Anda di halaman 1dari 2

Esei

Sebagai warganegara Malaysia yang hanya dengan semagat patriotismenya. Saya sentiasa
ingin memastikan bahawa permainan tradisional yang wujud dalam kalangan masyarakat ini
sentiasa berkekalan dan tidak luput ditelan dek zaman yang kian membangun ini.

Terdapat pelbagai usaha yang boleh dijalankan bagi memastikan permainan tradisional di
negara ini sentiasa kekal. Dengan adanya berbagai-bagai program atau aktiviti yang berhubung
kait dengan sukan dan permainan, ia dapat meningkatkan perpaduan antara kaum. Contohnya,
sukan antarabangsa, ia dapat mewujudkan semangat muhibah sesama kaum malah sifat saling
menghormati dapat dipupuk dalam kalangan mereka yang terdiri daripada berbilang bangsa.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kesukanan sama ada di peringkat negeri atau
negara juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Hal ini bukan sahaja dapat menyihatkan
tubuh badan kita malah dapat membentuk sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam kalangan
pasukan.

Tambahan pula, kerjasama antara pasukan dapat dibentuk dalam diri mereka. Ini kerana,
semasa bertanding mereka perlu bekerjasama bagi menumbangkan lawan mereka. Inilah
dikatakan semangat untuk berjuang.

Dalam hal ini juga, semangat nasionalisme dapat ditanam dalam diri mereka seterusnya
dapat meningkatkan pemahaman dan penghargaan tentang amalan budaya bagi setiap bangsa.
Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama baik negara masing-
masing. Ini menunjukkan rasa cinta mereka kepada tanah air.

Walaubagaimanapun, sifat berani dan sabar dapat diterapkan dalam diri mereka meskipun
berada dalam situasi yang tegang. Mereka perlu sabar ketika menghadapi situasi yang
memerlukan mereka untuk bijak mengawal emosi.
Secara tuntas, pelbagai usaha boleh dijalankan bagi mengekalkan permainan tradisional
di negara kita. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu, bersatu tenaga bagi memastikan
permainan tradisional di negara kita sentiasa terpelihara untuk tontonan generasi akan datang.
Dengan adanya permainan tradisional, ia menggambarkan keunikan dan budaya kesenian di
negara Malaysia. Seterusnya semua kaum dapat menjaga maruah negara memandangkan negara
kita mempunyai keunikan kaumnya yang terdiri daripada Melayu, Cina, India serta pelbagai
kaum etnik di Sabah dan Sarawak. Keadaan ini dapat diperkukuh dengan adanya sifat
menghormati raja dan pemimpin.