Anda di halaman 1dari 9

KISAH WANITA AGUNG (1) - ZINNIRAH

Posted by NISA' (MPM) | Labels: KISAH WANITA AGUNG | Posted On Friday, June 19,
2009 at 6/19/2009 03:50:00 AM

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi


suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan
aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi
setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam
mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah
Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin
dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang
membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah
ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul
pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke
dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir.
Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu
semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib
baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang
banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan
dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab
untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah,
tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan


orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya
keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada
peringkat awal keIslamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara
sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir,
membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan.
Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui
keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri
hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama
nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama
Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau
mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan
tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu
dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong
Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya
memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam
dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan
harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam.
Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang,
dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya
dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh
kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi
panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan
penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya
keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan
di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara
kerana aku sedar untuk mendapat syurga, aku terpaksa menagih ujian berat,
sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah
kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar
jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya
semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian


dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan
Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan
mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan
Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah
memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan
karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T.
dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.


Mar 19, '09 9:44 PM
Kisah Zinnirah
for everyone

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah


Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat
merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah
yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta
yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah
cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam
mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat


awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Muslimin dan
muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka.
Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga
dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari
ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa
setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah


antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah
demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam
lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk
menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima
hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah
S.A.W yaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara
sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.
Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk
Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa


Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar
di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar
Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi
fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah,
tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa
yang cukup kental dan tabah.
Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara
sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu
termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya
keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima
dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya,
Zinnirah melakukan perintah islam secara
sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar
Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca
Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan
keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan atas Zinnirah ini bermula setelah


tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar
telah dapat merasakan perubahan yang terjadi dalam
diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahwa
hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima
ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi
Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya.
Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mengancam
sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap
berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam
anaknya perempuannya hidup-hidup karena malu dipandang
masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah
mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang
daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian
Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin.
Maka, teruslah Umar menyiksa Zinnirah
dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama
asalnya dan meninggalkan Islam. Berbagai siksaan
dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, gertakan, tendangan
, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah
hal biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi
dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya
bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Puncak penyiksaan terhadap Zinnirah ialah ketika


matanya ditusk dengan besi panas. Beliau kehilangan
kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup
dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan
jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi
penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari
tuannya.
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan
ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.
Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan
sengsara karena aku sadar untuk mendapat syurga. aku
terpaksa mengarubgi ujian berat, sedangkan neraka itu
dipagari oleh berbagai kesenangan."
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat
kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di
atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin
kukuh. Imannya semakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin
Mekah. Berbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka
mengatakan Zinnirah buta karena dilaknat oleh tuhan
Latta dan Uzza. Mereka mengatakan itu karena Zinnirah
mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta
bukan karena tuhan mereka, sebaliknya ini adalah
perbuatan Umar dan Allah menetapkan ini terjadi.
Walaupun diuji dengan segala bentuk, keyakinannya
kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karunia
kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali
dengan karunia Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula
keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh
kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk
Islam jua.
Sunday, November 29, 2009
KISAH SEORANG ZINNIRAH

Dalam keseronokan melaksanakan jamuan kelas yang telah dirancang bersempena meraikan
habisnya peperiksaan dunia dan meraikan diri kami yang bakal memasuki program ijazah
[insya-Allah~~] secara rasminya bermula Januari 2010, kami masih tidak lari dari tazkirah dan
muhasabah yang ku rasakan amat bermakna sekali.

Betapa keindahan alam yang terbentang dapat menyentuh dan mengingatkan sanubari kecil ini
mengenai kebesaran dan kekuasaan Al-Khalik. Terdetik dihati alangkah kerdilnya diri ini
berbanding ciptaan-Nya yang lain, diri yang riwayatnya bermula dengan setitik air mani yang
amat hina hinggakan jika ia terjatuh ke atas tanah, tidak ada seekor pun ayam yang sudi
mematuk dan tidak ada seekor itik pun yang ingin menyudu..masya-Allah..

Larian air yang adakala tenang dan adakalanya deras membekas dalam jiwa ini lantas
mengajak akal berfikir, begitu jugalah kehidupan setiap insan di alam fana’ ini. Hidup kita pasti
tidak akan sunyi dari masalah juga ujian kerana dengan itu kita akan menjadi lebih kuat dan
dekat kepada-Nya serta dapat mendidik hati agar sentiasa bersyukur juga berbaik sangka
kepada Allah. Susah payah dan senang lenang, kedua-duanya adalah bentuk ujian Allah buat
hamba-hamba-Nya dalam meningkatkan kedudukan kita disamping-Nya, insya-Allah…

Kata-kata temanku [syukran sahabat ^^] mengenai perbandingan hubungan antara air
dan batu di tempat yang kami lawati itu langsung membangkitkan diriku yang telah lemas dalam
angan yang panjang, sungguh tidak ku sedari tentang itu..terima kasih sekali lagi wahai
sahabat.. Katanya, air dan batu merupakan dua unsur yang berlainan dan mempunyai sifat
serta ciri yang berbeza, namun mereka mampu untuk hidup bersama untuk jangka masa yang
lama sejak dari dulu hingga sekarang. Maka, kita sebagai manusia yang bersaudara atas satu
aqidah yang suci pasti dapat hidup dengan keadaan yang aman dan damai bahkan lebih baik
daripada itu kerana kita dikurniakan akal yang diberi kemampuan untuk membezakan perkara-
perkara yang hak dan yang batil. Moga kita dapat mencontohi hubungan yang terjalin antara air
dan batu tersebut,amiinn…

Paling tidak ku sangka ialah anugerah yang ku terima dalam majlis kecil tapi meriah ini.
Zinnirah. Nama seorang serikandi Islam yang masyhur dalam sejarah silam. Masyhurnya
kerana kekuatan dan kekentalan aqidah yang terbina dalam jiwanya walau diuji dengan
pelbagai rintangan. Terasa tidak layak untuk ku menyandang dan menerima anugerah yang ku
kira berat lagi tinggi darjatnya itu. Terlalu besar jurang yang tercipta antara diri yang serba
kekurangan ini dengan serikandi terbilang itu. Ku harap agar dapat mencontohi kekuatan dan
kemuliaan peribadinya dengan hati yang ikhlas dan istiqamah. Lantas ku cuba telusuri
perjalanan hidup seorang serikandi Islam yang bernama Zinnirah…

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome dan hidup dalam sebuah
keluarga yang sangat miskin serta serba kekurangan. Zinnirah terpisah daripada keluarganya
ketika tercetusnya satu peperangan besar dalam lipatan sejarah Rome kerana dia telah
ditawan. Sejak itu, dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Dia dilayan dengan
kasar dan diperlakukan seperti binatang oleh tuannya sepanjang menjadi hamba abdi.
Hinggalah akhirnya dia dijual di sebuah pasar di Mekah dan dibeli oleh Umar Al-Khattab yang
ketika itu masih belum memeluk Islam dam amat memusuhi Rasulullah SAW dan kaum
muslimin.

Zinnirah pernah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.


Perkenalan itu akhirnya menjadi asbab akan sampainya Nur Islam yang menyinari terang jiwa
Zinnirah. Hamba itu menerangkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan penerangan yang
tulus itu membuka hati Zinnirah untuk menerima Islam.

Secara fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi spiritualnya cukup kental dan tabah.
Pada peringkat awal keislamannya, dia melakukan ibadah secara rahsia kerana tuannya yang
amat membenci Islam ketika itu. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa
kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-
hati.

Penderitaan Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislaman Zinnirah. Umar


dapat menghidu perubahan hambanya itu dan dia telah mendengar gadis itu membaca Al-
Quran. Tahulah Umar bahawa Zinnirah telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh
Muhammad SAW dan ini telah menimbulkan kemarahan Umar terhadap Zinnirah. Umar
menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan meninggalkan Islam dan
kembali kepada agama asalnya. Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah lalu menjemurnya di
tengah panas terik padang pasir tanpa makan dan minum. Dia juga dipukul, dihentak dan
disepak terajang tanpa rasa belas dan ihsan dari tuannya itu. Semua itu dihadapi oleh Zinnirah
dengan penuh sabar disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.
Mulutnya juga tidak berhenti-henti membisikkan nama Allah..Allah..Allah…

Hingga satu tahap, Umar menyeret Zinnirah ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang.
Kedua mata Zinnirah dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkan hilang penglihatannya
dan darah bercucuran daripada matanya. Zinnirah diejek oleh kafir Quraisy yang percaya dia
dilaknat Latta dan Uzza. Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya
dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan
Umar dan Allah mengizinkannya berlaku. Hatinya begitu kukuh dengan keimanan kepada
Allah dan tetap yakin kepada-Nya yang Maha Esa.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di

akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku

sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu

dipagari oleh pelbagai kesenangan.”


Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepada-Nya sebagai penawar
segala penderitaan yang dialaminya.

Penderitaan Zinnirah itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar As-Siddiq dan Zinnirah
dibeli oleh Abu Bakar daripada Umar dengan harga yang tinggi. Walaupun diseksa dengan
pelbagai cara oleh Umar, Zinnirah tidak berdendam malah mendoakan agar Umar diberi
hidayah dan petunjuk daripada Allah. Dengan izin-Nya, mata Zinnirah yang buta itu dapat
melihat kembali bahkan sinaran matanya lebih bercahaya berbanding sebelumnya. Peristiwa
yang mengkagumkan ini telah menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah
tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata
kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan
kepada Allah…

ZINNIRAH

Hadirmu bersama kuntum sebak

Walau dirimu hamba tawanan


Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan


Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman


Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan


Hiasan dunia
Penyeri di firdausi

Kini, ku masih dalam mujahadah untuk menjadi lebih baik sesuai dengan maksud sabda
Baginda Rasulullah SAW yang mahukan umatnya hari ini menjadi lebih baik dari semalam dan
esok lebih baik dari hari ini. Buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, kuharap agar kalian
menegur kira ada kesalahan dan khilaf yang ku lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak.
Ku pinta agar tegurlah dengan cara yang berhikmah agar mudah untukku menerimanya dengan
hati yang terbuka kerana fitrah manusia susah untuk menerima kritikan dan teguran yang kasar
walau ia berlandaskan kebenaran. Doakanlah juga agar ku mampu untuk bertahan serta teguh
azam untuk meneruskan pengembaraan di jalan redha-Nya. Tidak ku mahu alami perubahan
yang sementara kerana ku inginkan nilai istiqamah dalam kamus hidupku dan berpasakkan
keimanan yang teguh kepada-Nya. Amat ku sayang akan tali silaturrahim yang terjalin ini yang
nilainya tiada tandingan dan izinkan ku untuk terus menghargainya teman…

Anda mungkin juga menyukai