Anda di halaman 1dari 7

MASALAH MEMORI

• KetidakupayaanAUDITORI
untuk menerima maklumat
yang diutarakan secara lisan, memproses
maklumat, menyimpan dalam ingatan dan
mengingat kembali apa yang telah didengar.
• Masalah memori auditori murid pemulihan
seperti :
1) Tidak ingat apa yang pernah didengarnya.
2) Tidak mengingati bunyi yang berurutan
3) Sukar memahami perkataan, mengingati
maklumat lisan.
4) Sukar memproses dan mengingat kembali
maklumat yang dibaca secara senyap.
5) Tidak dapat mengingat kembali keseluruhan
ayat yang dituturkan secara lisan.
6) Tidak dapat mengingat turutan perkataan
yang disebut secara lisan.
7) Tidak boleh menterjemah makna keseluruhan
ayat dalam perenggan
STRATEGI BERTUTUR
2. Soal jawab
• Teknik yang paling lama dan paling popular dalam
bidang pendidikan.
• Wujud interaksi guru dengan murid secara
berkesan.
• Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar memberi
tindakbalas yang sewajarnya.
• Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar
berfikir dan dapat menguji dan menilai apa yang
diajar.
Tujuan teknik soal jawab ialah :
1. Mengesan pengetahuan berbahasa murid
2. Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif,
inovatif, logik dan kritis.
3. Mendorong pelajar menyusun dan
menghuraikan bahan yang diajar.
4. Menajamkan pemikiran melalui soalan
terancang dan bermutu.
5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih dinamik dan berkesan.
Aktiviti soal jawab murid pemulihan
1. Secara langsung atau tidak langsung dalam
bilik darjah.
2. Sebelum memulakan pengajaran, guru
bersoal jawab dengan murid mengenai
pelajaran yang lepas atau tajuk pengajaran
hari itu.
3. Perbualan tidak formal dengan murid
mengenai persekitaran murid, guru dan
sekolah pada hari itu. Contoh, pakaian dan
cuaca.
4. Perbualan secara tidak langsung memberi
peluang murid bercakap tanpa perasaan
takut, segan dan bosan.
5. Soalan yang dikemukakan perlu disusun dari
mudah ke sukar.
6. Gunakan laras bahasa yang rendah ketika
soal jawab supaya murid faham.
7. Soalan ditanya secara berperingkat-
peringkat.
8. Soalan yang ditanya tidak terlalu panjang dan
ayat yang kompleks.
Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Raminah
Hj Sabran, Rahim Syam

Anda mungkin juga menyukai