Anda di halaman 1dari 5

ANALISIS SOALAN POPULAR PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI 2009

RUMUSAN
1. Alam sekitar - pemanasan global, kitar semula, melestari alam sekitar...

2. Pendidikan - BM bahasa ilmu, kokurikulum, kepentingan subjek sejarah, pendidikan luar bilik

darjah...

3. Ekonomi - kegawatan ekonomi, kenaikan harga barang-barang...

4. Kesihatan - wabak penyakit berjangkit, pendermaan organ...

5. Perumahan - rumah terbengkalai...


dari : bmspm.net

Contoh Pendahuluan Jenis Peribahasa

Soalan:

Peribahasa ”jiran sepakat membawa berkat” sangat tepat digunakan sebelum ini oleh masyarakat di

kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula,

budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

’Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup

bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama.

Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang

mengalami masalah, malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila

dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh

penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakan, sudah barang pasti

pelbagai faedah diperoleh. Hal ini tentu menggenapi maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan

ini.

Contoh Pendahuluan Jenis Iklan

Soalan:

Iklan merupakan alat yang digunakan oleh pengeluar barangan untuk memperkenalkan barangan atau

perkhidmatan baru di pasaran. Iklan juga digunakan untuk melariskan jualan sesuatu barangan. Melalui

iklan, pihak pengeluar berharap pengguna dapat dipengaruhi untuk membeli sesuatu barangan.

Berikan pendapat anda tentang sejauh mana iklan mengelirukan pengguna.

Pesona membangkitkan tarikan


Tarikan menyerlahkan personaliti

Personaliti menampilkan keanggunan

Keanggunan ialah kuasa.

Kata-kata indah ini merupakan bahasa iklan yang dikeluarkan oleh Syarikat Celcom untuk mempromosikan

barangan keluarannya. Bahasa indahnya begitu mempesonakan pembaca, malah lebih jauh lagi amat

berkuasa untuk mempengaruhi para pengguna agar menggunakan barangan yang diiklankan.

Bagaimanapun, tidak semua kata-kata yang indah itu menggambarkan keadaan sebenar barangan yang

diklankan. Jika kenyataan ini benar, maka gambaran itu menepati kata-kata ‘indah khabar daripada rupa’.

0 comments

.
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren
Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua
perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem
pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak
lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah
harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak
mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah
pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya
menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus
diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap.
Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual
perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan
yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori
ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat
kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap
kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk
menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel.
Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket
sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.

Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan
kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan
segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi
dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu
pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan
pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua
pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja
pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan
bukannya dibenci oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika
masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus
membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas
bagi mengatasi kemelut ini.

Dari blog Minda Bahasa


Soalan Ramalan Karangan SPM..Punca-punca dan
Langkah-langkah Menangani Isu BULI
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin

gusar.Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,

menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap

pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin

berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan

membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan

semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah

yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai

penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan

dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain

dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai

kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi

antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik

telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah

terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut

juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan

yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin

menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh

dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di

sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan

Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu

kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada

perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap

sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti

seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah

kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok

kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya

tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di

sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-

cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga

boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu

akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga

akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku,

maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika

kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.Di samping itu, para pelajar juga harus

berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang

ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan

kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi

kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha

mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan

sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan

berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli

dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan

mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar

tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang
lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini.

Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan

mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah

sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja,

sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek,

anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di

samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa

mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih

sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga

harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa

sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang

bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin

mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini

kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan.

Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak

haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita

terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,

kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat

bangsa dipersada dunia.

Anda mungkin juga menyukai