Anda di halaman 1dari 4

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Perbelanjaan awam sesebuah kerajaan persekutuan adalah amat penting dalam


memperuntukan sumber-sumber ekonomi negara yang terhad untuk menampung
pembiayaan seperti perkhidmatan barang awam dan projek-projek yang akan
memaksimumkan kebajikan masyarakat. Pendapatan kerajaan termasuk cukai langsung,
cukai tidak langsung, hasil bukan cukai, pinjaman luar kerajaan, tarif dan sebagainya.
Pendapatan tersebut perlu diagihkan dengan cekap supaya dapat memastikan proses
pembangunan ekonomi dan masyarakat berjalan dengan lancar.

Kerajaan negeri juga mementingkan perbelanjaan negeri untuk menjamin


kelancaran aktiviti pembangunan dan mengurus negeri. Pendapatan kerajaan negeri
adalah terdiri daripada cukai tanah, hasil bukan cukai, pinjaman dari kerajaan
persekutuan, terimaan bukan hasil dari kerajaan persekutuan dan sebagainya. Peruntukan
yang cekap dan efisien diperlukan kerana pendapatan adalah terhad sedangkan
perbelanjaan awam adalah tidak terhad. Komponen terimaan bukan hasil atau ‘grant’ dari
kerajaan persekutuan merupakan aspek utama dalam kajian ini. ‘Grant’ dititikberatkan
dalam kajian ini adalah untuk mengkaji ‘flypaper effect’ di mana hubungan antara
perbelanjaan kerajaan negeri dengan jumlah nilai ‘grant’ yang diberikan oleh kerajaan
persekutuan kepada kerajaan negeri.

Geran kerajaan persekutuan adalah diberi kepada negeri-negeri dan kerajaan


tempatan bagi membantu menampung perbelanjaan yang berlebihan tapi ini merupakan
satu motivasi asas untuk dijadikan modal bagi menghasilkan hasil yang lebih tinggi. Ini
bermakna, pemberian geran ini adalah daripada paras kerajaan tertinggi kepada paras
kerajaan terbawah dalam kemampuan mengutip hasil yang maksimum. Salah satu
daripada peruntukan geran persekutuan kepada kerajaan tempatan adalah peruntukan
geran secara lump-sum. Kebanyakan peruntukan geran adalah sebagai menampung
perbelanjaan untuk membina lebuhraya, sekolah-sekolah, pusat kesihatan dan program
persekutuan. Berdasarkan teori ekonomi, peruntukan geran lump-sum akan memberi
kesan yang sama terhadap perbelanjaan kerajaan tempatan serta kenaikan dalam
pendapatan penduduk tempatan. Taraf kehidupan masyarakat tempatan dengan
pemberian geran tersebut. Pengurangan kadar cukai yang ditampung oleh pemberian
geran akan meringankan beban rakyat tempatan terutamanya golongan miskin.

Kajian ini amat berguna dalam menganalisis kesan flypaper yang berkaitan
dengan pemberian geran dari kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri atau tempatan.
Melalui kajian ini, dapat kita mengetahui bahawa negeri yang mana memerlukan bantuan
geran yang lebih berbandingkan dengan negeri yang lain. Selain itu, kita juga boleh
mengetahui bahawa sejauh mana kepentingan pemberian geran kepada sesebuah negeri.
Kebajikan masyarakat dapat dimaksimumkan dengan pengagihan pendapatan hasil
kerajaan yang lebih saksama.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah :

1. Mengkaji kewujudan hubungan jangka panjang antara pembolehubah-


pembolehubah belanjawan yang terdiri daripada pemberian geran oleh kerajaan
persekutuan, KDNK negeri, dan pembolehubah-pembolehubah yang lain seperti
populasi negeri, kadar pertumbuhan populasi negeri dan kadar inflasi negeri.
2. Mengenalpasti hubungan kebergantungan perbelanjaan awam negeri terhadap
pemberian geran sama ada kerajaan negeri amat bergantung kepada pemberian
geran untuk menampung semua perbelanjaan.

3. Menguji sejauhmana kekuatan pemberian geran daripada kerajaan persekutuan


mampu mempengaruhi tingkat hasil dan perbelanjaan kerajaan negeri yang
seterusnya mewujudkan kesan flypaper.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Kesan flypaper adalah fenomena yang mana kerajaan negeri bergantung kepada
pemberian geran daripada kerajaan persekutuan untuk menampung perbelanjaan kerajaan
negeri. Kesan flypaper berlaku terutamanya pada negeri yang lebih miskin, kerajaan
negeri yang miskin terpaksa bergantung kepada pemberian geran daripada kerajaan
persekutuan untuk membiayai perbelanjaan seperti perbelanjaan pembangunan dan
perbelanjaan mengurus kerajaan negeri. Fenomena ini berlaku kerana pendapatan
kerajaan negeri seperti cukai tanah, hasil bukan cukai negeri tersebut adalah terlalu
kurang untuk menampung perbelanjaan negeri.

Kerajaan persekutuan terpaksa memberi geran kepada kerajaan negeri seperti


yang dinyatakan dalam perlembagaan walaupun hutang dan defisit belanjawan kerajaan
persekutuan semakin meningkat kian tahun. Keadaan ini akan menyebabkan pengurusan
belanjawan menjadi tidak produktif.

Pemberian geran kepada kerajaan negeri akan menyebabkan tingkat perbelanjaan


kerajaan negeri meningkat. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri akan berikutan
dengan peningkatan taraf kehidupan masyarakat merupakan persoalan yang menarik
untuk dikenalpastikan. Oleh itu, hasil atau pendapatan kerajaan persekutuan harus
digunakan dalam aspek yang lebih menjana output dan perkembangan ekonomi negara.
1.4 ORGANISASI KAJIAN

Bab 1 menerangkan secara ringkas tentang faktor-faktor yang menyebabkan kesan


flypaper berlaku dan kesan berlaku fenomena tersebut. Bahagian ini juga menerangkan
tentang objektif kajian dan permasalahan kajian tentang kajian ini. Bab 2 pula akan
menerangkan tentang sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini. Bab 3 pula
akan menerangkan tentang kaedah ujian siri masa yang digunakan iaitu ujian kepegunan
atau ujian punca unit (unit root test), ujian kointegrasi Johansen dan ujian pembetulan
ralat vektor (vector error correction model). Bab 3 juga akan menerangkan spesifikasi
data dan model yang akan digunakan dalam kajian ini. Seterusnya bab 4 akan
menerangkan analisis kajian dan keputusan empirikal yang diperolehi daripada ketiga-
tiga ujian tersebut. Akhir sekali bab 5 akan merumuskan hasil kajian secara
keseluruhannya dan menyatakan implikasi serta cadangan untuk mengatasi masalah dari
keputusan yang didapati menerusi kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai