Anda di halaman 1dari 5

2.

0 Fokus Kajian

2.1 Tinjauan Masalah

Fokus kajian adalah menjurus kepada menyelesaikan masalah menguasai konsep asas

darab dikalangan murid tahun 3 Cemerlang.Murid-murid belum menguasai konsep asas darab

dimana ianya adalah berhubungkait dengan penambahan secara berulang (repeated addition ).

“Manipulative materials must be selected for the activity and appropriate for the concept

being taught and appropriate for the developmental level of the students.”

(Hedden,2007)

Pengkaji bersetuju dengan pendapat Hedden,2007 bahawa penggunaan bahan bantu

mengajar perlu seiring dengan konsep yang akan diajar kepada murid untuk merangsang

perkembangan minda murid bersesuaian dengan tahap mereka.

Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk membantu responden

mempelajari konsep asas sifir/darab di mana darab adalah berasaskan kepada penambahan

secara berulang (repeated addition).Konsep ini akan dapat dipelajari dengan lebih berkesan

dan mudah dengan menggunakan “marbles” dan “ wrap-up keys” sebagai alat bantu belajar

dan mengajar untuk responden.

Secara umumnya, pengkaji menggunakan marbles sebagai alat bantu mengajar dan

belajar bagi responden untuk membolehkan mereka mengeksplorasi dan melihat sendiri

secara kokrit tentang maksud darab it sendiri.Manakala “wrap-up keys” pula digunakan

sebagai bahan pengukuhan bagi responden dalam melihat hubungkait antara darab dan

penambahan secara berulang di dalam ayat matematik.


Melalui pengalaman praktikum semasa mengajar topik darab,pengkaji menyedari

bahawa murid-murid sering berhadapan dengan masalah menghafal fakta sifir.Masalah ini

akan berlanjutan dan menyebabkan masalah lain timbul iaitu masalah pendaraban 2 dan 3

digit with atau without grouping.Oleh itu,pengkaji berpendapat bahawa murid-purid perlu

menguasai konsep asas darab untuk membolehkan mereka mencari jawapan sekiranya

mereka tidak hafal sifir.

Masalah ini akan menyebabkan murid berdepan dengan masalah untuk mempelajari

topic bahagi.Ini kerana,topic darab dan bahagi mempunyai hubungkait yang rapat dimana

ianya adalah vice versa antara satu sama lain.

Oleh itu,pengkaji menggunakan “marbles” dan “wrap-up keys” sebagai alat bantu

mengajar dan belajar yang boleh digunakan oleh murid semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.Konsep asas akan mudah dikuasai sekiranya murid dapat melihat

dan menyentuh sendiri objek konkrit .Di dalam teori perkembangan kognitif yang dipelopori

oleh Jean Piaget(1966 ) juga menyatakan bahawa kanak-kanak memerlukan bahan konkrit

untuk mengembangkan konsep matematik yang abstrak.

Sowell,1989 dalam kajiannya menyatakan tentang kebaikan penggunaan bahan

konkrit untuk kanak-kanak.Bahan bantu mengajar juga perlu digunakan untuk menunjukkan

arahan (Burns,1996).Oleh itu,pengkaji berpendapat bahawa murid-murid pada usia ini

memerlukan bahan konkrit untuk mempelajari konsep kerana pada tahap mereka,adalah

sukar untuk mereka memahami sesuatu yang abstrak.

Heddens,(2007) melalui kajiannya di beberapa buah negeri,didapati bahawa

penggunaan bahan manipulasi (manipulative materials) di dalam pengajaran matematik

menjanjikan bahawa ianya amat membantu murid-murid untuk memahami konsep yang

diajar.Pengkaji berpendapat bahawa murid-murid akan mudah untuk memahami konsep


apabila mereka sendiri merasai pengalaman menggunakan bahan yang boleh disentuh.Namun

begitu, penggunaannya haruslah disesuaikan dengan cara dan kaedah yang betul bagi

mendapatkan keputusan yang memuaskan.

Menurut Waycik P.(2006) di dalam artikelnya “ Learning math with manipulatives”

menyatakan bahawa kanak-kanak sukar untuk memahami suatu konsep matematik yang baru

apabila ianya terlalu abstrak.Oleh itu,beliau percaya penggunaan bahan

manipulasi(manipulative) boleh membantu menjelaskan permasalahan yang terlibat kepada

kanak-kanak apabila suatu konsep baru diperkenalkan.Justeru itu, pelaksanaan penggunaan

bahan manipulasi yang betul boleh membantu kanak-kanak mempelajari konsep matematik

dengan baik.

Di dalam akhbar New York Times(2006) , editor menyatakan bahawa selepas cubaan

NCTM untuk mengkaji semula kurikulum tahun 1989 terdapat sekolah yang menentang

pengajaran secara penghafalan dan kelaziman ( rote learning ).Ini menunjukkan bahawa

pembelajaran haruslah dilaksanakan dengan pengalaman yang lebih bermakna contohnya

dengan menggunakan bahan manipulatif.

Selain daripada itu, telah terbukti bahawa bahan manipulative ada sangat membantu ,

ianya boleh menahan potensi kerosakan jika di gunakan dalan keadaan yang sangat lemah.

Secara umumnya kebanyakan penyelidik percaya bahawa bahan manipulasi dan membantu

meningkatkan prestasi pelajar jika digunakan dengan cara yang betul . oleh itu, guru haruslah

sentiasa bersedia dan memberikan garis panduan atau cara yang betul dalam penggunaan

bahan manipulative . Yang pasti persediaan guru dan cara penggunaan bahan manipulatif

dapat membantu pelajar mengelakkan keadaan “salah konsep” di kalangan pelajar dalam

sesuatu proses pembelajaran.


Besides, it had been proven that manipulatives are helpful, they can hold

potential harm if they are used in a poor manner.In general, most of the researcher believe

that manipulatives can help increase pupils’ performance if manipulatives used properly.So,

teachers should well prepared and give proper guidance to the pupils when using concrete

materials to teach young pupils to avoid minconception during the learning process.

Mengikut Battle. T (2007) beliau telah mendapati bahawa penggunaan bahan

manipulatif dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam kelas. Ini membuktikan

bahawa kepentingan penggunaan bahan manipulative dalam kelas dan bagaimana bahan ini

dapat membantu pelajar mengaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar di luar akan

menjadi lebih mudah dan senang.

According to Battle,T.(2007)in his articles, he claims that the use of manipulatives

will improve student learning in an elementary classroom. It demonstrates how important the

use of manipulative in the classroom and how manipulative will help children to relate to real

life experiences easier.

Berdasarkan kenyataan ini , saya telah memilih untuk mengkaji bagaimana

penggunaan bahan manipulatif dapat membantu pelajar tahun 3 Cemerlang untuk memahami

konsep asas darab dan kesan penggunaan bahan manipulatif seperti guli dan wrap-up keys

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka .

Due to this statement, I had choose my research focus as to help pupils in year 3

Cemerlang to grasp the basic concept of multiplication as repeated addition with the use of

manipulatives which is marbles and multiplication wrap-up keys.


Keadaan ini mungkin secara tidak langsung akan dapat membantu saya untuk melihat

sama ada terdapat peningkatan prestasi pemahaman dalam konsep asas pendaraban dengan

menggunakan proses penerokaan menggunakan guli dan wrap-up keys dalam proses

pembelajaran mereka.

This focus may help me to see whether there are increases in pupils’ performance in

understand the basic concept of multiplication if I let my pupils explore using the marbles

and multiplication wrap-up keys in their learning.

Selain daripada itu , saya percaya bahawa dengan melakukan kajian ini ia akan dapat

membantu saya serta rakan-rakan yang lain untuk meningkatkan cara yang betul dalam

penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran untuk menarik minat pelajar. Oleh yang

demikian guru-guru yang lain akan turut dapat menyedari bahawa bahan manipulative bukan

sahaja untuk memudahkan pemahaman pelajar tapi turut dapat menjadikan pengajaran dan

pembelajaran matematik lebih menyeronokkan .

In addition, I believe that by doing this action research, it can help me to improve the

proper way to use the manipulatives in order to stimuli my pupils .Besides that, teacher also

will realize that manipulative materials not only help pupils to understand mathematical

concept, but it also make mathematic more pleasurable.

Anda mungkin juga menyukai