Anda di halaman 1dari 3

PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI

GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA


Laungan Malaysia Boleh semakin gah menggegarkan pentas seantero
dunia/sarwajagat. Kejayaan Malaysia menerokai alam teknologi maklumat memungkinkan ibu
pertiwi kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan gergasi-gergasi barat.
Namun ironisnya, maruah Malaysia terobek disebabkan gejala rempit, dadah dan pelbagai salah
laku remaja yang merimaskan semua pihak. Sekiranya dibiarkan berlanjutan, fenomena ini akan
menjadi barah masyarakat yang semakin kronik. “kita tidak ingin melihat remaja hari ini tewas
dalam arus pemodenan sehingga sanggup melakukan perkara yang mencalarkan maruah diri
sendiri. Bahkan Perdana Menteri sendiri pernah berkata “saya tidak ingin melihat rakyat
Malaysia mempunyai prasarana kelas pertama, tetapi mentaliti rakyatnya kelas ketiga”.
Persoalannya, adakah pembangunan negara terpaksa mengorbankan akhlak remajanya?
Apakah peranan ibu bapa dalam mengatasi kemelut ini?
Dalam menelusuri isu yang serius ini, ibu bapa menggalas tanggungjawab unutuk
berkomunikasi dengan anak. Keluarga merupakan nukleus masyarakat dan ibu bapa merupakan
insan yang terdekat dengan anak. Bayangkanlah, apakah perasaan anak sekiranya dibiarkan
bersendirian di rumah sementara ibu bapa begitu serakah memburu kekayaan?
Kekecewaan dan kekosongan jiwa yang menyelubungi hati remaja sudah pasti akan mengheret
mereka ke lembah durjana. Rentetan itu, ibu bapa sayugia memperdanakan perkembangan
emosi anak-anak. Walaupun sibuk dengan tugasan kerja yang menggunung, inu bapa perlulah
meluangkan masa untuk berkomuikasi dengan anak. Sebagai pendengar yang setia,
mereka perlulah sabar mendengar masalah dan luahan hati remaja. Dengan ini, pelajar tidak
berasa tersisih dan seterusnya terjerumus dalam lembah kehinaan. Oleh itu, memang tidak
boleh disangkal lagi bahawa komunikasi daninterksi yang sihat antara ibu bapa dengan anak
akan membentengi remaja daripada gejala negatif.
Sekiranya ditinjau dalam skop yang lebih holistik, ibu bapa juga
memikul tanggungjawab dalam memberi didikan agama dan memupuk nilai
murni dalam diri remaja. kata pujangga ada mengatakan anak ibarat kain
yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya.
Dalam mendepani pengaruh asing yang bermula daripada riak
kecilsehingglah gelombang besar, didikan agama yng kukuh akan menjadi
tombak perisai yang ampuh membentengi remaja daripada sebarang anasir
negatif. Didikan agama dan pemupukan nilai ketimuran haruslah bermula

dari peeringkat akar umbi selaras dengan ungkapan melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Ibu bapa perlulah menyahut seruan Perdana Menteri kita
yang mengilhamkan prinsip Islam Hadari. Dalam prinsip ini, didikan agama
diperdanakan untuk membentuk peribadi mulia anak. Tuntasnya, didikan
agama dan nilai-nilai murni wajar dimulakan di peringkat keluarga agar dapat
membimbing remaja yang keliru antara kaca dengan permata ke arah
kebaikan.
Seperkara lagi, ibu bapa pelulah berusaha mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan mencurahkan kasih sayang kepada remaja. majaoriti
jenayah juvenil dan gejala negatif berpunca daripada faktor kepincangan
keluarga. Sebagai inisan yang mengharapkan kesejahteran hidup, kita
sememangnya mendahagakan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Apabila berdepan dengan keluarga yang huru hara, remaja terdorong untuk
melepaskan diri daripada tekanan iin dan mencari jalan penyelesaian yang
salah. Mereka lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam gejala rempit,
dadah dan bohsia semata-mata untuk melepaskan diri daripada penjara
masalah kekeluargaan. Justeru, adalah menjadi peranan ibu bapa untuk
mengambil berat akan anak dan mencurahkan kasih sayang kepadaa
meraka. Ibu bapa sayugiaberusaha mewujudkan keluarga sakinah dan
harmonis dengan melakukan aktiviti berfaedah dengan anak. Tamsilnya, ibu
bapa boleh berkelah dan melancong bersama-sama seisi keluarga untuk
menyimpulkan ikatan kasih yang erat antara anggota keluarga. Maka jelaslah
bahawa hubungan intim antara ibu bapa dengan remaja merupakan benteng
pertahanan utuh terhadap gejala negatif dan salah laku remaja.
Sementelahan itu, ibu bapa sayugia memantau pergerakan dan
pergaulan anak yang meniti alam remaja. gejala-gejala buruk seperti
melepak, pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah disebabkan oleh
pengaruh rakan remaja. remaja yang kurang matang dan tidak berpendirian
teguh akan kecundang semasa meniti alam remaja kerana
terpengaruhdengan ajakan rakan untuk melakukan gejala negatif. Kebejatan
moral yang serius ini diburukkan lagi dengan ibu bapa yang kurang
mengambil berat akn gerak geri anak sudah tentu akan menolak remaja ke
lembah durjana. Lantaran itu, ibu bapa perlulah mengambil inisiatif dengan
mengambil berat akan aktiviti-aktiviti anak dan mengenali rakan karib
mereka. Kendatipun demikian ibu bapa tidak harus keterlaluan sehingga
menyebabkan remaja beranggapan bahawa diri mereka terkongkong
sehingga hilang kebebasan. Apabila mendapati bibit kebejatan moral dalam
diri anak yang berpunca daripada pengaruh rakan, ibu bapa perlulah
menasihati anak agar kembali ke pangkal jalan dengan tenang dan sabar,
bukannya dengan tengkingan dan api kemarahan yang mengakibatkan
pemberontakan anak. Mesejnya jelas ibu bapa haruslah mengambil berat

akan pergerakan anak agar tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang
bertopengkan manusia.
Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa sayugia memulakan
komunikasi sihat dengan anak. Selaini itu, didikan agama, kasih syaang dan
pemantauan adalah perlu untuk memastikan remaja terlindung daripada
ombak gejala negatif. Sesungghnya, remaja merupakan pelapis jentera
pentadbiran dan aset negara ygn paling brharga. Suatu hari nanti mereka
akan mewarisi tampuk pemerintahan negara. Justeru, kita tidak ingin melihat
pemimpin masa depan inii menjadi golongan yang rendah akhlak. Sekiranya
gejala negatif dibiarkan berlanjutan, syaitan ini akan menjahanamkan
keturunan kita buat selama-lamanya. Oleh itu, sebelum bangsa ditelan
kemusnahan, sebelum nasi menjadi bubur, adalah menjadi tanggungjawab
ibu bapa untuk meyelamatkan remaja daripada terjatuh ke dalam gaung
kegelapan.

Anda mungkin juga menyukai