Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Saya sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kerja kursus dalam tempoh
masa yang ditetapkan, Dalam melaksanakan kerja kursus ini, banyak pengetahuan dan nilai yang
saya perolehi dan dipelajari.

Saya dapat pengetahuan tentang permainan tradisional kaum melayu di Malaysia. Oleh
itu sebagai generasi yang masih hidup di zaman nan moden dan aman ini, saya mesti menghargai
nikmat pemberian tuhan yang dikecapi dalam berusaha mengekalkan permainan tradisional
tersebut. Untuk mengekalkan keamanan, kita harus sedar bahawa kerjasama, persefahaman dan
tolak ansur sangat penting untuk menanam keamanan di negara kita.

Disamping itu, kita dapat menarik minat etnik lain dan pelancong dating ke negara kita.
Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum lain dengan kaum di negara kita.

Dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan
dan kerja sama antara rakan-rakan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna dan
kemas. Saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dan meningkatkan
kemahiran komunikasi antara satu sama lain.