Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN MENGISI BORANG

PERJANJIAN ASASI IPTA

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Panduan Mengisi Borang Perjanjian
Bahagian Biasiswa, KPTM

SENARAI SEMAK PERMOHONAN


BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

)
Tandakan (

1. Surat Tawaran

2. Borang Perjanjian

3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan benar

4. Salinan Kad Pengenalan Penjamin yang disahkan benar

2
Panduan Mengisi Borang Perjanjian
Bahagian Biasiswa, KPTM
PERATURAN AM MENGISI BORANG

Sila ( ) di kotak berkenaan setelah tindakan diambil

DAKWAT
1. Sila gunakan PEN BERDAKWAT HITAM sahaja.

TULISAN
2. Perjanjian ini hendaklah DITULIS TANGAN dalam HURUF
BESAR. Salinan karbon (carbon copies) TIDAK boleh
digunakan.

CUKAI SETEM
3. Setiap salinan perjanjian hendaklah dimatikan setem

Pastikan:
i. Setem hasil sahaja digunakan.
ii. dimatikan atau diremitkan di Pejabat Hasil sahaja.
iii. setiap salinan perjanjian dikenakan cukai setem
bernilai RM10.00

DOKUMEN 4. Sila sertakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama


SOKONGAN
dengan Perjanjian:

(i) Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin


(ii) Satu salinan kad pengenalan pelajar
(iii) Satu salinan kad pengenalan penjamin

TARIKH
PERJANJIAN 5. (i) Isikan tarikh perjanjian sama dengan tarikh setem hasil
(ruangan teratas
dimatikan / diremitkan
muka surat 1 (ii) Tarikh dimatikan setem hasil bagi ketiga-tiga salinan
perjanjian) perjanjian hendaklah sama

MAKLUMAT 6. Isikan nama, nombor kad pengenalan, alamat tetap yang


PELAJAR &
PENJAMIN lengkap dan tarikh lahir
(Sila lihat syarat-syarat Penjamin di perenggan II)
(Muka surat 1
perjanjian)

JANGAN menggunakan alamat yang tidak tetap seperti alamat kuarters,


alamat rumah sewa atau alamat asrama.

3
Panduan Mengisi Borang Perjanjian
Bahagian Biasiswa, KPTM

NOMBOR
7. Sila isikan nombor rujukan dan tarikh seperti di dalam Surat
RUJAKAN
SURAT Tawaran Pembiayaan Matrikulasi (sila lihat contoh
TAWARAN borang perjanjian).
(Muka surat 4
Perenggan 10
Perjanjian)

TANDATANGAN
8. Pelajar, penjamin dan saksi-saksi hendaklah menurunkan
(Muka surat 5 tandatangan di tempat yang betul JANGAN tandatangan di
Perjanjian)
ruangan bagi PIHAK KERJAAN.

TANDATANGAN 9. Pelajar dan penjamin bagi perjanjian ini hendaklah


RINGKAS menurunkan tandatangan ringkas di sebelah kanan ruangan
(Muka surat 4 nombor rujukan dan tarikh dan di setiap penjuru bawah
Perenggan 10, sebelah kanan muka surat 1, 2 & 3.
muka surat 1,2
& 3)

COP RASMI 10. Semua saksi hendaklah menurunkan cop penuh rasmi nama,
(Muka surat 5 jawatan dan jabatan.
Perjanjian

SERAHAN 11. Borang perjanjian yang telah lengkap diisi dalam 3 salinan
DOKUMEN
PERJANJIAN
hendaklah dicantumkan dengan dawai kokot (stapler)
setiap satu dan dikepilkan 3 salinan tersebut dengan klip
sebelum dihantar bersama-sama dokumen sokongan pada
hari pendaftaran di pusat asasi IPTA.

CONTOH 12. Bersama-sama ini dilampirkan salinan contoh borang


BORANG perjanjian yang telah diisi. Jika berbuat sesuatu kesilapan,
PERJANJIAN
JANGAN cuba memadamkannya. Sebarang kesilapan
hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan
ditandatangani ringkas (intial) oleh pelajar dan
penjamin. Penggunaan cecair pemadam (correcting fluid)
adalah tidak dibenarkan. Pelajar diingatkan bahawa
Kementerian ini berhak menolak borang perjanjian yang
didapati kotor atau terlalu banyak kesilapan.

PERTUKARAN 13. Pertukaran alamat pelajar dan penjamin perlu dimaklumkan


ALAMAT dengan segera ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.

4
Panduan Mengisi Borang Perjanjian
Bahagian Biasiswa, KPTM

SYARAT-SYARAT PENJAMIN

WARGANEGARA Hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia

PENDAPATAN Pendapatan mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan

STATUS KEWANGAN Hendaklah seseorang yang tidak muflis

UMUR Penjamin hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun

PENGECUALIAN Ibu bapa / Penjaga yang sah yang menjadi Penjamin dikecualikan
SYARAT syarat pendapatan dan umur

SYARAT-SYARAT SAKSI

WARGANEGARA Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke


atas yang bermastautin di Malaysia

JAWATAN (a) Saksi yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan, hendaklah


menjawat jawatan tetap sahaja dan memegang jawatan
pentadbiran Gred 41 ke atas.

(b) Bagi saksi yang bukan pegawai kerajaan, mereka hendaklah


yang telah diberi kuasa perundangan.

SENARAI SAKSI (i) KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


(Gred 41 / Kumpulan A ke atas)

(a) Semua pegawai Kerajaan Gred 41 / Kumpulan A dan ke


atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri /
Pejabat Daerah.

(ii) PEGAWAI PENDIDIKAN

(a) Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti


(b) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerah
(c) Pengetua / Penolong Kanan Pengetua di Sekolah
Menengah Kerajaan sahaja.

(iii) PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN / KESIHATAN

(a) Semua doktor yang bertugas di Hospital dan di Pusat


Kesihatan sahaja.

(iv) PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

(a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan


Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan
5
Panduan Mengisi Borang Perjanjian
Bahagian Biasiswa, KPTM
kehakiman dan perundangan Kerajaan. (Contoh : Hakim,
Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-
Undang, Pendaftar Mahkamah)

(b) Semua Peguambela dan Penguamcara

(c) Semua Pesuruhjaya Sumpah

(d) Jaksa Pendamai

(v) PEGAWAI BERUNIFORM

(a) Tentera (Kapten dan ke atas)

(b) Polis (Penolong Penguasa dan ke atas / No. Kad


Pengenalan bermula dengan huruf G)

(c) Pegawai Penjara (Penguasa Penjara dan ke atas)

(d) Pegawai Bomba (Penguasa Bomba)

(e) Jabatan Perhutanan (Pemelihara Hutan Gred 1 / Pegawai


Hidupan Liar)

(f) Jabatan Laut (Jurutera Laut dan ke atas)

(g) Kastam (Penguasa Kastam dan ke atas)

(vi) LAIN-LAIN

(a) Wakil Rakyat / Senator

(b) Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua


Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim /
Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung)

(c) SABAH DAN SARAWAK – Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri


/ Kapitan / Pemanca / Pegawai Taman Sabah

(d) Pengurus FELDA / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa


Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

Anda mungkin juga menyukai