Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Wan Anor
PK 2543
TEORI-TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI
PENDEKATAN PSIKODINAMIK/PSIKOANALITIK
Pendekatan ini banyak menerima kritikan dan pujian. Teori Frued telah
memberi sumbangan yang besar dalam memahami personality manusia. Ideanya
berkaitan dengan pengalaman zaman kanak-kanak bagi perkembangan
personality telah merangsang penyelidikan dikalangan ahli psikologi. Metodnya
banyak digunakan oleh ahli psikologi bagi merawat kecelaruan mental.
a. oleh kerana banyak proses-proses yang diutarakan oleh Frued tidak dapat
diperhatikan secara langsung so pembentukan pengujian hipotesis sukar.
b. Penggunaan metod kajian kes tidak disokong oelh data kuantitatif atau
analisis statistic dan teorinya agak kabur dan sukar dinilai.
1. Teori Psikoanalitik
2. Terapi Adlerian
3. Terapi Transaksional
PK 2543
Wan Anor
Pendekatan ini dipolopori oleh ahli psikologi bernama John B. Watson yang telah
menerbitkan buku bertajuk Psikologi Pada Sudut Pandangan Behavioris. Watson
menyeru supaya ahli-ahli psikologi tidak menekankan kepada peristiwa-peristiwa
yang berlaku dalam mental sahaja tetapi mengkaji apa yang dapat diperhatikan
secara langsung iaitu memokus kepada tingkah laku ‘overt’. Watson percaya,
persekitaran berpengaruh dalam membentuk tingkah laku seseorang inidividu.
Bagi ahli Behavioris, mereka berpendapat interaksi manusia dengan persekitaran
akan membentuk tingkah laku mereka atau pembelajaran dan pengalaman dapat
menentukan jenis manusia bertingkah laku.
Watson telah menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental
adalah hasil daripada pembelajaran. Oleh itu ahli psikologi Behaviorisma telah
mengkaji tentang pembelajaran, jenis peneguhan dan dendaan untuk
menjelaskan tingkah laku agresif dan pergantungan seseorang individu.
PENDEKATAN KOGNITIF
Perkara utama dalam dalam teori Rogers ialah konsep ‘diri’ iaitu
pandangan individu yang diperolehi melalui pengalaman dalam kehidupan,
semua persepsi, nilai-nilai dan pendapat yang menghasilkan ‘saya’ dan ‘aku’. Diri
yang dipersepsikan akan mempengaruhi persepsi individu terhadap dunia dan
juga tingkah lakunya. Begitu juga konsep diri yag ideal, iaitu persepsi individu
terhadap bagaimana seseorang itu harus dibentuk. Maslow(1959) telah
membentuk Hiraki Keperluan. Semua orang memerlukan keperluan ini. Keperlua
pertama perlu dipenuhi dahulu sebelum keperluan yang lebih atas dipenuhi.
Dari segi kritikan pula, pendekatan ini dari segi istilah yang digunakan
tidak di definisikan dengan jelas dan oleh itu sukar untuk diuji dan difahami. Bagi
teori pemusatan insan, terapi ini mempunyai limitasinya tersendiri, iaitu terapi
menerima kejayaan pada kelayan yan bermotivasi tinggi untuk mendapat
pertolongan tetapi tidak pada kelayan yang menarik diri atau terganggu dengan
teruk. Begitu juga pandangan Rogers dan Maslow terlalu menekankan
kesejahteraan individu hasil dari bantuan orang lain. (Wallach & Wallach, 1983).