Anda di halaman 1dari 29

P 3117 / Unit 8 / 1

UNIT 8 : MILIKAN PERNIAGAAN: FAKTOR DAN TATACARA

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar membuat pemilihan


milikan perniagaan yang sesuai dan
mengetahui tatacara penubuhan perniagaan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis milikan


perniagaan

 Mengenalpasti jenis-jenis milikan perniagaan di Malaysia dan


menjelaskan ciri-ciri setiap milikan perniagaan

 Membincang kelebihan dan kelemahan setiap jenis milikan perniagaan

 Menjelaskan tatacara memulakan perniagaan dari segi perundangan

Keusahawanan 1 /29
P 3117 / Unit 8 / 2

INPUT

8.1 Pengenalan

Setelah anda berjaya mengenalpasti dan memilih idea perniagaan yang sesuai
dilaksanakan, anda perlu pula membuat satu lagi keputusan penting iaitu
menentukan bagaimana perniagaan ini akan distruktur mengikut perundangan
yang sedia ada di Malaysia. Anda mestilah berfikir dengan mendalam dan
membuat perancangan rapi sebelum memilih jenis struktur dan milikan
perniagaan yang terbaik untuk perniagaan yang bakal dijalankan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilikan Perniagaan

Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara berikut perlu


diteliti;

 Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?


 Apakah implikasi setiap jenis milikan perniagaan?
 Apakah keperluan tatacara perundangan?
 Apakah pengaruh setiap jenis milikan?
 Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?
 Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik?

Keusahawanan 2 /29
P 3117 / Unit 8 / 3

Dalam memilih sesuatu milikan perniagaan, seorang usahawan atau bakal


usahawan perlu ingat bahawa tidak ada satu bentuk milikan perniagaan
yang “terbaik”. Apa yang dianggap “terbaik” bergantung kepada keperluan
seseorang pemilik atau bakal pemilik perniagaan yang berkenaan.

Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi menentukan bentuk


yang terbaik untuk perniagaan anda.

 Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa


hadapan?

 Berapakah keperluan modal untuk memulakan permiagaan dan untuk masa


hadapan?

 Setakat manakah anda berkehendakkan tahap kawalan dalam proses


membuat keputusan perniagaan anda kehendaki? Adakah anda sanggup
berkongsi idea dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang
boleh membantu membangun dan menjayakan perniagaan?

 Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting? Apakah sumber


pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?

 Sekiranya perniagaan gagal, sejauh manakah anda sanggup


bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang-hutang yang ditinggalkan
oleh perniagaan?

 Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak berkemampuan


atau meninggal dunia?

Keusahawanan 3 /29
P 3117 / Unit 8 / 4

 Siapakah yang akan mendapat manfaat tunggal atau yang paling besar
daripada hasil kejayaan perniagaan? Sanggupkah anda mengambil semua
risiko dan dengan itu mengaut semua keuntungan jika berjaya?

 Bolehkan anda mematuhi peraturan dan prosidur birokrasi berkaitan dengan


pemilikan perniagaan?

 Apakah reaksi anda terhadap peraturan kerajaan dan keperluan-keperluan


dokumentasi?

Jawapan anda kepada persoalan-persoalan di atas perlu dirujuk kepada tiga


jenis milikan perniagaan iaitu milikan tunggal, perkongsian dan syarikat
sendirian berhad. Anda hendaklah mengambil kira faktor-faktor kelebihan dan
kekurangan setiap jenis milikan perniagaan ini.

Keusahawanan 4 /29
P 3117 / Unit 8 / 5

Aktiviti 8a

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8a -1 Pada pendapat anda, apakah jenis milikan perniagaan yang


terbaik?

…………………………………………………

8a - 2 Senaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang


semasa ia memilih jenis milikan perniagaannya.
………………………………………………………….
……………
………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………….

Keusahawanan 5 /29
P 3117 / Unit 8 / 6

MAKLUM BALAS 8a

8a. 1 Tidak ada.

8a.2 a) Perancangan perkembangan perniagaan


b) Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan dan
untuk masa hadapan
c) Tahap kawalan dalam membuat keputusan yang diingini
d) Kesanggupan berkongsi idea dan keuntungan
e) Pertimbangan percukaian perniagaan
f) Perlindungan sumber pendapatan perniagaan.
g) Kesediaan menanggung semua hutang perniagaan sekiranya
perniagaan gagal
h) Kesinambungan hayat perniagaan.
i) Siapa akan mendapat manfaat daripada kejayaan
perniagaan.
j) Kesediaan mematuhi semua peraturan dan birokrasi yang
berkaitan dengan pendaftaran dan pemilikan perniagaan

Keusahawanan 6 /29
P 3117 / Unit 8 / 7

INPUT

8.2 Jenis-jenis Milikan Perniagaan dan Ciri-cirinya.

8.2.1 Pengenalan

Rahmah seorang agen insurans ingin berhenti kerja dan menceburkan diri
dalam bidang perniagaan. Persoalan yang timbul padanya ialah apakah jenis
perniagaan yang wajar dia tubuhkan yang dapat menjanjikan pulangan yang
lumayan. Tiada siapa pun, termasuk usahawan
boleh memberitahu seseorang ( yang ingin menyertai bidang perniagaan ) jenis
perniagaan apakah yang patut disertainya. Seorang bapa yang berjaya sebagai
usahawan pun tidak boleh menyuruh anak-anaknya memilih bidang yang
disertainya kecuali anak itu benar-benar berminat atau terpaksa. Beberapa
persoalan perlu difikirkan oleh Rahmah sebelum dia memilih jenis perniagaan
yang dia ingin tubuhkan. Dia mesti mengetahui jenis milikan perniagaan yang
ada serta kelebihan dan kelemahan setiap jenis.

Milikan perniagaan di Malaysia dapat dikategorikan kepada 4 jenis


( Rajah 8.1 ) iaitu:-
i. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
( Pindaan 1978 ) dan kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
ii. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
iii. perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948
iv. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan Enakmen
Kerajaan Negeri.

Keusahawanan 7 /29
P 3117 / Unit 8 / 8

Bagi tujuan ini, hanya perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965 sahaja yang akan dibincangkan. Ini
adalah kerana kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia adalah
berbentuk sedemikian.

8.2.2 Jenis perniagaan

Jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan ialah :-


 Milikan Tunggal
 Perkongsian
 Syarikat Berhad iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam
Berhad.

Rajah 8.1 : Milikan Perniagaan di Malaysia

I
Akta Pendaftaran Perniagaan Milikan tunggal
1956 (Pindaan 1978)

Dan

Kaedah-Kaedah Pendaftaran
Perniagaan 1957 Perkongsian

Syarikat Sendirian
Syarikat Berhad Syarikat Awam
dengan Saham

II Syarikat Asing
Akta Syarikat 1965 Syarikat Berhad
dengan Jaminan

Syarikat Tidak
Berhad
III
Akta Koperasi 1948

IV
Akta Parlimen atau Enakmen
Kerajaan Negeri

Keusahawanan 8 /29
P 3117 / Unit 8 / 9

8.2.2.1 Milikan Tunggal

Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentakrifkan perniagaan


tunggal sebagai sebuah perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari
segi kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu
sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan. Berikut adalah
ciri-ciri sebuah perniagaan tunggal :-

Bil. Ciri-ciri Huraian


1. Milikan Perniagaan tunggal dimiliki dan dikendalikan
oleh seorang sahaja.

2. Penubuhan Perniagaan ini ditubuhkan di bawah Akta


Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan
1978).

3. Pendaftaran Perniagaan ini paling mudah didaftarkan.

4. Modal Ia memerlukan modal yang kecil.

5. Agihan Keuntungan dan Pemilik akan memiliki dan menanggung


kerugian semua keuntungan dan kerugian yang
diperolehi dari perniagaannya.

6. Hayat perniagaan Hayat perniagaan ini tidak terjamin.


Pembubaran akan berlaku jika berlaku
bencana ke atas pemilik.

Contoh milikan tunggal adalah seperti perniagaan tukang jahit, salon kecantikan, kedai
runcit dan kedai dobi.
Kelebihan Perniagaan Tunggal

1. Perniagaan bentuk ini mudah diuruskan kerana semua keputusan boleh

Keusahawanan 9 /29
P 3117 / Unit 8 / 10

dibuat dengan cepat oleh pemilik. Dia tidak perlu berunding dengan
pihak lain.
2. Proses penubuhan dan pembubarannya adalah mudah.
3. Keuntungan perniagaan akan menjadi hak pemilik secara
keseluruhannya.
4. Perniagaan ini tidak tertakluk kepada peraturan dan perundangan
kerajaan. Sebagai contoh penyata kewangan perniagaan yang dihantar
kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak perlu diaudit dan diterbitkan
dalam akhbar.

Kekurangan Perniagaan Tunggal

1. Modal perniagaan adalah terhad iaitu setakat yang termampu oleh


pemilik perniagaan.
2. Tanggungan perniagaan tidak terhad kepada modal yang telah
dilaburkan dalam perniagaan. Harta peribadi boleh diguna untuk
membayar balik tanggungan yang ada.
3. Perkembangan perniagaan terhad kepada keupayaan pemilik.
4. Hayat perniagaan bergantung kepada usia dan kecekapan pemilik.

8.2.2.2 Perniagaan Perkongsian.

Keusahawanan 10 /29
P 3117 / Unit 8 / 11

Menurut seksyen 3, Akta Perkongsian, mentakrifkan perkongsian sebagai


perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan
bersama bagi mendapatkan keuntungan.

Bil. Ciri-ciri Huraian

1. Milikan Perniagaan ini dimiliki oleh lebih daripada


seorang dan tidak melebihi 20 orang. Walau
bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk
profesional seperti khidmat guaman, akauntan
dan arkitek, keahliannya boleh meningkat
sehingga 50 orang.

2. Penubuhan Ianya mestilah didaftarkan menurut Akta


Pendaftaran Perniagaan 1956. Penubuhan
perniagaan ini mesti mematuhi perkara-
perkara yang tertakluk di bawah Akta
Perkongsian 1961. Selain daripada itu, untuk
mengelak daripada berlakunya sebarang
kekeliruan atau perselisihan faham, antara
rakan kongsi adalah baik jika diadakan Surat
Ikatan Perkongsian atau Kontrak Perjanjian.

3. Pendaftaran Penubuhan perniagaan adalah mudah dan


ringkas.

4. Modal Rakan kongsi menjalankan perniagaan


bersama dan berkongsi modal. Jumlah

Keusahawanan 11 /29
P 3117 / Unit 8 / 12

sumbangan modal oleh rakan kongsi


ditentukan berdasar pada perbincangan antara
mereka.

5 Agihan Keuntungan dan Berdasarkan kepada Akta Perkongsian 1961,


Kerugian Perniagaan. semua keuntungan dan kerugian yang
diperolehi oleh mereka mesti dibahagikan
secara sama rata diantara rakan kongsi. Selain
daripada itu, nisbahnya boleh ditentukan
melalui persetujuan antara rakan kongsi.

6 Hayat perniagaan Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Ianya


boleh dibubarkan jika salah seorang rakan
kongsi meninggal dunia, bersara, atas arahan
mahkamah atau tamat sesuatu kontrak.

Kelebihan Perniagaan Perkongsian

1. Mudah ditubuhkan.
2. Lebih mudah mendapat pembiayaan kredit.

Keusahawanan 12 /29
P 3117 / Unit 8 / 13

3. Sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal.


4. Risiko perniagaan disebarkan.
5. Beban cukai pendapatan adalah rendah.
6. Pembahagian kerja dan pengkhususan diwujudkan.
7. Liabiliti terhad bagi pekongsi berhad. ( mengikut jumlah modal rakan
kongsi)

Kekurangan Perniagaan Perkongsian

1. Tindakan seseorang pekongsi boleh melibatkan semua pekongsi.


2. Modal masih terhad.
3. Kewujudan pekongsian tidak kekal.
4. Liabiliti adalah tidak terhad.
5. Mudah berlakunya perselisihan antara rakan kongsi.
6. Mudah berlaku salah guna kuasa.

8.2.2.3 Syarikat Berhad

Syarikat Berhad yang dibincangkan di sini ialah Syarikat Berhad menurut


saham. Ianya terdiri daripada dua jenis iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan
Syarikat Awam Berhad.

Syarikat Sendirian Berhad

Bil. Ciri-ciri Huraian

1. Milikan Syarikat ini boleh dibentuk oleh 2 orang dan

Keusahawanan 13 /29
P 3117 / Unit 8 / 14

maksimum seramai 50 orang sahaja.

2. Penubuhan Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi


perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta
Syarikat 1965. Syarikat mesti menggunakan
perkataan “Sdn.Bhd” atau “Sendirian Berhad”
di penghujung namanya.

3. Pendaftaran Penubuhan perniagaan adalah lebih sukar jika


dibandingkan dengan perniagaan lain.
Prosedur penubuhan mestilah mematuhi
perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta
Syarikat 1965. Ia mempunyai nama asing di
atas namanya sendiri.

4. Modal Modal yang terkumpul bagi Syarikat Sdn.Bhd


adalah lebih besar jika dibandingkan dengan
jenis perniagaan lain. Modal dikumpul
menerusi pernerbitan saham. Syarikat dilarang
membuat pelawaan kepada orang ramai untuk
mohon beli sebarang saham.

Bil. Ciri-ciri Huraian

5 Agihan keuntungan dan Segala keuntungan syarikat adalah hak milik


kerugian syarikat. Pemegang saham akan memperolehi
agihan keuntungan syarikat menerusi
pembayaran dividen

Keusahawanan 14 /29
P 3117 / Unit 8 / 15

6. Hayat perniagaan Jangkahayat perniagaan ini lebih terjamin.


Ianya tidak bergantung kepada ahli-ahli di
mana perniagaan akan tetap wujud walaupun
berlaku perubahan ataupun kematian ahli.

Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad

1. Mudah mendapatkan sumber kewangan melalui pertukaran hakmilik


saham atau dari institusi kewangan.
2. Semua pemegang saham dilindungi undang-undang.
3. Pemegang saham tidak dibebankan dengan pengurusan perniagaan.
Tanggungan ahli-ahli syarikat adalah terhad kepada modal syarikat
yang disumbangkan.
4. Jangkahayat perniagaan tidak bergantung kepada usia ahli-ahlinya.
5. Mempunyai potensi yang lebih luas untuk berkembang.
6. Syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya kerana ianya
merupakan entiti yang berasingan.

Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad

1. Saham syarikat tidak boleh dijualbeli di pasaran saham.


2. Syarikat tertakluk kepada cukai perniagaan syarikat.
3. Penyata Kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah yang
dilantik dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.
4. Orang ramai boleh mengetahui hal ehwal kewangan syarikat.
5. Kos penubuhan yang tinggi.

Keusahawanan 15 /29
P 3117 / Unit 8 / 16

6. Syarikat ini perlu mematuhi semua peruntukan dalam Akta Syarikat


1965.

Syarikat Awam Berhad

Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat
Sendirian Berhad. Perbezaannya ialah dari segi pemilikan perniagaan. Tidak
ada hadnya bagi mereka yang ingin menjadi ahli atau pemegang saham bagi
syarikat jenis ini. Menurut peruntukan undang-undang, dihujung setiap nama
Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama “Berhad”. Pemegang saham bebas
menjual dan membeli saham di pasaran saham tanpa memerlukan persetujuan
dari sesiapa. Perkara-perkara lain seperti penubuhan, pendaftaran syarikat,
agihan keuntungan dan jangkahayat perniagaan adalah sama seperti Syarikat
Sendirian Berhad.

Kelebihan Syarikat Awam Berhad.

1. Mudah mengumpul modal yang banyak menerusi penerbitan saham


kepada orang ramai.
2. Kewujudan perniagaan adalah lebih kekal.
3. Saham-saham syarikat mudah dipindah milik.
4. Aktiviti perniagaan boleh dijalankan secara besar-besaran. (ekonomi
bidangan)

Keusahawanan 16 /29
P 3117 / Unit 8 / 17

5. Liabiliti yang ditanggung oleh ahli adalah terhad.

Kekurangan Syarikat Awam Berhad

1. Penubuhan syarikat awam berhad adalah lebih rumit dan mahal.


2. Pengurusan perniagaannya adalah lebih rumit. Ini adalah kerana ianya
dikawal ketat oleh undang-undang.
3. Milikan dan pengurusan adalah terpisah.
4. Hal ehwal syarikat terdedah kepadapengetahuan umum.
5. Menanggung cukai yang tinggi.

Aktiviti 8b

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Keusahawanan 17 /29
P 3117 / Unit 8 / 18

8b-1 Sesuaikan penyataan di bawah :-

Penyataan Jenis Perniagaan

a. Tertakluk kepada Akta Syarikat Perniagaan Tunggal

b. Modal terhad Perkongsian

c. Ahli 2 hingga 20 orang Syarikat Sendirian


Berhad.

d. Dimiliki oleh orang persendirian. Syarikat Awam

8b- 2 Nyatakan samada penyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S).
a. …………. Bagi perkongsian bank, broker saham atau institusi
kewangan bilangan pekongsi tidak boleh melebihi 10 orang.

b. …………. Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang


saham menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal
yang dilaburkannya sahaja.

c. …………. Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan


membuat keputusan bersendirian.

d. …………. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad


mempunyai liabiliti yang tidak terhad.

MAKLUM BALAS 8b

Pernyataan Jenis Perniagaan


8b- 1
a. Tertakluk kepada Akta Syarikat Perniagaan Tunggal

b. Saham tidak mudah dijualbeli. Perkongsian

c. Ahli 2 hingga 20 orang Syarikat Sendirian Berhad.


Keusahawanan 18 /29
d. Dimiliki oleh orang persendirian. Syarikat Awam Berhad.
P 3117 / Unit 8 / 19

8b – 2 Nyatakan samada pernyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S).

a. …S………. Bagi perkongsian bank, broker saham atau institusi kewangan,


bilangan pekoingsi tidak boleh melebihi 10 orang.

b. …B………. Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang saham


menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal yang
dilaburkannya sahaja.

c. ……B……. Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan membuat


keputusan bersendirian.

d. ……S……. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad mempunyai


liabiliti yang tidak terhad.

INPUT

8.3 Prosedur Pendaftaran Perniagaan

Terdapat prosedur-prosedur tertentu untuk mendaftar perniagaan-perniagaan di


Malaysia.

Keusahawanan 19 /29
P 3117 / Unit 8 / 20

8.3.1 Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian

Pertama: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1)


Borang Carian Nama Perniagaan

 Borang ini dikemukakan sebagai permohonan meluluskan nama dan


jenis perniagaan yang dikemukakan.
 Pemohon hendaklah memilih nama perniagaan yang sesuai
 Nama yang dipilih perlulah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau
Inggeris dan memenuhi keperluan Pendaftar Perniagaan
 Larangan dikenakan ke atas penggunaan nama-nama yang
menggunakan perkataan “Kebangsaan”, “ASEAN”, “DiRaja” dan
sebagainya. Contoh nama perniagaan tunggal: Restoran
Halimah, Perabot Zamani Enterprise atau Kedai Gambar Setia
 Contoh nama perniagaan Perkongsian: Tan dan Rakan-Rakan

Kedua: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A


Untuk Mendaftarkan Perniagaan

 Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat-maklumat dan


butir-butir peribadi
 Untuk perniagaan perkongsian, maklumat semua rakan kongsi
perlu diisi.

Keusahawanan 20 /29
P 3117 / Unit 8 / 21

Ketiga: Untuk mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D

Kebiasaannya, sijil akuan pendaftaran dikeluarkan dalam masa tujuh hari


selepas Borang A dihantar. Sijil ini perlu dipamer di alamat perniagaan.
Kegagalan berbuat demikian membolehkan pemilik perniagaan didenda.
Permohonan perlu dibuat untuk memperbaharui sijil ini setiap tahun dengan
menggunakan Borang D.

Perubahan maklumat dalam perniagaan – Borang B (P.NA 2)

Bagi pemilik yang ingin mengubah sebarang maklumat dalam Borang A seperti
nama, alamat dan jenis perniagaan, ia hendaklah mengisi Borang B (P.NA 2)
dan memaklumkan dalam tempoh tujuh hari ianya berlaku.

8.3.2 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

Pertama: Membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran


mengguna nama perniagaan yang dicadangkan – Borang 13A

Permohonan perlu dibuat untuk mencadangkan nama syarikat dengan


menggunakan Borang 13A dalam dua salinan kepada Pendaftar Syarikat.
Nama yang dicadangkan mestilah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau
Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan ‘Sendirian Berhad’.
Kedua: Menyediakan dokumen-dokumen penubuhan berikut sebaik
sahaja nama syarikat diluluskan oleh Pendaftar Syarikat- dokumen ini
hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh
kelulusan nama.

1. Tataujud Syarikat - Dokumen yang memaklumkan berkenaan


aktiviti syarikat serta kuasa dan batasannya.

Keusahawanan 21 /29
P 3117 / Unit 8 / 22

2. Tataurusan Syarikat- Dokumen yang menggariskan polisi pengurusan


dalaman serta hak dan tanggungjawab Lembaga
Pengarah

3. Borang 6 - Perakuan Berkanun pematuhan segala peraturan

4. Borang 24 - Borang pecahan saham yang diperuntukkan

5. Borang 44 - Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan

6. Borang 48A - Perakuan Berkanun sebelum perlantikan menjadi


seorang pengarah atau penaja.

7. Borang 49 - Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan


Setiausaha Syarikat

8. Borang 9 - Sijil Akaun Perbadanan

Pemohon hendaklah membuat bayaran pendaftaran- jumlah bayaran ini


bergantung kepada Modal Saham yang dibenarkan

Aktiviti 8c

Keusahawanan 22 /29
P 3117 / Unit 8 / 23

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8c-1 Jelaskan prosedur untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal


……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..

8c-2 Sila nyatakan keperluan borang berikut :-


i. Borang P.N.A 1: …………………………………
…………………………………
…………………………………

ii.Borang D …………………………………
…………………………………
…………………………………

iii.Borang 13A …………………………………


…………………………………
………………………………

8c – 3 Bilakah Sijil Pendaftaran perniagaan milikan tunggal perlu


diperbaharui?

………………………………………………………………….

Keusahawanan 23 /29
P 3117 / Unit 8 / 24

MAKLUM BALAS 8c

8c-1 Prosedur mendaftar perniagaan milikan tunggal:-

Langkah I : Mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1)


Borang Carian Nama Perniagaan.
Langkah II : Mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A
Mendaftarkan Perniagaan .
Langkah III: Mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D
Langkah IV : Pendaftaran perubahan-perubahan maklumat dalam perniagaan
– Borang B (P.NA 2)

8c-2 i. Borang P.N.A 1: Borang carian nama perniagaan.

ii.Borang D : Borang untuk mendapat Sijil Akuan Perdaftaran.

iii.Borang 13A : Borang untuk mendapatkan kebenaran mengguna


nama
perniagaan yang dicadangkan.

8c.3 setahun sekali.

Keusahawanan 24 /29
P 3117 / Unit 8 / 25

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam


penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas
yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang
dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA.

Soalan :
En.Tajuddin bercadang untuk memulakan perusahaan memproses makanan
untuk ternakan ayam. Ia telah menyimpan sebahagian daripada pendapatan
bulanannya sebagai Eksekutif Pemasaran sejak beberapa tahun yang lalu.
Dengan bantuan rakan karibnya En. Hassan, seorang pegawai di Kementerian
Pembangunan Usahawan, En.Tajuddin mendapati perusahaan yang ingin
diceburi ini memerlukan modal permulaan sebanyak RM200 000. Jumlah ini
lebih tinggi daripada wang simpanannya. Ia memerlukan sekurang-kurangnya
RM120 000. En.Tajuddin yang arif tentang industri makanan ayam ini
mempunyai perancangan untuk meluaskan pasaran makanan ke seluruh negara.
Walau bagaimanapun, sekiranya perniagaan ini menghadapi kegagalan,
En.Tajuddin tidak sanggup untuk menanggung keseluruhan hutang perniagaan
ini.

Keusahawanan 25 /29
P 3117 / Unit 8 / 26

En.Tajuddin telah meminta nasihat rakan karibnya untuk mencadangkan jenis


milikan perniagaan yang sesuai dipilih.

Soalan:
1. Cadangkan jenis milikan perniagaan yang sesuai kepada En.Tajuddin.
Beri alasan anda.

2. Apakah kelebihan dan kekurangan menubuhkan perniagaan jenis


perkongsian untuk perniagaan En.Tajuddin.

3. Sekiranya En.Tajuddin membuat keputusan untuk menubuhkan


Syarikat Sendirian Berhad dalam perusahaan ini, jelaskan tatacara
untuk pendaftaran syarikat ini.

Keusahawanan 26 /29
P 3117 / Unit 8 / 27

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?


Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.
1. En.Tajuddin boleh menubuhkan perniagaan berbentuk Syarikat Sendirian
Berhad.
Alasan:-
a. Membantu mengumpul modal perniagaan melalui pelaburan saham.
Modal ini dapat ditambahkan dari masa ke semasa.
b. Liabiliti perniagaan tidak perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemegang
saham.
c. Dapat menarik minat pekerja atau kakitangan yang berkemahiran
kerana hayat perusahaan ini lebih terjamin.

2. Kelebihan penubuhan perniagaan perkongsian:-


a. Asas sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal.
b. Tugas dan tanggungjawab mengurus perniagaan dapat dikongsi dengan
rakan kongsi.
c. Dapat gabung kepakaran, idea dan kemahiran pekongsi.
d. Lebih murah untuk didaftarkan.

Kekurangan penubuhan perniagaan perkongsian:-


a. Liabiliti perniagaan tidak terhad.
b. Hayat perniagaan bergantung kepada semangat kerjasama di antara
pekongsi.
c. Boleh berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.
d. Kurang keyakinan pekerja berkualiti dalam perusahaan ini.

Keusahawanan 27 /29
P 3117 / Unit 8 / 28

3. Tatacara untuk mendaftar Syarikat Sdn.Bhd. :-


a. Membuat permohonan bagi mendapat kebenaran mengguna nama yang
dicadang dengan menggunakan Borang 13A.

b. Menyedia dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran


syarikat.
 Tataujud Syarikat - 2 salinan
 Tataurusan Syarikat - 2 salinan
 Surat Akuan Berkanun mengenai pematuhan segala peraturan
(Borang 6) – 2 salinan
 Borang pecahan saham yang diperuntukkan ( Borang 24 ) – 2
salinan.
 Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan (Borang 44)
 Akaun Berkanun sebelum perlantikan menjadi Pengasas atau
Pengarah (Borang 48A)
 Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat
(Borang 49)
 Bayaran pendaftaran
 Sijil Akaun Perbadanan (Borang 9)

Keusahawanan 28 /29
P 3117 / Unit 8 / 29

FAKTA PENTING :-

Tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang terbaik. Ianya


bergantung kepada keperluan seorang pemilik atau bakal
pemilik.
Jenis milikan perniagaan di Malaysia tertakluk kepada
Peruntukan Akta-Akta.
Pendaftaran perniagaan perlu mengikuti prosedur yang telah
ditetapkan.

TAHNIAH !
Anda telah tamat mempelajari Unit 8. Sekarang anda boleh pergi ke unit 9 pula

Keusahawanan 29 /29

Anda mungkin juga menyukai