Anda di halaman 1dari 4

Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal.

Lebih Teruk
pada Firaun.
Posted by Saiful at 12:25 PM | | 0 comments

Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun


hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi
pada zaman mereka. Yelahh... Malaysia bolehlah katakan.
Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun
mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke
perempuan. Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai,
dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat
pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan
berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini mereka mewarisi kerja zaman
jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup bayi yang baru
dilahirkan ke dalam tanah.

Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh
anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

َ َ
ْ ُ ‫ن أب َْناءَك‬
‫م‬ َ ‫حو‬ُ ّ ‫وي ُذَب‬َ ‫ب‬ َ ‫ع‬
ِ ‫ذا‬ َ ْ ‫سوءَ ال‬ُ ‫م‬ ْ ُ ‫مون َك‬
ُ ‫سو‬ ُ َ‫ن ي‬ َ ‫و‬
ْ ‫ع‬َ ‫فْر‬
ِ ‫ل‬ِ ‫نآ‬ ْ ‫م‬ ِ ‫م‬ ْ ُ ‫جاك‬
َ ْ ‫إ ِذْ أن‬
‫م‬
ٌ ‫ظي‬
ِ ‫ع‬ َ ‫م‬ ْ ُ ‫ن َرب ّك‬ْ ‫م‬ ِ ٌ‫م ب ََلء‬
ْ ُ ‫في ذَل ِك‬ ِ ‫و‬
َ ‫م‬ْ ُ ‫ساءَك‬َ ِ‫ن ن‬َ ‫حُيو‬
ْ َ ‫ست‬
ْ َ ‫وي‬َ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka
menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu,
membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan
yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)

Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki
yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil
tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan
anak perempuan mereka hidup.

Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka
membunuh anak-anak perempuan mereka. Firman Allah Swt:-

‫خطًْئا‬ َ
ِ ‫ن‬ َ ‫م‬
َ ‫كا‬ ُ َ ‫قت ْل‬
ْ ‫ه‬ َ ‫ن‬
ّ ِ‫م إ‬ ْ ُ ‫وإ ِّياك‬
َ ‫م‬ ْ ‫ه‬ُ ‫ق‬ ُ ‫ن ن َْرُز‬ ُ ‫ح‬ ْ َ‫ق ن‬ٍ ‫مَل‬ْ ِ‫ة إ‬َ َ ‫شي‬ ْ ‫خ‬ َ ‫م‬ْ ُ ‫وَلدَك‬ ْ ‫قت ُُلوا أ‬
ْ َ ‫وَل ت‬
َ
ً‫سِبيل‬ َ َ‫ساء‬َ ‫و‬َ ‫ة‬ً ‫ش‬َ ‫ح‬
ِ ‫فا‬َ ‫ن‬
َ َ
‫كا‬ ‫ه‬
ُ ّ ‫ن‬ِ ‫إ‬ ‫نا‬
َ ‫ز‬
ّ ‫ال‬ ‫بوا‬ُ ‫ر‬
َ ‫ق‬ْ َ ‫ت‬ َ
‫ل‬ ‫و‬
َ . ‫را‬ً ‫بي‬
ِ َ ‫ك‬
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang
akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh
mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina;
Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan
mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan
jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka
untuk member makan dan minum. Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan
kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi
tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk
memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan
mereka hidup-hidup.
Inilah kanak-kanak yang bakal mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana
firman Allah Swt dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :-

َ
ْ َ ‫قت ِل‬
‫ت‬ ُ ‫ب‬
ٍ ْ ‫ي ذَن‬ ْ َ ‫سئ ِل‬
ّ ‫ ب ِأ‬. ‫ت‬ ُ ُ‫ءودَة‬
ُ ‫و‬ َ ْ ‫ذا ال‬
ْ ‫م‬ َ ِ ‫وإ‬
َ
8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa
apakah dia dibunuh,

Memanglah ibu-bapa yang membunuh itu berdosa dan salah. Tetapi dalam konteks
bernegara Kerajaan UMNO-BN menanggung kesalahan 90% kerana merekalah bapa
kepada rakyat keseluruhannya. Dan kesalahan UMNO-BN kerana meninggalkan ajaran
Islam daripada dilaksanakan di Malaysia. Mereka mengamalkan dasar sekularisme dan
inilah bala serta hasil yang ditimpakan kepada rakyat Malaysia. Dan inilah hasrat penjajah
selepas memerdekakan Tanah Melayu melebihi separuh abad yang lalu. Menggunakan
pakai dasar nasionalisme dan meninggalkan ajaran Islam yang sudah sedia terpakai
sebelum kedatangan penjajah. Kegagalan kerajaan dalam menjaga 5 perkara dharuri iaitu
Agama, Aqal, Zuriat, Harta & Nyawa. Kelima-lima perkara itu hanya akan terpelihara
dengan menegakkan hukum Allah diatas mukabumi ini.
Bagaimana kalau pemimpin yang bersekongkol dengan APCO Yahudi, menghalalkan judi,
penaja kepada kehidupan bebas, hiburan yang berleluasa, mengabaikan pendidikan Islam
hendak kita amanahkan dan diharap untuk melaksanakan hukum Islam. Ish jauh panggang
dari api. Akibatnya ia bukan penyelesai masalah tetapi pimpinan negara inilah sebenarnya
pembawa dan punca masalah.

Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa,
sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan
tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007 sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak
luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai
16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak
luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari.
Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia.

Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala. Inilah akibat yang disabdakan oleh
Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-

ِ ّ ‫ل الل‬
‫ه‬ َ ‫سو‬ ُ ‫ت َر‬ ُ ‫ع‬
ْ ‫م‬ ِ ‫س‬ َ :‫ت‬ ْ َ ‫قال‬َ ‫م‬ َ ّ ‫سل‬َ ‫و‬ َ ‫ه‬ ِ ْ ‫عل َي‬
َ ‫ه‬ ُ ّ ‫صّلى الل‬َ ‫ي‬ ّ ِ ‫ج الن ّب‬
ِ ‫و‬
ْ ‫ة َز‬ َ َ ‫مون‬ ُ ْ ‫مي‬
َ ‫ن‬ ْ ‫ع‬ َ
‫د‬ َ ‫ل‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫في‬ِ ‫ش‬ ‫ف‬ْ ‫ي‬ ‫م‬ َ ‫ل‬ ‫ما‬ ‫ر‬ ‫ي‬ ‫خ‬
َ ‫ب‬ ‫تي‬ ِ ‫م‬ ُ ‫أ‬ ُ
‫ل‬ ‫زا‬ َ ‫ت‬ ‫ل‬ َ ُ
‫ل‬ ُ
‫قو‬ ‫ي‬ ‫م‬ ّ ‫ل‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫ه‬ ّ ‫ل‬ ‫ال‬ ‫لى‬ ّ ‫ص‬
ُ َ ْ ِ ُ َ ْ َ ٍ ْ ِ ّ َ َ َ َ َ ِ ْ ُ َ
َ ُ ‫فيوش‬
‫ب‬ ٍ ‫قا‬ َ ‫ع‬ِ ِ‫ل ب‬ّ ‫ج‬ َ ‫و‬ َ ‫عّز‬ َ ‫ه‬ ُ ّ ‫م الل‬ ْ ‫ه‬
ُ ‫م‬
ّ ‫ع‬ ُ َ‫ن ي‬ ْ ‫كأ‬ ِ ُ َ ‫ول َدُ الّزَنا‬ َ ‫م‬ ْ ‫ه‬ِ ‫في‬
ِ ‫شا‬َ َ
‫ف‬ ‫ذا‬ َ ِ ‫إ‬ ‫ف‬َ ‫نا‬
َ ‫ز‬
ّ ‫ال‬
Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku
mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan
selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di
kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa
kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).

Hari ini bala bukan setakat meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek.
Keruntuhan sosial, kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat.
Sedangkan penyelesaian Islam sudah ada. Untuk mencegah anak zina kita mesti menutup
setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh ‫ قاعدة سد الذرائع‬telah menyebut
agar menutup segala lubang-lubang yang boleh membawa kepada penzinaan.
Bermula dari pendidikan sejak awal, Pentarbiyyahan diperingkat institusi kekeluargaan,
Mewujudkan bi’ah dan persekitaran yang Islami disemua lapisan serta pengukuhan
pendidikan Islam dan suasana yang terkawal serta berakhlak islam dan terakhir adalah
pengukuhan Negara Islam dan pelaksanaan syariat Islam.

Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang hanya sekadar solekan semata-mata.


Tidak menyelesaikan ke akar umbi penyakit. Bab member pil tahan sakit sahaja. Sama
seperti melapkan air yang tumpah tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para ulama dan
pendakwah disalahkan jika berlaku penyakit social tetapi mereka tidak boleh menutup
punca sebenar segala permasalahan. Kerana kuncinya dipegang oleh para pemerintah.

Ketika Rasulullah saw berada di Mekah, diera jahiliyyah didapati keadaan seperti ini wujud.
Kekuasaan yang berada ditangan bangsawan Quraish yang tidak Islam tidak memberi apa-
apa kemudahan dan pertolongan bahkan penguasaan amalan jahiliyyah yang parah
dipaksakan diatas penduduk. Inilah yang membawa Rasulullah Saw berpindah ke Madinah
dan membentuk Negara Islam serta mewujudkan infra dan pembinaan umat Islam disetiap
sudut meskipun Madinah ketika itu berbilang agama dan berbilang bangsa. Sehinggalah ke
peringkat perlaksanaan undang-undang sebagaimana firman Allah Swt:-

‫ة‬
ٌ ‫ف‬َ ْ ‫ما َرأ‬
َ ‫ه‬
ِ ِ‫م ب‬ ْ ُ ‫خذْك‬ُ ْ ‫وَل ت َأ‬َ ‫ة‬ ٍ َ‫جل ْد‬
َ ‫ة‬َ َ ‫مائ‬ِ ‫ما‬ َ ‫ه‬ ُ ْ ‫من‬ ِ ‫د‬ ٍ ‫ح‬ِ ‫وا‬َ ‫ل‬ّ ُ ‫دوا ك‬ ُ ِ ‫جل‬ْ ‫فا‬ َ ‫والّزاِني‬ َ ‫ة‬ُ َ ‫الّزان ِي‬
‫ة‬ َ َ
ٌ ‫ما طائ ِف‬ َ ‫ه‬ُ َ ‫ذاب‬ َ ‫ع‬
َ ْ‫هد‬ َ ‫ش‬ ْ
ْ َ ‫ولي‬ َ ‫ر‬ِ ‫خ‬ ْ
ِ ‫وم ِ ال‬ ْ
ْ َ ‫والي‬ َ ‫ه‬ ّ
ِ ‫ن ِبالل‬ َ ‫مُنو‬ ْ
ِ ‫م ت ُؤ‬ ُ
ْ ُ ‫ن كن ْت‬ ْ ِ‫ه إ‬ ّ
ِ ‫ن الل‬ِ ‫في ِدي‬ ِ
‫ن‬
َ ‫ني‬ِ ‫م‬
ِ ْ
‫ؤ‬ ‫م‬
ُ ْ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ن‬
َ ‫م‬
ِ
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud
surah al-Nur : 2]

I’Allah inilah yang menjadi matlamat perjuangan kita dalam menyelesaikan secara total
permasalahan masyarakat yang ada sekarang.

Read More !

Summary Only

Ketua Dewan Muslimat Pas Dungun di Ragut dengan


parang.
Posted by Saiful at 10:55 AM | | 0 comments

18 Mei. PAKA, Dungun. Kelmaren Khairiah Mokhti selaku Ketua Muslimat Pas Kawasan
Dungun diragut rantai lehernya di kawasan perumahan Taman Murni Uda, Paka. Beliau
yang selesai menghadiri program muslimat di sebuah rumah kawasan taman perumahan
berjalan menuju ke kereta beliau untuk pulang dengan tiba-tiba dihadiri oleh dua orang
pemuda bermotorsikal . Dengan mengeluarkan parang mereka kemudiannya meragut
rantai leher disebalik jilbabnya. Sebelum itu seorang muslimat juga menerima nasib yang
sama pada hari yang sama di Taman Ros, Paka. Walaupun mereka tidak dicederakan
tetapi mereka kehilangan barang berharga.
Ini bukan kali yang pertama. Sudah acapkali kawasan perumahan yang dirompak bahkan
ada yang dirogol. Ada yang disamun dan tuan rumah yang diikat dan disumbat mulut

mereka. Ada yang kena pukau dan


ditipu beribu ringgit.

Beberapa hari yang lalu kita digemparkan bagaimana pelajar berusia 16 tahun yang
melahirkan anak luar nikah di Klinik kesihatan. Dan setiap tahun sudah banyak kes yang
melibatkan kelahiran anak luar nikah dikalangan pelajar disekitar Paka ataupun Dungun.
Bahkan menjadi perbualan dikalangan guru-guru apabila mereka bukan lagi bertanya
kecemerlangan sekolah berdasarkan jumlah A tetapi berapa ramai sekolah mereka
melahirkan anak luar nikah setiap tahun.

Dimana pemimpin UMNO-BN? Mereka gagal untuk member jaminan keselamatan kepada
rakyat mereka sendiri. Wakil Rakyat sibuk peteh keting masing-masing demi poltik dan
periuk nasik mereka sedangkan amanah dan tanggungjawab tidak dilaksanakan. Mereka
membiarkan maksiat berlaku berleluasa. Meskipun bantahan rakyat dibuat tetapi mereka
hanya memekakkan telinga semata-mata

Baru-baru ni bagaimana bantahan


rakyat di Paka terhadap penjualan arak secara terbuka dan berleluasa. Adakah lessen arak
ditamabah dikawasan Dungun? Atau penjualan arak tersebut secara haram? Apa tindakan?
Dimana Wakil Rakyat Paka ni??? Helloooo.. Helloooo ada orang tak?

Terengganu Darul Iman sudah tidak selamat lagi. Rakyatnya semakin tidak beriman dan
inilah jasa atau hasil serta akibat daripada pengamalan dasar sekular yang diharamkan
Allah Swt. Hukum syariat hanya berada dalam enakmen sahaja dan pihak kerajaan takut
untuk melaksanakannya. Inilah bala yang ditimpa akibat daripada meninggalkan arahan
tuhan dan kesannya akan tertimpa kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan
warna kulit.
Diharapkan Hajah khairiah terus bersabar dan tingkatkan usaha meneruskan perjuangan,
I’allah satu hari kita akan berjaya menggembalikan kegemilangan Islam di bumi
Terengganu ini