Anda di halaman 1dari 3

Soalan : Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan baik

oleh manusia.

Jelaskan pendapat anda tentang sebab-sebab sungai tercemar dan kepentingan sungai dalam
kehidupan.

‘Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai’, ‘sungai di Pahang telah teruk
dicemar’. Begitulah tajuk-tajuk berita yang acapkali menghiasi dan menguasai dada akhbar-
akhbar tempatan. Bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini
juga sering menjadi liputan media massa.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini tentang isu pancemaran sungai. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti
‘Cintailah Sungai Kita’ tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada lapisan masyarakat.
Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat ‘cendawan tumbuh selepas
hujan’, pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan ‘pencemaran
sungai’? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘pencemaran
sungai’ dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga
keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang
munasabahnya kerana ‘kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong?’ Tahukah anda
faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai
bicara dibuka.

Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap
oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan
sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Hal
seperti ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat.Pada zaman
globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah ‘tong sampah’ yang
besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007,
alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong
sampah yang sedia ada berada jauh daripada tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk
membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan
masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka membuangkan sampah sarap
tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah
sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan
menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam
sungai. Sisa toksik daripada kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan
menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia
dan kehidupan akuatik. Hal ini kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah,
kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah
mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Bilangan kehidupan akuatik seperti
ikan akan berkurangan kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan
tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada
tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang-kilang yang membuang sisa toksik ke dalam
sungai ialah kilang-kilang besar seperti kilang kasut ‘BATA’ dan kilang F&N. Ketika ditanya
tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah
mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa
memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri ibarat ‘ bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing ‘ perlu dikikis demi kepentingan bersama.

Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku
dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak
bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan
terapung di permukaan air. Ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup
di dalam sungai. Hal ini kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada
sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses
tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan
makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, perkara tumpahan minyak ini tidak pernah
berlaku dalam negaar tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong
minyak yang baik sekali.

Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak boleh dinafikan bahawa
sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan
pertamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan
penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan
jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan
perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan
dengan menggunakan jalan air. Ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan
mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Ini dapat
menyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi
bumi Malaysia ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negara gergasi yang lain di
persada dunia.

Seterusnya, sungai amat penting kerana ia akan membekalkan sumber air dan protein kepada
manusia. Air yang diminum oleh kita kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai
telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan
memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat
hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan,
ketam dan udang yang dimakan oleh kita pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan
sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat
tinggi. Persis kata jauhari ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’. Ini
mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan
akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada
hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.

Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat ‘ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni’ untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti
‘duri dalam daging’ masyarakat. Janganlah biarkan masalah ini terus bernanah dalam negara
kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita
bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai
ini. Menjauhi diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak ‘sudah terhantuk baru
terngadah’. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020.
‘Cintailah Sungai Kita’.

Anda mungkin juga menyukai