Anda di halaman 1dari 4

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia

dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia
daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua
tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan
bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk
menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi
cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan
ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran
kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada
manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan
membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia
dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan
ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan
memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman
bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan
mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu
tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu
berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga
dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai
satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di
dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas
alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara
menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan
manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu
bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai
prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri
yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud,
bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan


keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat
negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara
Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak
di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di
negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya
di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota
masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana
semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang
dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai
kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu
darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan
bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

==============

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara


(FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti
pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap
bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini
agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada
dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru
sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat
unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau
sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai