Anda di halaman 1dari 4

LUBANG UJIAN DAN LUBANG JARA

Lubang jara
Lubang jara adalah lubang yang dikorek untuk penyiasatan tapak. Kedalaman
lubang jarabergantung kepada keadaan jenis-jenis tanah, jenis – jenis ujian tanah
dan kaedah penjaraan.Terdapat beberapa kaedah untuk menghasilkan lubang jara
iaitu, gerimit tangan, penjera tukula,gerimit mekanik, penjaraan hasil-hakis,
penggerudian putar.

Lubang ujian
Lubang ujian adalah lubang yang digali di dalam tanah sekadar untuk memasukkan
tangga.Biasanya kedalaman maksimum dihadkan kepada 4m. Tepian lubang
hendaklah diperiksadengan teliti. Melalui kaedah ini keadaan air tanah dapat
ditetapkan dengan tepat sampel tanah

 OBJEKTIF UJIAN

i. Untuk mengenal pasti sama ada tapak itu sesuai bagi kerja-kerja yang di
cadangkan
ii. Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi.
iii. Untuk meramal dan mengambil langkah yang sesuai bagi mengatasi sebarang
kerumitan yang mungkin timbul semasa pembinaan yang disebabkan oleh
keadaan
tanah dan keadaan tempatan yang lain.
iv. Untuk menyiasat kejadian atau sebab berlakunya perubahan keadaan sama
ada secara semulajadi atau disebabkan oleh perkara lain.
 PROSEDUR KERJA

Lubang Jara

Atucara kerja di tapak


i. Tanah dikorek dengan gerimit sedalam 1m.
ii. Tiub contoh disambung pada alat pencontoh.
iii. Alat pencontoh diturunkan sampai ke bawah lubang dan kemudian di tekankan ke
dalam tanah.
iv.Selepas tiga contoh tanah tidak terusik dari lubang itu didapati , dapatkan lebih
kurang 5 kg tanah sebagai contoh terusik. Simpan contoh tanah terusik dalam beg
dan di bawa ke makmal.

3.4.2 Atucara di makmal


1. Acuan berbelah digariskan dan dipasang acuan berbelah pada pengeluar. Contoh
tak terusik dikeluarkan dari tiub contoh ke dalam acuan berbelah dan potong kedua-
dua hujung tak terusik dekat acuan dengan gergaji kawat.
2. Garis pusat dan panjang contoh diukur tepat pada 0.5mm. Jisim contoh ditimbang
tepat dan cari ketumpatan gembur (pb)
3. Cara kerja untuk mendapatkan kandungan
4. Satu tin kandungan lembapan yang bersih dan kering di timbang denagn tepat .
Lebih kurang 30 gram tanah dari dari contoh diambil dan diletakkan dalam tin.
5. Tanah basah dan tin ditimbang dan keringkan dalam oven selama 24 jam dan
ditimbang sekali lagi.
Alatan untuk ujian lubang jara : gerimit tangan

Perbezaan Jenis tanah


a. Keadaan geologi di tapak.
Tanah liat - lubang jara
Tanah berpasir - lubang jara, peralatan persampelan
Tanah kemas/padat - lubang ujian
Batuan lembut diatas GWT lubang ujian
Kelebihan dan kekurangan

Lubang ujian

Kelebihan Keburukkan
 dalam mempamerkan strata tanah  kedalaman terhad (2 – 3 m)
bagi pemeriksaan secara kasar  Pengorekan yang lebih dalam
memerlukan tenaga manusia
 Bahagian tepi lubang mestilah di
tupang dengan kayu secukupnya

Lubang jara

Kebaikan yang dapat dilihat melalui gerimit tangan ini salah satunya adalah
peralatan ini mudah untuk dibawa kekawasan tanah yang hendak diuji. Tenaga untuk
membawa adalah kecil dan memberi ruang kemudahan kepada sesiapa terutamanya
kontraktor kelas rendah untuk menggunakannya untuk membuat rumah kos rendah
atau kampung. Selain itu, kebaikannya ialah tidak memerlukan kos yang tinggi untuk
mendapatkannya berbanding peralatan-peralatan lain seperti rig penjaraan yang
memerlukan unit kuasa yang tinggi. Seterusnya, tidak memerlukan tenaga buruh
yang ramai dalam mengendalikan alat tersebut. Dua orang tenaga buruh sahaja
sudah memadai untuk mengendalikan alat gerimit tangan ini. Kebaikan yang jarang
di dapati bagi gerimit tangan ini berbanding dengan peralatan untuk menghasilkan
lubang jara ini ialah alat yang mudah untuk disimpan kerana tidak memerlukan
ruangan yang besardan ianya juga boleh ditukar kepada beberapa jenis mata gerimit
mengikut kesesuaian tanah.

Anda mungkin juga menyukai