Anda di halaman 1dari 4

PIDATO SATU MALAYSIA

Selamat pagi diucapkan kepada yang dihormati, Puan Yuznailisaleh, barisan


panel hakim yang sentiasa berteraskan panji-panji keadilan, penjaga masa yang
akur dengan detik-detik puakanya dan barisan rakan pelajar yang dikasihi
sekalian.Assalamualaikum  dan salam intelektual, berdirinya saya pada petang
yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk
KONSEP SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN
DIUTAMAKAN.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan  Dato’ Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebaik-baik
sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke 6,
beliau sentiasa berusaha menyatupadukan warganegara majmuk.

Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia


satu gagasan  iaitu  GAGASAN SATU MALAYSIA. Konsep 1Malaysia menurut
penjelasan YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ialah rakyat daripada
pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-
masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok
kepentingan etnik dan kaum. kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi
segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.

Hadirin yang dihormati,

Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru.


Sebaliknya Konsep 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang
menyarankan pemimpin pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih
cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. 1Malaysia
memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat
jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk
melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1Malaysia juga memerlukan
pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin
cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Malaysia juga memerlukan
pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan
kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin
yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat
sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk
semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela
dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.Keadilan ini mestilah mengambil
kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu,
dasar-dasar kerajaan dan peruntukan peruntukan Perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya,akan tetap
dilaksanakan. Sebagai contoh kerajaan akan memberi subssidi dan bantuan
kepada penduduk pedalaman dan bumiputra supaya taraf hidup serta kualiti
hidup mereka meningkat ataupun sama dengan rakyat yang tinggal di Bandar.
Pendidikan yang adil juga harus diberikan kepada semua anak anak Malaysia
tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama supaya pendemokrasian
pendidikan boleh dicapai.

Hadirin sekalian,
Di samping itu, 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk
mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa
kepada perpaduan yang utuh serta dapat melahirkan rakyat yang mempunyai
sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain.. Apabila perpaduan
dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai
1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Selain itu, SATU MALAYSIA juga menyediakan rakyat supaya sentiasa


bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran terhadap rakyat dan negara
daripada anasir yang boleh memecah belah dan menghancurkan negara
samada dari luar dan dalam negara. Kesetiaan rakyat terhadap Negara akan
dapat menjamin keselamatan dan keamanan Negara.

Kesimpulannya, Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk


memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip
Rukun Negara. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala
tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Akhir kata sebelum saya mengundur diri, izinkan saya sudahi pidato saya ini
dengan serangkap pantun untuk renugan bersama……
               
Toleransi membina  perpaduan,
               perpaduan teras kemajuan,
               gagasan satu Malaysia jadikan panduan,
               agar matlamat wawasan  jadi kenyataan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai