Anda di halaman 1dari 1

1.

daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan
urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan
angin.daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti
angin meroyan dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak
sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi
mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.membantu mengubati masalah
sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut
(sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.menambahkan aroma hidangan serta membantu
meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat
kesihatansistem dalaman badan.membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
2. serai wangi boleh menghalau lipas.. caranya ketuk serai wangi kemudian letakkan ditempat yang ada lipas.
insyaalah lipas akan hilang
3. bahan-bahannya: 10 biji kelapa untuk diambik santannya dan secekak pokok serai wangi (ambil semua
bahagian termasuk akarnya). 10 biji kelapa tadi diperah santannya seeloknya waktu pagi, masukkan
santan dalam kuali 24 inci (besar gak kuali ni). letak atas dapur arang(lebih kurang 5 kati arang diperlukan untuk proses
ni). Serai wangi ditumbuk(blend) hingga halus. masak santan dengan serai wangi selama lebih kurang 6 jam hingga
santan menjadi minyak. kacau sekali sekala.dapat banyak betul minyak kalau guna 10 biji santan ni,
mungkin boleh share ngan kawan2. satu hari nanti kalau myherba buat gathering boleh le kita buat projek ni
ramai2...:) minyak ni berguna untuk sakit2 urat dan ada kesan aromaterapi untuk menenangkan jugak.