Anda di halaman 1dari 8

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH CAWANGAN


NEGERI SEMBILAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

KESUSASTERAAN MELAYU

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.

2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.

3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya


terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada
pengawas peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

Bahagian Satu
2215 © 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT
[40 markah]

Jawab semua soalan.

Puisi A

Hari ini menugal jagung,


Hari esok menugal jelai,
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.

(Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyebut)

1. (a) Apakah jenis puisi di atas ? [1 markah]

(b) Nyatakan tiga ciri puisi di atas. [3 markah]

2.
Taming Sari pun segera berlari-lari serta ditikamnya akan Tun Tuah,serta
katanya,”Siapa engkau maka terlintang di hadapanku ini?”Maka Tun Tuah
melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya,”Akulah hulubalang
raja Melaka,Syahadan akulah yang bernama laksamana,hulubalang pada tanah
Melayu; dan engkau siapa?”Akulah penjurit tua kepada tanah Majapahit.”

(Dipetik daripada cerita Pahlawan Terbilang Kerajaan Gemilang)

Nyatakan dua perwatakan Hang Tuah dalam petikan tersebut. [4 markah]

3.
Alkisah, tersebutlah perkataan Tajul Muluk setelah dihalaukan oleh baginda
maka ia pun mengubah pakaian serta masuk mengembara ke dalam hutan
membawa nasibnya jumpa dengan angkatan anak-anak raja berempat itu.

(Dipetik daripada cerita Bunga Bakawali)

Cerita Bunga Bakawali tergolong dalam karya Sastera Hikayat.


Berikan dua bukti berserta contoh bagi menyokong penyataan itu. [4 markah]

4. menguning emaslah
padiku sayang
melimpah tuah
keringat terbuang.

2215 © 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT
(Dipetik daripada sajak Sayang Disayang oleh Dharmawijaya )
(a) Nyatakan dua maksud rangkap puisi di atas. [4 markah]

5.

DATUK SINDA MAHARAJA : Saya tidak menentang. Saya tidak menentang

Rustam atau tuan-tuan semua. Jangan tuan-tuan fikir saya benci kepada
Rustam, kepada anak buah saya sendiri, atau saya sayang kepada
Jauhari. Tidak. Soalnya, Rustam sudah menikam orang dan orang itu
entahkan sudah mati. Rustam mesti dihadapkan pada sidang adat.
Perkaranya mesti dikaji dari segi peraturan dan undang-undang.

(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua nilai murni berserta contoh.


[4 markah]

6.
TUN BAMBANG : Titah baginda Raja Abdullah minta Datuk buatkan
hikayat persetua dan peraturan dan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya
sekali. Supaya diketahui oleh anak cucu kita, diingatkan kepada mereka siapa
beroleh faedah daripadanya.

TUN SERI LANANG : Terima kasih, Tun Bambang. Sudi baginda


memberikan kepercayaannya kepada kita. Sungguh tanggungjawab kita pada
menyempurnakan titah baginda itu. Membuat hikayat itu bukannya mudah.

(Dipetik daripada drama Tun Seri Lanang...

oleh Shaharom Hussain)…

Nyatakan dua latar masyarakat berserta contoh daripada petikan di atas.


[4 markah]

7.
Kata Encik Mahmud : ”Saya tak dapat menceritakan bagaimana besar hati saya
mendapat peluang ini. Saya cuma dapat mengucapkan syukur saja dan saya
berazam akan bekerja keras menolong membanyakkan barang-barang makanan
untuk kaum kita di Syonan.
(Dipetik daripada cerpen Ke Bintan-To,...

oleh A. Samad Ismail)…

2215 © 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT
Nyatakan dua mesej yang terdapat dalam petikan. [4 markah]
8.
Mereka makan nasi dengan lauk ikan tamban dan sayur. Masakan mak long
payah ditandingi, tapi selamanya Hanim merasa tidak senang duduk berhadapan
dengan ibu saudaranya. Mereka tidak banyak berkata-kata, kerana memang antara
mereka tidak banyak yang dapat diperkatakan. Hanya satu soalan Hanim – soalan
yang hampir setiap hari terbit dari mulutnya:
”Mak long, ada surat dari ayah?”
(Dipetik daripada cerpen Hujan
Gerimis,...
oleh Khalidah Adibah Amin)

Berdasarkan petikan di atas, jelaskan dua teknik penceritaan berserta contoh.


[4 markah]

9.
”Aku sudah mengalami saat yang paling buruk dalam hidup. Tak perlulah aku
ceritakan tentang kesusahan hidup dan segala masalah yang aku hadapi. Kalau gagal
pun aku tak akan berasa sedih kerana dalam diri aku sudah tidak ada baki kesedihan.
Semua kesedihan sudah kucurahkan. Aku sudah tidak punya kesedihan lagi.”

(Dipetik daripada novel


Restu...
oleh Ismail Kassan)…

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua persoalan berserta contoh. [4 markah]

10.
”Ikram doa emak dah makbul. Syukur kepada Allah. Seorang bidadari telah
dihantar kepada emak. Bidadari inilah yang telah merawat dan menjaga emak
selama terlantar sakit. Dia yang membelikan makan minum. Dia yang menyuapkan
emak. Dia yang memandikan emak. Gadis itu anak contoh. Kalau emak dah tua
nanti, dia akan terus menjaga emak begitu. Hatinya baik! Namanya Zaleha. Dia
tinggal di Johor Bahru. Emak harap engkau akan dapat menerima dia. Orangnya
cantik, budi bahasanya baik. Pengetahuan agamanya juga tinggi.”

(Dipetik daripada novel


Restu...
oleh Ismail Kassan)…

Senaraikan empat ciri gadis contoh yang terdapat dalam petikan ini.
2215 © 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT
[4 markah]

Bahagian Dua

[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PUISI A

Apabila mendengar akan khabar,


Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,


Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah-lembut,


Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,


Lekaslah orang sekalian gusar.

PUISI B

Jika tidak keras kemahuan,


Tentulah kapal berpaling haluan,
Cita-cita tinggi tentu tertawan,
Pelayaran tak sampai ke mana tujuan.

(Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyebut)

(a) Nyatakan jenis Puisi A dan Puisi B. [2 markah]

(b) Jelaskan empat mesej yang terdapat dalam puisi A. [8 markah]

2215 © 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT
(c) Nyatakan lima perbandingan bentuk antara pusi A dan puisi B.
[10
markah]

2. Berdasarkan cerita Usul Menunjukkan Asal :

(a) Jelaskan lima citra masyarakatt daripada prosa di atas. [10 markah]

(b) Bandingkan watak dan perwatakan Raden Galuh Cendera


Kirana dan Galuh Ajeng.
[10 markah]

Bahagian B

(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

DI PANTAI INI
(buat jojo)

Segalanya begitu tenang


di pantai ini
tidak ada ribut
tidak ada kabut
hari tidak hujan
juga tidak begitu panas
lautan biru
persis seperti diinginkan
tidak ada kerikil atau serpihan kaca
segalanya cukup terjaga.
beberapa orang kanak-kanak
berkejaran bermain seenaknya
sementara ayah dan ibu mereka
berbaringan atau bergurauan
di atas pasir putih bersih
segalanya begitu tenang
di pantai ini.

hanya kau
tiba-tiba berdiri
2215 © 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT
dan memekik sekuat hati.

LATIFF MOHIDIN

(a) Jelaskan tiga sikap penyajak. [6 markah]


(b) Huraikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak. [6 markah]
(c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan alam sekitar. [8 markah]

4. Berdasarkan drama Tikar Mengkuang Hamparan Bulu karya Abd. Talib Hassan :
(a) Jelaskan empat perwatakan Pak Desa. [8 markah]
(b) Huraikan enam kritikan masyarakat dalam drama. [12 markah]

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Pawana karya Zaharah Nawawi :

(a) Huraikan empat persoalan dalam cerpen. [8 markah]


(b) Jelaskan tiga latar tempat cerpen tersebut. [6 markah]
(c) Nyatakan tiga tindakan Noraini untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapinya. [8 markah]

6. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

”Li. Rozali! Aku tau engkau Rozali. Ini bukan cara yang baik untuk selesaikan
masalah. Kita boleh berunding. Kita boleh adakan peraturan melarang lori besar
masuk ke dalam kampung. Lori-lori milik engkau masih boleh terus mengangkut
hasil macam biasa.
Si tegap agak terkejut apabila Ikram menyebut nama Rozali. Ketiga-tiga
penyerang saling berpandangan. Kata-kata Ikram telah menimbulkan kemarahan
si penyerang. Dia segera merenggut kain hitam yang selama ini menutupi
identitinya.
”Ya, aku Rozali!”
(Dipetik daripada novel Restu, karya Ismail Kassan)…

(a) Nyatakan dua punca Rozali menyerang Ikram dalam petikan di atas.
[4
markah]
2215 © 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT
(b) Peristiwa dalam petikan di atas telah membawa kepada beberapa peleraian
dalam novel. Berikan empat contoh. [8 markah]

(c) Jelaskan empat peristiwa lain yang menggambarkan konflik dalam novel
tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2215 © 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT

Anda mungkin juga menyukai