Anda di halaman 1dari 1

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi masa kini, perubahan kehidupan manusia

dalam pelbagai dimensi berlaku dengan begitu pantas. Perubahan tersebut, sama ada
secara langsung atau tidak, merupakan faktor pendorong kepada institusi pendidikan
untuk melakukan perubahan terhadap kurikulumnya bagi memastikan sekolah akan dapat
terus memainkan peranannya dengan berkesan untuk menyediakan pelajar dengan
kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian bagi menghadapi perubahan tersebut.
Bagaimana pun, sebarang bentuk perubahan sarna ada dipanggil reformasi kurikulum,
inovasi kurikulum, baik di peringkat makro atau mikro, akan memerlukan guru untuk
membuat pengubahsuaian dalam amalan pengajarannya (Dow, Whitehead, & Wright,
1984). Bukti-bukti penyelidikan menunjukkan kebanyakan guru menghadapi kesukaran
mengubah kebiasaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan perubahan (Fullan &
Miles, 1992).
Sehubungan dengan penyesuiaan guru untuk melaksanakan perubahan kurikulum
tersebut, pakar-pakar bidang perkembangan guru seperti Burden (1990), Fuller (1969),
Glathom dan Fox (1996) serta Hall dan Loucks (1978) bersetuju tumpuan guru adalah
pembolehubah penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan juga gerak balas guru
bagi melaksanakan sesuatu inovasi atau perubahan kurikulum dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai