Anda di halaman 1dari 2

Contoh Permainan

Nama Permainan : Pulau Mutiara

Bilangan Pemain : 4 orang atau lebih tetapi dalam bilangan genap tetapi tidak melebihi 12 orang.

Alatan Permainan :

1. Empat helai kain pelekat. (Sekiranya pemain seramai 8 orang)


2. Bola baling atau bola tampar
3. Jaring.

Cara Permainan :

1. Pastikan peserta terdiri daripada lapan orang atau dalam bilangan


genap. Sekiranya lapan orang permainan memerlukan dua
kumpulan iaitu empat sebelah.
2. Setiap kumpulan mempunyai dua kain pelekat.
3. Dua orang pemain untuk satu kain pelekat. Ini bermakna jika empat
sebelah 2 kain pelekat diperlukan untuk satu permainan.
4. Kedua-dua kumpulan perlu membuat hantaran kepada pasukan
lawan dengan menggunakan kain pelekat.
5. Bola yang dihantar dan disambut mestilah melepasi jaring.
Syarat-syarat :

1. Pemain mestilah terdiri daripada bilangan yang sama dari kedua-dua


kumpulan.
2. Hantaran yang dilakukan mestilah menggunakan kain pelekat dan
juga disambut dengan kain pelekat oleh pasukan lawan.
3. Sekiranya bola gagal disambut. Markah akan diberikan kepada
pasukan lawan.
4. Permainan akan terbatal sekiranya terdapat pemain yang
menggunakan tangan atau kaki untuk mendapatkan bola atau
menghantar bola.
5. Bola yang dihantar dan disambut mestilah melepasi jaring sekiranya
tidak giliran permainan akan diberikan kepada pasukan lawan.
6. Main secara berhemah dan tidak terlalu agresif.
Pengadilan :

1. Markah dikira berdasarkan jumlah bola yang berjaya disambut bukan


berjaya dihantar.
2. Markah satu diberikan kepada kumpulan yang berjaya menyambut
bola dan markah akan dipotong sekiranya terdapat mana-mana
pemain yang menggunakan kaki atau tangan.

Langkah Keselamatan :

1. Pastikan setiap pemain memanaskan badan sebelum bermain bagi


mengelakkan risiko kekejangan otot atau lenguh sendi.
2. Pemain perlu bijak mengawal bola agar tidak mengenai anggota
badan sekiranya hantaran bola agak kuat.
3. Semasa memegang kain pelekat pastikan kedua-dua pemain
bekerjasama dan jangan sekali-kali melepaskan kain sekiranya kain
di tarik dengan tegang. Sekiranya pemain berbuat demikian anda
mungkin terjatuh.
4. Sekiranya berlaku kecederaan segera dapatkan rawatan.

Anda mungkin juga menyukai