek pembangunan
tergendala atau tidak dapat dijalankan.
 Untuk mengatasi masalah ini, kemajuan sistem pendidikan amat
diperlukan.
Pertumbuhan Ekonomi dan
Pembangunan
 Halangan kepada Pertumbuhan Ekonomi (samb)
 4. Pertanian tradisional
 Sebahagian besar penduduk terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam sektor pertanian yang masih
mengamalkan cara tradisional akan menyebabkan kadar
pertumbuhan ekonomi terjejas.
 Kekurangan modal, pengetahuan, teknologi moden dan
infrastruktur menyebabkan daya pengeluaran mereka sangat
rendah.
 Oleh sebab itu, pendapatan mereka juga rendah dan tingkat
tabungan seterusnya tingkat pelaburan juga akan rendah.
Terma
Pertumbuhan ekonomi Kadar cukai progresif
Barang awam Dasar kewangan
Dasar fiskal Dasar kewangan kuantitatif
Perbelanjaan kerajaan Dasar kewangan kualitatif
Perbelanjaan mengurus Keperluan rizab berkanun
Perbelanjaan pembangunan Kadar bank
Cukai langsung Operasi pasaran terbuka
Cukai tak langsung
Kadar cukai regresif
Kadar cukai proposional
Tamat

Anda mungkin juga menyukai