P. 1
hasil kajian

hasil kajian

5.0

|Views: 3,154|Likes:
Dipublikasikan oleh naz
kerja kursus geografi
kerja kursus geografi

More info:

Published by: naz on Jun 30, 2008
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/07/2013

pdf

text

original

A.

JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI

Melalui hasil kajian yang telah saya lakukan, ia menunjukkan kegiataan ekonomi yang utama di Kamunting ialah perindustrian, perdagangan dan pengangkutan. 1. Kegiatan Perindustrian

Hasil kajian yang telah dilakukan menunjukkan pekan Kamunting mempunyai berbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan kawasan kajian ini. Kegiataan yang sedang rancak membangun ini tertumpu di kawasan Kamunting Raya. Kegiatan ekonomi ini dibahagikan kepada industri ringan, industri sederhana dan industri berat. Jenis-jenis industri di kawasan kajian pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu industri berasaskan sumber dan tidak berasaskan sumber seperti yang terdapat di dalam jadual berikut.

Industri Industri Berasaskan Sumber Industri Bukan Berasaskan Sumber

Jenis Industri Industri berasaskan getah Industri kelengkapan pengangkutan automobil

Produk Nama Kilang Tayar, sarung tangan Silverstone, Rusch, getah dan alat-alat perubatan Piston dan alat-alat ganti kereta Latex Izumi, Silverstone, Perodua

Di samping itu, di kawasan kajian ini juga terdapat ramai pendatang asing yang datang ke sini untuk mencari nafkah di sini. Kebanyakkan daripada mereka berasal daripada Nepal, Vietnam, Bangladesh dan Indonesia. Antara jawatan pekerjaan yang ditawarkan di sektor perindustrian ialah operator pengeluaran, pengurus, kerani dan sebagainya. Graf di bawah menunjukkan industri berasaskan sumber dan tidak berasaskan sumber. Jika dibandingkan dengan negara Singapura, kegiatan perindustrian utama ialah eletronik, bahan kimia, kelengkapan penggerudian minyak, pembaikan kapal, pemprosesan getah dan mengeluarkan getah. Saya rasa amat bersyukur dan gembira apabila melihat hasil pengeluaran dari kawasan ini. 2. Kegiatan Perdagangan

Melalui hasil kajian yang telah saya lakukan, ia menunjukkan di kawasan kajian atau Pekan Kamunting banyak menjalankan kegiatan perdagangan. Sektor perdagangan yang menyumbang kepada ekonomi di Kamunting melibatkan perniagaan borong, runcit, restoran dan sebagainya. Jadual berikut menunjukkan kegiatan ekonomi yang terdapat di dalam sektor ini. Jenis Perdagangan Keterangan Nama Kedai Barangan yang

Runcit

-kedai runcit -pasar mini -pasaraya

D’Mart, Jaguh, MKJ

dijual Beras, roti, tepung, gula, makanan segera dan

Borong

-perniagaan yang dijual secara pukal kepada individu, peruncit atau pemborong lain

Ceria 99, MF Mart, Pasarayaku

sebagainya. Alat-alat tulis, alatalat ganti kenderaan, barangan dapur dan sebagainya.

Melalui hasil kajian, kaum Melayu kebanyakkannya menceburi bidang perdagangan secara runcit seperti kedai-kedai runcit dan sebagainya. Kaum Cina pula kebanyakkannya lebih suka membuka perniagaan seperti restoran-restoran, kedai basikal dan sebagainya. Bagi kaum India pula mereka lebih banyak bergiat aktif di dalam perniagaan barang-barang tekstil seperti kain dan sutera. Jika dibandingkan dengan negara Singapura, negara Singapura banyak mengeksport barangan seperti barangan elektronik, bahan kimia dan bahan mineral. Di samping itu juga, Singapura turut juga melakukan aktiviti import seperti mengimport barangan makanan segera, minuman berkarbonat dan sebagainya. Kegiatan ekonomi bagi sektor perdagangan di Singapura banyak melibatkan perairan yang membabitkan kegiatan pelabuhan. Pelabuhan di Singapura merupakan antara pelabuhan yang tersibuk di seantero dunia. Saya berbangga dilahirkan di Pekan Kamunting kerana dengan kegiatan perdagangan yang dilakukan oleh penduduk di sini. 3. Kegiatan Pengangkutan

Berdasarkan hasil kajian yang telah saya lakukan, kegiatan pengangkutan di Pekan Kamunting semakin pesat membangun. Kegiatan pengangkutan telah banyak Jenis Pengangkutan Pengangkutan Darat Contoh - jalan raya -motorsikal -kereta -bas ekspress -bas harian -teksi -lori Fungsi / Peranan -membawa penumpang dan barang ke destinasi yang hendak dituju. -menggunakan jalan darat seperti jalan raya. -mempercepatkan masa untuk sampai ke sesuatu - jalan keretapi –ekspress -harian destinasi. -membawa penumpang dan barang dalam jumlah yang banyak ke destinasi yang hendak dituju. -menggunakan jalan darat seperti jalan keretapi. -tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas. menyumbang kepada ekonomi di Pekan Kamunting yang melibatkan jenis pengangkutan darat. Jadual berikut menunjukkan kegiatan ekonomi yang terbabit di dalam sektor ini.

Melalui jadual di atas, pengangkutan sememangnya sumber kegiatan yang penting kepada kawasan kajian ini. Kegiatan pengangkutan di sini terbahagi kepada dua iaitu

jalan raya dan jalan keretapi. Syarikat Red Omnibus ialah salah satu contoh syarikat yang memajukan pengangkutan bas di sini. Selain itu, dengan adanya terminal bas yang maju, kegiatan ini semakin berkembang. Tidak lupa juga akan keretapi yang diuruskan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Berbanding pula dengan negara Singapura, penduduk di sana lebih gemar menggunakan kereta api bawah tanah. Ini kerana perkhidmatannya cepat dan tiada berlaku sebarang pencemaran. Di negara Singapura, kemudahan pengangkutan yang diberikan cukup lengkap berbanding dengan kawasan kajian ini iaitu Pekan Kamunting. Walau bagaimanapun, saya tetap berbangga kerana dilahirkan di sini.

B.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN

1.

Peluang Pekerjaan

Setiap sektor kegiatan ekonomi banyak mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di Pekan Kamunting dan ia juga menarik minat pelancong asing untuk bekerja di sini. Melalui kajian yang telah dijalankan, perindustrian merupakan sektor yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan. Sektor perdagangan menyediakan peluang pekerjaan kedua yang paling banyak kerana kebanyakkan penduduk tinggal di kawasan kajian ini dan menyenangkan mereka untuk membeli barang-barang keperluan asas. Seterusnya diikuti pula oleh sektor pengangkutan, kerana ia tertumpu di kawasan yang ramai penduduk. Sektor Kegiatan Ekonomi Perindustrian Contoh jenis pekerjaan yang disediakan Pengurus, akauntan, juruaudit, jurutera, juru analisis sistem komputer, kerani, Perdagangan Pengangkutan operator pengeluaran dan sebagainya. Jurujual, pekedai, penjaja, akauntan, pemandu lori, pengurus dan sebagainya. Pemandu lori, pemandu bas, mekanik, jurujual tiket, pengurus dan sebagainya. Melalui jadual di atas, kadar pengangguran di Pekan Kamunting semakin berkurang. Jika dibandingkan dengan negara Singapura, sektor perdagangan negara tersebut menyediakan peluang pekerjaan yang terbanyak. Ini kerana mereka lebih

menumpukan kegiatan entreport dan eksport di pelabuhan. Pelabuhan Singapura adalah pelabuhan yang tersibuk di dunia dan mengatasi Honh Kong dan Shanghai. Sektor perindustrian menyediakan peluang pekerjaan terbanyak di Singapura kerana di sana terkenal dengan pembikinan wafer dan penapisan minyak. Namun begitu, saya bersyukur menjadi rakyat di Pekan Kamunting. 2. Pendapatan

Melalui hasil kajian yang telah dilakukan, pendapatan penduduk di kawasan kajian telah meningkat dari hari ke hari. Ini akibat dari kegiatan ekonomi di sini yang semakin maju. Sektor utama yang menyumbang kepada fenomena ini ialah sektor perindustrian. Ini kerana sektor ini kebanyakkannya daripada kilang-kilang di sini merupakan kilang yang terkemuka di dunia. Oleh sebab itu, gaji yang ditawarkan memang cukup lumayan bagi pekerja-pekerja sektor ini. Sektor kedua yang menyumbang kepada kegiatan ekonomi di sini ialah sektor perdagangan. Ini kerana sektor ini juga menawarkan gaji yang agak lumayan. Ini disebabkan oleh keobsesan penduduk di sini yang berlumba-lumba membuka perniagaan sendiri untuk menempa keuntungan yang tinggi. Sektor ketiga yang menyumbang terhadap kawasan kajian ini ialah sektor pengangkutan. Ini kerana, terdapatnya sebuah terminal bas yang besar dan juga teksi. Oleh sebab itu, gaji yang ditawarkan tidak terlalu murah. Jadual berikut, adalah buktinya. Sektor Kegiatan Ekonomi Perindustrian Perdagangan Pengangkutan Anggaran Gaji Yang Diterima Sebulan RM 500 – RM 2000 RM 400 – RM 1500 RM 300 – RM 1000

Jika dibandingkan dengan negara Singapura, sememangnya pendapatan di sana tentulah berlipat kali ganda dari kawasan kajian ini. Sektor perindustrian bagi Singapura

menawarkan gaji yang agak lumayan kerana perindustrian di sana sedang rancak membangun. Sektor yang paling banyak menyumbang kepada negara Singapura ialah sektor perdagangan kerana adanya pelabuhan yang tersibuk di dunia yang menjalanakan kegiatan inport, eksport dan entreport. Sektor pengangkutan di sana juga tidak kurang hebatnya dengan pelbagai ekonomi yang telah tercipta. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dilahirkan di Pekan Kamunting ini. 3. Kemudahan Infrastruktur

Melalui kajian yang saya telah lakukan, kemudahan infrastruktur di sini telah membangun dengan giatnya. Sektor utama yang telah menyumbang terhadapnya ialah sektor pengangkutan. Ini kerana akibat dari teknologi pengangkutan yang semakin meluas telah tercipta jalan raya dan jalan kereta api untuk kemudahan semua orang. Sektor kedua yang menyumbang kepada fenomena ini ialah sektor perindustrian. Dengan adanya sektor ini, bekalan air dan elektrik telah berkembang dan tidak lupa juga akan kemudahan telekomunikasi. Sektor terakhir ialah sektor perdagangan. Dengan adanya sektor ini, tapak pasar malam telah didirikan. Ini memberikan kemudahan kepada peniaga untuk berniaga. Tidak juga dilupakan kemudahan lain seperti terminal bas, tandas awam, masjid, balai raya dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan negara Singapura, sememangnya kemudahan infrastruktur di sana lebih banyak dan meluas. Dengan adanya sektor perdagangan, telah tercipta satu pelabuhan yang tersibuk di dunia. Bagi sektor pengangkutan pula telah tercipta berbagai kemudahan seperti jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang, kemudahan telekomunikasi telah tercipta. Manakala bagi sektor perindustrian pula, telah

tercipta bekalan air dan eletrik. Sesungguhnya saya berbangga menjadi rakyat Pekan Kamunting.

C.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

1.

Perubahan pandang darat (landskap)

Melalui kajian yang telah saya lakukan, perubahan pandang darat telah banyak berlaku di kawasan kajian ini. Apabila sesuatu kawasan baru dibuka untuk suatu jenis kegiatan ekonomi, pandang darat di sesuatu kawasan akan berubah. Perubahan pandang darat yang dihasilkan berlainan bergantung kepada jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan. Jadual berikut menerangkan tentang jenis-jenis kegiatan ekonomi dan contoh perubahan pandang darat yang telah berlaku di Pekan Kamunting. Jenis Kegiatan Ekonomi Perlombongan Tujuan -Bijih timah Perubahan pandang darat - Bekas-bekas lombong, tanah tandus, tahi lombong dan mendapan kelodak Pengangkutan -Terminal bas -Rel kereta api Perindustrian Perdagangan -Lebuhraya -Pembinaan tempat pengeluaran sesuatu produk -Pembinaan premis-premis perniagaan dalam sungai -Petempatan, jalan raya, jalan kereta api dan sebagainya. -Kilang-kilang dan sebagainya. -Tapak pasar malam, kedaikedai dan sebagainya.

Kegiatan perlombongan banyak mengubah pandang darat di kawasan kajian ini diikuti oleh sektor-sektor lain. Tetapi akibat dari perlombongan ini jugalah pekan Kamunting menjadi antara tempat yang terkenal di Malaysia. Jika dibandingkan dengan

negara Singapura pula, perubahan pandang darat di sana lebih banyak berubah akibat dari kegiatan perdagangan iaitu pelabuhan yang tersibuk di dunia. Selain itu, akibat dari sektor pelancongan telah terbinanya hotel-hotel, restoran-restoran dan sebagainya kerana Singapura kaya dengan tempatnya yang menarik untuk dilawati. Di samping itu, di dalam sektor pengangkutan pula dibina jalan raya, jalan kereta api bawah tanah dan lapangan terbang. Saya gembira dilahirkan di Pekan Kamunting ini.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->