Anda di halaman 1dari 10

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA

KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

1.0 TAJUK

1.1 Peraturan-peraturan ini adalah dinamakan Peraturan-peraturan Tabung


Kebajikan Bersama Koperasi kakiatngan Universiti Teknologi MARA
Berhad.

1.2 Peraturan-peraturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil


45(2) (w) dan (x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas Mesyuarat
Agung Koperasi ini dan Ketua Pendaftar

2.0 TAFSIRAN

Di dalam peraturan ini melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan maknanya maka taksiran
berikut adalah di pakai.

2.1 ‘Derma’ maknanya pemberian wang secara ikhlas yang dikeluarkan daripada Tabung
Kebajikan Bersama mengikut peraturan-peraturan ini.

2.2 ‘Anggota’ maknanya anggota-anggota yang telah sah diterima masuk menjadi anggota
mengikut Undang-undang Kecil Koperasi ini dan tidak pernah mungkir daripada
mencarum kepada bayaran bulanan yurannya.

‘Suami/isteri’ maknanya suami atau isteri anggota Koperasi ini yang sah di sisi undang-
2.3 undang.

‘Lembaga’ maknanya Lembaga Koperasi yang dilantik di bawah Undang-Undang


2.4 Kecil Koperasi ini.

‘Keluarga anggota’ termasuklah, isteri atau isteri-isterinya, anak-anaknya yang mana


termasuk juga anak angkatnya yang sah disisi undang-undang dan anak-anak tirinya.
2.5 Keluarga anggota juga termasuk ibu dan bapa mereka.

3.0 TUJUAN

Tujuan Tabung Kebajikan Bersama ini diwujudkan ialah untuk:

3.1 Membantu perbelanjaan mengurus kematian anggota atau keluarga anggota.

3.2 Menderma kepada anggota yang ditimpa kemalangan / bencana alam.

3.3 Menderma kepada badan-badan kebajikan yang diiktiraf bagi


meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikannya.

3.4 Menderma kepada badan-badan yang dianjurkan oleh Kerajaan dengan


tujuan untuk membangun masyarakat.
3.5 Menderma kepada anak-anak anggota yang mencapai keputusan
cemerlang di dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM/IPTA/IPTS.

3.6 Membantu anggota yang dibersarakan atas sebab-sebab kesihatan.

3.7 Membantu/menderma bagi penempatan anggota yang bersara mengikut


peraturan 10.1.7 wajib/pilihan.

3.8 Menghapuskan baki hutang pinjaman di Koperasi ini anggota yang


meninggalkan dunia di bawah peraturan 10.1.8

3.9 Memberi Bantuan Pinjaman Persekolahan kepada anggota.

3.10 Menderma kepada anggota yang mengalami keilatan kekal.

4.0 PUNCA KEWANGAN

Kewangan bagi Tabung Kebajikan Bersama Koperasi ini adalah diperolehi dari:

4.1 Keputusan Mesyuarat Agung Koperasi yang memutuskan supaya tidak lebih dari 10%
dari baki keuntungan bersih Koperasi pada tiap-tiap tahun dipindahkan kepada Tabung
Kebajikan Bersama ini sepertimana yang dibolehkan oleh Undang-undang Kecil 66 (2)
(d) Koperasi ini.

4.2 Derma dan sumbangan daripada anggota mengikut keputusan Mesyuarat Agung.

Derma dan sumbangan daripada pihak-pihak lain.


4.3
Potongan RM20.00 sebulan dari gaji tiap-tiap anggota.
4.4
5.0 PENTADBIRAN TABUNG

5.1 Tabung Kebajikan Bersama Koperasi ini hendaklah ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa
Kecil Tabung Kebajikan Bersama yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-
undang Kecil 45(2)(w).

5.2 Jumlah anggota Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai 7 orang.

5.3 Anggota Jawatankuasa Kecil hendaklah terdiri dari 2 orang anggota


Lembaga dan 5 orang anggota biasa.

6.0 TAHUN KEWANGAN

6.1 Tahun Kewangan Tabung Kebajikan Bersama Koperasi ini hendaklah


bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

7.0 PELABURAN
7.1 Lembaga bolehlah, apabila difikirkan sesuai melaburkan semua atau
sebahagian daripada wang Tabung Kebajikan Bersama ini di dalam
mana-mana badan atau pertubuhan atau di dalam apa-apa bentuk
sekalipun tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Akta.

7.2 Apa-apa hasil dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam
Tabung Kebajikan Bersama ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan-
tujuan Tabung atau dilaburkan semula bagi menambahkan kewangan
Tabung Kebajikan Bersama ini.

8.0 KELAYAKAN MEMOHON

8.1 Anggota Koperasi ini yang telah menjadi anggota selama satu tahun
dengan tidak putus-putus, adalah layak untuk memohon derma dari
Tabung Kebajikan Bersama ini. Walaubagaimanapun atas sebab-sebab
kematian, bencana alam, musibah dan kemalangan anggota syarat ini
dikecualikan.

8.2 Semua permohonan derma hendaklah dipohon dalam tempoh 100 hari
dari tarikh satu-satu kejadian itu berlaku.

8.3 Anggota tidaklah boleh menuntut bahawa derma-derma di bawah Tabung


Kebajikan Bersama Koperasi ini sebagai satu haknya.

8.4 Bagi tujuan peraturan 3.6 dan 3.7 kelayakan memohon ialah pemohon
mestilah telah menjadi anggota selama 10 tahun tidak putus-putus. Bagi
mereka yang telahpun menjadi anggota sebelum peraturan ini
dikuatkuasa, tempoh lima tahun menjadi anggota dengan tidak putus-
putus adalah dimestikan.

9.0 PERMOHONAN

9.1 Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan derma dari Tabung


Kebajikan Bersama ini hendaklah dibuat di dalam borang yang
disediakan oleh Lembaga.

9.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan bukti/kenyataan yang sah yang boleh
menyokong permohonanya itu.

10.0 KADAR DERMA

10.1 Kerana kematian anggota RM20,000.00

10.2 Kerana kematian tanggungan keluarga anggota RM 1,000.00


seperti dalam tafsiran 2.5

10.3 Kerana pencapaian pelajaran anak-anak anggota:

10.3.1 Peperiksaan UPSR RM 100.00


10.3.2 Peperiksaan PMR RM 300.00
10.3.3 Peperiksaan SPM RM 400.00
10.3.4 Peperiksaan STPM RM 500.00
10.3.5 Peringkat IPTA/IPTS RM 600.00

10.4 Kerana meringankan sara hidup anggota-anggota RM 2,000.00


jika ditimpa kemalangan atau bencana (maksimum)

10.5 Kerana membantu anggota yang dibersarakan atas RM3,000.00


sebab kesihatan

10.6 Kerana menderma kepada badan-badan yang RM 500.00


dianjurkan oleh kerajaan (maksimum)

10.7 Kerana membantu anggota yang bersara

i) Keanggotaan lebih 5 tahun kurang 10 tahun 10% daripada


caruman
terkumpul

ii) Keanggotaan kurang 15 tahun lebih 10 RM3,000.00


tahun
iii) Keanggotaan kurang 20 tahun lebih 15 RM4,000.00
tahun
iv) Keanggotaan lebih 20 tahun RM5,000.00

10.8 Kerana menghapuskan baki pinjaman sebenarnya Jumlah sebenar


(anggota yang meninggal) setelah ditolak jumlah
caruman yang ada.

10.9 Kerana memberi Bantuan Pinjaman persekolahan RM1,500.00


kepada anggota (maksimum)

10.10 Kadar yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan
itu bergantunglah kepada kedudukan kewangan Tabung Kebajikan
Bersama ini. Semua pembayaran tidaklah boleh melebihi had yang
ditetapkan.

11.0 MEMPROSES PERMOHONAN


11.1 Borang permohonan apabila diterima hendaklah diproses oleh
Jawatankuasa Kecil Tabung Kebajikan Bersama Koperasi ini.

11.2 Jawatankuasa ini hendaklah menentukan bahawa semua permohonan


dibuat mengikut peraturan sebelum diperakukan kepada Lembaga.

11.3 Perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan


oleh Lembaga.

12.0 PEMBAYARAN

12.1 Semua pembayaran hendaklah dibuat dengan cek sahaja.

12.2 Bayaran hanya akan dibuat selepas satu minggu daripada tarikh
Lembaga Mengadakan mesyuarat bagi bulan meluluskannya kecuali
bayaran derma untuk kematian yang mana boleh, mengkut budubicara
pegawai Koperasi, dibayar dengan serta merta setelah pegawai tersebut
berpuas hati di atas kesahihan permohonan itu.

13.0 PENGGANTUNGAN DERMA

13.1 Jika kedudukan kewangan Tabung Kebajikan Bersama Koperasi ini


mengalami kesulitan, maka Lembaga Koperasi hendaklah
menggantung aaktivitinya sehingga masalah kewangan itu dapat
dipulihkan semula.

13.2 Anggota Koperasi hendaklah diberitahu melalui surat pekeliling


mengenai penggantungan atau pemulihan semula Tabung Kebajikan
Bersama ini.

14.0 AUDIT

14.1 Akaun Tabung Kebajikan Bersama henddaklah diaudit bersekali


dengan akaun KOperasi setahun sekali.

15.0 MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG

15.1 Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung


Perwakilan Tahunan laporan mengenai aktiviti Tabung Kebajikan
Bersama ini serta membuat cadangan bagi memajukannnya.

16.0 PERTIKAIAN

16.1 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran peraturan


ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu
hendaklah dirujukkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
mengikut Undang-undang Kecil 81 (1)

Peraturan ini telah diterima dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung


Koperasi pada 4 Oktober 1986. Pindaan mengikut Akta Koperasi 1993
dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Koperasi ke 18 pada 24
September 1994.

SYARAT-SYARAT BANTUAN PINJAMAN PERSEKOLAHAN


DARI TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA
KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

1.0 Tujuan

1.1 Tujuan Bantuan Pinjaman Persekolahan ini adalah untuk membantu


anggota menyediakan keperluan persekolahan anak-anak seperti membeli
buku, pakaian, alat tulis, yuran dan lain-lain.

2.0 Jumlah Pinjaman

2.1 Jumlah maksimum Bantuan Pinjaman Persekolahan ialah sebanyak


RM1500.00 (Ringgit : Satu Ribu Lima Ratus Sahaja).

3.0 Tempoh Bayaran Balik

3.1 Maksimum 10 (sepuluh) bulan, dibayar secara beransur-ansur pada tiap-


tiap bulan mulai daripada bulan berikut pinjaman itu diluluskan.

4.0 Kos Perkhidmatan

4.1 Tiada

5.0 Sumbangan Kepada Tabung

5.1 Setiap anggota yang meminjam dimestikan membuat sumbangan kepada


tabung sebanyak RM10.00 (Ringgit : Sepuluh sahaja) untuk setiap
pinjaman.

6.0 Syarat Memohon


6.1 Kelayakan memohon adalah sama seperti kelayakan memohon fasal 8,
Peraturan Tabung Kebajikan Bersama, Koperasi Kakitangan UiTM
Berhad

6.2 Pendapatan anggota tidak menjadi syarat mendapatkan bantuan pinjaman


ini.

6.3 Jumlah anak yang ke sekolah rendah/menengah tidak kurang dari 2 orang
termasuk anak pra sekolah (6 tahunb).

6.4 Setiap permohonan mestilah dibuat di dalam borang yang telah


disediakan.

6.5 Bantuan Pinjaman Persekolahan ini hendaklah diselesaikan di dalam


tahun persekolahan berkenaan.

6.6 Tiada bantuan bertindan.

6.7 Kemudahan Bantuan ini bukanlah satu hak.

7.0 Menolak Permohonan

Jawatankuasa Tabung Kebajikan Bersama berhak menolak sebarang permohonan


tanpa memberi apa-apa sebab/alasan.

8.0 Rayuan

Anggota yang permohonannya ditolak, boleh merayu kepada anggota Lembaga


Koperasi secara bertulis. Jika terdapat permohonan mengandungi maklumat yang
palsu/kurang tepat, Jawatankuasa berhak menolak permohonan itu. Jika
pembayaran telah pun dibuat Jawatankuasa berhak meminta anggota berkenaan
memulangkan semua jumlah yang di pinjam.

KADAR-KADAR YANG TELAH DILULUSKAN OLEH


ANGGOTA LEMBAGA KOERASI,
BERPANDUKAN KEPADA KELULUSAN MAKSIMA YANG TELAH
DITETAPKAN OLEH PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA

10.0 KADAR DERMA

10.1.3 Kerana pencapaian pe;ajaran anak-anak


anggota.

10.1.3.1 Penilaian Ujian Penilaian Sekolah


Rendah (UPSR). Sekurang-kurangnya RM100.00
mendapat pangkat A dalam mana-mana
lima mata pelajaran

10.1.3.2 Penilaian Menengah Rendah (PMR)


Sekurang-kurangnya mendapat pangkat RM300.00
A dalam mana-mana lima mata pelajaran
lima

10.1.3.3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau


setaraf dengannya, sekurang-kurangnya RM400.00
mendapat pangkat A dalam mana-mana
mata pelajaran.

10.1.3.4 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)


atau setaraf dengannya, dengan mendapat RM500.00
sekurang-kurang 2.5 GPA bagi tiga mata
pelajaran.

10.1.3.5 Peperiksaan Institusi Pengajian Tinggi


Awam/Swasta (IPTA/IPTS) peringkat
Diploma atau Ijazah dengan mendapat RM600.00
sekurang-kurangnya CPGA 3.5 tamat
pengajian.

10.1.4 Kerana meringankan sara hidup anggota yang


ditimpa kemalangan, bencana atau musibah

10.1.4.1 Sakit dan Kemalangan

Anggota yang sakit atau ditimpa


kemalangan mendapat rawatan wad di
hospital kerajaan atau swasta.

Cadangan sumbangan:-

Kecederaan ringan kerana Kemalangan RM100.00


Tinggal di wad 1 hingga 5 hari RM300.00
Tinggal di wad 6 hingga 9 hari RM500.00
Tinggal 10 hari atau lebih RM700.00

Cadangan kadar bantuan ini adalah sebagai panduan sahaja.


Jumlah bantuan boleh ditambah kepada had maksimum,
bergantung kepada kecederaan yang dialami, lama tidak
bertugas, jumlah tanggungan dan sama ada anggota sahaja
pencari nafkah dan tempoh cuti sakit.

10.1.4.2 Bencana Alam

Bencana alam termasuk kebakaran, banjir, rebut dan musibah-


musibah lain yang difikirkan perlu diberi bantuan.

Cadangan sumbangan:-

Kerugian yang dialami

1. Kurang dari RM6,000.00 RM1,000.00


2. RM6001.00 ke atas RM2,000.00

Cadangan kadar bantuan ini adalah sebagai panduan sahaja.


Jumlah bantuan boleh ditambah tertakluk kepada had
maksimum kerugian, bergantung kepada jumlah anggota
keluarga yang terbabit, jenis bencana alam dan lamanya
berada diluar rumah/berada di tempat tumpangan dan sama
ada anggota sahaja pencari nafkah.

10.1.4.3 Kemalangan kenderaan dirawat sebagai pesakit luar tidak perlu


masuk wad.

Kemalangan kenderaan yang ringan dan anggota tidak perlu


dimasukkan masuk wad. Anggota diberi rawatan sebagai
pesakit luar sahaja dan diberi cuti sakit dua hari atau lebih.

Cadangan sumbangan:-

Sumbangan simpati RM100.00

10.1.4.4 Hal-Hal Lain.

¾ Masuk wad kerana ‘bersalin’ atau sebab lain kerana


mengandung, tidak termasuk dalam bantuan ini.

¾ Kelayak bantuan adalah tertakluk kepada syarat


Tabung Kebajikan Bersama.

¾ Masuk wad berulang kali kerana sakit yang sama atau


mengalami banjir yang kerap. Bantuan yang diberi
hanya sekali sahaja dalam tempoh 6 (enam) bulan.

¾ Seorang anggota hanya layak menerima satu bantuan


untuk dirinya, sama ada persaraan atau atas
kematiannya sahaja.

Anda mungkin juga menyukai