Anda di halaman 1dari 8

BAB 14 KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULAJADI

Sumbangan hutan kepada terhadap kehidupan manusia memang tidak


dapat dinafikan. Kehidupan manusia tentu sukar tanpa tumbuh-
tumbuhan. Hidupan liar juga akan kehilangan sumber makanan dan
tempat berlindung.

Terdapat beberapa kepentingan tumbuhan semula jadi. Antaranya ialah :

1 Membekalkan oksigen kepada manusia melalui proses fotosintesis.

2.menyederhanakan suhu melalui:

a) proses fotosintesis dan sejat peluhan.

b) Silara / payung yang menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke


permukaan bumi - mengurangkan kadar luluhawa fizikal,

3. Menghalang tiupan angin kencang.

4. Sumber kayu balak (kayu keras / lembut). Contohnya kayu cengal, jati,
keruing, meranti dan lain-lain.
5. Sumber perubatan tradisional. Tumbuhan yang biasa digunakan sebagai
perubatan seperti gandarusa, asam jawa, pokok putat, kacip fatimah,, dan
tongkat ali.Tumbuh0tumbuhan ini digunakan sama ada bahagian akar,
pucuk, daun matang, kulit, bunga dan buahnya.

6. Bekalan kain bulu untuk industri kasut / pakaian

7. Habitat Fauna : Hutan menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan


bagi hidupan liar. Sekiranya hutan musnah, pelbagai spesies flora dan fauna
akan kehilangan habitat dan sumber makanan.
Habitat Flora

Hutan juga berfungsi sebagai habitat flora.

8. Mengekalkan rantaian makanan haiwan herbivor

9. Sumber kraftangan seperti rotan dan buluh.

Mengkuang dijadikan bahan untuk kraf tangan.


10. Kawasan tadahan hujan.
Kawasan tadahan merupakan suatu kawasan di mana hujan turun dan terkumpul
membentuk saliran semula jadi.
Air merupakan sumberutama kepada manusia. Apabila hujan turun di kawasan tanah
yang tinggi yang diliputi hutan, air hujan akan menyerap ke dalam tanah dan tidak
mudah tersejat.
Kawasan Tadahaan Hujan.

11. Akar pokok memperlahankan aliran air hujan - mengurangkan hakisan tanah.

Hakisan Tanah.

Tanah Runtuh.
12. Kawasan rekreasi / pelancongan melalui aktiviti tracking, mendaki gunung,
dan sebagainya.

13. Menggalakkan proses larut resap- punca air bagi sungai.

Sungai.

14. Akar pokok mengurangkan kelajuan aliran air - kurangkan hakisan.

15. Mengurangkan bebanan sungai - menghalang berakunya banjir.


16. Mengekalkan kesuburan tanah - membekalkan humus / nutrien.
 

 
 

17. Pekerjaan bagi pemburu / pembalak / renjer.

18. Kawasan eko pelancongan

Taman Negara dan hutan simpan dibangunkan sebagai tempat rekreasi dan
pelancongan.

Contoh tempat eko-pelancongan adalah Taman Negara di Pahang, Hutan


Endau- Rompin, Taman Negara Kinabalu, dan Gunung Ledang di Johor.
19. Pembiakan Hidupan Laut

Hutan paya air masin dan hutan paya air tawar menjadi tempat pembiakan bagi
ikan , udang, siput, dan ketam.

Hidupan laut ini menjadi hasil tangkapan nelayan dan menjadi sumber protein.

20. Keseimbangan Ekosistem

Tumbuh-tumbuhan semulajadi sangat penting dalam mengimbangi ekosistem.


Ekosistem adalah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dengan
benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai