Anda di halaman 1dari 4

c c


    c  

 


  
        
  
     
 
 
   
 

!

Mungkin apa yang jelas di dalam minda setiap Muslim yang berfikir dan bersifat rasional adalah
cabaran yang dihadapi umat Islam dewasa ini, bukanlah semata-mata dalam merumuskan kembali
prinsip-prinsip demokrasi dalam ungkapan yang berbentuk Islami, tetapi juga cabaran dalam
memperbaharui dan menyesuaikan etika serta pengamatan perundangan Islam dengan amalan
demokrasi.

Lebih kurang sekurun yang lalu, terbit sinar harapan yang Islam akan dapat menemui jalan untuk
menyerasikan dalam sebuah sistem antara keimanan dan kemodenan.

Ahli teologi yanh agung seperti Muhammad Abduh berhujah bahawa walaupun sesetengah aspek di
dalam agama akan kekal tidak berubah terutamanya yang berkaitan dengan "#  and $ ; hal-
hal tadbir urus dan politik sepatutnya dikendalikan melalui akal budi manusia memandangkan hal itu
jatuh di dalam ruang  %&  (yang berubah-ubah).

Agenda reformis dan rasionalisme Abduh yang menekankan kepada penaakulan (' ) dan keadilan
Tuhan (͚adl), awalnya kelihatan seperti mampu untuk mendasari sebuah teologi Islam yang dinamis
dalam berhadapan dengan cabaran-cabaran moden.

Malangnya, cubaan yang memberangsangkan ini terhalang dengan kebangkitan golongan Salafi
literalis dan kesan-kesan rumit yang dibawa bersama kebangkitan tersebut.

Ô        


     

Salah seorang sarjana dan intelektual Islam yang ulung yang berada di barisan hadapan menentang
para literalis tidak lain adalah Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas al-Ikhwan al-Muslimun, Hasan
al-Banna.

Di dalam buku beliau yang bertajuk    , Tariq Ramadan menegaskan bahawa
pendekatan literalis kontemporari mengakibatkan tiga kekeliruan, yang menghadkan tafsiran dan
menjadikannya mustahil untuk memberi jawapan yang memadai kepada cabaran-cabaran semasa.

Yang pertama ialah kegagalan untuk membezakan di dalam kandungan wahyu, antara yang tetap
dan yang berubah-ubah mengikut perubahan masa dan persekitaran.

Sekalipun terdapat perintah dan larangan yang bersifat mutlak dan tetap, perlaksanaannya boleh
mengambil bentuk yang berbeza ataupun berubah mengikut persekitaran.

Pada peringkat sosial dan budaya misalnya, walaupun prinsip moral dan kesusilaan serta peraturan-
peraturannya telah ditetapkan di dalam etika Islam, tetapi perlaksanaannya di dalam mana-mana
masyarakat sentiasa perlu mengambil kira budaya dan kebiasaan setempat. Kegagalan untuk
membezakan dengan baik diantara yang tetap dan yang berubah-ubah, golongan literalis
kontemporari terjerumus ke dalam beberapa kekeliruan lain yang mendatangkan akibat yang serius.
     

Kesan daripada kekeliruan yang pertama membawa kepada kekeliruan kedua melibatkan kegagalan
untuk membezakan antara prinsip and model. Walaupun prinsip boleh bersifat mutlak dan kekal,
perlaksanaannya di dalam ruang masa dan di dalam sejarah adalah relatif, berubah dan berterusan
bermutasi.

Dengan itu, prinsip keadilan, kesamarataan, hak dan kebebasan yang memandu Rasulullah SAW
kekal menjadi rujukan, melangkaui sejarah dan sempadan zaman. Akan tetapi model bandar
Madinah adalah realisasi sejarah yang hanya terkait dengan realiti dan keperluan di zaman Baginda.

Oleh itu, sekalipun kita cuba untuk berpegang kepada prinsip-prinsip asas tersebut, kita tidak boleh
menduplikasi sebuah model sejarah yang tidak lagi serupa dengan keperluan zaman kita.

Kecenderungan kepada kesilapan yang disebutkan itu boleh ditemui di dalam sesetengah aliran
Salafi semasa yang menyokong komitmen politik yang hampir esklusif, dengan cubaan untuk kembali
kepada struktur politik tertentu di dalam sejarah (seperti zaman as-salafus-soleh umpamanya)
sehingga menjejaskan prinsip-prinsip yang mentadbir masyarakat masakini.

Tariq Ramadan menegaskan bahawa intipati dalam mentaati Rasulullah SAW bukan dengan meniru
bulat-bulat tindakan-tindakan mereka di zamannya, atau cuba menghasilkan kembali pencapaian-
pencapaian yang telah menjadi sejarah, tetapi ketaatan itu terletak pada usaha menawan kembali
kekuatan spiritual dan kuasa intelektual mereka untuk mencapai model sosial yang meyakinkan bagi
zaman kita, sepertimana yang mereka lakukan bagi zaman mereka. Bukanlah rupa bentuk yang perlu
diulangi tetapi substansi, semangat dan objektif itu yang perlu digapai.

 Ô    

Ketiga, menurut Tariq Ramadan adalah kegagalan untuk membezakan antara metodologi
perundangan berkaitan dengan $  dan "# ; dengan hal-hal yang berkaitan ( 
(urusan sosial).

Walaupun ruang lingkup $  dan "# , kita didatangi dengan ajaran yang telah ditentukan oleh
wahyu; ruang lingkup (  pula sebaliknya, yang mana semua perkara adalah dibenarkan
melainkan yang nyata ditegah oleh wahyu.

Prinsip asas di dalam urusan sosial ialah tiap sesuatu itu dibenarkan ( %   %#  % "#),
dengan itu memberi manusia ruang dalam lapangan rasionaliti, kreativiti dan penyelidikan. Selama
mana manusia itu kekal berpegang kepada prinsip-prinsip asas, apa saja hasil sosial, ekonomi dan
politik itu bukan " ( (perbuatan inovasi yang keji dari sudut agama) tetapi seharusnya dilihat
sebagai pencapaian untuk kebaikan manusia.

Ketiga-tiga kekeliruan ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap pemikiran Islam kontemporari
yang mengakibatkan kerencatan dalam sebarang usaha reformasi dari sudut pembacaan,
pemahaman dan perlaksanaan teks di dalam konteks sejarah di masa ini. Umumnya, ia akan
mengakibatkan pengabaian mesej Islam yang bersifat universal dan akhirnya menyanggahi objektif
Islam sebagai agama yang bersifat abadi yang tidak mengenal batasan waktu dan zaman.

    
Sejarah telah menunjukkan, semenjak para ulama͛ Islam membuat keputusan untuk ͚menutup pintu
 # ͛ sekitar kurun ke-13, dunia umat Islam telah menjadi sebuah tamadun yang statik, yang
menjadi hamba kepada pendapat dan penjelasan orang-orang yang terdahulu, melangkah
kehadapan hanya dengan tapak-tapak kecil di dalam perjuangan yang besar.

  dan  telah dihalang daripada tanah umat Islam dan para reformis serta pemikir Muslim
samada difitnah ataupun dikenakan tekanan, hingga menghalang proses pembaharuan yang
mampu membawa agama dan umat Islam menelusuri arus kemodenan.

Disebabkan itulah Tariq Ramadan menekankan keperluan  # dalam mengejar agenda reformasi.

Menurut beliau,  # sentiasa diperlukan dalam menggalakkan pembacaan yang kritis ke atas teks
apabila ia memberi ruang untuk penafsiran, atau ketika teks bersifat diam dalam sesetengah situasi,
atau ketika konteks perlu diberi perhatian dalam perlaksanaan teks, walaupun teks-teks itu kelihatan
seolah-olah bersifat ( .

Keabsahan dan keperluan kepada pembacaan yang bersifat kritis sedemikian jarang sekali dipersoal,
melainkan oleh mereka yang mengikut aliran literalis yang sempit.

Hubungan dialektik antara teks and konteks adalah satu seruan kepada kecerdikan manusia bagi
mencari jalan untuk terus berpegang kepada ajaran agama melalui penggabungan dua pengetahuan.
Iaitu prinsip-prinsip yang bersifat kekal di dalam amalan dan etika serta realiti masyarakat yang
sentiasa berubah-ubah.

     

Semua aliran reformis bersetuju bahawa sarjana perundangan Islam mestilah memikirkan dan
mempertimbangkan   (perundangan Islam) berdasarkan cabaran-cabaran baru zaman mereka.
 # dianggap, sepertimana Muhammad Iqbal sebutkan, alat yang lazim, ditawarkan oleh tradisi
perundangan Islam untuk mencapai pengubahsuaian dan pembaharuan.

Disebabkan globalisasi, #( (ahli fiqh) kini dilanda persoalan berkaitan kemungkinan untuk
ketetapan-ketetapan agama Islam itu tetap hidup di dalam era pasca-moden ini.

Dunia ini terus bergerak dan ahli-ahli fiqh sentiasa kentinggalan di belakang kemajuan yang terus
meluncur dengan lajunya.

Oleh itu, Tariq Ramadan mengusulkan, sebuah pendekatan transformasi berbanding pendekatan
adaptasi. Reformasi yang bersifat transformasi, menurut beliau lebih tepat kerana menambah suatu
langkah lanjutan dan kondisi kepada keseluruhan proses tersebut. Pembaharuan tersebut
mensasarkan untuk mengubah susunan sesuatu itu di atas nama etika yang cuba dikekalkan. Dalam
erti kata lain, ia membuka langkah daripada teks menuju konteks, yakni untuk bertindak ke atas
konteks dan memperbaikinya, tanpa menerima kekurangannya sebagai takdir semata.

c c 
 

Langkah selanjutnya itu memerlukan kondisi yang paling asas untuk dipenuhi, Iaitu memperoleh
pengetahuan yang mendalam tentang konteks, dan menguasai penuh semua lapangan ilmu
termasuklah sains kemanusiaan. Reformasi radikal yang mensasarkan untuk mengubah dunia, dan
juga memperbaharui pembacaan terhadap teks, tidak boleh hanya sekadar bergantung kepada
 #(
%
(pakar teks) sahaja, tetapi memerlukan persepaduan penuh dan sama rata dengan
semua cabang ilmu kemanusiaan yang lain.

Dalam hal ini, adalah sangat mustahak untuk meluaskan lingkaran kepakaran yang melibatkan
 #( % ( (pakar konteks) dan bukan lagi sekadar  #(
%
.

Reformasi radikal adalah satu panggilan untuk mempertimbangkan sumber-sumber agama kepada
keperluan menyelaraskannya dengan dunia dan evolusinya serta pengetahuan manusia. Oleh yang
demikian, penyelarasan hati nurani dan sains adalah amat penting sekali. Pastinya akan terdapat
kawasan-kawasan yang perlu diperbahaskan, dan akan ada percanggahan pendapat. Tetapihati
nurani umat Islam kontemporari mestilah mengubah kekacauan pertembungan dan percanggahan
idea menjadi sebuah tenaga perbahasan, pembaharuan dan kreativiti yang melahirkan keyakinan
dan juga perhubungan yang tenteram di tengah-tengah zaman moden dan segala cabarannya.

^   !  

Tariq Ramadan telah muncul sebagai salah satu suara terpenting bagi Islam aliran reformis.
Kepercayaan beliau pada pendekatan intergrasi, yang menyatukan kekuatan teologi, pendekatan
berdasarkan nilai dengan pemahaman realistik masalah kontempotari adalah resipi penting bagi
melaksanakan reformasi sebenar.

Dan penegasan beliau bahawa apabila dunia terus berubah, terdapatnya keperluan untuk melihat
kembali pada al- Qur͛ān dan teks-teks Islam yang lain adalah konsisten dengan semangat   dan
 !

Seruannya untuk membaca kembali teks-teks Islam kerana banyaknya salah tanggapan dalam
masyarakat Islam, agak menyerupai tuntutan Martin Luther untuk kembali kepada ͞teks asal͟, bebas
daripada segala tanggapan yang keliru.

Walau bagaimanapun, sementara pembacaan semula Martin Luther membebaskan teks Kristian
daripada monopoli Gereja dan membuka jalan bagi penterjemahannya ke dalam semua bahasa
Eropah, usaha Tariq Ramadan masih belum lagi diterima penuh oleh umat Islam, yang majoritinya
masih terperangkap dalam perdebatan dan polemik antara golongan traditionalis, salafi dan
reformis.