Anda di halaman 1dari 1

Implikasi Bermain Terhadap Murid-murid

Main memainkan peranan utama dalam perkembangan kanak-kanak dari segi


fizikal, intelek, sosial dan emosi. Melalui aktiviti permainan, potensi kanak-kanak
akan dapat dikembangkan secara seimbang dan menyeluruh. Bermain pula boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis. Main dengan objek, main sensorimotor, main
asosiatif dan koperatif, main simbolik dan main sosiodramatik, permainan bahasa
dan akhir sekali, aktiviti pengayaan.

Mengikut Jean Piaget (1962), tujuan main ialah menggerakkan


perkembangan kognitif kanak-kanak, disamping memperkukuh pembelajaran yang
baru diadakan, sementara membenarkan pembelajaran baru dijalankan dalam
suasana yang relaks. Dengan perkataan lain, manfaat yang diperoleh daripada main
ialah perkembangan intelek dan sosial secara optimum. Manakala, L.Vygotsky
(1976) berpendapat fungsi main adalah membina semula reliti tanpa pengaruh
situasi atau halangan, dan menggerakkan perkembangan intelek secara tidak
langsung.

Implikasinya terhadap murid-murid adalah, membolehkan mereka membentuk


konsep abstrak disamping pembelajaran hukum dan prinsip, seperti prinsip
pengabadian dan pengapungan. Kanak-kanak juga dapat membentuk kemahiran
fizikal melalui main sensorimotor. Mereka juga boleh membentuk kemahiran sosial.
Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai situasi kehidupan harian, di samping
membuat persediaan untuk kehidupan dan peranan alam dewasa. Dengan main
juga, melatih mereka menguasai kemahiran bertutur dan menggunakan bahasa
yang sesuai di samping membentuk kemahiran literasi.

Tuntasnya, di samping kemahiran mengorganisasi kemudahan-kemudahan


fizikal dalam alam belajar, guru harus juga berwaspada agar permainan yang
dilaksanakan tidak bertentang dengan hasil pembelajaran. Oleh itu, bagi mencapai
tujuan sebegini, guru perlu merujuk kepada huraian sukatan pembelajaran sebelum
melaksanakan permainan.

Anda mungkin juga menyukai