Anda di halaman 1dari 9

Bil Masakan Mukasurat

1 Pajeri
Pajeri Terung 1
Pajeri Nenas 1
2 Patin Tempoyak
Ikan Patin masak Tempoyak 2
Ikan Patin Temerloh masak Tempoyak 3

3 Mee
Mee Kari Tomyam 3
Mee Mamak 4
Mee rebus Sungai Melaka 4
Mee Jawa 5
Mee Rebus Johor 5
4 Sup
Sup Ayam Berbijan 6
Sup sayur Lemak Manis 6
Sup Daging Mamak Penang 7
Sup Daging 8
Pajeri Terung
Kiriman: Syahila
Sumber: Nenek kesayangan, Hjh Salmah Bakar Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 440 Rating: 8.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

3 biji terung panjang sederhana besar (dibelah dua Daun kari secukupnya
jgn sampai putus, kemudian di goreng dahulu) 3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dgn
2 cm kulit kayu manis air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan
2 kuntum bunga lawang serbuk kari hangus)
3 biji buah pelaga 1 biji kelapa (diambil santannya)
2 kuntum bunga cengkih 1 ½-2 sudu besar kerisik
4 ulas bawang merah}di tumbuk 3 ½ sudu besar gula
1 ulas bawang putih} Garam secukup rasa
2 cm halia (di mayang) Minyak utk menumis
Sejemput ikan bilis utk perencah 1 asam keping

Cara:

1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar
sehingga naik bau.

2. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari serta ikan bilis, kacau hingga agak
keperangan.

3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan
hangus.

4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung yang telah di goreng dahulu tadi dan kerisik.
Kemudian masukkan garam dan gula.

5. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.

Cadangan Hidangan:

1. Masakan ini lebih sedap jika dibiarkan semalaman.

Pajeri Nenas
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 1653 Rating: 10.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 biji nenas 10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar


3 camca besar ketumbar serbuk (dihiris)
1 camca besar jintan putih serbuk 10 ulas bawang putih (dihiris)
1 camca besar jintan manis serbuk 3 camca besar gula
2 camca besar cili serbuk 5 biji bunga cengkih
1 camca besar kunyit serbuk 2.5 sm kulit kayu manis (penumis)
4 camca besar kerisik dibancuh dengan sedikit air 5 biji buah pelaga
10 biji lada merah (dibelah-belah dibuang biji) 1 cawan minyak masak
Halia sebesar ibu jari (dihiris nipis) Garam secukup rasa

Cara:

Nenas dipotong bulat dan dibuang mempulurnya. Rebus hingga masak tapi jangan terlalu lembik.
Kemudian ditapis buang airnya. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan penumis dan
bahan-bahan hiris. Kacau rata hingga kuning. Masukkan rempah sambil dikacau rata. Masaklah hingga
naik minyak. Masukkan gula, nenas rebus dan cili merah. Masukkan garam secukup rasa.

Ikan Patin Masak Tempoyak


Kiriman: Kok Na
Sumber: Masakan tradisi org Temerloh. Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 387 Rating: 10.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan patin


sebiji timun masak bersaiz kecil
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
5 sudu besar tempoyak - ikut suka
sedikit daun kesum
1 inci kunyit
daun kunyit
serbuk perasa - jika suka
garam

Cara:

1.Tumbuk cili padi,bawang dan kunyit hidup.


2. Masukkan bahan tumbuk dalam periuk.Tambahkan asam tempoyak.
3. Bubuh sedikit air,kacau pekat.
4. Masukkan timun masak dan bubuh air sehingga menutupi timun.
5. Didihkan.
6. Apabila telah mendidih,masukkan ikan,daun kesum dan sedikit daun kunyit.
7. Tambah air dan tunggu hingga ikan masak.

Cadangan Hidangan:

Hidangkan bersama nasi panas dan sambal belimbing hitam ala pahang.

Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak

Kiriman: shukri Email this Recipe Print this Recipe


Sumber: orang kampung
Hits: 2545 Rating: 8.46 Review: 7

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan patin sungai atau sangkar 3 sudu tempoyak


3 sudu asam jawa 50 g cili api ( digiling )
2 cm kunyit hidup ( digiling )
2 bunga kantan ( dibelah )
garam
gula
daun kesom secukupnya
asam keping secukupnya

Cara:

Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak
perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )

Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.

Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.

Mee Kari Tomyam


Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 3510 Rating: 8.00 Review: 0
Bahan-Bahan:

300 gm mee kuning 10 ulas bawang merah (dikisar)


250 gm ayam (dipotong kecil) 1 batang serai (dikisar)
1 biji timun (dipotong kecil) 2 inci belacan
4 keping tauhu kering 1 kuntum bunga kantan
½ biji kelapa (diambil santan) 2 kiub Tom Yam Knorr
1 sudu makan serbuk lada hitam 200 gm sawi (dipotong 1inci & dicelur)
2 sudu makan rempah kari daging 500 gm kerang rebus
Garam secukup rasa

Cara:

Rebus ayam & asingkan air rebusannya. Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam,belacan & kacau lagi hingga garing. Masukkan air rebusan,
kiub Tom Yam Knorr,bunga kantan & tauhu. Masukkan santan, ayam & garam secukup rasa. Kacau
hingga mendidih. Celur mee & toskan. Masukkan ke dalam pinggan & tuangkan kuah di atasnya.

Cadangan Hidangan:

Mee tersebut bolehlah dihiaskan dgn kerang, sawi & timun.

Mee Mamak
Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 2026 Rating: 5.33 Review: 0
Bahan-Bahan:

60 gm udang sederhana besar 15 gm tauge dibuang ekornya


60 gm perasa udang 10 gm tauhu
70 gm mee kuning 1 sudu kecil kicap cair
20 gm sotong 1 sudu besar kicap pekat
5 gm bawang putih(dicincang) 1 biji telur
2 sudu besar cili merah garam secukup rasa
½ sudu asam jawa 5 gram salad
¾ sudu kecil gula sebiji limau kasturi
8 sudu kecil minyak masak

Cara:

Panaskan minyak,tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukkan perasa udang


, cili,gula & air asam jawa.Biar(2 min) hingga naik baunya. Masukkan tauhu, udang,sotong &
telur.Setelah masuk, campurkan mi,tauge, kicap cair & pekat. Biarkan hingga masak sebelum dihias dgn
potongan limau & salad.

Review:

Mee Rebus Sungai Melaka


Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 1124 Rating: 7.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

1 sudu besar rempah kari Bahan Hiasan (direbus Seketika):


1 sudu besar cili kering (kisar) 300 gm mee
100 gm udang kering 4 ekor udang
½ biji kelapa (ambil santannya) 50 gm isi ayam
15 gm garam 1 biji telur rebus
5 gm gula ½ keping tauhu goreng
2 sudu besar minyak masak 15 gm sawi
15 gm tauge
Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik aroma. Campurkan rempah kari yang dibancuh sedikit
air, cili, udang kering & garam. Setelah rempah pecah minyak, masukkan santan & gula, biarkan
sehingga kuah mendidih. Angkat.

Cadangan Hidangan:

Masukkan mee & bahan hiasan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah di atasnya.

Mee Jawa
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21 Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 6642 Rating: 7.50 Review: 0

Bahan-Bahan:

300 gm mee kuning (dicelur) 1 mangkuk stok daging


100 gm tauge 2 biji keledek (rebus & dilecek)
200 gm udang 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
200 gm daging (dihiris) 2 sudu besar cili kisar
100 gm sawi (dihiris) Garam & minyak masak
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris)
Cara:

Panaskan minyka masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing.
Masukkan stok daging, keledek & daging. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang,
sawi, fish cake & garam. Biarkan merenih hingga mendidih. Angkat & hidangkan.

Cadangan Hidangan:

Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus,
tauhu goreng & cili hiris.

Mee Rebus Johor


Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21 Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 6982 Rating: 7.99 Review: 0

Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur) Bahan Kuah:


300 gm tauge 300 gm daging (cincang)
2 tangkai daun sup (dihiris) 200 gm tetel (direbus)
2 tangkai daun bawang (dihiris) 300 gm keledek (direbus)
8 biji cili merah (dihiris) 250 gm udang basah
4 keping tauhu goreng (dihiris) 5 sudu besar taucu
Sedikit bawang goreng 1 cawan kacang tanah (ditumbuk halus)
6 biji telur (dibelah) 1 batang serai (diketuk)
6 biji limau kasturi (dibelah). 2 cm lengkuas (diketuk)
½ cawan minyak masak
Bahan Penumis Dikisar: Garam, gula & air secukupnya
2 sudu besar ketumbar
6 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis

Cara:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan Bahan Penumis hingga garing. Masukkan daging
cincang, tetel & udang. Gaulkan supaya bercampur rata. Kemudian masukkan kacang tanah, air, gara,
gula & taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit. Bila sudah masak bolehlah diangkat.

Cadangan Hidangan:

Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk. Bubuhkan serba sedikit tauge, telur rebus, tauhu goreng,
limau kasturi, cili merah, daun sup & daun bawang. Kemudian tuangkan kuah panas hingga penuh.
Taburkan bawang goreng.

Sup

Sup Ayam Berbijan


Kiriman: Tuan Mohd Suhaimi
Sumber: Family Secret Recipie Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 221 Rating: 9.00 Review: 0
Bahan-Bahan:

Bahan rebusan Bahan Tumis

1 ekor Ayam (seeloknya ayam kampung/ayam 10 ulas bawang merah kecil (dimayang)
selasih) 5 ulas bawang putih (dimayang)
1 sudu besar bijan 2 sudu minyak sapi ghee
1 inci halia
1 sudu teh lada hitam/lada sulah
setengah sudu teh saffron (koma-koma)
10 ulas bawang merah kecil (sebiji-sebiji)
2 liter air.
Sedikit daun ketumbar/daun saderi
sedikit daun bawang
cili padi dipotong kecil-kecil
2 sudu besar air limau nipis
Garam secukup rasa
sedikit perisa

Cara:

1. Ayam dipotong 12, (dibuang kulitnya)


2. Rebus ayam bersama bijan, halia bawang merah dengan 2 liter air masukkan sekali garam dan perisa.
Rebus sampai empuk.
3. Didalam kuali yang lain, tumis bahan tumisan. Bila sudah nampak kuning, terus dimasukkan ke dalam
rebusan ayam tadi bersama-sama minyak nya sekali. Renih di atas dapur sekejap. Sedia untuk makan.

Cadangan Hidangan:

Semangkuk besar ayam berbijan, hiaslah dengan taburan daun ketumbar dan daun bawang yang telah
dihiris halus serta cili padi yang telah dipotong tu. Jangan lupa perahan asam limau nipis.

Tambahan:

Sup Ayam ni berkhasiat, terutamanya untuk kanak-kanak yang tak lalu makan atau ibu-ibu yang baru
lepas bersalin. Orang dewasa yang demam pun cukup baik makan sup ni.

Sup Sayur Masam Manis


Sumber: Majalah Jelita Disember 1997 Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 1333 Rating: 10.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 camca besar minyak masak 4 biji tomato (dihiris lapan)


400 gm udang besar 1 kiub pati rebusan tomyam
1 biji bawang besar (didadu kecil) 1 kiub pati rebusan ayam
2 ulas bawang putih (dicincang halus) 1 biji timun (didadu kecil)
750 ml air 70 gm kacang kuda (direbus empuk)
2 batang lobak merah (didadu kecil)

Cara:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Goreng udang bersama bawang besar dan bawang putih hingga ia
terbit bau. Biar hingga udang masak dan angkat. Masukkan air bersama lobak merah, tomato, pati
rebusan tomyam, pati rebusan ayam di dalam periuk yang sama. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan
timun bersama kacang kuda. Biar ia selama lima minit sebelum diangkat. Hidang sup panas-panas
bersama udang tadi.

Sup Daging Mamak Penang


Kiriman: SUHANA QEMER ZAMAN
Sumber: Sendiri Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 1728 Rating: 9.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

Daging sekilo potong 1 inci Seketul sup bunjut Adabi


Carrot ikut rasa sedikit bunga cengkih dan lawang
Bawang besar belah empat 2/3 batang kulit kayu manis
5 biji ubi kentang serbuk lada hitam atau lada putih
{Di rebus dan di blend} 2 biji Bawang besar
Sedikit daun bawang/sup 4 biji bawang putih
Bawang goreng 3 inci halia
minyak untuk menumis
garam dan perasa
air suam

Cara:

Blend bawang besar, putih,halia dan sup bunjut..Kemudian tumis bunga cenkih, lawang, kulit kayu manis
serta bahan blend. Kemudian masukkan air suam dan ubi kentang yang di blend tadi.Didihkan sebetar
masukkan daging dan carrot biar empuktambahgaram perasa dan lada hitam atau putih...Sendukkan
kedalam mangkuk taburkan dengan daun sup,bawang,bawang goreng...

Sup Daging (merebus)


Sumber: Resepi Harian Edisi Ketiga Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 2872 Rating: 7.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

150 gm tulang lembu 2 ulas bawang putih


4 biji lada sulah 1 hiris halia
1 kuntum bunga lawang 2 biji ubi kentang
2 kuntum bunga cengkih 1 biji bawang besar
1.5 cm kulit kayu manis 1 tangkai daun saderi
Lada sulah & garam secukup rasa 1 tangkai daun bawang
1 liter air 1 sudu besar minyak
4 ulas bawang merah

Cara:

Basuh & potong tulang lembu. Kupas & basuh bawang, kentang & halia. Basuh bahan-bahan rempah,
daun saderi & daun bawang. Belah bawang besar, ubi kentang dipotong 4 & rendam di dalam air. Potong
daun saderi & asingkan daunnya dari batang. Memasak air rebusan daging. Masukkan tulang, lada sulah,
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, bawang (separuh sahaja), halia, bawang besar, batang
saderi & garam ke dalam periuk yang diisi dengan 1 liter air. Masak hingga air mendidih & setelah
mendidih, biarkan air mereneh selama 1- 1 1/2 jam / hingga daging empuk & mesra. Memasak sup.
Masukkan ubi
kentang apabila daging hampir empuk. Potong daun bawang & daun saderi. Panaskan 1 sudu besar
minyak & goreng bawang yang lebih hingga kuning untuk hiasan. Apabila daging & ubi kentang telah
empuk, perasakan sup & hidangkan semasa panas di dalam mangkuk, hias dengan bawang goreng, daun
saderi & daun bawang.

Anda mungkin juga menyukai