Anda di halaman 1dari 9

Pak Belang

yang tamak
Pada suatu pagi yang
hening, si arnab bermain-
main di pinggir hutan. Dia
berlari-lari berhampiran
semak-samun.
Sang arnab tidak sedar
akan kehadirannya diintai
oleh Pak Belang. Pak
Belang bersembunyi di
sebalik semak-samun,
bersedia untuk menerkam
sang arnab.
“Arnab ini sungguh aktif
dan seronok bermain. Aku
akan tangkap dan
bermain-main dengannya
sekejap. Kemudian, baru
aku makan dia,” kata pak
belang.
Tanpa disedarinya, sang
arnab berlari-lari
menghampiri pak belang.
Tanpa berlengah, pak
belang menerkam arnab.
Sekelip mata sahaja arnab
malang itu berjaya
ditangkap oleh pak belang.
“Kamu sangat comel dan
berisi. Makanan yang lazat
untuk aku,” kata pak
belang kepada arnab.
“saya kurus,kecil dan
tidak lazat. Pergilah cari
yang lebih besar dan
sedap,” jawab arnab.
“ Lihat, kancil itu lebih
lazat dan banyak isi.
Pergilah kejar dia,”
cadang sang arnab.
Pak belang pun
meninggalkan arnab dan
mengejar kancil. Kancil
pula berlari sangat pantas
apabila dia melihat pak
belang mengejarnya.
Pak belang tidak dapat
menangkap kancil, lalu
berpatah balik ke tempat
arnab.
Setibanya di situ, arnab
sudah tiada.
“Aku sepatutnya makan
arnab itu. Aku terlalu
tamak, akhirnya tidak
dapat merasa apa-apa
pun,” rungut pak belang.