Anda di halaman 1dari 26

Penghargaan

Saya xxx ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima k
asih kepada pengetua sekolah saya dan guru matapelajaran Geografi saya iaitu Pua
n Siti Hajar yang banyak membantu dan tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya
selama ini dan telah memberikan maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan Ka
jian Geografi Tempatan (KGT) ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa serta ahli keluarga saya iaitu xxx d
an xxx yang telah memberi sokongan dan galakan kepada saya sepanjang menyiapkan
kajian ini. Mereka juga turut memberikan beberapa maklumat yang penting tentang
kajian saya ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya menyiapkan kajian ini tidak kiralah secara langsu
ng ataupun tidak langsung. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, Shuwardi, Af
ifah Nafilah, Aysha, Sushmita dan Chuah Lye Sie yang telah banyak berkongsi makl
umat serta banyak memberikan buah fikiran kepada saya untuk menyiapkan kajian in
i.
1
Pendahuluan
Nama saya xxx. Saya belajar dalam Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi Bukit Mertajam. Bagi memenuhi keperluan matapelajaran Geografi, saya diwa
jibkan menyiapkan satu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT). Saya
memilih ‘Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar’ sebagai tema kajian saya dan
‘Eko-Pelancongan di Hutan Lipur Cheruk Tok Kun’ sebagai tajuk kajian saya. Saya tel
ah menjalankan kajian ini selama beberapa minggu. Saya memilih Hutan Lipur Cheru
k Tok Kun sebagai kawasan kajian saya. Sebab utama saya memilih kawasan ini seba
gai kawasan kajian kerana kawasan ini terdapat beberapa keistimewaan yang tidak
terdapat di tempat lain serta ianya terletak tidak jauh dari rumah saya. Jarak k
awasan ini dari rumah saya hanya 7 km dan saya hanya memerlukan 30 minit untuk s
ampai di situ. Selain itu, Hutan Lipur Cheruk Tok Kun ini juga tidak asing bagi
saya kerana saya dan keluarga sering berkunjung ke situ untuk beriadah. Pengunju
ng yang ingin menikmati keindahan semula jadi dan beriadah di situ tidak akan di
kenakan sebarang bayaran masuk. Oleh itu, ramai pengunjung yang sering meluangka
n masa di situ untuk berehat dan bergembira bersama keluarga. Kedudukannya yang
starategik memberikannya suhu yang sederhana dan nyaman. Kawasan ini mempunyai i
nfra yang lengkap dan ianya mempunyai sebuah tempat tadahan air reservoir bagi
membekal air kepada Keretapi Tanah Melayu dan pengaliran air minuman ke Ampanga
n Mengkuang.
2
Objektif Kajian
Mengenal pasti tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang terdapat di kaw
asan kajian. Mengetahui tentang keistimewaan yang terdapat di Hutan Lipur Cheruk
Tok Kun dan memahami tentang eko-pelancongan di negara kita. Merumuskan kepenti
ngan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada manusia dan hidupan liar. Mengkaji bilan
gan pengunjung ke Hutan Lipur Cheruk Tok Kun dalam masa tertentu dan mengkaji da
ya tarikan Hutan Lipur Cheruk Tok Kun. Mencadangkan langkah-langkah untuk memeli
hara tumbuhan-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
3
Kawasan Kajian
Hutan Lipur Cheruk Tok Kun yang berkeluasan 37 hektar ini terletak di Jalan Kola
m Air, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam. Hutan ini terletak di Bukit Mertajam, Seb
erang Perai Tengah, lebih kurang 23 km dari Bandar Butterworth. Kawasan hutan re
kreasi ini juga dijadikan tempat beriadah dengan mendaki bukit melalui jalan-jal
an yg dibina ke puncak bukit, yang mempunyai ketinggian 457 meter dari paras air
laut. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir band
ar Bukit Mertajam (Cherok To Kun) iaitu melalui jalan ke Kulim. Terdapat bermaca
m-macam tarikan yang terdapat di sini seperti chalet, cafe, air yang mengalir tu
run dari bukit dan juga kawasan kolam tadahan air untuk mandi manda di kaki buki
t kawasan hutan rekreasi ini.
4
Hutan lipur ini mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti Seraya d
an Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah sunga
i-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kan
ak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bungabunga
an hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga exotic .
Kedudukan kawasan kajian
5
Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Tumbuh-tumbuhan
Pokok Buluh boleh dibuat kraf tangan dan perabot.
Pokok Pulai juga terdapat di Hutan Lipur Cheruk Tok Kun.
Pokok Cempaka Hutan
6
Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi yang saya temui ketika sedang menjalankan kaj
ian di Hutan Lipur Cheruk Tok Kun.
7
Hidupan Liar
Hidupan liar seperti ular juga terdapat di Hutan Lipur Cheruk Tok Kun.
Selain itu, hutan lipur ini juga turut menjadi habitat semula jadi kepada monyet
-monyet liar.
Hidupan liar yang terancam juga dapat kita temui di dalam hutan ini.
8
Kemudahan
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Hutan Lipur Cheruk Tok Kun, antaran
ya ialah :

Perkelahan
Kawasan berkelah yang selesa dengan pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah d
isediakan untuk kemudahan pengunjung.

Perkhemahan
Sebuah tapak serta kemudahan asas seperti tempat memasak, kawasan unggun api, bi
lik air serta bekalan air dan elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai pop
ular ini.
9

Merentasi Denai Hutan
Para pengunjung yang gemarkan aktiviti cabaran fizikal bolehlah merentas denai h
utan. Ini juga membolehkan para pengunjung mempelajari dan mengenali pokok-pokok
hutan asli di sini sambil merehatkan minda.
10

Kolam Mandi
Sebuah kolam mandi, yang merupakan salah satu tarikan utama hutan lipur ini, men
galualukan kedatangan para pengunjung yang meminati kegiatan sukan air.
11

Penginapan
Untuk kemudahan para pengunjung dari jauh mahupun tempatan yang ingin merasakan
suasana malam dalam persekitaran hutan, sebanyak enam buah chalet yang setiap
satu dilengkapi dengan bilik mandi, siap untuk kegunaan pengunjung. ‘Chalet’ ini jug
a sesuai untuk kumpulan yang mengadakan bengkel perbincangan yang berkehendakan
suasana kehijauan.
12
Sejarah
Mengikut dari cerita orang lama yang tinggal di kampung ini, nama Cherok Tokun d
iberi nama sempena nama seorang tua Siam yang terkenal di tahun 1880 bernama Kun
yang tinggal di cherok kaki Bukit Mertajam. Kehebatan orang tua ini di dalam be
rbagai bidang telah menjadikan nama beliau mashur pada masa itu. Kehebatan Tok K
un menjadi buah mulut orang ramai ketika itu untuk pergi ke cherok berjumpa Tok
Kun. Akhirnya tempat ini dikenali dengan nama Cherok Tokun.
Sarang lebah yang dijumpai dalam hutan lipur ini.
13
Kaedah Kajian
Untuk menyiapkan kajian ini, saya menggunakan beberapa jenis kaedah. Antaranya i
alah : • Pemerhatian Daripada pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati bah
awa hutan lipur ini lebih ramai pengunjung pada hujung minggu jika dibandingkan
dengan hari biasa. • Soal Selidik Saya telah menyelidik beberapa perkara tentang t
umbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang terdapat di hutan lipur ini, da
n hasil yang saya perolehi ialah terdapat berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan s
erta hidupan liar yang ada di sini. Antaranya ialah Pokok Api-api, Pokok Cengal
dan Pokok Buluh. Monyet dan ular pula antara hidupan liar yang hidup di hutan li
pur ini. • Bancian Saya membanci bilangan pengunjung yang datang ke hutan lipur in
i pada hujung minggu. • Temu Bual Saya menemu bual salah seorang daripada peniaga
yang berniaga di hutan lipur ini. Saya diberitahu tentang tumpuan pengunjung yan
g datang ke hutan lipur ini.
14
Hasil Kajian
Setelah saya membuat pemerhatian di kawasan kajian, saya dapati bahawa jumlah pe
ngunjung tidak sekata. Para pengunjung kebanyakannya lebih suka berada di kawasa
n kolam mandi iaitu di paras bawah hutan lipur ini. Selain itu, pengunjung suka
berada di situ kerana terdapat beberapa buah gerai yang menjual makanan, buah-bu
ahan dan makanan ringan. Disamping itu, saya dapati kebanyakan pengunjung yang m
endaki bukit hanyalah golongan yang telah berusia. Seterusnya, semasa saya sedan
g membuat bancian di pintu masuk, saya dapati golongan lelaki lebih ramai yang b
erkunjung ke hutan lipur berbanding dengan golongan wanita. Setelah saya menemu
bual beberapa orang peniaga yang berniaga di situ, saya diberitahu bahawa pengun
jung lebih ramai pada hujung minggu jika dibandingkan dengan hari bekerja. Daya
tarikan utama bagi mereka ialah kawasan ini nyaman dan tenteram serta dapat mend
engar kicauan burung dan juga aliran arus yang deras. Dengan ini, mereka dapat m
enenangkan fikiran yang kusut serta dapat merehatkan otak. Keindahan semula jadi
di sini dipelihara dengan sangat baik untuk menarik pengunjung. Selain itu, Hut
an Lipur Cheruk Tok Kun juga terdapat banyak kemudahan, ianya juga turut menjadi
satu daya penarik untuk pengunjung datang ke situ. Pengunjung juga akan berasa
selesa apabila berada di situ. Satu sebab lagi ialah hutan lipur ini terbuka kep
ada semua orang awam tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk. Sesiapa sahaja bole
h menggunakan kemudahan rekreasi di sini seperti tapak perkelahan dan tapak perk
hemahan. Namun demikian, pengunjung adalah dinasihatkan supaya menjaga kebersiha
n hutan lipur ini dengan tidak membuang sampah merata-rata dan tidak menconteng
serta merosakan semua kemudahan atau dinding. Jika sesiapa ditangkap cuba merosa
kkan harta benda awam, mereka akan didenda.
15
Bilangan Pengunjung (orang) Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Lelaki 29 38
17 13 97 Perempuan 25 33 26 11 95
Jadual 1 : Bilangan pengunjung ke Hutan Lipur Bukit Mertajam pada hujung minggu.
16
Air terjun
Pokok Kundang
Hidupan Liar
17
Bilangan Beberapa Jenis Tumbuhan Di Hutan Lipur Bukit Mertajam
Paku Pakis Bekoi Cempaka Hutan Getah Fara Pulai
0
10
20
30
40
50
60
Graf 1: Bilangan beberapa jenis tumbuhan yang terdapat di Hutan Lipur Bukit Mert
ajam.
18
Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini, saya telah mengetahui dengan lebih lanjut tentan
g Hutan Lipur Cheruk Tok Kun. Melalui kajian ini juga, saya dapat lebih memahami
dan mengetahui tentang kepentingan serta kegunaan tumbuh-tumbuhan semula jadi y
ang terdapat di negara kita. Contohnya, Pokok Cengal boleh dibuat bot, tiang dan
juga perabot kerana ia tahan dari serangan anai-anai dan ia merupakan kayu kera
s yang tahan lama. Selain itu, Hutan Lipur Cheruk Tok Kun juga penting dalam per
kembangan ekopelancongan kerana dengan tersedianya pelbagai kemudahan yang seles
a di sini, ia dapat menarik pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita, ian
ya turut menggalakkan eko-pelancongan. Disamping itu, keindahan semula jadi deng
an pelbagai spesies pokok hutan dipelihara dengan baik di sini. Dengan ini, gene
rasi yang akan datang juga dapat melihat keindahan semula jadi yang terdapat di
negara kita. Dengan pengurusan hutan yang baik dan terurus, saya yakin bahawa hu
tan lipur ini akan berkembang pesat pada masa akan datang. Akhir sekali, saya be
rbangga kerana dilahirkan serta dibesarkan dalam sebuah negara yang serba lengka
p dan maju dengan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap.
19
Lampiran
Surat kebenaran membuat kajian Surat makluman kepada ibubapa Borang temu bual Bo
rang soal selidik
20
Borang Temu bual
Ketika sedang menjalankan kajian saya, saya telah menemu bual salah seorang dari
pada peniaga yang sedang berniaga di kawasan kajian. Dibawah adalah perbualan an
tara saya dan peniaga tersebut. Saya : Apa khabar mak cik? Sudah lamakah makcik
berniaga di sini? Boleh saya menemu bual makcik untuk melengkapkan kajian saya?
Peniaga : Baik, makcik berniaga disini lebih daripada sembilan tahun. Sudah tent
u boleh, tanya sajalah. Saya : Terima kasih makcik. Boleh makcik ceritakan tenta
ng tumpuan dan tujuan pengunjung yang datang ke sini? Peniaga : Kebanyakkan peng
unjung yang datang ke sini bertujuan untuk beriadah bersama keluarga dan menenan
gkan fikiran. Tumpuan utama pengunjung datang ke hutan lipur ini ialah kerana di
sini terdapat banyak kemudahan yang disediakan dan mereka juga dapat menikmati k
eindahan alam semula jadi seperti pokok-pokok yang menghijau. Selain itu, hutan
lipur ini juga dikunjungi oleh orang asing yang ingin mengetahui tentang negara
kita. Selain itu, orang-orang muda dan kanak-kanak yang berkunjung ke sini lebih
berminat untuk berkelah dan bermain air di kolam yang disediakan. Saya : Sepert
inya hutan lipur ini memang dikenali oleh kebanyakan orang yang tinggal di daera
h ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menceritakan
tentang tumpuan dan tujuan utama pengunjung yang datang ke hutan lipur ini. Maaf
kan saya jika saya telah mengganggu makcik berniaga. Maklumat yang makcik berika
n memang banyak membantu saya untuk menyiapkan kajian saya ini. Peniaga : Sama-s
ama. Tidak mengapa.
21
Senarai nama tumbuh-tumbuhan yang terdapat di persekitaran Hutan Lipur Bukit Mer
tajam
Pokok Antoi Pokok Api-api Pokok Bakau Pokok Balau Tembaga Pokok Batai 6. Pokok B
ekoi 7. Pokok Bintangur 8. Pokok Buluh 9. Pokok Bungur 10.Pokok Cempaka Hutan 11
.Pokok Cengal 12.Pokok Damar Hitam 13.Pokok Derum 14.Pokok Gapis 15.Pokok Cengas
16.Pokok Getah Fara 17.Pokok Gohor 18.Pokok Inggir Burung 19.Pokok Jambu 20.Pok
ok Jelutong 21.Pokok Jeruju 22.Pokok Kapur 23.Pokok Kedondong 24.Pokok Kempas 25
.Pokok Keranji
1. 2. 3. 4. 5.
26.Pokok Kundang 27.Pokok Lulai 28.Pokok Mangga 29.Pokok Mata Ulat 30.Pokok Meda
ng Kemangi 31.Pokok Merani Rimbai Daun 32.Pokok Meranti Seraya 33.Pokok Merawan
Batu 34.Pokok Nenas Batu 35.Pokok Nyatuh 36.Pokok Pandan 37.Pokok Paku Pakis 38.
Pokok Pepulut 39.Pokok Pulai 40.Pokok Rambai 41.Pokok Resak 42.Pokok Ru 43.Pokok
Sesenduk 44.Pokok Simpuh 45.Pokok Sirih 46.Pokok Tampoi 47.Pokok Terap 48.Pokok
Terentang 49.Pokok Tui 50.Pokok Tulang Daiang
22
Borang Soal Selidik
Tajuk Kajian : Eko-Pelancongan di Hutan Lipur Cheruk Tok Kun Soalan : 1) Jantina
: Perempuan ( ) Lelaki ( )
2) Kaum :
Melayu (
)
Cina ( )
India ( )
Lain-lain (
)
3) Tempat asal : ______________ 4) Kali pertama ke Hutan Lipur Cheruk Tok Kun :
Ya ( ) Tidak ( )
5) Tujuan ke Hutan Lipur Cheruk Tok Kun : Berjoging ( Berkelah ( Membuat Kajian
( Lain-lain (
) ) ) )
6) Daya tarikan utama di Hutan Lipur Cheruk Tok Kun : Kawasan nyaman ( ) Percuma
( ) Kemudahan mencukupi ( ) Pemandangan indah ( ) Mudah sampai ( ) Lain-lain (n
yatakan) ( ) ______________________ ______________________
Tandakan (
) pada ruangan yang berkenaan.
23
Rujukan
Orang Sumber
Mohd. Nasri Bin Saharee, 37 tahun, No. 4, Lorong Perda Timur 13, Bandar Perda, 1
4000 Bukit Mertajam. Che Zalina Bt. Zulkifli, 36 tahun, No. 4, Lorong Perda Timu
r 13, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam. Buku Teks

Buku Teks Geografi Tingkatan 1, halaman 204 sehingga 208. Melawat Tempat Kajian

Hutan Lipur Cheruk Tok Kun ataupun dikenali sebagai Hutan Lipur Bukit Mertajam.
Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Ceruk_Tok_Kun http://www.mpsp.gov.my/rtempat.asp ht
tp://www.flickr.com/photos/vkeong/169585805/ http://en.wikipedia.org/wiki/Cherok
_Tok_Kun,_Penang http://www.scribd.com/doc/16740027/Folio-Geografi-Ting-1 http:/
/surdimiharbi.tripod.com/ctk.html
24
25

Anda mungkin juga menyukai