Anda di halaman 1dari 21

TAMADUN ISLAM : TEMA 1 - KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN

KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN


Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan
dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah
merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di
atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna
bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-
orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa
manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli
falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori
ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia
bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.
Manusia Menurut al-Quran
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia
adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat
hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya
dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi
lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik
sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah
berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu,
kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir
berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati
tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana
semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan
kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah
berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.
Fungsi Manusia Menurut al-Quran
Beribadat kepada Allah
Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia
dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah
menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada
dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu
dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat- syarat yang telah ditentukan,
contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah
ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan
kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang
jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.
Memelihara Alam
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya.
Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia
boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia.
Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan
oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang
boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di
muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain
termasuklah binatang.
Mengenali di Antara Satu Sama Lain
Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama
dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat
mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan
takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam
menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan
untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang
bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba
membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu
dikekalkan di antara mereka.
Memakmurkan Muka Bumi
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi
ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera
yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir
bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang
boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian
tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga
terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang
menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk
dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.
Mentauhidkan Allah
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-
kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik
atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh
Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya
syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-
Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.
Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi
Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini.
Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia
hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain.
Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya
hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang
diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran).
Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai
tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan
tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini
dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-
hara pasti tidak dapat dielakkan.
Posted by Cikgu Rashman at 4/22/2010 06:56:00 PM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN
Monday, 5 April 2010
TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – PERANAN MUHAJIRIN DAN ANSAR
Jelaskan peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
PENDAHULUAN: ( 3 Markah )
1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2
golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong perjuangan
Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam
sepanjang zaman baginda.
2. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali sebagai
orang Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam. Kemudian
berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di Madinah mereka ini
digelar orang Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah.
3. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj
yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di Mekah melalui
perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa dengan Rasulullah yang
kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan mempertahankan Islam di samping
mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah dan bersedia
menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.
ISI:
Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w ( 7 Isi X 3 Markah = 21 Markah )
1. Peranan Golongan Muhajirin
Peranan di Makkah :
a. Menerima dan mempertahankan agama Islam
Ø Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama menerima
dan mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi
Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan
terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.
Ø Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan, Ali
bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan
lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal ketika dakwah dilakukan secara
sulit. Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka berani melakukan dakwah
secara terbuka. Mereka semuanya datang menemui Nabi untuk memeluk Islam. Mereka
bukan sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk juga golongan hartawan dan
para pembesar Quraisy seperti Abu Bakar dan Uthman.
b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan
Ø Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang sangat hebat
daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau pun mental.
Ø Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyiksaan dan
pembunuhan. Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi memastikan
Islam terus berkembang. Contohnya keluarga Ammar b Yassir yang mati dibunuh dan
penyiksaan teruk ke atas Bilal bin Rabah.
c. Sanggup berkorban nyawa dan harta
Ø Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti
sahabat-sahabat Nabi yang kaya. Contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Antara yang
mereka banyak lakukan ialah membeli hamba-hamba yang menganut Islam yang diseksa
oleh tuannya supaya dapat dibebaskan. Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah
membebaskan Bilal bin Rabah dari tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.
Ø Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas
dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad.Nabi dan para sahabatnya
bermesyuarat di situ bagi membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan
Islam dengan cara yang lebih berkesan.
Ø Sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad daripada diancam atau diapa-
apakan oleh orang musyrikin Mekah. Contohnya Saidina Ali yang telah tidur ditempat
tidur Nabi Muhammad pada malam peristiwa hijrah dan Abu Bakar yang sentiasa
menemani Nabi Muhammad sewaktu Hijrah..
d. Menjalankan usaha dakwah
Ø Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan
terbuka sepanjang zaman Makkiah.
Ø Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah yang
lain ke arah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya
mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam,
Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam.
Ø Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin yang benar-
benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan. Bermula dari sinilah
usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha dakwah ditentang kuat oleh
musyrikin Makkah.
e. Berhijrah ke Madinah
Ø Mereka sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-
mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat
besar ke atas nilai keimanan umat Islam di Makkah.
Ø Sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda ,keluarga dan sebagainya
demi cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya : Orang pertama yang berhijrah ialah Abu
Salamah bin Abdul Asad, kemudian diikuti pula oleh Amir b. Rabiah dan isterinya.
Ø Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin) berketurunan
Quraisy berhijrah ke Madinah.
Peranan di Madinah
a. Membantu Nabi Muhammad dalam hal keagamaan dan pentadbiran.
Ø Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam
Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan. Contohnya selepas peristiwa
Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus Mus’ab bin Umair sebagai guru agama dan
pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. Misi Mus’ab ke
Madinah telah mencapai kejayaan yang besar.
Ø Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di
Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang lain dapat menjalan kegiatan
dakwah dengan terbuka dan mendaulatkan Islam di Madinah. Umat Islam berjaya
mendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat
secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Makkah.
b. Mengukuhkan ketenteraan Islam
Ø Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar
daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam
dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab,
Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.
2. Peranan Golongan Ansar
Peranan di Makkah
a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w
Ø Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 mereka menyatakan kesanggupan
menerima Islam dalam keadaan di mana orang-orang Makkah menentangnya dengan
hebat.
Ø Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi
meninggalkan Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah.
Ø Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak.
Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang
amat bersejarah.
Ø Mereka menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda bersama
para sahabatnya telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh golongan Ansar.
Peranan di Madinah
a. Membantu menyebarkan agama Islam
Ø Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di
Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-
11, 12 dan 13 Kerasulan.
Ø Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing
umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas
di Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan
menyampaikan berita tentang Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk
Madinah.
Ø Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat
tersebar.
b. Membantu golongan Muhajirin
Ø Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke
Madinah dari Makkah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja.
Ø Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat
tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup
menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.
c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran
Ø Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah
fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti semasa
menghadapi peperangan .
Ø Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka dalam
menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.
KESIMPULAN:( 1 Markah )
1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam
membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yang
mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.
Catatan : Markah maksimum untuk pendahuluan dan kesimpulan adalah 4 sama ada 3 –
1 @ 2 – 2 atau sebaliknya.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Posted by Cikgu Rashman at 4/05/2010 11:16:00 PM 0 comments


Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN
Monday, 23 November 2009
TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – FAKTOR PENENTANGAN QURAISY MAKKAH
Bincangkan faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah.
PENGENALAN: [ 3 markah]
1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w
· Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
· Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
· Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17
Ramadhan 610M di Gua Hira’.
2. Latar Belakang Masyarakat Kota Makkah
· Nama asal Makkah ialah Makaroba, kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah.
· Makkah merupakan tempat permulaan rumah ibadat, Baitullah Kaabah, yang diberkati
Allah swt.
· Penduduk terawal dikenali sebagai Amaliqah, dikuti oleh puak Jurhum.
· Pada zaman puak Jurhum, Nabi Ismail dilahirkan.
· Nabi Ibrahim (as) dan anaknya Nabi Ismail (as) telah membina Kaabah.
· Setelah itu tiba puak Khuzaah. Mereka memerintah Makkah selama 3 kurun sebelum
ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada permulaan kurun ke-5.
· Dengan adanya Kaabah, ramai pengunjung datang ke Makkah untuk melakukan ibadat
haji dan perdagangan.
· Makkah merupakan kota yang bebas daripada kuasa dan pengaruh Byzantine dan Parsi.
· Makkah kekal sebagai suatu kawasan yang neutral hingga zaman Islam.
3. Bentuk2 Tentangan Orang-Orang Quraisy Makkah Terhadap Ajaran Nabi
Muhammad Saw.
· Bertemu dengan Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad menghentikan
dakwah baginda.
· Menghina, memperolok-olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan
· Menyiksa
· Tawaran Harta & Pangkat
· Berkompromi Agama
· Pemulauan Ekonomi Dan Sosial
· Rancangan Membunuh Nabi
4. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah
· Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:
(a) dakwah secara sulit
(b) dakwah secara terang-terangan
ISI:
Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah
[5 isi X 4 markah=20 markah]
1. Faktor Agama
ª Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan
agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
ª Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan
menentang amalan syirik.
ª Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti
dipertahankan
ª Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu
meruntuhkan tradisi itu.
2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh
ª Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi
Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
ª Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
ª Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana
keupayaannya yang luar biasa.
ª Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus
berada di tangan Bani Hasyim.
3. Persamaan Taraf
ª Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang
menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
ª Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh
kaum bangsawan kaum Quraisy.
ª Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
ª Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua
dan pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
ª Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang
bertakwa.
4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.
ª Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
ª Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan
hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
ª Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
ª Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala
mereka.
5. Takut Akan Hari Pembalasan
ª Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
ª Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
ª Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan
denganm saksama.
ª Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar
bahawa mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti
mencuri, merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
ª Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
ª Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa
menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.
6. Perasaan Iri hati
ª Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati
kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
ª Antara mereka ialah;
i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.
ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad
s.a.w menerima wahyu
KESIMPULAN:[2 markah]
1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan
daripada orang-orang Quraisy Makkah.
2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti
penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya
Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Posted by Cikgu Rashman at 11/23/2009 11:19:00 PM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN
Friday, 13 November 2009
TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – SOSIO-EKONOMI ARAB JAHILIYYAH

PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - BACA DAN FAHAMKAN NOTA


INI………….
Bincangkan aspek sosio-ekonomi masyarakat arab pada zaman Jahiliyah
Pendahuluan (3 Markah)
1. Definisi jahiliyah ( oleh P.K. Hitti):
• hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.
• Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.
2. Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):
• Bererti bodoh dan sesat
3. Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran):
• Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
• Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun
• Zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
• Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
4. Era/jangka masa zaman jahiliyah:
• Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’
peringkat ketiga @ peringkat akhir Himyar
• Sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
pada tahun 610M
ISI : Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyah (7 isi X 3 markah)
1. Pertanian
• Selepas keruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan
politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
• Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk
akibat tiada sistem pengairan yang baik.
• Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai
oasis seperti di Yaman.
2. Perdagangan
• Oleh itu orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan
Ghassan.
• Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua
musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim
haji tertumpu di Makkah.
• Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai
kafilah
• Perdagangan dijalankan dalam sistem barter.
• Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu,
berhala dan sebagainya.
3. Rompakan
• Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan
Quraisy.
• Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.
( Catatan : Ada pandangan ahli akademik yang tidak menerima merompak
sebagai aktiviti ekonomi Arab Jahiliyyah )
4. Penternakan
• Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang
ternak seperti unta, kambing dan biri2.
• Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang
ternakan mereka.
• Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
• Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara
antara golongan yang kaya dengan miskin.
5. Struktur Masyarakat
• Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal
di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
• Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah.
• Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan
(semangat asabiyah)
• Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah
yang lain.
6. Semangat Assabiyyah
• Mereka ada perasaan setiakawan @ asabiyah yang sentiasa terjalin rapi.
• Selalu berlaku peperangan antara kabilah.
• Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai
lambang kemegahan kabilah mereka
• Peperangan antara mereka sering melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan
masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja.
• Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah.
7. Kedudukan wanita
• Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat @
keluarga
• Mereka menanam anak perempuan hidup2 .
• Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak
perempuan apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah social dan ekonomi.
8. Akhlak tidak bermoral
• Mereka berzina, berjudi dan minum arak yang merupakan kebiasaan kepada
masyarakat Arab jahiliyah.
9. Akhlak mulia
• Mereka juga mempunyai sifat terpuji seperti melayan tetamu yang datang
walaupun musuhnya, menepati janji dsb.
10. Kedudukan hamba
• Hamba dipandang hina dan mempunyai status yang terendah dalam kalangan
masyarakat .
Kesimpulan:
1. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan
kejahilan dan kesesatan.
2. Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul
untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Posted by Cikgu Rashman at 11/13/2009 09:57:00 PM 1 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN
Tuesday, 1 September 2009
TAMADUN ISLAM : MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS KEWAFATAN NABI
MUHAMMAD
Pengenalan
Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah di Madinah. Baginda tidak
pernah mengatakan secara lisan siapakah yang baginda pilih sebagai pemimpin umat
Islam yang seterusnya. Namun perundingan yang dijalankan di kalangan masyarakat
Islam di Madinah telah memutuskan untuk melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah
yang pertama.
Masalah yang Dihadapi
Terdapat Perselisihan Pendapat Mengenai Kewafatan Nabi
Terdapat perselisihan tentang berita kewafatan Nabi Muhammad. Terdapat sebahagian
daripada umat Islam termasuk Saidina Umar sendiri yang tidak dapat menerima berita
tersebut. Umat Islam berada dalam keadaan yang penuh kekeliruan dan emosi.
Penyelesaian dilakukan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau membacakan ayat al-
Quran yang antara lain bermakna bahawa Nabi Muhammad hanya seorang pesuruh Allah
seperti rasul yang terdahulu yang pernah hidup dan kemudiannya akan mati. Namun,
Islam tetap kekal dan tidak akan mati.
Perselisihan Tentang Tempat Pengebumian Nabi
Umat Islam kemudiannya berselisih pendapat tentang tempat untuk mengebumikan
jenazah baginda. Sebahagian pihak mahukan agar baginda dimakamkan di Mekah
manakala pihak lain mahu baginda dimakamkan di Madinah. Ada juga yang mahukan
Nabi dimakamkan di Baitul Muqaddis. Perselisihan tersebut diselesaikan oleh Abu Bakar
apabila dibacakan kepada mereka sepotong hadith di mana Nabi Muhammad pernah
bersabda yang bermaksud "para nabi dikebumikan di mana mereka meninggal dunia".
Oleh itu, Nabi Muhammad dikebumikan di Madinah.
Menyelesaikan Masalah Perlantikan Khalifah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebahagian besar golongan Ansar telah berkumpul
di sebuah dewan bernama Saqifah Bani Saidah, untuk melantikan Saad Bin Ubadah
sebagai pengganti Nabi. Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah al-Jarrah telah mendengar
berita tersebut lalu menuju ke Saqifah Bani Saidah.
Masalah pemilihan pengganti Nabi menjadi kusut apabila golongan Ansar bersungguh-
sungguh mahukan jawatan tersebut dengan alasan mereka adalah pembela Allah dan
Islam. Perjuangan mereka terhadap Nabi dan agama Islam adalah tidak ternilai dan
golongan Muhajirin adalah sebilangan kecil dari mereka dan mereka berada di Madinah
dalam keadaan merantau atau menumpang.
Abu Bakar telah memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya mengapa pemilihan
bakal pengganti Nabi mestilah dari golongan Muhajirin. Beliau juga membacakan hadis
Nabi yang bermaksud "Para imam adalah daripada golongan Quraisy".
Hujahnya ini dapat menyedarkan golongan Ansar tentang kepentingan memilih golongan
Muhajirin sebagai pengganti Nabi Muhammad. Akhirnya, Abu Bakar dipilih sebagai
pemimpin umat Islam. Melalui cara ini, krisis perlantikan Khalifah yang amat kritikal itu
dapat diatasi dan diselesaikan dengan cara sebaik-baiknya. Ia berjaya menghindari umat
Islam dari kemungkinan bahaya perpecahan politik yang amat membimbangkan.
Meneruskan Gerakan Ketenteraan Usamah Bin Zaid
Sebelum Nabi Muhammad wafat, baginda telah membentuk sebuah angkatan tentera
yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid Bin Harithah untuk menentang penduduk Daerah
Ghassan yang telah membunuh beberapa orang utusan Nabi.
Apabila Abu Bakar menjadi Khalifah beliau menghadapi masalah yang kritikal sama ada
untuk meneruskan atau membatalkan sahaja gerakan ketenteraan tersebut. Ada yang
berpendapat ia perlu dibatalkan kerana Mekah dan Madinah sendiri menghadapi
ancaman dan pemberontakan dari kaum Absy dan Zubyan. Tambahan pula, Usamah Bin
Zaid masih dalam usia belasan tahun. Namun, Khalifah Abu Bakar menunjukkan
ketegasannya dengan meneruskan gerakan tersebut.
Tentera Usamah mencapai kejayaan gemilang dalam tempoh 40 hari. Kemenangan ke
atas wilayah kekuasaan Rom ini memberikan kesan politik yang penting terhadap negara
Islam. Ia menyedarkan kaum-kaum yang ingin menyerang Madinah bahawa masyarakat
Islam bukan mudah diugut atau digugat. Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan
politik dan keselamatan umat Islam kerana tentera Usamah Bin Zaid ditugaskan untuk
menjaga keselamatan Madinah.
Menentang Gerakan al-Riddah
Al-Riddah ialah gerakan anti kerajaan Islam atau gerakan mengingkari ajaran-ajaran
Islam. Ia terdiri dari gerakan 3 golongan iaitu golongan-golongan nabi palsu, golongan
yang murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Kesemua golongan ini
merupakan anasir yang membahayakan kerana boleh menghancurkan keutuhan Islam
jika tidak dihadapi dan ditentang bersungguh-sungguh.
Langkah awal Khalifah Abu Bakar ialah menghantar utusan-utusannya kepada ketua
golongan tersebut dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya segelintir dari
mereka menyahut seruan Khalifah Abu Bakar seperti Bani Abdul Qais di Bahrain. Namun
kebanyakannya masih degil.
Oleh itu, Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebanyak 11 pasukan tentera yang
diketuai oleh panglima-panglima Islam yang terkenal dan dihantarkan ke seluruh Tanah
Arab untuk memerangi gerakan al-Riddah.
Akhirnya, semua gerakan al-Riddah dapat dilenyapkan dan Islam kembali menjadi agama
yang suci dan tunggal di Tanah Arab. Golongan penentang Islam berjaya ditundukkan
supaya mematuhi ajaran-ajaran Islam.
Rumusan
Pelbagai masalah sosial, politik dan kepimpinan telah dihadapi oleh umat Islam sebaik
sahaja wafatnya Nabi Muhammad. Namun, umat Islam menunjukkan ciri-ciri perpaduan
dan persefahaman dengan menyelesaikan setiap masalah secara kolektif dan
perbincangan sehingga akhirnya semua masalah dapat diatasi demi untuk kebaikan
ummah dan negara Islam itu sendiri.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Posted by Cikgu Rashman at 9/01/2009 09:24:00 AM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1
Thursday, 25 June 2009
TAMADUN ISLAM: TEMA 1 – 3 NOTA RINGKAS

PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA


DAN FAHAMKAN
Pengenalan
Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang . Tempat persinggahan.
Penduduknya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi – Bani Quraizah, Bani
Nadhir, Bani Qunaiqa’ , Arab – Aus dan Khazraj. Kehidupan kurang maju sebab
pergeseran kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi. Aus dan Khazraj jemput Nabi
saw – wujud Aqabah 1 pada 621M.
Madinah – Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.
Suku Aus di Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah, Yahudi pertama hijrah ke
Madinah ialah Qainuqa’.
Perjanjian Aqabah
1. Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di
Aqabah kemudian peluk Islam. 621M mengunjungi lagi dan wujud perjanjian Aqabah 1.
Syarat Perjanjian:
a. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. Dan Rasul
b. Membantu Nabi saw
c. Tidak mengamalkan amalan Jahiliyah.
2. Selepas perjanjian hantar Mus’ab bin Umair untuk berdakwah.
3. 622M Perjanjian Aqabah 2. Syaratnya :
a. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
b. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
c. Mereka secara sukarela menyediakan tempat tinggal
d. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah
e. Kesediaan mempertahankan Islam.
4. Kesan Perjanjian:
a. Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
b. Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
c. Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
d. Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamin
e. Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
f. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
g. Mengembalikan keamanan dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw
melalui Islam.
h. Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.
Hijrah
Berlaku pada 12 Sept 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Nabi
Muhammad s.a.w hijrah bersama Abu Bakar AsSiddiq – perjalanan 12 hari. Umar secara
sendirian dan terang-terangan.
Konsep Hijrah
Maknanya:
1. Maksud perkataan Arab – berpindah.
2. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke
Madinah . Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi
penyebaran.
3. Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan
atau kejahatan.
4. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan
sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
5. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep
Hijrah Barat dan Islam spt berikut:
a. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
b. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
c. Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
d. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua
golongan penduduk Madinah.
Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw
1. Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan
2. Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.
3. Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .
4. Bersembunyi di gua Thur = Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar – intip kegiatan orang
Quraish, Asma binti Abu Bakar – menghantar makanan, Amir bin Fuhairah – gembala
kambing agar susu kambing diberi kepada baginda.
5. Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.
Sebab dan Tujuan Hijrah
1. Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal.
2. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
3. Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran.
4. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
5. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Memerlukan
pemimpin dan mendamaikan ketegangan.
Kepentingan Hijrah
1. Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan.
2. Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah.
3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah.
4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
5. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud – berpindah. Ansar
bermaksud – menolong ( Nasara ) Golongan Ansar membantu Muhajirin dengan cara:
a. Menjaga keselamatan
b. Menyediakan modal untuk berniaga
6. Keamanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam
sejahtera sebagai sebuah negara.
7. Wujud takwim Hijrah. Mula dicipta dan digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin
kedua – Umar al Khatab.
8. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’.
Fungsi masjid pelbagai seperti:
a. Beribadat
b. Belajar
c. Tempat bertemu dan berbincang akan masalah
d. Aktiviti jual beli.
9. Pertukaran nama Yathrib kepada Madinah Al Munawarah . Pusat tamadun Islam dan
agama.
10. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.
11. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta.
Abd rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.
12. Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Cth puteri Abu
bakar Assiddiq – Asma’ – menghantar makanan dan berita semasa persembunyian Nabi
di Gua Thur.
13. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan
kampung halaman.
14. Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.
15. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah daripada
Quraish.
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah
1. Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka Nabi pada
622M- berpandukan wahyu.
2. Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islan dan Bukan
Islam.
3. Mencatatkan tentang tanggung jawab ketua negara dan rakyatnya
4. Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
5. 47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka.
24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
6. Boleh dirumus kepada 7 aspek penting yg merangkumi politik, ekonomi, sosial spt
a. Pentadbiran
i. Nabi Muhamad pemimipin di Madinah
ii. Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam
b. Agama
i. Bebas mengamalkan sebarang agama
ii. Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.
c. Sosial
i. Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap
negara
ii. Tidak boleh bermusuhan
d. Perundangan
i. Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah
boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
ii. Undan-undang Islam menekankan penginsafan dan bukannya jatuhan hukuman.
iii. Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.
e. Pertahanan
i. Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara
f. Kedudukan kaum Yahudi
i. Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah
g. Ekonomi
i. Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
ii. Unsur tipu dan riba dihapuskan.
Kepentingan Piagam Madinah
1. Model kerajaan Islam yang unggul
2. Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum
3. Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
4. Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam
perniagaan.
5. Berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah – hidup dalam bersatu padu dan
aman menerusi semangat ukhuwah Islamiah – iaitu semangat persaudaraan sesama
Islam. Aspek Ukhwah dapat dilihat menerusi:
a. Keadilan sosial
b. Persamaan hak dan persaudaraan Islam
c. Tiada perbezaan taraf
6. Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang-
undang syariah.
7. Negara diwujudkan atas dasar perlembagaan terlebih dahulu.
8. Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik berasaskan undang-undang,
bukan nafsu dan kekuatan kaum.
9. Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama bertanggungjawab menjaga
keselamatan negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan disegani.
Penyebaran Islam
Strategi penyebaran Islam:
1. Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di
sekitar semenanjung Arab.
2. Tidak dengan paksaan tetapi dengan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
3. Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman.
4. Peperangan – dengan izin atau bertujuan mempertahankan diri, agama dan negara.
Kerajaan Islam melalui beberapa siri peperangan sejak 622M Antaranya:
a. Perang Badar 624M/2H
i. Dalam perang ini Islam menang, Nabi mengampunkan orang tawanan Arab Quraish,
Tawanan Wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Lelaki diberi syarat untuk membebaskan
diri mereka – ajar 10 kanak-kanak Islam baca dan tulis sehingga pandai akan dibebaskan.
b. Perang Uhud 625M/3H
c. Perang Khandak 627M/5H
d. Perang Tabuk 630M/8H
5. Perang dalam Islam mesti ikut prinsip tertentu, iaitu
a. Dengan izin Allah swt setelah turunnya wahyu. Berperang apabila diserang oleh
musuh.
b. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.
c. Menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
d. Islam menganjurkan perdamaian jika musuhnya inginkan perdamaian.
e. Dakwah mesti dilaksanakan dengan baik
f. Perang berpandukan aspek berikut:
i. Tidak boleh membunuh orang yang lemah spt orang tua, kanak-kanak, wanita, orang
sakit, dan orang yang menyerah diri.
ii. Tidak dibenarkan membunuh binantang ternakan, dan tanaman.
iii. Dilarang meroboh rumah ibadat.
Perjanjian Hudaibiyah
Latar Peristiwa
628M orang Islam ingin ke Makkah untuk beribadat dan mengerjakan umrah Disekat oleh
Quraish di Hudaibiyah. Di situ orang Islam cuba menerangkan tujuan kedatangan dengan
menghantar wakil iaitu Uthman bin Affan. Peringkat awal tidak dipedulikan, tetapi apabila
dapat tahu orang Islam melakukan sumpah setia untuk membela Uthman yang dikatakan
mati dibunuh. Orang Quraish takut dan hantar Suhail bin Amru untuk berunding. Maka
wujud Perjanjian Hudaibiyah pada 628M/6H.
Mengapakah Uthman Bin Affan dipilih?
1. Mempunyai ramai saudara mara di Makkah
2. Sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain
3. Lemah lembut dan bertolak ansur.
Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
1. Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
2. Kabilah Arab lain bebas memilih sama ada memihak kepada orang Islam Madinah atau
Arab Quraish Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak
dipulangkan.
4. Orang Quraish Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu
dipulangkan.
5. Orang Islam boleh ke Makkah pada tahun berikutnya - 7 H.
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
1. Orang Islam dapat menunaikan haji pada tahun 629M/7H.
2. Tempoh perdamaian membolehkan Nabi saw merangka program dakwah ke seluruh
Tanah Arab.
3. Suku Arab boleh menganut sebarang agama tanpa halangan.
4. Islam dapat berkembang berlipat kali ganda.
5. Islam tersebar dengan aman
6. Walaupun dikatakan berat sebelah tetapi telah dapat mengislamkan pemuka Quraish
spt Khalid Al Walid, Amru Al As, dan Uthman bin Talhah.
7. Melambangkan ketokohan Nabi saw sebagai pemimpin unggul dan berpandangan jauh.
8. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kerajaan Islam Madinah.
9. Pembukaan Makkah pada 630M berlaku setelah terjadi pencabulan terhadap gencatan
senjata yang dipersetujui. Berlaku apabila orang Quraish memberi sokongan kepada Bani
Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
Pembukaan Semula Kota Makkah
Sebab
1. Tempat kelahiran Nabi Muhamad saw dan tempat lahirnya Islam.
2. Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M.
3. Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.
4. Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap.
Cara:
1. Tanpa kekerasan
2. Peringkat awal menghantar tentera Islam – empat pasukan 10000 orang.
3. Diketuai oleh Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair Al
Awwam. Masuk Makkah melalui 4 penjaru.
4. Keyakinan dan setia kawan kunci kejayaan tentera Islam.
5. Pengislaman Abu Sufian dan Al Abbas – memudahkan lagi Makkah dibuka selain
jaminan keselamatan yang diberi kepada penduduk Makkah.
Kesan
1. Sebelum memasuki Makkah Abu Sufian dan bapa saudara nabi Al Abbas telah
memeluk Islam.
2. Menunjukkan persaudaraan dengan mereka yang memasuki rumah Abu Sufian tidak
akan ditentang.
Kepentingan Pembukaan Kota Makkah
1. Menunjukkan semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan
2. Menunjukkan semangat perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan keturunan
3. Sifat pemaaf Nabi saw terserlah – tidak membalas dendam terhadap orang Quraish.
4. Kaabah terpelihara daripada kemungkaran. Agama menyembah berhala dihapuskan.
5. Kota suci umat Islam dalam melakukan ibadah.
6. Membuktikan kukuhnya negara Islam di Madinah.
7. Bermulanya penyebaran Islam secara menyeluruh ke Tanah Arab tanpa paksaan.
8. Wujud sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat – Madinah masih kekal pusat
pemerintahan.
9. Titik akhir perjuangan Nabi saw dan pada 632M/11H Nabi Muhamad wafat. Khutbah
akhir Nabi menyatakan
a. Setiap orang Islam bersaudara
b. Meninggalkan pusaka iaitu al quran dan sunnah yang menjadi panduan hidup manusia.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Posted by Cikgu Rashman at 6/25/2009 10:10:00 PM 1 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 2, NOTA TAMADUN
ISLAM TEMA 3
Thursday, 23 April 2009
GOLONGAN MASYARAKAT ZAMAN KHULAFA AR-RASHIDIN

( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN


HANTAR PADA 28/4/2009- SELASA ) ........

HURAIKAN PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT YANG TERDAPAT PADA ZAMAN


KHULAFA AR – RASHIDIN .
A. PENDAHULUAN
1. PERLUASAN WILAYAH ISLAM.
Wilayah Islam telah berkembang hingga ke Iraq, Syria dan Mesir. Ini mempengaruhi corak
masyarakat.
2. KOMPOSISI MASYARAKAT.
Terdiri daripada masyarakat Arab dan bukan Arab, Orang Arab termasuk golongan
Muhajirin, Ansar dan Ahl – al – Ayyam. Golongan bukan Arab terdiri daripada kaum Parsi
dan Qibti.
3. LATARBELAKANG MASYARAKAT.
Mereka menganut pelbagai kepercayaan dan menampilkan adat resam serta budaya
masing – masing.
4. PENGENALAN KEPADA ZAMAN KHULAFA AR – RASHIDIN.
B. ISI – ISI PENTING ( Buat Rujukan Lanjut )
1. ORANG ARAB.
· Terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab Selatan.
· Rasulullah telah berjaya menyatukan padukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin
dengan Ansar. Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima
Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada negara Islam.
· Di zaman Khalifah Ar – Rashidin orang Arab Madinah dan Arab Quraisy merupakan
golongan yang penting membantu pentadbiran negara contohnya:
a. Khalifah Abu Bakar :
Khalid Al- Walid dan Amru Al – As merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi
golongan Ar – Riddah.
b. Khalifah Umar al – Khattab.
Melantik enam orang para sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan Zubir
bin Al – Awwam sebagai ahli Majlis Syura.
c. Uthman bin Affan :
Keluarga Bani Umaiyyah diberikan jawatan penting seperti Marwan al – Hakkam dan
Muawiyyah bin Abu Sufyan sebagai Gabenor.
2. GOLONGAN AR – RIDDAH.
· Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al – Siddiq.
· Mereka terdiri daripada tiga golongan, iaitu :
a. Golongan Yang Enggan membayar zakat.
Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada nabi
Muhammad. Mereka terdiri daripada penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah. Di
Yamamah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin Al – Mughirah.
b. Golongan Nabi palsu dan Pengikutnya.
Nabi – nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al – Kazab merupakan nabi palsu
yang berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk mendapatkan
pengaruh dan kepentingan peribadi. Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40,
000 orang yang berpusat di Yamamah.
c. Golongan Murtad.
Mereka terdiri daripada kabilah – kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan
mendapatkan perlindungan politik daripada negara Islam. Setelah nabi wafat mereka
kembali semula kepada amalan jahiliah.
Abu Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah supaya mereka kembali
kepada ajaran Islam. Pasukan tentera Islam telah berjaya mengalahkan golongan ini dan
mereka kembali semula kepada ajaran Islam.
3. GOLONGAN AHL – AL – AYYAM.
· Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al- Khattab. Khalifah Umar telah
membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan Mesir. Orang – orang Arab yang menyertai
pasukan tentera membuka dan menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai golongan
ahl – al – Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan Murtad.
· Golongan ini terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban dan bekas
golongan Murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq dan
memungut cukai sebagai mengenang jasa mereka dalam pentadbiran.
· Zaman Khalifah Umar al – Khattab terdapat lebih kurang 12000 orang. Pemimpin
mereka ialah Al – Ashtar, Malik al – Harith dan Hujr al – Kindi.
4. GOLONGAN AL – QURRA.
· Berasal daripada golongan ahl – al – Ayyam yang diberikan amanah untuk menguruskan
tanah di Iraq. Mereka menggelar diri mereka sebagai al – Qurra bagi menjaga status dan
membezakan daripada golongan ahl – al – Ayyam yang lain terutama bekas golongan
murtad.
· Di zaman Khalifah Uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana
pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyyah.
Golongan ini bertanggungjawab menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.
· Mereka memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal
dan Perang Siffin.
5. GOLONGAN KHAWARIJ.
· Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah Ali yang terlibat dalam Perang Jamal
dan Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima
perdamaian dengan tentera Muawiyyah dalam Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim.
· Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sebagai
golongan Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya dipertanggungjawabkan
ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin Abu Sufyan dan Amru Al – As. Mereka melancarkan
gerakan untuk membunuh ketiga – tiga pemimpin tersebut. Mereka membunuh Khalifah
Ali dan melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umaiyyah.
6. GOLONGAN BERKECUALI.
· Terdiri daripada golongan yang tidak mahu terlibat dalam konflik antara Ali dan
Muawiyyah. Mereka tinggal di Hijjaz.
7. GOLONGAN BUKAN ARAB ( ‘AJAM )
· Golongan Mawali.
Terdiri daripada orang bukan Arab, iaitu kaum Parsi yang telah memeluk agama Islam.
Kebanyakan mereka tinggal di Iraq. Di zaman ini mereka tidak dikenakan bayaran cukai
jizyah.
8. ORANG BUKAN ISLAM.
· Terdiri daripada orang Arab dan bukan Arab seperti kaum Yahudi, Qibti, Parsi. Mereka
tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab.
· Mereka menganuti agama Kristian, Yahudi dan Majusi.
· Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yang adil daripada kerajaan Islam
dengan membayar cukai jizyah.
C. KESIMPULAN
Apa – apa sahaja yang berkaitan.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
Posted by Cikgu Rashman at 4/23/2009 10:48:00 PM 1 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN
Wednesday, 15 April 2009
CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH VS MASYARAKAT ISLAM ZAMAN NABI
MUHAMMAD

( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN


HANTAR PADA 21/4/2009- SELASA ) ....Saya ke Pulau Pangkor kerana urusan
rasmi....
................................................................................................................
Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat
Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
A. Pengenalan :
1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka
hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai
akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.
2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah
Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan
negara Islam yang pertama.
3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat
Arab terutama masyarakat di Madinah.
B. Isi : ( Sila buat rujukan lanjut. Isi mesti menunjukkan perbandingan )
1. Kepercayaan / Agama :
a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan
menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini
Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah
ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat
dengan kepercayaan karut. ( Berikan contoh )
b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar
secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk
memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan
dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi
kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.
2. Hubungan Masyarakat / Sosial :
a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap
individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang
lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira
sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan
masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah
tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan
dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang
Ansar dengan Muhajirin.
3. Peperangan :
a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan
masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas
dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan
Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam
peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang wujud
di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan
negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan
pengkhianatan orang Yahudi.
4. Kelas Masyarakat :
a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan
merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah
amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri
sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba
berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba
tidak mengikut kehendak mereka.
b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf.Semua manusia
dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya
kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau
pangkat mereka.
5. Kedudukan Wanita :
a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka
hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan
dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki
suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi
perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita.
Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan
peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.
6. Akhlak :
a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina,
melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan
mereka.
b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I,
masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya
mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.
7. Politik :
a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih
bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat
golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu
masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.
b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undangundang
utama yang digunakan ialah Al- Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui
konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan Madinah.
8. Nilai-nilai Positif :
a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu,
berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim.
b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.
9. Amalan Ekonomi.
a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah ekonomi yang
penting dan menguntungkan.
b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad dalam urusan
jual beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli seperti arak,patung berhala,
dll.
C. Kesimpulan :
Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman Islam
berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Posted by Cikgu Rashman at 4/15/2009 10:33:00 AM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN, SOALAN RAMALAN
Wednesday, 8 April 2009
AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB ZAMAN JAHILIAH

( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN


HANTAR PADA 13/4/2009- ISNIN )
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab pada zaman
Jahiliyah.
Pengenalan
1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman sebelum Nabi Muhammad
menjadi Rasul.
2. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai
panduan.
3. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah
yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam
semua aspek kehidupan.
4. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan
kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh
bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan
tradisi lama yang diwarisi.
5. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk
sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Isi-isi penting ( Buat Rujukan untuk huraian lanjut )
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan
oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan)
yang direka oleh manusia sendiri.
1. Agama Wathani
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang
diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat
memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat
360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan
Al-Hubal.
2. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi
Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani
Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama
ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun
Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah
mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan
gelaran ahli kitab.
4. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari
dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini
banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan
anak serta adik beradik.
5. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini
tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang
Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi
Muhammad s.a.w sendiri.
6. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala
merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
7. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk
ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan
menjamin keselamatan mereka.
8. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud
tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan
berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
9. Kepercayaan Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan
pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat
kediaman tuhan yang jahat.
10. Kepercayaan tahyul
Kepercayaan tangkal azimat
a. Roh orang mati menjadi burung.
b. Percaya kepada ahli nujum.
c. Percaya kepada ahli sihir.
d. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri
membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
e. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
f. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari
perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
Kesimpulan
Masyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut
hawa nafsu semata-mata.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Posted by Cikgu Rashman at 4/08/2009 09:42:00 AM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN, SOALAN RAMALAN
Sunday, 5 April 2009
CIRI-CIRI JAHILIAH......
Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.
A) Pengenalan :
1. Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.
a. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
b. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
c. Tidak mempunyai peradaban.
d. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
e. Tidak boleh membaca dan menulis.
2. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi,
penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.
B) Isi- isi Penting :
Struktur Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari.
Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:
a. Golongan bangswan - ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
b. Golongan agama ( pendeta ) - tukang tilik dan penyair.
c. Golongan hamba.
d. Wanita.
e. Masyarakat awam dan rakyat biasa
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :
• Aspek agama dan kepercayaan :
Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah
Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini
berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap
alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.
Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan
Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh
Masyarakat Parsi.
Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di
utara Semenanjung Tanah Arab. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa
oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran
merupakan pusat agama ini.
Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut
asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa
oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat
Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi
bertapak di Yaman dan Madinah.
Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh
Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi
Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan
Nasrani di Arab.
Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan
masyarakat Arab tidak ramai. Mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang
dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.
Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan
berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat
berkehendakkan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t. Mereka
mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekeliling
Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi.
Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang
mereka yang perlu dipertahankan.
Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan
tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan
dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan
percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.
Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang
berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.
Aspek Politik dan pentadbiran :
Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat
Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh
kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab
di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah
dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan
diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul
Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh.
Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahiliah. Mereka mengamalkan politik
berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran
menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat
agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani
berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan
ketenteraman yang amat penting. Di samping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk
majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi
keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik
masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung
untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
• Aspek Ekonomi :
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan
perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas
kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas
Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu
dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi
yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran
kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang
melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan
kebendaan.
Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada
anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi.
Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah
tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman
Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua
hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga
diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga
diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah
akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).
Pasar-pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian,
hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual
di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
• Aspek Sosial :
Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan
hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasarkan
pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang
sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk
dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak - puak dan ketua puak dipilih di
kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga
dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak
wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya
semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri-ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap
puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara - perkara kecil.
Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku
peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan
hamba abdi.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-
undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan
bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian,
pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam
hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu.
Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka.
Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan
mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.
• Aspek Ilmu Pengetahuan :
Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka
saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak
mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain
keuntungan mereka mengejar keseronokan.
Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui
kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan
keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal
kerana kebijaksanaan berniaga.
Hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci
dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu
pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan
mereka.
• Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :
Walaupun orang - orang Arab jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan
kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat - sifat positif dan mulia. Mereka amat
menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan
tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang
semata - mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah
musuhnya.
Di samping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan.
Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang -
orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat - sifat positif yang lain antaranya menghormati dan
mentaati pemimpin.
C) Kesimpulan :
Apa-apa sahaja yang berkaitan.