Anda di halaman 1dari 38

BAB 9

DEMOKRASI
BERPARLIMEN
PENGENALAN
 Pengamalan Sistem demokrasi bertujuan untuk memperlihatkan
landasan pemerintahan bagi sesebuah negara adalah
berteraskan kepada kebebasan, di mana kebebasan hanya
dapat dinikmati dalam sesebuah negara yang mengamalkan
demokrasi.
APA ITU DEMOKRASI
 Demokrasi boleh diertikan dengan banyak makna. Berkongsi
satu elemen utama “that is “power” that resides and emanates
from the peoples”.
 Istilah demokrasi : Yunani – Demokratia
 Demos – rakyat
 Kratia - pemerintah
 Satu ungkapan popular “the government of the people, by the
people and for the people”.
 Pertama kali digunapakai di Athens.
 Inti kepada demokrasi ialah penyertaan rakyat dalam proses
pembuatan keputusan.
 Demokrasi (i) Langsung
(ii) Tidak Langsung
APA ITU DEMOKRASI
 Robert A. dahl
satu sistem politik di mana anggotanya saling bergantungan di
antara satu sama lain, sebagai orang yang sama dari segi politik
dan mereka itu sama-sama berdaulat dan memiliki kemampuan
serta sumber daya yang mereka perlukan demi untuk
memerintah diri mereka sendiri.
 Jack Lively (1975)
Adalah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Satu
bentuk pemerintahan di mana pemerintah bertanggungjawab
ke atas yang diperintah.
 K. Ramanathan (1987)
kepada kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan yang terdiri
dari sekumpulan orang atau seorang wakil yang dipilih daripada
pilihanraya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam
masa tertentu berdasarkan kehendak rakyat.
FALSAFAH DEMOKRASI
 Rasional
 Bermoral
 Samarata
 Kebolehan mencapai kemajuan
 Berkerajaan sendiri – kerajaan dengan kehendak rakyat
 Kebebasan
PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI

 Hak untuk mengundi


 Hak untuk bersuara
 Kebebasan kehakiman
 Persamaan di sisi undang-undang
 Kebebasan untuk menganut apa-apa fahaman
 Kebebasan berpersatuan
 Kebebasan media-massa
 Pilihanraya yang bebas
 Kebebasan untuk berpolitik, menyokong dan menjadi calon.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
 Ciri-ciri :
 Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai
 Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan
 Rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-
wakil yang dipilih dalam pilihanraya
 Negara Demokrasi Berparlimen
 Raja Berperlembagaan – kuasa YDPA ditetapkan dlm
perlembagaan
 Perlembagaan – garis panduan pemerintahan negara
 Pilihanraya – rakyat diberi peluang memilih dan melibatkan diri
 Badan Perundangan – gubal undang-undang
 Badan Perlaksana – gubal dasar negara dan laksana kuasa
eksekutif
 Badan Kehakiman – tafsirkan undang-undang
 Parti-parti politik – beri peluang rakyat untuk bersuara.
DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA : PILIHANRAYA
 D. Robertson (1993) :
 Pilihanraya adalah satu kaedah untuk memilih calon bagi
jawatan / kerusi tertentu. Merupakan satu kaedah yang
berwibawa bagi memlih pemimpin-pemimpin politik atau
ketua negara di seluruh dunia.
 A. Rashid Rahman (1994) :
 Pilihanraya merupakan pemilihan umum ke atas seseorang
untuk sesuatu jawatan dan pemilihan dibuat menerusi undi
sesebuah perkumpulan (constituent body). Pemilihan
mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang.
Maka dalam satu-satu pilihanraya terdapat dua objek yang
terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.
 Tujuan mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih orang
atau orang-orang yang yang akan mewakili kepentingan
pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa
organisasi di mana orang atau individu-individu berkenaan
dipilih untuk bertugas.
PILIHANRAYA
 Proses untuk memilih kerajaan berasaskan kepada demokrasi.
 Ala Westminster : pengundi cuma memilih wakil rakyat
untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
yang kemudiannya menentukan pembentukan kerajaan.
 Sistem berpresiden : rakyat mengundi semata-mata untuk
menentukan eksekutif yakni presiden dan juga ahli-ahli
dewan perundangan yang dipilih dalam pilihanraya secara
berasingan.
 Dari sudut lain, pilihanraya juga penting kerana ia juga
menentukan sesebuah kerajaan itu benar-benar efektif dalam
pemerintahannya.
 Perlukan mandat rakyat untuk jalankan polisi dan program-
programnya.
 Kunci penting kepada demokrasi
 Sebahagian dari prasyarat yang perlu wujud sekiranya
sesuatu system itu benar-benar ingin menepati tuntutan dan
semangat perlembagaan.
 Mekanisme yang membolehkan rakyat menukar kerajaan secara
aman
 Tidak harus bersifat kosmetik semata-mata
 Pilihanraya yang demokratik menuntut kepada kewujudan
pelbagai aspek kebebasan asasi seperti bercakap, berhimpun,
dan berpersatuan yang dijamin oleh undang-undang dan
perlembagaan.
 Perlu disertai oleh semua lapisan dan golongan
 Tun Muhammad Salleh Abas dalam bukunya Prinsip Perlembagaan
dan Pemerintahan di Malaysia (1997) menulis bahawa ada syarat-
syarat yang perlu diadakan untuk memastikan wujudnya suatu
pilihanraya yang bersih dan bebas. Antaranya ialah :
 Pilihanraya berkenaan hendaklah dijalankan oleh satu badan
yang bebas dan dipercayai oleh rakyat;
 Undang-undang pilihanraya hendaklah berasaskan kepada
keadilan, di samping memastikan bahawa perkara-perkara yang
tidak baik tidak boleh dilakukan;
 Segala pertelingkahan mestilah diselesaikan dengan segera
oleh sebuah mahkamah yang dikhususkan untuk mengadili kes-
kes sedemikian.
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

 Salah satu ciri demokrasi di Malaysia. Ia diadakan sekali


setiap lima tahun.
Pada dasarnya melalui pilihan raya rakyat boleh memilih
wakil-wakil untuk memerintah sama ada di peringkat
persekutuan atau negeri
System pilihan raya yang diamalkan adalah berasaskan
kelebihan suara mudah ( simple majority, first past-the-post).
•Dalam sesuatu pilihan raya 3 pihak terlibat : badan
pengendali pilihan raya, calon bertanding dan pengundi.

•Pilihan raya di Malaysia telah diadakan sebanyak 12 kali


bermula dengan pilihan raya pertama pada 1955 (sebelum
kemerdekaaan) dan yang terakhir pada 2004.
BADAN PENTADBIR PILIHANRAYA

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)


Sejarah Ringkas
 Dibentuk pada 4 September 1957 mengikut peruntukan
perlembagaan di bawah Perkara 113 dan 114 Perlembagaan
Persekutuan.
 SPR bertanggungjawab untuk memelihara, menyelia dan
mengendalikan proses pilihan raya sebagai ciri dalam
demokrasi dan dijalankan secara adil dan saksama. Namun
beberapa persoalan mengenai peranan ini telah ditimbulkan
oleh pelbagai pihak
Penubuhan SPR
 Perkara 114(1) menetapkan bahawa ahli SPR hendaklah
dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan MRR.
 Suruhanjaya Reid dalam laporannya, menekankan bahawa
adalah menjadi tugas YDPA, dalam melantik pengerusi dan
ahli-ahli SPR, untuk memastikan bahawa kredebiliti
Suruhanjaya itu tidak dipertikaikan.
 Hakim Abdul Hamid : berpendapat bahawa YDPA perlu
diberi kebebasan untuk menggunakan pertimbangan
baginda sekiranya perlu.
 Perlantikan Ahli SPR mestilah dilakukan oleh YDPA selepas
mendengar nasihat dari Perdana Menteri atau kerajaan yang
memerintah.
 YDPA tidak boleh melantik sesuka hati.
 PM dan kerajaan yang memerintah memainkan peranan
penting dalam perlantikan ahli SPR yang merupakan
sebuah institusi yang penting dalam negara.
• Tidak dapat mengenepikan kepentingan politiknya
seratus peratus.
 Perlukah YDPA mendengar nasihat Perdana Menteri atau
kerajaan yang memerintah.
 Dr Sothi Rachagan dalam bukunya Law and The Electoral
Process in Malaysia (1993) berpendapat bahawa YDPA
mesti mendengar nasihat kerajaan yang memerintah.
 Pendapat ini tidak sepenuhnya mematuhi kehendak
peruntukan yang mengehendaki YDPA memastikan bahawa
kebebasan dan kredebiliti Suruhanjaya tidak dipersoalkan.
 Ekoran adanya hubungan antara kerajaan yang memerintah
dengan SPR tersebut, terdapatnya kritikan terhadap tahap
kebebasan SPR.
 Lebih utama ialah kewujudan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya
yang tidak diragui kemampuan dan kebebasannya.
 Kebebasan Suruhanjaya adalah merupakan satu isu yang real.
Ahli-Ahli Suruhajaya
 Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, YDPA
dikehendaki oleh perlembagaan, hendaklah memandang kepada
mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihanraya yang
mendapat kepercayaan awam.
 Mengikut Perkara 114(1), ahli-ahli SPR adalah terdiri daripada
 Seorang Pengerusi
 Seorang Timbalan Pengerusi
 Lima orang ahli lain.
• Salah seorang ahlinya hendaklah memegang jawatan
mengikut giliran sama ada dari Sabah dan Sarawak
 Ahli SPR boleh memegang jawatan sehingga berumur 66 tahun,
tetapi boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan
menulis surat kepada YDPA.
 Setiap ahli mempunyai kedudukan yang istimewa iaitu tidak boleh
dilucutkan jawatannya melainkan dengan tatacara yang sama
melucutkan jawatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Tinggi.
 Bagaimanapun YDPA mempunyai kuasa untuk memecat
seseorang ahli yang :
 Adalah seorang bangkrap yang belum dilepaskan;
 Mengambil bahagian dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan
bergaji di luar tugas jawatannya
 Adalah seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan
Negeri
 Ahli SPR juga boleh dilucutkan jawatan sekiranya:
 Berkelakuan yang boleh mencemarkan nama jawatan
 Tidak mampu untuk meneruskan tugas akibat :
 Masalah kesihatan yang teruk
 Masalah mental
 Apabila berlaku, PM dikehendaki melaporkannya kepada YDPA
untuk membentuk satu tribunal :

 Hendaklah mengandungi tidak kurang dari lima orang


 Yang terdiri dari Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan, ataupun Mahkamah Tinggi, ataupun seseorang
yang mempunyai kedudukan yang sama dalam mana-mana
negara
 Berdasarkan kepada laporan tribunal tersebut, YDPA
berdasarkan pengesyoran dari PM, boleh melucutkan
jawatan seseorang Ahli dari menjalankan tugasnya.
Fungsi SPR
 SPR pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya
yang bebas dan adil di Malaysia (free and fair election).
 Perlembagaan Malaysia mengariskan empat fungsi penting
SPR seperti berikut iaitu:
 Menjalankan pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau
pilihanraya kecil
• Berdasarkan kepada Perkara 113(1) memberikan kuasa
kepada SPR
 Menjalankan pendaftaran pemilih,
• Berdasarkan kepada Perkara 113(1) memberikan kuasa
kepada SPR
 Mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya;
• Perlu mendapat persetujuan Dewan Rakyat dan PM
terlebih dahulu.
• Mestilah tidak mengambil masa lebih dari dua tahun
• Mestilah sekurang-kurangnya 8 tahun dari
persempadanan semula yang dilakukan sebelum itu.
 Membuat undang-undang pilihanraya
• Cap ibu jari
• Kempen
PILIHANRAYA DAN KEKERAPANNYA

Jenis Pilihanraya

 Terdapat dua jenis pilihanraya


 Pilihanraya Umum
• Berlangsung biasanya setiap lima tahun sekali, kecuali
Parlimen atau Dun dibubarkan sebelum tarikh yang
sepatutnya.
• Akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh parlimen
dibubarkan
 Pilihanraya Kecil
• Berlangsung bila untuk mengisi kekosongan pemegang
kerusi samada parlimen atau negeri.
• Akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
• Kekosongan biasanya berlaku bilamana :
– Berlakunya kematian kepada wakil rakyat;
– Hilang kelayakan sebagai ahli parlimen atau DUN
– Bersara

• Kekosongan juga boleh berlaku bilamana :


– Undang-undang Anti Lompat Parti
– Menang pilihanraya kemudiannya bertukar parti.
• Secara automatic, menerusi anti lompat parti,
kerusi akan kosong.
– Apabila parti yang diwakili dibubarkan
– Telah diistiharkan sebagai unconstitutional oleh
mahkamah.
Bila Pilihanraya Mesti Diadakan

 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mempunyai


tempoh selama 5 tahun, melainkan ianya dibubarkan
dengan lebih awal.
 Pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh :
 60 hari di Semenanjung
 Kempen dibenarkan sebelum pilihanraya diadakan.
 Mengikut pindaan terbaru yang dibuat, walaupun
berlakunya kekosongan dalam mana-mana kerusi
samada di Dewan Rakyat atau DUN, pilihanraya kecil
tidak akan diadakan sekiranya tempoh penggal yang
ada adalah kurang dari 2 tahun.
Kawasan Pilihanraya
 Dibahagikan kepada dua :
 Parlimen (P) – Dewan Rakyat
 Negeri (N) – Dewan Undangan Negeri

Tahun Jumlah Kerusi


1999 193
2004 219
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Apabila kerajaan yang memerintah membubarkan Parlimen
ataupun DUN, SPR akan merangka rancangan untuk menjalankan
pilihanraya dan akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan
juga tarikh pilihanraya.
Penamaan Calon
 Kelayakan Calon :
 Warganegara Malaysia dan 21 tahun ke atas
 Bermastautin secara tetap dalam sesuatu kawasan Pilihanraya
dan mendaftar dalam daftar pengundi dengan SPR
 Sempurna akal dan tidak muflis
 Tidak memegang jawatan yang berpendapatan dengan
perkhidmatan awam
 Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh Mahkamah
dan dihukum penjara tidak kurang dari 12 bulan atau didenda
tidak kurang daripada RM2000.00 dan belum mendapat
pengampunan
 Pilihanraya akan diadakan bila ada lebih dari satu calon yang
mendaftar
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
Penamaan Calon
 Hari penaman calon :
 Kertas penamaan hendaklah diserahkan antara jam 9 am-
10 am pada hari penamaan calon
 Wang pertaruhan
• Parlimen : RM10,000.00
• Dun : RM5,000.00
 Wang pertaruhan akan hilang jika gagal dapat sekurang-
kurangnya satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi.
 Boleh gunakan label parti masing-masing. Calon bebas
gunakan lambang yang disediakan oleh SPR.
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
Perjalanan Pilihanraya
 Apabila kerajaan yang memerintah membubarkan Parlimen
ataupun DUN, SPR akan merangka rancangan untuk
menjalankan pilihanraya dan akan mengumumkan tarikh
penamaan calon dan juga tarikh pilihanraya.
 Parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya hanya boleh
memulakan kempen mereka secara rasmi selepas penamaan
calon diadakan.
 Kempen dibenarkan sehingga kepada tengah malam sebelum
hari pengundian.
 Kempen juga tertakluk kepada pembatasan dan undang-
undang tertentu.
 Dilakukan untuk memastikan tiada masalah berlaku dan
menjamin keamanan dalam Negara.
 Supaya insiden 13 Mei 1969 tidak lagi berulang.
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Peraturan Kempen
 Tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi calon lain sebagai
bahan kempen
 Semua risalah dan bahan bercetak yang diedarkan mengandungi
alamat pencetak dan penerbit
 Mengelak dari perbuatan menyogok atau menjamu – pengaruhi undi
 Gunakan kekerasan
 Memberi rasuah
 Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:
 Pengedaran risalah dan surat;
 Poster;
 Ceramah tertutup dan ceramah umum;
 Kempen dari rumah ke rumah.
 Seseorang calon dibenarkan membelanjakan sejumlah wang bagi
tujuan kempen
 Parlimen : RM200,000.00
 DUN : RM100,000.00
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Pengundiaan
 Waktu mengundi : 8 am-5.00 pm
 Sabah Sarawak : 2 hari di kawasan yang mempunyai
masalah perhubungan
 Undi adalah rahsia Pemilih mengundi dengan memangkah
x di dalam kotak khas
 Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon
sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama
calon yang dipilih.
 Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu
melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya
memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan.
 Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas undi mestilah
ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang
berasingan yang ditanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”.  
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Undi Pos
 Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada
pemilih yang layak mengundi melalui pos. Biasanya
pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan
Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai
kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang
menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-
masing.
 Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus
selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi.
Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk
menjaga kerahsiaan undi.
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Ejen Mengundi
 Undang-undang membenarkan calon melantik ejen
mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di setiap
tempat mengundi di sepanjang masa.
 Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian
dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan-
peraturan yang berkaitan.
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA  

 Pengiraan Undi
 Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di
tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang
telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan
raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi
yang ditetapkan
 Orang yg layak berada dlm kawasan pengiraan
• Ahli dan Pegawi SPR
• Pegawai yang dilantik SPR
• Kerani mengira undi
• Calon, wakil calon, dan ejen mengira undi
 Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan
pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul
seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan
dan bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil
dan telus
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA  

 Keputusan Pilihanraya
 Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi
dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan
pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di
pusat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan
menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk
menentukan pemenang.
 Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu
akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti,
sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya
berkenaan
Petisyen Pilihanraya

 Akta pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai


petisyen pilihanraya, iaitu satu bentuk tindakan undang-undang
yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya atau
pengundi dalam mana-mana pilihanraya, jika mereka
tidakberpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang telah
diadakan.
 Berlaku penyogokan atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang
 Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihanraya
 Calon atau wakil calon hilang kelayakan
 Berlaku penipuan atau ugutan

 Petisyen pilihanraya ini hendaklah dikemukakan kepada


Mahkamah Tinggi dalam negeri di mana pilihanraya itu
diadakan, dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihanraya
disiarkan dalam warta kerajaan.
 Semua dokumen yang berkaitan dengan pilihanraya seperti
kertas undi dan daftar pemilih akan disimpan selama 6 bulan
selepas pilihanraya. Boleh dibuka hanya dengan arahan Hakim
Mahkamah Tinggi, apabila didapati perlu
 Penyata pilihanraya perlu diserahkan kepada Pegawai
Pilihanraya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas keputusan
pilihanraya diwartakan. Kegagalan berbuat demikian
merupakan satu kesalahan yang menyalahi undang-undang
pilihanraya.
PENGUNDI DAN KELAYAKAN MENGUNDI
 Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh
mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam Daftar Pemilih.
 Menurut Perkara 119, Perlembagan Persekutuan, kelayakan
menjadi pemilih ialah;
 mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan
 Bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada
tarikh kelayakan itu atau, jika tidak bermastautin
sedemikian, adalah seorang pengundi yang tidak hadir;
 Didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-
undang yang berhubungan dengan pilihanraya, dalam daftar
pemilih dalam bahagian pilihanraya tempat dia bermastautin
pada tarikh kelayakan.
 berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu bagi
mana-mana pilihanraya Dewan Rakyat atau pilihanraya
Dewan Undangan Negeri, melainkan jika dia hilang
kelayakan di bawah Perkara 119 (3) Perlembagaan
 Tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi
secara undi rahsia.
Hilang Kelayakan Menjadi Pengundi

 Mengikut Perkara 119(3) Perlembagaan Persekutuan,


seseorang adalah hilang kelayakan untuk menjadi pemilih
dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan rakyat atau Dewan
Negeri jika –
 Pada tarikh kelayakan ia adalah ditahan sebagai seorang
yang tidak sempurna akal atau adalah menjalani hukuman
penjara; atau
 Sebelum tarikh kelayakan ia telah disabitkan suatu
kesalahan dalam mana-mana bahagian Komanwel dan
dijatuhkan hukum bunuh atau hukum penjara selama lebih
daripada dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan ia
masih tertanggung menjalani apa-apa hukuman bagi
kesalahan itu.

Proses Pilihanraya Di Malaysia


KESIMPULAN
 Dalam system demokrasi, suara rakyat menjadi perkara penting.
 Perjalanan system pilihanraya mengambarkan wujudnya
demokrasi dalam sesebuah Negara.
 Suruhanjaya Pilihanraya akan dinilai dari peranan yang
dimainkan dalam pilihanraya dan sejauhmanakah badan SPR
betul-betul berkecuali dalam menjalankan tugasnya.
 Beberapa isu timbul yang dikatakan menjejaskan kredibiliti SPR.
Terdapat rungutan-tungutan yang telah dikemukakan seperti :
 Pengundi hantu
 Bukan warganegara juga telah mengundi dalam pilihanraya
 Perpindahan pengundi untuk menangkan sesuatu kawasan
pilihanraya
 Peruntukan perlembagaan yang seakan berat sebelah
 Cara dan perjalanan pilihanraya
• Berkaitan dengan undang-undang dan peraturan-
peraturan perjalanan pilihanraya

Anda mungkin juga menyukai