Anda di halaman 1dari 1

PUNCA-PUNCA GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Umpama “mencurahkan air di atas daun keladi”, tetap berlakunya gejala


pembuangan bayi walaupun ia adalah satu perbuatan yang tidak bermoral,terkutuk
dan tanpa berkeperimanusiaan.

Sebenarnya, punca utama berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana
berlakunya anak luar nikah. Justeru itu, demi menyembunyikan perbuatan dusta
itu, mereka sanggup membuang bayi serta tidak sanggup diejek dan dicaci oleh
masyarakat setempat.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak prihatin dan mengabaikan isu
pembuangan bayi turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap
demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Sama juga dengan ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan
remaja. Kerajaan juga begitu.Pada pandangan mereka, remajalah pencetus
berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi, remaja
yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia. Sebagai masyarakat, kita
sewajarnya memberi teguran membina kepada remaja-remaja tersebut. Selain
itu, kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan
perzinaan sesuka hati. Akhirnya, masing-masing hilang rasa tanggungjawab dan
terlibat dengan gejala pembuangan bayi.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini.
Hukuman yang dikenakan ringan seperti penjara dan denda yang mampu dibayar
oleh pesalah. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh
sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kesimpulanya, ibu bapalah yang memainkan watak utama dalam mencorakkan


sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis
sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan
mengambil tahu serta cuba membanteras gejala ini.

16

Anda mungkin juga menyukai